Rumah Sewa Di Seremban 2 Bahagian 4

Kepada yang belum baca bahagian pertama, kedua dan ketiga disarankan baca dulu supaya lebih paham cerita Rumah Sewa Di Seremban. Okay jom kita sambung…

Habis azan aku tengok kat luar dah ada cahaya matahari, aku ajak diorang keluar sebab masa tu dah 6.30am. Aku tak tahu apa jadi 30 minit kitorang lemas. Kitorang duduk dekat luar tu sampailah hari cerah, aku rasa dah jam 8am masa tu, takde sorang pun berani masuk ke dalam rumah. Mulut sorang2-sorang terkunci sebab masih tekejut, tak tau apa nak di cakapkn dah. Sesekali dengar si Wan batuk-batuk, pastu kata kat pergelangan lehernya sakit macam dicekik, tapi memang lehernya merah dan berbirat, aku dengan Man takde pula kesan macam dia tu. Aku rasa kitorang semua macam tekejut lagi dengan kes semalam tu, sebab inilah kali pertama aku dengan Wan alami, tapi si Man dah biasa duduk MRSM jadi dah biasa kes macam ni.. Tapi kali ni lagi teruk sebab ia seperti menyerang secara fizikal secara tidak langsung walaupun takde dari kami yang cedera kecuali si Wan yang batuk-batuk mendakwa di cekik..

Perut pula dah lapar, nak keluar pergi beli makanan kat restoran tapi wallet dengan kunci motor kat dalam umah, Man yang paling berani pun tak berani dah nak masuk. Aku pujuk Man supaya masuk sama-sama, sebab dah lapar sangat ni sejak malam tadi tak makan, hanya sempat makan dunky donut yang ada jual kat luar makro tu. Tapi baru je nak melangkah masuk, tiba-tiba radio berbunyi kuat rasa bergegar rumah sebab bergema, aku berundur lari kebelakang sebab ku ingat Man pun berlari tapi tak sangka pula Man macam orang gila pergi jerit-jerit mengamuk dekat dalam rumah tu. Aku dengan Wan tak tahu nak buat apa, si Man dah memaki hamun bende tu kat dalam rumah, aku risau je kang dia pula kene sampuk ke hapa.. Wan tak nak masuk, aku belari ke dalam juga gagahkan diri risau jadi apa-apa dekat si Man, tapi alhamdullilah takde apa sambil dia bercekak cekak pingang kat dalam rumah tu, aku offkan radio, takde apa-apa yang berlaku. Buka pintu rumah besar, pintu depan, belakang, tingkap, pintu bilik semua kitorang buka luas..

Masa nak beli makanan pun problem, sebab motor ada 1 je, jadi hanya berdua je leh pegi, takkan sorang nak tunggu kat rumah tu, hai tak sanggup aku.. last-last Man je yang keluar beli nasi lemak, aku dengan Wan duduk dekat tepi jalan rumah berdepan dengan rumah sewa.. sambil-sambil tu aku borak la dengan Wan, apa jadi malam tadi yang dia terjegil mata tu. Dia cerita dia nampak bayang budak-budak melayang layang dekat atas kepala Man sambil bakar rambut Man dengan mancis. Tapi bayang-bayang tu tak puas hati sebab tak dapat bakar rambut Man, bayang-bayang tu ketuk kepala Man berganti ganti yang sedang laungkn azan, ketuk ngan pemetik api sampailah Man teduduk..

Pastu Wan nampak kepala si Man pecah dan d***h menyembur yembur, tu yang matanya tejegil tak boleh dan badannya mengigil ketakutan. Lepastu baru bende tu serang aku, Wan nampak bende tu bakar mata aku dengan api, sebelum salah satunya mencekik si Wan. Tu la yang si Wan ceritakan dekat aku dan buat aku terkedu. Tapi alhamdulillah mungkin itu perasaan si Wan saje, sebab takde apa-apa kecederaan fizikal pada aku dengan si Man macam yang Wan cakap. Tapi ada logiknya kalau difikirkan balik apa yang Wan saksikan, sebab tiba-tiba aku rasa dunia gelap gelita, sebelum aku berjaya melawan meronta berkali kali, tapi aku rasa lebih setengah jam aku bergelut, aku pon tak tau apa jadi dalam setengah jam yang hilang tu (aku rasa lemas)..

Pagi tu kitorang makan nasi lemak dekat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tapi hati kitorang kuat kata tak nak masuk, mungkin trauma.. tunggu family Man datang dari Sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dari Banting kononnya.. jam 11.30am barulah family si Man datang sampai 3 kereta, sume adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknye.. turun-turun je dari keta pawang tu dah geleng-geleng kepala, rumah apa korang duduk ni.. sambil-sambil tu salam dengan kitorang, kata namanya tok sheikh, salam-salam je kata semangat kitorang dah kene tarik.. kene seru balik.

Aku sampai sekarang tak paham apa maksud tok sheikh tu.. kitorang kene suruh masuk dalam van, hanya tok sheikh dengan ayah si Man je yang masuk ke dalam.. belum masuk baru kat pintu grill, radio yang plugnya aku dah cabut tiba-tiba terpasang kuat menyebabkan adik bradik si Man bertempiaran lari masuk ke kereta.. dah la lagu India, ntah la aku pun tak tau.. dengan radio kuat bunyi pun dah lari, bayangkan kalau tahu yang radio tu plugnya tak bersambung..mmmm..

Lama juga tok sheikh kat dalam rumah tu, ayah si Man hanya Tengok dari luar sebab dia pon aku rasa dah gegar lepas cuba offkan radio tapi plug tak sambung. Dalam van semua tekunci mulut, anak-anak buah si man yang kecil-kecil semua ketakutan, apelah kes-kes camni bawak anak-anak kecik pulak, tak pasal budak-budak tu sekali trauma. Tak lama lepastu aku tengok tok sheikh keluar sambil menjinjing anak patung beruang yang coklat besar tu, mau je mata aku tejojol keluar tengoknye.. mana tak nye, kitorang bertiga sendiri yang buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat, masukan dalam tong sampah kat depan rumah, Man dan Wan tengah tidur-tidur ayam aku cuit suruh tengok apa yang tok sheikh jinjing tu.

Wan hanya mengucap je macam tak percaya, Man pula terus meluru pergi tong sampah tengok ada tak anak patung tu kat dalam tong sampah. Dia jerit-jerit panggil aku, ada la kat dalam ni, tu yang lain.. aku belari tengok, ye betul ada, jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tapi aku tekejut sebab berat, aku check kat dalam tu bukannya anak patung yang ada tapi tu hanya batu-bata yang aku gunakan untuk menyanggah pintu-pintu bilik supaya tak tertutup dengan baju-baju kotor kitorang yang letak dalam bilik air. Aku tak boleh nak cakap apa dah.. camner boleh dalam tu pula..

Tok sheikh datang dekat kitorang marah-marah sebab tak buang benda ni, aku dah tak tahu nak cakap apa dah, semua Man yang jawab. Waktu tu jugak tok sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke hape ntah.. sambil-sambil tu family Man beli makanan kat restoran dan buat kenduri dekat rumah tu, buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru. Tiba-tiba rasa lapang rumah tu, takde la gangguan macam malam semalam.. kitorang berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si Man semua balik kecuali ayah dengan maknye yang dah pencen.. yelah diorang nak pastikan betul-betul selamat, pastu diorang pon risau dengan keselamatan anak diorang..

Hari ahad ke isnin tu takde apa-apa berlaku, aku yang mula ragu-ragu sekarang dah mula rasa selamat. Sampailah hari khamis siang, ayah dengan mak si Man duduk kat umah tu, langsung takde perkara pelik berlaku lagi. Jadi khamis petang tu mak ayah si Man nak balik, tapi sebab pikirkan dah jam 6 pm masa tu, hujan lebat pulak tu, ayah si Man tak confident nak drive kereta balik Sepang walaupun dekat je.. Dah berusia, mata pon tak terang.. Khamis malam jumaat tu la bende tu datang balik, disaksikan sendiri oleh mak bapak si Man sendiri… Sampai disini saja cerita kali ini, nanti aku sambung cerita ni lagi.. tapi kali ni lagi teruk dan membahayakan!

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 3.8]

5 thoughts on “Rumah Sewa Di Seremban 2 Bahagian 4”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.