Rumah sewa / hostel IPTS di Shah Alam

Hi Assalamualaikum .Nama aku Husna. Aku penuntut di sebuah IPTS di Shah Alam. Aku duduk di sebuah hostel yang jaraknya nak pergi ke kampus hanya makan masa 5 minit. Roommate aku adalah 2 orang.

Nak dijadikan cerita, 4 hari selepas raya 2022 aku ambil keputusan untuk balik ke hostel disebabkan tumpang pakcik aku yang duduk KL. Dah sampai tu bilik memang tak ada orang. Roommate aku ada yang balik malam esok. Minggu depan pun ada. Hostel aku ni dari aku mula2 duduk situ memang dah kena gangguan macam waktu mandi pintu tandas kena tolak2. Bukan aku je roommate aku pun kena (housemates lain aku tak sure sebab tak tanya) waktu pkp dulu aku duduk sorang2 selama sebulan.

Ada 2 kali jugak la bangun2 tidur kasut bersepah macam ada orang mengamuk. Tapi yang tu aku masih okay la sebab ntah la aku tak rasa takut waktu tu cuma pelik je. Lagi 1 sejak hari first aku duduk sampai la last duduk situ (hampir 3 tahun ya) setiap hari setiap masa setiap saat aku dengar bunyi orang seret kerusi kat tingkat atas. Tapi bukan tu bukan aku nak cerita sebab dah biasa so tak ada apa.

MALAM PERTAMA

Aku tak ingat masa tu housemates aku ada atau tak sebab tak rapat pun dengan dia orang. Aku duduk di utara semenanjung so bila sampai pun memang dah malam. Lepas masuk bilik semua, aku pun macam biasa scrol socmed. Tiba2 tombol bilik aku ada orang pulas dari luar dan macam tolak2 nak masuk. Sumpah aku takut sangat waktu tu. Lama jugak tombol tu pulas dan ditolak. Bilik aku ni ada tingkap so aku intai celah2 langsir tu nak tengok kot Iqa atau Pika (roommate aku) nak kenakan aku. Tapi memang tak ada orang. Aku pun mula text kawan bf aku (waktu tu, sekarang orang lain) dan dia sarankan aku pasang ayat2 quran. Lepas dah stop gangguan tu aku pun tidur macam biasa.

MALAM KEDUA

Roommate aku Iqa balik dan bawa kawan dia nama Amira untuk tumpang sehari dua sebab takut juga dia duduk rumah sorang2. Waktu tu kami pun elok lah borak. Dan aku start cerita apa yang berlaku malam tadi. Guess what. Elok tengah bercerita tiba2 pintu bilik tu jadi seperti yang aku cerita. Tombol dipulas2 dan ditolak2 dari luar. Aku dan Iqa masih boleh tahan. Cuma Amira yang ketakutan sampai pucat kebiruan muka dia. Mungkin first time kena. Tapi Amira beranikan diri pegi mengintai kat celah langsir tu and yes memang tak ada orang. Iqa kat katil tu dah lemah sebab dia sensitif dengan aura2 macam tu. Aku minta Iqa bukakan ayat2 Quran. Lama2 benda tu stop.

Btw sejak malam aku diganggu tu setiap hari pintu tu akan jadi benda sama waktu kitaorang semua tengah tidur

MALAM KETIGA (2 minggu selepas kejadian)

Aku dan Iqa pun bercerita la kisah kisah seram yang berlaku. Waktu kami cerita tu tak ada orang di rumah. Sebab housemates keluar waktu tu. Waktu tu tak buka lampu sebab lampu ntah la tiba2 ada problem kadang boleh buka kadang tak. So kitaorang pun macam biar lah. Tiba2 Iqa macam terkejut. Dia kata dia nampak muka aku berubah jadi muka orang lain yang menyeramkan merenung dia (sebab waktu tu memang aku tengah renung dia). So kitaorang decided untuk tukar topik

MALAM KEEMPAT (6 BULAN SELEPAS KEJADIAN PERTAMA)

Pulas2 tombol dan tolak2 pintu dah jadi rutin harian. Aku decide nak balik kampung sekejap. So aku ambik keputusan untuk kemas la bilik sebelum balik kan. Aku sapu2 susun2 buang apa yang tak patut. Roommate aku waktu tu pun balik rumah masing2. So dah siap kemas semua tu balik lah. Selepas sebulan lebih macam tu tiba2 management text aku marah cakap bilik macam neraka lah apa lah. Aku macam pelik la. Sampai la hari waktu balik tu. Allahuakhbar memang bersepah gila berterabur atas lantai. Aku tergamam gila taktau angkara siapa. Nak cakap aku tak buat management takkan percaya takkan nak cakap hantu buat so aku decided untuk pindah keluar dari bilik tu. Ambil barang2 aku la. So tinggal barang2 roommate je kat situ. Tak sure la barang dorang pun disepahkan lagi atau tak lepas aku keluar. Allahu (btw aku kunci pintu ya waktu nak balik kampung tu)

Aku ada kawan yang macam mahir bab2 ni. Dia kata kat bilik tu betul2 sebelah katil aku belah kepala ada “budak perempuan” duduk memang dah lama. Dan ada jin jantan dalam rumah tu katanya “biasa lah rumah perempuan” kesahihannya Allah saja yang tahu.

So itu saja kisah aku nak share. Tak seram mana kalau baca tapi akan seram kalau korang lalui sendiri. And aku pun akan pindah masuk rumah baru. Harapnya takda gangguan yang sama aaamiin. Terima kasih sudi membaca. Assalamualaikum

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 18 Average: 4.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.