Pengalaman aku masa study di salah sebuah kolej di Melaka.
Kolej aku pulak tempatnya jauh dari hiruk pikuk bandar dan jalan besar. Ianya terletak di sebuah kampung.
Masa Sem 2, kira zaman jahilliah aku ni, mengada sangat nk keluar dr hostel dan menyewa dengan kawan-kawan. Rumah sewa aku terletak diatas kaki bukit, landskap rumah tu cantik tapi suram. Belakang rumah aku bukit, ada sebuah dusun pokok rambutan, durian, manggis, mempelam, dan ciku. Sangat best time musim buah. Kawan rumah aku pulak semua lain-lain kos pengajian. So kalau dalam sehari tu ada la jugak aku mesti terkandas kat rumah tu seharian bersendirian. Aku ni orangnya ‘ajet-ajet’ berani tapi penakut jugak. Kami menyewa 5 orang sahaja dalam rumah tu. So, dipendekkan cerita. Kira-kira 2 bulan lepas menyewa, 1 malam tu housemate aku 3 orang balik kampung. Tinggallah aku dan sorang lg member aku kt rumah tu namanya Ain. Kami layan la movie dalam laptop sampai tengah malam. Sedar-sedar dah jam 2 pagi, kami pun masuk tidur. Kami tidur di ruang tamu. 2 tilam digabungkan. Baru nak lelap, aku dengar si Ain mengomel “jangan lah himpit, kan ruang luas tu”, aku buat tak tahu sebab dah terlalu ngantuk. Tak lama lepas tu tiba-tiba dengar kerusi meja di dapur bergerak sendiri. Bukan main rancak lagi. Walaupun dah tk sedap hati aku tetap nak bersangka baik. Sangkaan aku kucing/tikus agaknya untuk menyedapkan hati. Aku Sambung tidur tapi belum lelap. Rupanya tak sampai tu je. Bilik air pula bunyi macam orang tengah mandi. Kami dah mula cuak, kami saling berpandangan. Nak lari ke rumah sewa member lain, kebanyakkan member lain belum menyewa di luar seperti kami, nak lari ke hostel. Pak guard akan tahan kami, tak bagi masuk hostel melainkan kebenaran warden. Maka kami pun duduk rapat bacalah apa yg terlintas. Sedang ketakutan, kami terdengar suara mengilai di luar rumah. Rasa takut dan seram semakin tidak terkawal. hampir semalaman kami tidar lelap.
Keesokkan harinya Ain demam dan terus call mak abah dia untuk ambil. Aku pulak lari ke hostel member untuk bermalam. Beberapa hari kemudian Ain balik, dia ceritakan kejadian dia dihimpit ketika tidur, bila ditolak rasa berat sangat. Dihimpit sampai rasa rimas tp sebab mengantuk dia malas nk layan.
Lepas kejadian tu, pernah sekali aku balik rumah habis kelas waktu siang, ada orang kampung di luar pagar rumah tengah tengok-tengok kawasan rumah tu. Bila trserempak dengan aku, dia tanya aku pengalaman duduk rumah tu, okey ke tak. Jawab jelah okey walaupun dh kena ganggu. Lalu diceritakan sejarah rumah tu, sebenarnya rumah tu dh lama ditinggalkan. Lepas tuan rumah laki dia meninggal, semua anak-anak dh besar, bawak ibunya keluar dr rumah tu dan tinggal bersama mereka. Kami orang pertama yang menyewa disitu setelah bertahun tanpa penghuni. Pastu pula, dusun buah di sekitar rumah tu ada penjaganya, bukan seekor 2 ye, tak pasti berapa jumlahnya sebab mengikut orang yang ariff ada jin yg dh beranak pinak di kawasan itu. Setiap penjuru kawasan rumah tu di pagar dengan mkhluk tu jugak. Anak-anaknya pernah jugak cari orang yang boleh ‘bersihkan’ rumah tu malangnya belum ditemukan orang yg sesuai.
Sebelum kejadian aku dan Ain diganggu, pernah jugak housemate lain namanya Bella, diganggu juga. Dia balik kelas pukul 10 malam, pastu masa tengah bukak pagar rumah tu, tiba-tiba dia dijemput langsuir diikuti pocong mengiringi sehingga kepintu masuk rumah.Dia terjerit-jerit suruh bukak pintu. kami kelam kabut bukak terus. Dia masuk dan terus berselubung dengan selimut. selang beberapa hari kemudian, dia keluar dr rumah tu dan menyewa bersama kakak senior. Banyak lagi pengalaman aku dan housemate lain diganggu sepanjang 6 bulan nk habiskan semester tp setakat ini sahajalah ye. Terima kasih baca
menarik walaupun simple!