Rumah Sewa Nabilla

Aku Nabilla. Ingin aku kongsikan kisah sewaktu aku menyewa bersama rakanku. Kisah ini berlaku tahun 2016. Ya tahun lepas.

Aku menyewa disebuah rumah flat lima tingkat di Pulau Pinang. Rumah sewaku mempunya dua bilik tidur dan satu bilik air. Ya, rumah sewaku memang sangat kecil. Aku menyewa bersama dua orang lagi kawanku, Munirah (muda dariku) dan Kak Siti. Munirah dan Kak Siti berkongsi bilik dan bilik mereka menghadap belakang rumah iaitu hutan dan bukit bukau. Manakala aku memilih bilik hadapan dimana tingkap bilikku bersebelahan koridor dan dekat dengan pintu masuk.

Aku jarang berjumpa dengan Munirah dan Kak Siti kerana masa bekerja kami tidak sama dan aku tidak tahu jadual kerja mereka berdua.

Suatu hari, aku bersendiri di rumah. Aku tidak tahu sama ada Munirah dan Kak Siti bekerja atau keluar jalan-jalan. Selepas makan malam, aku berkurung di dalam bilikku. Tiada apa yang boleh aku buat kerana rumah sewaku tiada TV atau radio.

Aku di dalam bilik cuma main game di telefon bimbitku. Dalam tak sedar, jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Mataku mula mengantuk. Lalu aku bersiap-siap untuk tidur.

Tiba-tiba aku terdengar suara gelak ketawa di luar di depan muka pintu rumah. Kemudian kunci pagar dibuka. Aku menyangka bahawa Munirah dan Kak Siti sudah pulang tapi tidak pula aku keluar melihat mereka kerana mataku sudah terasa berat benar.

Keesokan pagi, aku bangun jam 5 dan aku merasa pelik kerana pintu bilik Munirah dan Kak Siti terkunci dari luar.

‘Lahhh…yang aku dengar bising-bising semalam tuh sape?’ hati kecilku berbisik.

Peristiwa ini berulang2 setiap minggu. Awalnya memang aku berasa pelik dan takut, tapi akhirnya aku memilih untuk mengabaikannya. Kerana khuatir, memandangkan aku selalu tinggal bersendirian di rumah sewa tersebut.

Suatu hari minggu, Kak Siti balik kampung. Tinggal aku dan Munirah sahaja di rumah. Jadi kami berdua dudum melepak di ruang tamu sambil membaca novel.

“Weh Mun..akak nk tanya kau sikit ni..tapi kau kena jujur tau..” aku bersuara memecah keheningan.

“Tanyalah kak..”

“Takdelah..kau kan dah lama menyewa sini..akak nak tanya lah, selama kau kat sini, ada apa-apa perkara pelik yang pernah berlaku tak?” Tanyaku kepada Munirah.

“Maksudnya?”

Aku mengeluh dan meletakkan novel yang aku baca di lantai. Aku bangun dari pembaringan dan duduk di hadapan Munirah. Munirah turut berbuat perkara yang sama.

“Macam ni Mun, akak sebenarnya dah banyak kali dengar suara gelak ketawa pukul 1 pagi, pastu dengar pintu pagar terbuka tertutup macam ada orang masuk..mulanya akak fikir kau dengan Kak Siti yang balik pagi-pagi buta, tapi esoknya akak bangun tidur akak tengok pintu bilik korang masih berkunci dari luar..” kataku serius.

“Eh ye ke kak? Mun tak pernah pulak dengar macam tu..mungkin sebab bilik akak tepi pintu masuk itu yang dengar jelas tu..tapi kak, selalu Mun dengan Kak Siti dengar orang ketuk pintu..lama kak dia ketuk pintu, tapi salam x pandai nak bagi..kitorang tak pernah buka..sebab kadang-kadang pagi-pagi buta pun diketuknya pintu..” Munirah berkata sambil badannya semakin merapat kepadaku.

“Oh ye ye..! Akak pun pernah kena macam tu..tapi akak tak nak lah fikir bukan-bukan..akak anggap jelah anak jiran yang nakal mengusik tengah-tengah malam..”

Malam itu disebabkan rasa seram yang menebal, aku dan Munirah tidur sebilik.

Sebulan kemudian..
Pulau Pinang dilanda jerebu dan cuaca panas melampau.

Bilikku terasa berbahang. Maka aku angkut bantal dan kipas angin ke ruang tamu. Kebetulan ketika itu aku bersendirian di rumah. Aku tidur kaki menghadap dinding, dan kepala di dinding bilikku. Sekiranya aku toleh kiri bermakna aku akan terlihat pintu masuk rumah. Sekiranya aku toleh ke kanan, kelihatan pintu bilik rakan serumahku.

Lebih kurang jam 12.45 malam, aku mula memgantuk dan cuba melelapkan mata. Ketika itu aku berbaring dengan kepalaku menoleh ke kanan iaitu menghadap pintu bilik rakan serumahku.

Entah bila aku terlelap, dan aku terjaga apabila terasa tubuhku seperti ditindih. Aku mencuba untuk bangun tetapi tak berjaya. Nafasku menjadi sesak dan tiba-tiba aku mendengar suara gelak ketawa seperti biasa. Pintu pagar dibuka dan ditutup. Aku cuba menoleh ke arah pintu tetapi tidak berjaya. Namun di dalam hati aku sedikit lega kerana menyangka Munirah dan Kak Siti sudah pulang. Tetapi tiada langsung kelibat mereka melintas dihadapanku. Pelik.

Aku masih mencuba melawan. Dan dalam masa yang sama aku lihat Munirah keluar dari bilik. Aku memanggil-manggil nama Munirah namun Munirah seolah-olah tidak mendengar jeritanku.
Munirah berlalu ke dapur dan hilang begitu sahaja.

Tidak lama kemudian aku lihat lagi Munirah dipintu biliknya tetapi dengan pakaian yg berlainan dar tadi. Seperti biasa aku memanggilnya tetapi Munirah yang aku lihat ketika itu memandangku tajam dan melontarkan senyuman sinis kemudan berlalu ke dapur dan hilang.

Sumpah senyuman dan pandangannya sungguh menakutkan.

Aku menjerit ALLAHUAKHBAR sekuat hati dan serentak dengan itu badanku berjaya digerakkan. Aku terduduk mengah. Tidak pula aku membuang masa disitu, pantas aku mengangkut barangan aku masuk ke bilik dan aku tidak dapat tidur hingga ke pagi.

Sepanjang berjaga malam itu, aku mendengar bunyi tapak kaki berulang alik di koridor tetapi tiada satupun bayang manusia di tingkap yang kelihatan.
Ianya berselang seli dengan bunyi tangisan mendayu-dayu beserta hilai tawa yang menyeramkan.
Aku juga mendengar suara gelak ketawa seperti mengejek di depan pintu bilikku. Menangis aku tanpa suara pada malam itu.

Keesokan harinya aku nekad untuk berpindah. Lalu pada waktu rehat, aku pulang kerumah dan aku mula mengemas baranganku. Aku membungkus baju-bajuku.

Petangnya setelah pulang dari kerja aku meminta sahabatku, Apit menemaniku di rumah. Memandangkan rumah sewaku itu adalah rumah sewa bujang perempuan, jadinya Apit hanya duduk di ruang tamu menanti aku membungkus pakaianku.
Ketika itu pintu pagar dan pintu rumah aku huka seluas-luasnya.

Sedang aku memunggah barang-barangku di ruang tamu, sambil berborak dengan Apit, tiba-tiba pintu pagar rumah tertutup perlahan-lahan disaksikan oleh kami berdua.

Aku dan Apit masing-masing terdiam melihat pintu pagar tertutup sendiri.

Kemudian aku menegur “eh tak pernah-pernah pintu pagar ni tertutup sendiri walaupun angin kuat..”

Serentak dengan itu, terus pintu pagar tersebut berhenti bergerak.

“Wehh..aku takut lah..kalau kau nak tahu, pintu tuh dah berkarat..nak tutup guna tangan pun kena rentap, macam mana pula boleh bergerak sendiri tadi..” aku bersuara.

Apit tidak puas hati lalu dia mencuba membuka dan menutup pintu pagar tersebut dan ya, memang memerlukan daya tarikan yang kuat untuk menutup dan daya tolakan yang kuat untuk membuka pintu pagar tersebut. Mustahil boleh terbuka dan tertutup ditiup angin sedangkan ketika itu pokok pun tidak bergoyang.

“Eh Nab..cepat sikit mengemas tu..dah nak maghrib ni..bagi dulu barang yang dh siap aku gi letak dalam kereta..”

Ketika Apit pergi membawa dua beg pakaian, aku berkurung di dalam bilik. Tak kuasa aku nak tinggal sendirian di ruang tamu.

Sedang aku ber’facebook’ sambil menunggu Apit datang semula, tiba-tiba aku terdengar bunyi seretan beg diruang tamu dan “ploppp”
Bunyi seperti beg plastik yang berisi pakaian basah dijatuhkan di hadapan bilikku. Dan aku terdengar tawa kecil seperti suara kanak-kanak.

Aku terus menelefon Apit memintanya cepat naik ke atas. Aku menangis sendirian.
Apit tiba di depan muka pintu barulah berani aku keluar ke ruang tamu dan membuka pintu untuj Apit.

Kulihat lantai di ruang tamu sedikit basah dan sumpah ini memang menyeramkan.
Siapa pula yang basahkan lantai ruang tamu sedangkan tiada seorangpun dirumah melainkan hanya aku yang ketika itu berkurung didalam bilik.

Semenjak itu aku memang tak pernah lagi menjejakkan kaki di rumah sewa tersebut. Aku membayar sewa bulan terakhir dan terus aku pindah pada hari itu juga.

Aku menumpang rumah kawanku yang lain sebelum mencari rumah sewa baharu.

Sekian dahulu daripada aku, HudnaNabilla..

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

A teacher..
A wife..

rate (4 / 10)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

26 Comments on "Rumah Sewa Nabilla"

avatar
DeluStar
rate :
     

Ok. thanks for sharing ya..

Azwan Ali
rate :
     

macam pernah baca jer citer nih.. ni cerita Villa Nabila tuh kan?

anyway, boleh tahan tahap keseramannya ittewww..

Diva bagi 3 bintanggg!!!

debot
rate :
     

yayayayaayaya hihiks

zai

adakah munirah si housemate tu benar2 wujud??hmm…

yananazim
rate :
     

nk tahu jugak housemate yg 2 org lg tu still lg kat situ k atau pindah jgak??

Akakkiut
rate :
     

Best!

Hudna Nabilla

Thanks yunk.. 😘

miszmujahidah
rate :
     

Maybe benda tu xsuka ko dduk situ…senang die nk kluar masuk nt

Hudna Nabilla

Alaa..knapa dia x suka sya plak..sya bayar sewa kot..dia yg duduk menumpang free je..pastu suka2 hati keluar masuk kn..haha

miszmujahidah

Hehe…mnela tau die dh lme dduk situ tu yg xsuka korg kacau tmpt die. Lg2 yg sllu dok ssorg hiks

Raflesia
rate :
     

apa jadi dengan 2 orang kawan serumah tu skrg? nice story

Hudna Nabilla

X tahu yunk..sya dh lost contact..

Khayalan menjelma ketika fikiran melayang menjauh
Khayalan menjelma ketika fikiran melayang menjauh
rate :
     

aku rasa si apit tu dah goyang tu pasal dia bg alasan nak antar barang ko kat kete, padahal kalau betul nak cepat letak luar pintu jadi la..hahah

lagi satu, rumah flat 2 pintu eh…rumah macam buruk2 sikit kan? kalau betul la..area bayan baru gak

dulu ada member aku mintak advise nak dok situ..aku tgk gambar pun kelam2 je..nasib dia tak jadi dok situ..

Hudna Nabilla

Aku pun rasa mcm tu..x guna punya member..betul gk an..klu x goyang patutnya dia tggu je lah aku kn..dh knapa nk bawa turun dulu dua buah beg tu padahal klu turun skali dgn aku pn boleh ja..dh tu aku pn satu hal..dh kenapa x bersuara, beria2 lah tunggu mamat tu naik skali lg..haha..

Haha..flat mana dowh yg kau maksudkn ni?? Ni flat dekat bukit2..tetttt..dekat jalan nak naik g kilang Plexus Hillside..haaa dpt detect x? Sb aku kurang arif flat dua pintu yg ko maksudkan..haha..

Khayalan menjelma ketika fikiran melayang menjauh
Khayalan menjelma ketika fikiran melayang menjauh

hahaha…tau takpe…sorry flat dua bilik..

Cik Aurora
rate :
     

.

sophia

seb baik cpr2 blah~

jija
rate :
     

okey

penatari hitam

Terbaik lah.

wpDiscuz