Rumah Sewa Shah Alam – part 2

RUMAH SEWA SHAH ALAM – PART 2

Assalamualaikum pembaca fiksyen shasha, thank you admin sebab approved cerita aku. Aku dah post beberapa bulan lepas dah. Then tadi baru perasan yang admin dah publish. Aku ada baca few comment yang cerita ni dah dipost sebelum ni. Ye ke? Aku sendirik tak perasan. Hahaha. Sorry terpaksa baca cerita aku yang memeningkan nie beberapa kali. Since aku tak berapa pandai karang cerita so aku suruh member aku edit balik cerita aku dah tulis. Hope korang faham apa yang aku nak sampaikan okay? Yang kata melalut and pening tu harap maaf aku bukan reti karang2 nie.huhu.. #jangankecamplease. Sebelum aku melalut jauh baik aku sambung.

Lepas kejadian aku kena tindih kali kedua tu, aku ambik inisiatif tidur letak bantal atas badan supaya tak kena tindih lagi dan baca Al-Fatihah, Ayat Qursi, 4 Qul, Selawat 3 kali, then hembus kat tapak tangan dan sapu kat seluruh badan sebelum tidur and jangan lupa baca doa tidur (yang ni korang boleh amalkan sebab petua ni aku dapat dari seorang ustaz). Kat sini aku rasa salah aku sendiri sebab tidur tak amalkan baca surah sebelum tidur. So kat sini ada hikmah benda tu berlaku kat aku.

Now, aku nak cerita kejadian masa aku basuh kain. Tempat basuh nie terletak belah belakang berpisah dengan dapur (kira ada pintu antara dapur dengan tempat kitaorang basuh baju dan sidai baju ni). Tempat basuh ni berdinding separuh je separuh lagi pagar. So means kalau ada orang lalu belakang rumah korang memang nampak sangat lah sebab dia tak bertutup penuh. Biasanya aku dapat basuh pakaian aku malam2 sebab tahu lah kan student bila duduk 13 orang na basuh baju kena bergilir-gilir.

Waktu basuh kain, masa tu aku basuh kain malam dalam pukul 9 lebih macam tu. Tengah syok aku tunggu kain aku nak siap spin aku ada dengar bunyi baby menangis kat luar. Masa aku dengar baby menangis tu, aku jenguk jugak lah kat luar pagar tu (walaupun gelap gelita) takut2 ada orang buang baby ke apa (dalam hati aku dah nak memaki hamun kalau betul2 ada orang baby kat belakang rumah ni). Tapi aku intai punya intai, takde pulak nampak kelibat baby ke kucing ke. So, aku buat tak tahu je lah maybe aku salah dengar. Then, lama sikit aku dengar lagi baby nangis sayup-sayup. Haaa! Masa ni aku dah kecut jugak lah, aku siapkan kain aku cepat2, jemur cepat2, terus aku pi kat ruang tamu. Pengajaran kat sini, jangan basuh kain tengah malam dan kalau ada dengar apa2 yang pelik jangan ditegur (kalau boleh setiap kejadian yang berlaku ni aku nak korang nampak hikmah dia, apa yang aku rasa laa).

Biasanya hujung minggu, mana yang duduk dekat2 mesti balik rumah diorang kan. So, ada satu hujung minggu ni, roomates aku semua balik kampung kecuali aku. So, kat rumah sewa just ada aku, atul dan fara. Biasanya, kalau roomates aku semua balik, aku berani je tidur dalam bilik sorang2 sebab aku tak fikir sangat pasal hantu dan benda2 seram. So, nak dijadikan cerita satu hujung minggu ni aku try lah nak tidur sorang2 dalam bilik, atul and fara ada ajak tidur bilik diorang tapi aku tolak (sombong sangat bak kata kawan-kawan aku), bukan sombong tapi kesian laa, bilik dah kecik nak aku menyempit lagi kat korang. Then, aku pun try la lelapkan mata sambil dengar lagu classical dan orchestra. Tapi payah betul nak tidur, masa tu aku rasa lain dah, start lah aku teringat kejadian kena tindih tu, seram woi!

Time tu aku rasa macam ada benda duduk sebelah aku, pandang aku walaupun aku tak nampak pape, so aku anggap aku ni melebih-lebih fikir sebab biasanya rasa takut tu datang sebab pemikiran kita sendiri imagine melebih-lebih. Aku try fikir benda lain, fikir assignment, fikir masa depan aku, tapi tak jadi jugak. Time tu aku rasa memang bukan aku yg imagine lebih2, memang ada something yang nak kacau aku. So, aku decide gi tidur bilik atul dan fara. Aku cakap kat diorang yang aku rasa lain macam tapi masa tu aku risau jugak takut jadi something kat atul sebab aku pernah cakap kan yg atul ni Allah bagi anugerah boleh rasa dan nampak. Masa tu, aku rasa atul ada perasan something tapi dia tak nak bagitahu, aku perasan muka dia lain masa aku masuk bilik diorang. Tetiba atul suruh aku tidur tengah2 antara dia dan farah. Memula aku cakap takpe lah aku tidur tepi, takde tilam pun, sebab aku bawak selimut tebal aku (selimut kesayangan), tapi dia suruh jugak baring tengah. Aku pun okay je lah.

Mula-mula tu kitorang borak2 kosong je lah, tetiba aku perasan atul ni asyik batuk-batuk. Sebelum aku masuk bilik diorang, takde pulak dia batuk ke apa. Kalau batuk biasa2 tu takpe lah jugak aku consider dia tertelan lalat ke nyamuk ke, ni tak, teruk jugak lah sampai merah muka dia. Aku tanya dia okay ke tak, dah teruk sangat baru dia jujur. Atul cakap ada benda ikut aku dan benda tu tak suka atul. Time ni aku cuak jugak lah tetiba dia cakap macam tu. Mula2 macam susah nak percaya, then aku tengok dia batuk teruk sangat sampai dia kena pakai minyak ruqyah yang ustaz bagi kat dia. Dia sapu minyak tu kat tengkuk dia. Masa ni aku memang rasa bersalah gila, dalam hati aku, “sebab aku ke dia jadi macam ni sekali”. Malam tu aku try je lah tidur, aku dah terlelap rasanya. Esoknya, alhamdulillah aku bangun takde apa berlaku kat aku, atul dan fara. Aku bangun awal pagi dan aku beralih pergi bilik aku balik solat subuh.

Aku ingat lagi benda nie jadi pertengahan bulan 8, kejadian yang bagi impak yang besar pada aku dan roomates aku. Lepas banyak kejadian aku susah tidur sebab diganggu, aku dapat penyelesaian cara nak tidur dengan lena. Aku kena tidur awal, tidur sebelum semua orang tidur (aku rasa selamat bila ada orang belum tidur). Ada satu malam ni, atul tidur bilik aku borak2 dengan nor, iza dan zu, aku je gi tidur awal dalam pukul 9.30 aku dah tidur. Then dalam pukul 11 gitu atul ni cakap dia tak sedap hati. Masa ni aku, nor, iza and zu dah tidur tinggal atul je yang tak boleh tidur. Then atul rasa macam ada benda nak masuk ikut ibu jari kaki aku so atul pun picit ibu jari kaki aku. Selang berapa minit Atul rasa belakang dia pedih so dia kejutkan iza. Masa iza tengok belakang dia nampak banyak kesan calar.

Atul mintak iza sapukan minya ruqyah yang ustaz bagi kat dia. Makin sapu makin banyak kesan calar. Masa nie zu bangun. Aku dengan nor kira nyenyak gila tido tak sedarkan diri. Then tetiba almari baju aku terbukak. (If dulu laluan ke cermin nie zu tido tapi sejak nor dengan iza nampak ada benda dekat situ kitaorang ubah tempat biar nor tido hujung dekat almari since dia ni kira berani sikit la). Atul tak sedap hati dia suruh iza tutup almari tu. Masa nak patah balik tu tetiba nor rasa kaki dia macam dipijak iza. Padahal time tu iza dah duduk sapu ubat kat belakang atul. “kau pehal pijak kaki aku iza?” iza dan zu buat muka pelik. “mana ada aku pijak.” time tu nor tengok atul mengerang sakit. “korang buat ape?” time nie nor buat muka blur. “ saja main urut2.” nor tengok jam pukul 12 malam. “jadah menda nak main urut2 tengah2 malam.”

Lepas tu atul suruh iza sapu minyak tu kat kening aku. Terus aku tersedar, kawan aku cakap masa aku sedar tu, mata aku terus terbeliak (time nie iza cakap dia terkejut beruk, hahahaha. sorry). Benda pertama aku nampak masa aku bukak mata, muka iza, dia tengah sapu something kat kening aku. Masa tu aku tanya lah “weh, kau sapu apa kat kening aku?”. Iza cakap dia sapu minyak ruqyah. Kenapa tetiba dia sapu minyak ruqyah kat kening aku?. Then, aku terus duduk, aku nampak atul macam sakit-sakit. Dia macam cuba nak muntahkan something. Masa aku tengok atul, aku dah kecut perut dan masa tu aku perasan kaki aku dah biru.

Tetiba atul jerit kat aku “Kau lari turun bawah sekarang!!!”. Apalagi, aku menggeletar and jantung aku rasa macam nak tercabut dah waktu tu, aku gagahkan diri, aku lari turun bawah. Masa tu mulut aku macam dah kaku, aku tak tahu nak buat apa. Zu muka dah cuak. Dia pandang nor yang still blur2 tu sambil buat muka kesian “ye, kau gi la turun zu. Biar aku tolong atul.” nor macam faham apa yang zu nak sampaikan. Zu pun cepat2 turun. Aku kejutkan Ifa yg tidur kat ruang tamu. aku dah tak tahu nak explain macam mana, masa tu yang aku sebut nama atul je. Ifa pun automatik pergi ambil tudung dia, dia kejutkan ana ajak pergi cari ustaz (aku respect gila lah dengan Ifa ni, sebab dia tahu nak buat apa bila benda macam ni berlaku dan tak banyak tanya). Mereka berdua naik motor pergi cari ustaz. Kira D3, budak2 yang tidur ruang tamu, zu and aku kitaorang dok bawah baca yaassin. Hanya iza dengan nor je yang pegang atul since dorang ni macam kuat sikit.

Atul kat atas dah terjerit2, jenuh jugak rasa iza dengan nor pegang dia. Masa nor peluk dia dari belakang sambil bacakan ayat Qursi atul menjerit “kau jangan cabar aku setan!” mata atul time tu pandang ke arah toilet dalam bilik kitaorang. Dia melepaskan pegangan nor dah meluru ke arah tandas. Mata dia pandang tajam penjuru tandas. “Setan kau, keluar dari sini. Jangan cabar aku”. Nor cepat2 tarik tangan atul dan tutup pintu tandas. “kau jangan pandang sana. Sekarang kau baca surah yang kau tau” atul menggigil tiba2 dia jatuh. Nasib nor cepat sambut. Iza masa nie tengah ABC dia lurutkan ayat Alhamdulillah yang dibekalkan mak dia kat badan atul. Time ni dorang dua dah buntu gila. Masa iza lurutkan ayat tu kat dada atul tetiba rasa sesak nafas. Dada dia macam kena hempap tak boleh nafas, merah muka dia menahan. Then iza sapu bahagian tengkuk, atul rasa macam kena cekik. Jadi nor suruh atul tarik ayat tu dari dada sampai ubun kepala. Lepas je lurut sampai kepala atul baru boleh bernafas.

Then tetiba atul bangun. Dia cakap dia ada nampak budak perempuan dan lelaki (budak yang nor dan iza pernah nampak dekat dengan aku). Masa ni tetiba atul menjerit panggil mak sambil nangis. Mata dia melilau pandang merata time nie nor dengan iza dah takde kekuatan nak pegang sebab tenaga dia macam tenaga lelaki beb, atul berlari turun bawah terus pergi kat pintu utama rumah. Masa aku nampak dia berlari turun tu, aku dah cuak balik, aku ingat dia nak serang aku. Atul pergi kat pintu utama, pastu dia macam cuba nak muntahkan something. Bunyi dia agak seram lah masa ni. Beberapa saat lepas dia cuba muntahkan something, dia berlari balik naik atas. Aku seriously tak tahu nak buat apa masa ni, Ifa pulak belum balik2 lagi. Lama jugaklah dia keluar, nak dekat setengah jam. Aku dah takut sangat masa ni, so aku pergi keluar dari rumah.

Aku try bagi salam kat rumah jiran, tapi tak de siapa jawab. Mana taknya, dah pukul 1 lebih kut. Orang semua dah tidur. Aku jenguk jugak rumah lain, semua rumah macam dah gelap. Masa aku keluar rumah sorang2, aku pandang arah tingkap bilik aku, aku nampak langsir bilik terselak, macam ada orang selak. Aku dah panik masa ni, so aku tak fikir pape dah, yang aku fikir kena cari orang mintak tolong. Lama jugak aku berdiri kat luar rumah, alhamdulillah, ada hamba Allah lalu kat kawasan rumah kami. Seorang lelaki 30-an. Aku nampak dia pergi kat salah sebuah rumah berdekatan dengan rumah aku. Sebelum dia masuk rumah tu, aku pergi panggil dia mintak tolong “Pakcik! Kawan saya kena rasuk!” (time ni gelap sangat, so aku tak nampak muka dia, aku tak sure dia tua ke muda, so aku panggil dia pakcik, maaf abang!). Alhamdulillah, abang ni nak tolong kitorang. Dia follow aku pergi rumah sewa, then aku suruh dia naik tingkat atas.

Aku terus cerita part yang abang penyelamat tu datang, masa tu atul dah tak sedar, benda tu dah kawal atul. Masa abang tu naik atas, benda tu macam takut dengan abang tu dan abang tu terus tanya iza dan nor yg atul ni ABC ke (masa ni atul tengah abc dan wow! Aku respect abang ni, dia orang yang betul2 dapat tolong kitorang). Abang tu suruh atul (jin dalam badan atul) duduk, terus dia duduk. Abang tu tanya kenapa kacau kitorang semua, dia tak mau jawab. Abang tu tak nak tanya banyak dah, terus abang tu draw alif lam lam ha (ALLAH) sambil tunjuk kat arah perut atul. Terus atul menjerit dan pengsan. Ifa dan ana pun balik time ni, dia cakap ustaz tak dapat datang sebab ustaz sakit. Aku tunggu je kat bawah masa ni sebab aku tak berani naik atas. Dalam 15 minit jugaklah abang ni kat atas. Then, tetiba ada sorang makcik datang rumah aku tanya kenapa dengar bising2. Pastu abang tu turun bawah cakap something kat makcik tu, terus dia keluar. Rupa-rupanya, makcik tu mak abang tu. Makcik tu cakap benda dari rumah ni sendiri. Dia tak explain panjang lah, lepas tu dia terus keluar lepas kitorang cakap terima kasih.

Masa ni, aku dah tak dengar atul jerit2 ke apa kat atas, tapi aku tak berani lagi nak naik atas and Iza pun tak kasi aku naik atas. So, kat atas just ada 3 orang je, Atul, Iza dan Nor. Yang lain semua pakat tidur kat bawah. Yang lain memang dah penat gila masa ni sebab dah pukul 3 lebih mcam tu, so diorang tidur. Masa ni atul dah okay sikit, cuma kadang2 dia meracau cakap ada nampak muka perempuan rambut panjang tengah senyum sinis..Aku kat bawah ni payah nak tidur, aku berjaga sampai subuh sebab takut benda ni jadi lagi. Dari kejadian ni nampak tak, dalam susah Allah sentiasa bersama kita. Allah hantar hamba dia yang lain untuk tolong hambanya yang dalam kesusahan. Masa ni aku rasa memang Allah sangat dekat dengan kita, masa kita susah, minta tolong dengan Allah dan tawakal. In shaa allah, Allah bantu kita.

Esoknya, aku tanya Iza dah boleh naik atas ke, takut2 benda tu ada lagi. Iza kata boleh, aku pun pergi lah tengok Atul macam mana keadaan dia. Dia still tidur tak silap sebab penat dan sakit badan. Lepas diorang dah berehat apa semua, aku tanya diorang apa jadi kat atas malam semalam. Dia pun cerita daripada mula. Kat sini dah tahu kenapa atul kena cakar, sebab dia cuba selamatkan aku dari benda ni (terima kasih atul!). Then, sebab atul melawan, benda ni pergi kat atul dan tak jadi masuk kat aku. Dia cuba cederakan atul dari dalam.

Lepas kejadian malam tu, kitorang semua decide balik kampung hujung minggu. So takde sorang pun yang ada kat rumah. Atul suruh aku balik kampung and pergi berubat dengan ustaz sebab ada something follow aku. Aku pun call mak aku, bagitahu semua yang berlaku and mak aku buat appointment dengan sorang ustaz dari sekolah agama. Ustaz ni memang selalu ubatkan orang. Jumaat tu aku pun balik rumah. Mak aku cakap ustaz tu suruh datang sabtu lepas isyak. Aku pun okay je lah, berdebar jugak lah nak jumpa ustaz sebab aku takut kalau ustaz tu suruh benda tu masuk dalam badan aku dulu untuk communicate dengan benda tu. Malam sabtu tu aku tidur agak lambat jugak lah sebab naik bas jumaat tu malam, sampai pun malam. Esoknya (sabtu), aku tak sedar langsung, aku tidur mati. Aku tersedar masa aku dengan azan zohor tapi badan aku sakit susah nak bangun. Then aku terlelap balik sampai pukul 2.30 macam tu.

Masa pukul 2.30 tu aku paksa jugak diri aku untuk bangun walaupun susah dan sakit-sakit badan. Aku capai handphone aku, then aku tengok ada whatsapp masuk. Rupa-rupanya whatsapp tu dari atul. Atul tanya aku dah pergi berubat ke belum. Aku pun cakap kat dia belum sebab ustaz aku suruh datang lepas isyak. Aku tanya pulak atul dia dah pergi ke belum. Dia cakap dia dah pergi. Aku pun excited nak tahu apa ustaz dia cakap. Aku tanya lah atul, then atul tak nak kasi tahu apa berlaku masa dia pi jumpa ustaz dia. Aku pun macam pelik lah, kenapa tak nak cerita. Atul cakap aku akan tahu sendiri masa aku pergi jumpa ustaz aku nanti (makin berdebar lah aku nak jumpa ustaz bila dia cakap macam tu!). Then, aku tak tanya apa dah lepas tu. Aku tunggu apa akan jadi kat aku masa jumpa ustaz tu nanti. Asar, Maghrib, Isyak. Sampailah waktu yang dinantikan. Lepas habis orang solat isyak, aku, mak, abah, makcik jiran dan jiran (sama umur) bertolak pergi surau kat sekolah agama tu. Ustaz tu ada suruh mak aku prepare minyak zaitun, limau purut dan air mineral sekotak (botol besau).

Sampai je kat surau, kitorang kena tunggu kejap sebab ustaz tengah ubatkan orang lain. 5-10 minit macam tu dah settle, kitorang pulak masuk. Aku pun duduk depan ustaz tu. Then, ustaz suruh cerita apa yang jadi kat aku. Aku pun cerita serba sedikit, tak lah panjang berjela macam aku cerita kat korang ni. Aku cerita part2 penting je lah. Aku cerita yang kena histeria bukan aku tapi kawan aku yg nak menyelamatkan aku. Aku pun cakap kat ustaz yang benda ni macam dari aku, ustaz cakap bukan. Ustaz cakap dari kawan aku. Aku pun hmmm, fikir banyak kali jugak lah. Nak jugak defend kawan aku, tapi dah ustaz cakap macam tu, apakan daya, aku pun mendiamkan diri. Ustaz pun nak memulakan perubatan. Dia suruh aku duduk lunjurkan kaki. Then, ustaz mintak izin kat mak aku nak pegang kepala aku (jangan risau aku pakai tudung), ustaz pun pegang ubun-ubun aku, dia baca ayat-ayat ruqyah semua. Agak lama jugaklah ustaz baca, masa tu kaki aku menggeletar. Setiap kali ustaz baca, dia akan tanya ada sakit kat mana-mana tak. Aku cakap takde, sampai lah habis ustaz baca. Cuma ustaz perasan kaki aku menggeletar, dia tanya aku sakit ke. Aku cakap tak, aku rasa kaki aku menggeletar sebab duduk melunjur lama sangat, lenguh weh hahahhahah!.

Habis sesi perubatan tu, ustaz buat air ruqyah, minyak ruqyah guna bahan-bahan yang aku bawak tadi. Ustaz suruh blender limau purut, pastu campur dengan air ruqyah dan air biasa. Mula-mula sediakan air mandi setengah baldi, campur limau dah blender, tuang separuh botol air ruqyah (air ruqyah akhir sekali letak dalam baldi sebab tak boleh ditindih dengan bahan lain). Ustaz suruh mandi sekali sehari dengan air campuran ni untuk elakkan jin ikut aku. Katanya jin tak suka bau limau purut. Aku pun amalkan lah mandi campuran tu dalam 3 hari. Dah siap perubatan aku, kitorang semua balik rumah dan alhamdulillah benda yang aku expect mungkin berlaku tak berlaku, bersyukur sangat-sangat (kalau boleh aku tak nak jin masuk badan aku sebab sekali benda ni masuk, akan terbuka laluan untuk diorang masuk dengan mudah).

Balik tu, aku tak sabar nak tanya atul pasal benda berlaku masa dia berubat sebab masa aku pergi berubat macam tak dapat jawapan. Aku pun whatsapp atul kasi tahu macam mana aku berubat. Dia pun macam pelik sebab aku tak de pape. Dia pun cerita benda yang jadi masa dia berubat. Atul cakap masa dia pergi berubat ustaz suruh jin yang ikut atul balik kampung masuk badan atul sebab mudah nak communicate. Jin tu pun rasuklah atul (kesian atul, bersabarlah nak tsk..tsk..). Time ni, ustaz berkomunikasi dengan jin tersebut (tak silap aku jin yang masuk ni yang budak perempuan cantik, aku tak sure mana satu, dah lupa). Ustaz tanya jin, “siapa kau?! Kenapa masuk dalam budak ni?!”. Jin ni ketawa je tak mau jawab (biasalah benda ni degil, nak kena lempang dengan ustaz baru nak jawab). Then, ustaz tanya, “kau ada tuan ke?!”. Jin tu mula-mula tak mau jawab tapi dah kena ugut dengan ustaz baru reti nak jawab. Dia cakap dia bertuan dan dia bukan sorang tapi berdua.

JENG! JENG! JENG! BERDUA?! Aku dah agak yang budak dua ekor ni berkawan (budak perempuan cantik dan budak botak hitam). Ustaz tanya, “siapa tuan kau?!”. Okay time ni dia diam, dia tak nak kasi tahu siap tuan dia. Ustaz pun suruh jin sekor ni panggil kawan dia (katanya jin lagi sekor ikut aku balik kampung). Jin yang ni degil tak nak panggil, ustaz cakap, “kau bawak aku jumpa kawan kau sekarang!”. Dia tak nak jugak, then ustaz ugut baru dia bawak. Okay yang ni aku tak sure nak cakap macam mana, ustaz ilmu dia tinggi so dia boleh pergi kat tempat-tempat tertentu guna ilmu sufi dia mungkin? So, kiranya masa ni ustaz datang kat kampung aku bersama jin lagi sekor sebab nak tangkap yang ikut aku tu. Okay time ni aku dah tahu kenapa hari sabtu tu aku susah nak bangun dan badan aku sakit. Atul cakap dia pergi berubat sebelum zohor, so ustaz tangkap jin tu masa aku tidur dan sebab tu aku susah nak bangun. Aku dah tak ingat apa lagi atul cerita kat aku masa dia pergi berubat tapi ni serba sedikit yang aku ingat lah.

Next, ustaz cakap dia dah buang 2 ekor jin tu dan suruh jin tu berjanji takkan kacau kami berdua lagi. Haa, aku lupa nak cakap, ustaz ni ada tanya jin berdua ni datang dari mana. Jin tu cakap dia datang dari ****** kampung aku (tak mau mention aku dari mana hehe) dan diorang ikut aku. So kat sini memang sah jin ni follow aku. Memula aku pelik jugak kenapa ustaz yg aku jumpa tu cakap jin ni dari kawan aku, sekarang aku dah dapat conclusion, ustaz yg aku berubat tu just concludekan dari apa yg aku cerita sebab sepanjang dia ubatkan aku, jin-jin tu dah tak ada kat aku. So, ustaz atul berubat ni dah keluarkan jin tu dulu sebelum aku pergi berubat (seb baik fuhhh legaa).

Aku cerita sampai sini dulu eh? Maaf readers, if cerita aku memeningkan korang. Aku tak hebat sangat karang2 cerita tapi gagah jugak cuba taip supaya aku dapat share pengalaman aku dengan korang. Nanti part 3 aku cerita pulak pasal nor, atul dan iza kena gangguan lagi. Tu pun kalau korang nak. Kalau taknak aku tak submit dah part 3 kira ending sampai sini je lah, heee. Okay Bye. Assalamualaikum wbt.

.

id
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

14 comments

  1. (” Dari kejadian ni nampak tak, dalam susah Allah sentiasa bersama kita. Allah hantar hamba dia yang lain untuk tolong hambanya yang dalam kesusahan. Masa ni aku rasa memang Allah sangat dekat dengan kita, masa kita susah, minta tolong dengan Allah dan tawakal. In shaa allah, Allah bantu kita. “)

    ayat paling terkesan sekali , bila pergantungan kita pada Allah melebihi segalanya .
    sambung lagi ye nanti

  2. Please la jgn published by part . Nak cerita , cerita ja bg habis . Kalau kena amik masa 2jam utk membaca pun tak apa janji cerita best

  3. Sejibik mcm kisah sorg pmpuan aku baca kat FB 3taun lpas.. dia pn poli gak.. tapi poli Ipoh.. sama sgt jln cerita cuma situasi & cara menakut-nakutkan tu je yg beza sikit.. mmang hantu rmh sewa politeknik ni sama je ke cara dia.. tak silap aku pmpuan tu ada letak cerita dia lam web CARI.. misteri politeknik something like that lah.. mmang pnjang cerita pmpuan tu.. agak sram sbb siap ada bukti bgambar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.