Rumah Sewa “Tumpangan Jin”

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sebelum aku mulakan cerita,biarlah kalian hanya mengenali aku dengan nama A. Seorang perempuan dari salah sebuah negeri di Pantai Timur,Malaysia.

Kisah yang aku nak ceritakan ni, tidaklah seram seperti kisah penulis lain. Tapi aku harap kalian terhibur,dan jika ada pengajaran dari kisah ini—ambillah sebaik mungkin.

Kisah ini berlaku kira-kira 7 tahun dulu, ketika aku dan keluarga berkunjung ke rumah sewa abang aku,yang terletak di negeri P (Barat Laut Malaysia). Kami bertolak dari rumah dengan jiran kami,aku gelarkan mereka—keluarga Ustaz. Kebetulan,abang aku yang kedua,ketiga dan anak lelaki ustaz (aku namakan Abang Edi, Abang Ezi, Abang N) akan berkonvokesyen yang mana sesi mereka berlangsung selang sehari.

Nak dijadikan cerita ketika kami sampai dan masuk ke dalam rumah,ustaz terus cakap,”malam esok,kita baca Yassin ya.” Kami semua iakan saja. Malam yang sama,aku,mak dan ustazah tidur dalam bilik. Ustaz dan semua yang lelaki,tidur di ruang tamu rumah. Alhamdulillah sepanjang masa kami di rumah,tidak ada sebarang gangguan. Cuma yang aku sedikit hairan apabila terlihat ustaz keluar seketika ke bahagian tepi rumah,anggapanku mungkin ustaz cuma mengambil angin.

Malam kedua,kami semua pulang agak lewat ke rumah (kami ambil kesempatan untuk ke pusat bandar), tetapi ustaz tetap mahu meneruskan bacaan Yassin walaupun jam sudah menunjukkan hampir jam 11 malam. Usai bacaan Yassin,ustaz sempat berpesan pada abang-abangku & anak lelakinya supaya sentiasa menjaga tingkah laku sepanjang menyewa rumah ini. Walaupun sedikit hairan,mereka mengiakan saja.

Esoknya sebelum bertolak pulang,kami singgah di kedai makan,barulah ustaz menceritakan perkara sebenar. Rumah tersebut sebenarnya didiami keluarga jin. Terdiri daripada ibu & anak (mungkin anak kecil). Malam pertama kami sampai ke rumah itu,ustaz yang sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba terjaga dek terdengar  bunyi  orang sedang memasak. Apabila diperhatikan,susuk tubuh yang sedang memasak itu bukanlah antara kami bertiga (aku,mak atau ustazah),tetapi “perempuan” lain. Lagipun,siapa yang memasak di tengah-tengah malam? Kata ustaz,”rupa dia seperti manusia. Tak terlalu menakutkan,tapi tak juga menyeramkan. Tapi rasanya kalau kamu semua tengok dia—memang boleh pengsan.” Malam yang sama juga,abang Edi demam. Tetapi sehampir jam tiga pagi,dia terjaga dan terdengar bunyi loceng,ustaz perasan abang Edi semacam resah,tapi ustaz menyuruh dia sambung tidur saja.

Kata ustaz lagi,dia keluar ke bahagian tepi rumah pada malam itu untuk berkomunikasi dengan benda tu,”Dia (jin itu) pesan. Dia tak suka kamu buat bising,menyanyi,pasang lagu kuat-kuat. Jangan kotorkan rumah. Kerana dia ada di situ dengan keluarganya. Aku dah ingatkan dia jangan kacau kamu,tapi katanya kalau kamu buat perkara yang dia tak suka—memang dia akan ganggu.” Sebab itu ustaz pesan supaya menjaga tingkah laku.

Kisah ini aku akui,tidak seram seperi kisah lain. Tetapi cukup untuk ajarkan kita,bahawa apabila kita menumpang di sesuatu tempat,bukan sahaja kita yang ada di situ,tapi juga makhluk lain. Itulah unjuran Tuhan supaya perlunya kita menjaga tingkah laku. Sekian.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

AS

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

5 thoughts on “Rumah Sewa “Tumpangan Jin””

  1. buat apa nak buarkn jin tumpang hidup dlm satu rumah, kacaw daun betul lh. nanti kalau ter doggy jin betina, siapa kn dipersalahkan?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.