rumah sewa

hai semua.

kisah ni maybe tak seseram pengalaman orang lain.sekadar berkongsi apa yang pernah terjadi kat rumah sewa.

1..aku menyewa bersama keluarga..mak ayah dan adik2.. oleh sebab bilik kecik, adik bongsu aku, perempuan, tidur di ruang tamu. untuk pengetahuan semua, sebelah rumah aku, satu keluarga bangsa cina duduk.. aku tak pernah berborak dengan diorang.. in fact kalau ada semburan denggi tu pon, diorang berkurung je dalam rumah..

ok.. cerita dia start bile aku selalu dengar bunyi orang alih perabut and bunyi guli melantun… pukul 8 malam pon da start bunyi..dari dinding belah umah cina ni..dinding belah umah satu lagi aku tak pernah dengar ape2..

time tu, aku cuma terpikir je, tanda2 rumah ada ‘something’ tu sebijik cam rumah cina sebelah.. tapi aku takde lah perasaan takut..duduk rumah sorang pon aku takdehal…. dan bunyi tu keep on boleh kata setiap hari…

sampai lah satu hari, time tu kat tv ada cerita paranormal activities berapa ntah aku tak ingat.aku layan sampai kul 1pagi dengan adik yang tidur kat ruang tamu..bile da habis, aku tutup tv, tiba2 kerusi kat dapur bergerak cam ada orang alih.. ok aku terus masuk bilik, tido..btw, dapur aku ngan ruang tamu tu satu ruang yang dipisahkan dengan kabinet tv je..so masa bunyi kerusi tu, memang nampak meja makan depan mata direct sebelum masuk bilik..tapi tak nampak ape2 pun..and aku tak bela kucing..
dalam sebulan lepas tu, cina tu pindah..aku pon tak pasti sebab ape..6bulan kemudian, aku pindah dari situ, tapi lepas uncle tu pindah, ada 2kali penyewa masuk tapi tak kekal..

2..di rumah yang sama, ku pernah alami benda tak best dua kali..cuba bayangkan, kau tengah syok tido, kul 3 4 pagi dengar bunyi budak gelak macam budak tu depan pagar umah kau je…agak nyaring lah sampai buleh terjaga dari tidur..tapi masa tu takde rasa takut..cuma rasa annoyed je..

kali kedua aku kene, 3 or 4 pagi jugak kot, kali ni dengar perempuan nanges, sayu je..kali ni aku menggigil dan berpeluh sejuk, satu badan berselimut sampai tutup kepala..mata tak bukak sebab aku takut ternampak mende tak sepatutnya..still sama, dengar bunyi sampai terjaga dari tidur..ok lupe nak gitau, bilik aku paling depan.so aku je laa dengar paling clear..

tapi aku lupe, cerita number 1 atau number 2, aku mesej adik suruh tidur… sebab aku taknak bagi dia takut…aku kata, tidur sekarang, tutup hp, esok baru aku cerita sebab ape..naseb dia ikut cakap.

3..rumah bapak aku beli da lulus.. projek ni da siap lama, cumanya, sijil layak duduk tak setel2..aku pon tak tau kenapa..then, lepas aku pindah dari rumah cerita kat atas tu, ada cerita tak best jugak..tapi bukan aku lah kena..perumahan ni da lama kosong start dari siap..pemilik pon masuksikit2 je..bayangkan satu lorong ada 40 rumah campur kiri kanan tapi yang ada orang baru sebijik dua je..

ad 40 lorong anggarannya, tapi sama je situasi setiap lorong..tak ramai masuk lagi..dan ada lebih kurang 80 lorong tak dibukak atau rumah tak dibaik pulih..ni aku cuba nak bagi korang bayangkan betapa sunyinye perumahan aku..bila dah 2tahun, baru lah rasa meriah sikit duduk..sebab da makin ramai.

so dengan keadaan rumah ni yang lama koaong..confirm lah dah ada penghuni lain pinjam berteduh…aku duduk sini tak sampai sebulan, aku ada dengar cerita dari rumah selang 2lorong..

husband makcik tu, keje shift malam, dalam kul 2, tiba2 ada orang ketuk pintu dapur dia..oleh sebab dia duduk sorang je lepas husband dia keje, of courae lah dia tak berani nak bukak pintu.. so dia intai je dari tingkap bilik sebelah pintu dapur… dari sutu dia nampak, ada perempuan rambut panjang, kain putih tengah berdiri dekat pintu.

last sekali dia call husband dia suruh balik..tapi aku Alhamdulillah laa, tak pernah kena..dan kalau boleh memang aku taknak alami mende alah ni lagi..

ok..terima kasih semua..

One comment

  1. adakah patut adik bongsu, perempuan pulak tu tidur kat luar… yg tua pula tdur dlm bilik?! dh tu main msg kat adik… sepatutnya pegi jumpa adik bongsu utk temani dia… ini yg dikatakan “selfish”… BODOH betul!!!!….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *