251152_1dae826d41a8eee8e2858c7659cb612a_large

Rumah SS14 PJ

Firstly, aku nak ucap terima kasih banyak-banyak kat FS sebab sudi publish cerita aku yang ni dan yang terdahulu. Secondly, nak ucap terima kasih jugak kat pembaca semua sebab sudi luangkan masa membaca perkongsian aku. Ok. Ucapan takley panjang-panjang.Jangan nak drama macam menang Grammy Award yer dookk? So, jangan buang masa. Meh kita clearkan segala doubt korang tu.

Hampir 4 bulan aku berubat, akhirnya aku dah rasa sihat dan aku gunakan alasan kerja untuk aku balik KL. Mama & abah hantar aku kali ni and kami bermalam di rumah Cheras. Waktu tu lebih kurang pukul 9 malam. Aku ingat lagi time aku mula-mula sampai tu, Sara agak terkejut. Tak sure lah dia terkejut sebab aku masih hidup or dia pikir aku dah mati tapi datang nak cekik dia. Bila nampak parents aku lagilah dia terkejut. Senyum paling tak ikhlas dia tunjuk then dia masuk bilik. Mesti korang tanya kenapa aku gatal sangat balik sana even dengan parents kan? Sebab esoknya aku nak pindah.

Boyfriend aku dah carikan rumah sewa baru untuk aku. Jadi aku balik malam tu atas dasar nak kemas barang-barang aku jer la.Tak banyak berubah bilik tu. Macam tak terusik tapi aku tahu ada orang sentuh barang-barang aku. Tengah aku sibuk duk lipat kain baju aku kat tapi almari, aku rasa macam ada orang berdiri belakang aku. Bila aku toleh, Sara sedang berdiri tegak belakang aku. Urut dada aku nampak dia. Bukan takat terkejut tapi takut! Dia rebahkan badan atas katil aku without permission okkaayyy. Dia baring melentang dengan tangan dia qiyamkan. Mata dia tegak pandang siling. Lama dia senyap sebelum dia cakap “Ingatkan dah tak jumpa jalan balik sini”(masa ni sinis sangat senyuman dia). Aku just gelak hehehe..(gelak amik hati). Pastu dia bagitahu lagi yang mak dia ada datang haritu dan dia bagi mak dia tidur kat bilik aku (aku dah rasa tak sedap hati).

Kata si Sara lagi, mak dia nak sangat jumpa aku bila tahu aku sakit. Ni aku dah balik, tadi dia bagitahu mak dia and dia cakap mak dia nak datang lusa. Datang tengok-tengokkan aku. Choiiii! Lepas bercakap, dia bangun dari baring tu then duduk sambil juntaikan kaki kat birai katil tu. Dia pandang aku sambil muka kelat tapi sinis sebelum dia blah masuk bilik dia. Aku plak time tu rasa lega gila macam baru lepas turun dari roller coaster. Haa..

Esoknya, sebelum pergi kerja, Sara sempat tegur mama aku kat dapur. So,mama aku offer la bihun goreng yang mama masak kat si Sara buat bekal gi office. Laju jer dia jawab taknak sambil gelak. Pastu dia tenung jer bihun tu lama-lama sebelum pergi. Mama cakap, sebelum pergi dia sempat tanya mama bila nak balik. Bila mama cakap petang nanti, korang tahu apa dia jawab?? Haa..eloklah. Telan air liur mama dengar jawapan Sara. Aku dengan abah pulak telan air liur sebab tak dapat makan bihun tu. Mama buang bihun tu sebab dia rasa was-was lepas Sara tenung. Akhirnya,breakfast la kami kat kedai mamak depan tu.

Petang tu aku pindah ke PJ. Rumah baru aku kat area belakang Digital Mall. So, yang mana tahu tu, tahulah persekitaran rumah baru aku. Time ni aku still kerja kat Kelana Jaya and rumah ni yang paling hampir dengan office. Housemate baru aku pulak Chinese dari Sarawak, and Malay yang juga dari Sarawak. ’Adik-adik’ pun ada 2 orang kat rumah aku. Maka bermulalah episod aku di rumah baru. Oh ya! Lupa nak bagitahu. Sebelum pindah aku ada message bagitahu Sara yang aku nak pindah.Bila dia tanya kenapa ,aku just reply “Awak tahu kenapa saya pindah”. Akhirnya, lepas tunggu almost 40 minutes, dia reply icon sad tu then dia cakap dia minta maaf sangat-sangat.

Katanya dia nak jumpa aku sebelum aku pindah. So aku tunggu dia balik dari office. Dalam hati sakit, aku tetap peluk dia & maafkan dia. Aku nangis kott. Maklumlah, bestfriend. Dan sebenarnya hati aku still menidakkan apa yang dia dah buat. Tak tahulah. Aku macam berat nak percaya tapi yerlah. Nak tak nak itulah hakikatnya. Rumah baru ni, aku tinggal single room kat tingkat atas. Sebelah bilik aku toilet yang aku kongsi dengan akak Chinese tu. Kehidupan aku kat sini harmoni dan aman damai jer sampailah bulan kedua.

Pagi tu, aku still ingat lagi around pukul 730 camtu aku masuk ke tandas untuk mandi. Sebenarnya lepas solat subuh tadi, badan aku rasa dingin jer. Tandas tu pulak takde water heater. Tapi sebab pagi tu aku ada weekly meeting, so aku gigihlah jugak gi mandi. Masa ni aku sorang kat rumah. Time aku mandi tu, aku dengar pintu tandas aku diketuk 3x. Aku dengar jugak orang panggil nama aku. Tapi aku tak menyahut. Dah sah-sahlah aku sorang kat rumah. Lantaklah weii..

Habis mandi, waktu tu aku dah bersiap. Just tunggu boyfriend aku sampai jer. Tiba-tiba pintu bilik aku terbuka selebar-lebarnya dan serentak itu juga, aku disapa oleh satu suara lelaki. Yang anehnya dia panggil aku dengan nama penuh beserta binti!T api anehnya lagi, bila aku menoleh, bukan ada sape-sape pun. Yang ada cuma hembusan angin yang sangat kuat and tak tahu dari mana datangnya. Punyalah kuat angin tu sampai aku terdorong kebelakang and terhentak kat kepala katil. Serta merta badan aku menggigil. Siap gigi pun macam nak terkancing dah sebab aku rasa sejuk yang amat.

Aku baring, tarik selimut. Lama aku duk dalam tu sampailah handphone aku kat tepi bantal berbunyi (aku tengah pegang handphone masa aku kena serbu dengan angin tadi). Haa..masa ni lah baru aku sedar yang separuh badan aku, dari pinggang ke bawah dah takleh digerakkan. Bila dah jadi cenggini, mulalah aku panik. Mana tak panik oiii kalau dah tiba-tiba ko keraaaih cenggitu padahal baru sekejap tadi elok-elok jer kau jalan ke sana ke mari. Bila dah panik,aku nangis. Rupanya bila aku nangis, dada aku sakit. Macam dicengkam-cengkam. So aku stop nangis.

Masa ni boyfriend dah ada kat depan pagar. Dia dah bising sebab dah lama sampai. Aku beritahu dia yang aku takleh gerak. Mulanya dia ingat aku main-main dia,t api bila aku dah nangis, kelam-kabut dia cari jalan nak masuk. Nak jadi cerita, housemate baru aku tu tertinggal payung so dia patah balik rumah. Maka dapatlah boyfriend aku masuk. Bila dia nampak aku dah terbaring tak bergerak tu, dia usung aku yang kejang kejung tu bawa ke hospital. Berjam-jam kat hospital dari 8 pagi sampai 10 malam aku di diagnose oleh doktor, end up doctor bagi aku surat untuk 2 bulan tahanan dari melakukan kerja-kerja berat termasuklah menaiki tangga. Masa ni result doktor mengatakan aku temporarily paralyse akibat gejala stroke tiba-tiba.

Then sorang doktor lagi plak cakap aku ada slip disc. Untuk sebulan pertama,aku diwajibkan menjalani fisioterapi untuk bantu aku kembali berjalan. Perasaan aku masa ni? Memberontakla. Yerla,dari elok-elok duk sarung heels tiba-tiba pakai crocs?! Pastu jalan terkemut-kemut macam siput. Awal-awal tu lagi la, nak jalan kena seret kaki. Lepas sebulan fisio, aku kena dapatkan result dari doktor tentang perkembangan sakit aku. Macam nak menangis bila time ni doktor cakap pula yang dia suspect aku terkena kanser tulang. Sedih gila aku time ni. Macam tunggu masa mati jer ada dalam otak aku. Doktor bagi aku ubat untuk bunuh sel kanser tapi aku tak makan sebab doktor cakap effectnya rambut gugur dan kulit kering. Masa ni aku fikir, kalau aku mati pun aku nak dalam rupa cantik! Hahaha. Macam bongok.

Tapi waktu sakit aku, family dan boyfriend aku never give up utk try macam-macam jenis rawatan termasuklah rawatan alternatif. Dalam masa yang sama juga, mereka percaya aku bukan ‘sakit hospital’. And, firasat dorang memang betul. Aku hidup sampai sekarang and tengah ceritakan kat korang lagi. Hehehe. Sambung cerita. Pendek cerita, macam-maca gaya orang mengubat aku dah alami. Sampaikan pernah sorang ni siap titiskan air limau nipis dalam mata aku kononnya untuk tutupkan hijab aku. Apa lagi, meraung la aku kesakitan.

Boleh dia cakap setan yg dalam badan aku plak yg meraung. Minta ambil bunga kemboja pakai mulut la takleh pakai tanganla. Adoiii..tapi betullah. Bila kita dah sakit,ikut jer orang cakap,semua lah kita pergi. Belum lagi berubat dengan sorang pakcik ni. 3 bulan jer ok pastu hantu raya dia pulak yang datang mengacau. Makanya, gi lah berubat lagi dengan dia. Pengeras katanya kena double dari pengeras org yg buat aku .Maknanya kalau org tu byr $200 aku kena bayar $400. Macam hampeh. Ni yang mengundang carut! Pastu aku minta parents aku stop sana. And air yg dia bekalkan aku buang. Until one extend, aku dah fed-up.

Belum habis 2 bulan bercuti aku kembali bekerja. Time ni aku tinggal di rumah boyfriend aku di SS14. Rumah setingkat. Dia plak ulang alik dari rumah parents dia. Masa ni jugak, kami dah plan untuk kahwin dalam masa terdekat. Maka tinggal lah aku kat sana sorang-sorang. Rasanya time ni aku dah mula adapt deria terbaru aku. Aku ingat lagi ,hampir tiap malam pintu depan rumah ni diketuk. Setakat dengar orang berbisik tepi tingkap tu dah biasa sangat. Pagi-pagi bila aku nak gi office, selalu aku nampak ada perempuan pakai kebaya merah dalam kereta aku kat tempat duduk belakang waktu aku nak kunci pintu rumah. Tapi aku buat derk jerr..selagi dia tak kacau aku,ape ada hal, kan?

Korang taknak sambungankan?Panjang cerita kali ni tau. Harap korang bertabah. Hehehe. Bila aku dah makin sembuh, aku dan boyfriend aku mulalah berbincang dengan serius pasal persiapan kahwin kami. Lepas kata sepakat kedua pihak dah capai, maka kami makin ligatlah nak uruskan segala hal-hal kerja kahwin tu. Masa ni gangguan macam makin bertambah. Rumah aku selalu berbau lumpur. Pastu,ada bau hanyir macam bau perut ikan. Muka aku pulak time ni asyik naik jerawat and gatal-gatal. So aku fikir ni semua perubahan hormon.

Kadang-kadang pula aku perasan yang almari pakaian kat bilik aku selalu terbuka dengan sendiri. Erm..ada lagi. Selalu sangat tiap-tiap malam aku rasa macam jari kaki pedih-pedih. Bila aku tilik, sejuk jer ibu jari tu. Pastu ada luka-luka tak dalam. Pernah sekali, boyfriend aku datang bawakan makanan. Kami makan sama-sama sebelum dia balik. Lepas makan, aku basuh pinggan yang dah digunakan. Eh.eh..pintu bilik belah dapur ni terbuka dengan sendiri la pulak. Bila aku jenguk, dia hempas pintu tu! Sikit nak kena hidung aku yang dah sedia ada kemek ni! Uiiih..

Pada suatu malam aku bermimpi, ada sorang lelaki pakai jubah dan berjanggut datang jumpa aku. Dia bagitahu yang aku sakit terkena buatan orang. Dia minta aku pergi berubat dan melihat dunia dengan mata hati. Pastu dia pesan suruh amalkan minum air perahan limau dengan hanya berselawat dan niatkan buang racun dari badan. Bila aku bangun, aku terus buat air limau tu. Lepas minum aku sambung tidur. Takde ape-ape perkara ganjil malam tu. Macam biasa, paginya aku ke office. Cuma pagi ni aku takde selera nak breakfast. Lepas minum segelas coffee, tiba-tiba aku nak termuntah. Aku berlari ke tandas. Kat sana aku muntah sepenuh hati sampai end up rasa macam tak cukup nafas. Bila aku pandang dalam mangkuk tandas,aku muntah darah!

Darah berketul-ketul bercampur dengan nanah dan kahak. Time ni aku dah rasa nak pitam hoccaaay…aku dah la takleh tengok darah. Laju jer aku flush then aku call mama. Nah! Orang tua tu dah kalut dah. Mulalah dia call semua oraang yang ada kat KL suruh bawa aku gi klinik. Ni yang malas nak cerita. Haiih! Haritu ajer, aku muntah darah 2x. Sampaikan akak cleaner dah tegur muka aku nampak pucat. Petang tu pulak, bos aku minta buatkan dia report untuk account clients yang 5 tahun kebelakang. FYI, waktu ni office aku di Menara Ambank di Yap Kwan Seng. Level berapa?Rahsiaa… Memandangkan aku jaga account clients Penang, KL & Singapore, makanya 1 jam tak cukup la jawabnya.

Aku tengok jam dah pukul 830 malam waktu aku nak turun. Aku orang kedua last tinggal kan office. Sebelum balik,a ku singgah tandas (Maklumlah perempuan). Bila keluar dari tandas, aku cepat-cepat pergi ke lif sebab boyfriend aku dah kat bawah. Tengah tunggu lif alih-alih blackout! Cuma yang tak berapa cun, macam level tu jer takde lampu tiba-tiba. Lif still gerak. Nah,aku pun tunduk jer la sebab macam tak sedap hati pula. Bila lif dah sampai barulah aku berani toleh ke arah kanan aku. Nun kat hujung sana aku nampak ada sorang pompuan sedang berdiri sambil tundukkan wajah. Lampu lif tak cukup terang nak suluh muka dia. Aku apa lagi, masuk lif then tekan G. Paling lega bila dah sampai lobi. Tapi lega tak lega sangat lah.

Tak tahu kenapa malam tu dan malam seterusnya aku start naik menyampah dengar suara boyfriend aku. Menyampah yang tahap kau rasa duk sebelah dia pun dah serabut. Begitulah aku rasa sampai hari kahwin kami. Takat gaduh sampai aku kerasukan tu dah biasa sangat sampaikan kawan dia pun boleh nampak hantu kubur duk main cak-cak-cak kat balik pintu bilik. Belum lagi bab benda tu datang pijak badan kawan dia. Muntah darah pun tak pernah stop. Pernah aku kerasukan sampai muntah darah waktu tu kes kecil jer yang buat kami gaduh and aku maki dia tanpa sebab. Hasilnya,basah lencun karpet tu dengan muntah aku. Bila berubat, macam-macam pantang aku kena ikut lagi sekali. Sampaikan ada ustaz tu cakap kena bakar pakaian & brg mekap aku yg disyaki telah diguna-gunakan. Menangis aku oiii..tapi seriously, semua barang yang aku bakar tak semudah tu untuk terbakar korang yer.

Masa nak hidupkan api pun, berkali-kali gagal sebab asyik muncul angin yang tiba-tiba jer bertiup. Belum lagi part barang-barang yang kami bakar tu keluarkan bau busuk yang amat beserta hanyir. Tapi aku salute kat boyfriend aku ni. Dia punya sabar memang lain macam sikit. Sampailah dah jadi husband aku. Hahaha. Hari-hari terakhir aku sebelum menjadi isteri orang, sangat stress. Pernah sekali waktu tengah malam, boyfriend aku dapat text message dari aku yang merapu-rapu minta clash. Padahal waktu tu handphone aku kat bilik dan sedang dicas!

Seminggu sebelum majlis kahwin kami, aku dan boyfriend ke Mid Valley nak cari kasut. Seluas-luas shopping complex tu, mata aku langsung tak berkenan dengan semua kasut kat situ. Mungkin boyfriend aku dah start bengang so dia try propose few design kat aku tapi aku tetap tak nak. Masa ni lah aku dah start rasa panas dan gelisah. Aku rasa sesak dan tak tahan dah. Aku berkeras nak balik walaupun pada awalnya boyfriend aku refuse sebab dah takde masa kott..tapi bila dia dah perasan mata aku dah merah and mata hitam aku dah nampak lain(rasanya lebih besar dari sepatutnya) dia setuju and bawa aku ke parking. Last aku ingat waktu depan store Guess.

Pastu bila aku sedar balik, aku nampak aku dah kat rumah. Ada mama, ada abah, ada adik perempuan aku, ada boyfriend aku dan 2 lelaki yang aku tak kenal. Rupanya tu Ustaz Hafiz dan pembantunya. Cerita mama, aku nyaris terjun dari tingkat 14 bangunan apartment kami (masa ni aku dah pindah ke rumah yang boyfriend aku beli untuk kami tinggal lepas kahwin nanti). Bila ustaz bersoal jawab, makhluk dalam badan aku mengaku yang dia beragama Majusi dan dah hidup 3100 tahun.

Dia mengaku bukan dia jer ada dalam badan aku. Ada beribu lagi jin & iblis yang dah jadikan badan aku sarang dorang. Aku jadi takut dengan diri sendiri lepas tu. Patutlah kadang-kadang bila aku tengok cermin, aku nampak wajah orang lain pada muka aku. Ustaz tu berperang dengan aku dari pukul 2 petang sampai 630 petang. Waktu tu ikhtiar dia yang terakhir nak gunakan batang pisang untuk matikan si penghantar tapi setan tu lagi cepat bertindak. Dia tinggalkan badan aku (buat sementara) sebelum sempat Ustaz Hafiz musnahkan. Sape nak contact Ustaz Hafiz, nanti aku share. Haritu, Ustaz Hafiz stay kat rumah sampai Isya’. Sengaja dia tunggu sempat katanya benda tu still duk mengintai nak cuba nasib. Aku plak tak nampak ape-ape time ni.

Cuma, waktu aku nak ambil wudhu’ untuk solat maghrib, aku ditolak ke pintu tandas sampai aku terjelepuk jatuh. Bila duk solat, dia main pintu nak ganggu kekusyukan aku (ececeeh..kusyuk la sgt). Lepas kejadian tu, terkawal sikit gangguan sampailah 2 hari sebelum menikah. Oh ya! Lupa aku nak bagitahu. Lepas ubatkan aku, Ustaz Hafiz demam panas sampai takleh bangun selama 4 hari. Dia batuk berdarah, berak berdarah dan hidung berdarah. Sampai sekarang bila jumpa aku, nasib baik dia tak trauma.Katanya aku antara pesakit paling teruk dia ubatkan.

Malam tu,aku siapkan gubahan hantaran di bilik pengantin. Mulanya aku dengar hujan lebat sangat-sangat. Aku pun bangun nak gi jenguk mama & abah kat ruang tamu (time ni dorang duk tengok tv). Bila aku pulas jer tombol pintu tu, bedeebukkk aku kena tendang sampai aku jatuh ke lantai. Sekali lagi aku nak bangun, kepala aku plak kena tendang. Pintu bilik air kat dalam bilik aku dah ternganga. Sakit pulak hati bila aku tak nampak sape punya angkara ni.

Aku mengengsot ke pintu. Bila aku nak pulas tombol tangan aku kena terajang. Pastu dia pijak tangan aku belah kanan. Menggelupur aku kat atas lantai tu tahan sakit. Waktu aku meronta tu, aku tendang pintu kuat-kuat. Akhirnya mama & abah sedar aku dah macam orang gila kat bilik tu. Dorang terkejut tengok keadaan aku. Abah nak tarik aku keluar tapi abah balik yang kena sepak kat atas belakang. Mama pegang aku kuat-kuat sementara adik aku sibuk alihkan dulang hantaran. Sementara tu Abah kumat kamit baca ayat qursi berulang-ulang. Keadaan dah kelam kabut. Kat luar rumah bunyi suara babi hutan(binatang paling tak logik wujud kat situ) duk langgar dinding bilik berselang seli dengan bunyi cakar kat dinding sekeliling rumah.

Bukan takat tu jer, kat tingkap dan sliding doors dah bunyi orang baling batu, baling pasir berselang seli. Korang tahu apa mama aku bertempik time ni? Ada ke patut dia jerit “Hoii..aku baru lepas cat rumah. Kalau esok aku nampak calar,siap kau aku cantas tangan tu”. Haihlaaa mama. Tapi berkesan!Bunyi tu semua stop serta merta. Apa lagi,abah & mama papah aku keluar dari bilik tu. Kesudahannya malam tu, kami tidur beramai-ramai kat ruang tamu.

Pagi esok, tu hari terakhir persiapan sebelum majlis berlangsung. Aku buka pintu sliding door nak jenguk lori khemah dah sampai ke belum. Punyalah terkejut aku bila kat depan pintu tu ada seekor katak yang dah mati terkangkang. Bukan tu jer, perut katak tu pecah. Isi perut terburai. Aku jerit sebab geli. Abah datang ajak aku ke belah utara rumah. Pagi tu jer kami jumpa 5 ekor katak yang mati macam tadi. Kami tak sentuh katak-katak tu. Abah cuma timbus dengan sedikit tanah.

Rupanya tu petanda untuk kejadian lebih dasyat untuk haritu dan esok. Entah setan mana yang merasuk, petang tu berkejar kami ke rumah sorang pakcik ni sebab aku dirasuk lagi sekali(Ustaz Hafiz takde time ni sebab aku dah kat kampung). Lagi mengharukan, waktu dirasuk kali ni, aku hantar text message kat bakal abang ipar aku nak batalkan majlis. Kecoh laa kejap both family. Kuat penangan gangguan kali ni. Dalam kami duk kecoh, rupanya ada yang memerhati dan sedang tersenyum girang. Mental!

Malam tu,family aku semua berjaga-jaga.(Tapi sebenarnya ada yang tunggu free show dari aku). Namun Allah swt lindungi kami malam tu. Itulah malam paling tenang sampai kami lupa,’Air yang tenang jangan disangka tak ada buaya’ sang kancil oii..(maklumlah,hantu takde syif bertugas untuk ganggu orang. Bukan malam jer dia kacau yer)

Pukul 9 pagi rombongan lelaki dah melabuhkan punggung di ruang tamu. Aku di pelamin tunggu untuk ditunangkan(ayat novel cinta).Kami engage dan nikah pada hari yang sama. So, lepas acara berbalas pantun tibalah masa nak sarung cincin. Rumah parents aku ada 2 level. Dari ruang tamu pertama nak ke ruang tamu kedua, ada beberapa anak tangga. Nak dijadikan cerita, elok-elok duduk di pelamin tiba-tiba aku rasa panas membahang. Aku start serabut and rimas (sampai sekarang ni lah petanda sebelum aku diganggu). Tahu-tahu aku dah tanggalkan kasut then baling ke arah cameraman.

Aku tolak mama yang duk tahan aku sambil marah-marah tak nak bertunang. Abah masuk ke bilik, dorang bagi aku minum air yang dibekalkan oleh Ustaz Hafiz(cerita adik aku). Then aku pulih. Bila aku sedar aku nampak mama kesat air mata dengan hujung lengan baju. Bila keluar bilik, mak mertua aku dan bakal ipar duai aku dah menunggu kat depan pelamin. Aku maniskan muka sampailah majlis selesai. Memandangkan haritu hari Jumaat, akad nikah kami akan berlangsung selepas solat Jumaat. Aku pilih menikah di masjid sebagai ikhtiar elakkan dari gangguan mistik. Ingatkan tu satu jer gangguan untuk haritu. Rupanya memang si penghantar ni terlalu Istiqamah nak kenakan aku.

Tengah duk tunggu mak andam datang touch-up, sekali lagi aku dirasuk. Habis fresh flowers dalam baldi aku tendang sesuka hati. Bukan 1 baldi sayangku, semua 6 baldi jadi santapan kakiku. Dah jadi hal baru lagi. Bakal suami aku plak still ada kat situ time tu. Berusaha la dia heret aku keluar dari bilik air. Lepas dibacakan ruqyah, aku sedar. Aku harap korang boleh bayangkan macam mana penat kami jadi pengantin. Alhamdulillah,majlis petang tu dan majlis sanding kami keesokannya berjalan lancar.

Tapi menurut Ustaz Hafiz, gangguan ni bukan dari Sara sorang. Rupanya dalam diam ada yang sakit hati dengan aku. Bloodline pulak tu. Tapi masa ni Ustaz tak reveal lagi sape walaupun dia dah tahu. Aku cuma tahu time aku pregnant anak pertama. Ada peluang nanti, aku share yang berakhirnya gangguan dari belaan keluarga Sara tapi datang plak gangguan baru tu.

6 comments

  1. Boleh x sesape tlg bg link episod yg sebelum ni…
    Ghase dh bace semua citer dlm FS ni…
    Tp xleh recall plak,pueh pikir dh…
    Tolong yer…

      1. Ooooo….
        Kay kay…ingat daaahhh…
        Tengkiu BondaAiman…
        Tengkiu sooo much telah memecahkan keBLURan den ni td…
        Hehehehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *