Rumah Teres #2

Assalamualaikum dan Hi. Aku #Cactus dan ini adalah sambungan dari kisah-kisah seram yang berlaku di rumah ini. Boleh baca part #1 bertajuk Rumah Teres . Kedudukan rumah/bilik telah aku ceritakan di entri yang pertama. Mari kita mulakan.

Kisah Ketiga:
Aku jarang berada di rumah sejak tahun 2010 kerana sering mengikuti program yang memerlukan aku untuk tidur di tempat program dan sejak 2012 aku tinggal di asrama/kolej sehingga tahun 2020 untuk menuntut ilmu. Kisah berlaku di dalam bilik tengah dan berlaku pada kakak aku. Banyak perkara yang berlaku di dalam bilik tengah rumah ini tetapi aku rasa ini yang paling extreme. Setiap kali aku balik untuk bercuti, pasti akan kena sleep paralysis/tindih paling kurang sekali dalam bilik tengah tersebut. Kakak aku sering kena tindih sehinggakan dia sudah biasa dan tak peduli dah kalau dia terkena lagi. Kakak aku tidur seorang diri dalam bilik, dan dia tak tutup lampu kerana takut. Jadi hari-hari dia tidur lampu atas pasti akan terbuka.

Pada malam kejadian, macam biasa kakak aku terjaga dari tidur dan kemudian dia tidak dapat mengerakkan seluruh badannya akibat kena tindih. Disebabkan dah biasa, jadi kakak aku tanpa membaca doa atau apa-apa, dia terus sambung tidur sebab penat sangat. Mungkin benda tu marah sebab orang tak peduli, jadi dia rentap kaki kakak aku dari hujung katil sampai kaki kakak aku terjuntai keluar. Kakak aku terkejut dan dia cakap “okay-okay, nak baca doa la ni” 🤣. Pastu dia sambung baca doa lepastu benda tu diam.

Kemudian, ini kisah yang lain pula, waktu tu aku berada di rumah. Kami mempunyai katil “single” masing-masing, dan katil aku betul-betul dihadapan pintu bilik manakala kakak aku di sebelah kiri bilik. Pada malam tersebut kami dah pon tidur (lampu buka sebab dua-dua penakut), tiba-tiba tengah malam tu kakak aku lompat dan tidur di katil aku. Aku waktu tu marah la dia sebab kacau orang tidur, dia kata dia takut. Esoknya, dia cerita yang ada benda kacau dia tengah tidur dan bila dia buka mata, ada benda berwarna putih tengah terbang di pintu masuk bilik kami. Kami tutup pintu jadi benda tu dalam bilik bukan dekat luar. Waktu aku terjaga tu aku tak nampak apa pon, hanya nampak dia gelabah.

Kisah Keempat:
Kisah ini berlaku dekat abang aku yang kedua. Kami lima beradik jadi bilik memang kongsi dua orang. Abang aku memang suka sangat balik malam, malam dia bukan pukul 12 ke apa, mesti pukul 2/3 pagi. Abang aku balik dan semua tak tidur lagi rasanya kemudian abang aku cerita dekat Ma yang masa dia tengah lepak, dia nampak Kak Ponti tengah terbang atas bumbung (bukan bumbung rumah aku). Jadi semua pon ambil keputusan nak balik rumah.

Disebabkan dah lewat dan esok sekolah, abang aku balik rumah terus buat kerja sekolah mungkin nak kena hantar esoknya. Dia duduk di bilik belakang (kisah yang ada bayang tu) dan mejanya menghadap tingkap. Tingkap jenis nako tertutup dan tingkap itu terletak dia laluan belakang rumah kami. Dalam pukul 4 pagi macamtu, ada orang ketuk tingkap dia berulang-ulang, untuk pengetahuan tingkap tu boleh tahan tinggi dari tanah. Kiranya kalau seorang lelaki dewasa berdiri dekat luar, tangannya hanya boleh sampai maximum dua cermin dari bawah itupon kalau dia tinggi. Bila terdengar ketukan, abang aku terus buka tingkap dan tengok siapa yang ketuk, dan “suprise”, Kak Ponti jenguk dari atas. Kak Ponti tu ada dekat tingkap paling atas dan mustahil manusia boleh setinggi tu kecuali guna tangga. Jadi dia terus tutup dan tidur.

Kisah Kelima:
Kisah ini berlaku dekat aku sendiri dimana waktu tu hanya ada aku, abang yang kedua dan kakak aku. Waktu tu kami hanya menonton tv. Semua duduk di lantai dihadapan tv manakala aku duduk jauh sedikit iaitu di atas meja kopi (aku kurus je waktu ni jadi berat aku tak bagi kesan dekat meja tu 🤭). Meja itu terletak di dinding dan kalau duduk atas tu, boleh nampak terus ke bilik yang belakang atau bilik ketiga. Waktu tu hanya lampu di ruang tamu yang terbuka dan yang lain semua tutup.

Tiba-tiba tengah khusyuk tengok tv, ada satu cahaya macam flash kamera lalu dihadapan kami dari arah dapur. Semua nampak, jadi aku ingat cahaya tu cuma cahaya biasa sampailah abang aku tegur. Dia kata “Apa yang lalu tu” sambil buat muka mengejek sebab nak takutkan kami. Jadi aku terus berdebar dan tengok arah bilik tu. Jarak bilik tu tak jauh dari aku, dalam satu meter lebih sahaja. Aku nampak satu tangan di frame pintu bilik tersebut. Frame tu berwarna cerah (nude) jadi aku boleh nmpak tangan bergerak ke atas dan ke bawah. Tangan tu berwarna hitam pekat, dan berkilat tapi bila tengok dalam bilik, aku cuma nampak hitam sehitamnya dimana ia mustahil sebab cahaya dari ruang tamu boleh tembus masuk walaupon sedikit. Jadi aku terus lompat turun pergi kat adik beradik aku yang lain.

Kisah Keenam:
Ini pon berlaku dekat aku sendiri. Waktu ni adik aku kecil lagi dalam lingkungan 4 ke 5 tahun. Jadi masa ni kami selalu pergi ke pasar malam jalan kaki. Ada satu laluan yang bagi aku seram kalau jalan malam-malam sebab kawan aku pernah cerita ada macam-macam benda yang duduk dekat situ (dia boleh nampak, Wallahualam) walaupon jalan tu boleh dikatakan jalan utama, tapi aku masih takut.

Jadi aku dah selesai di pasar malam, aku pon balik dengan adik aku. Dari jauh boleh nampak satu rumah corner lot dengan banyak pokok-pokok kat situ. Salah satu pokok adalah pokok pisang. Aku tengok dekat semua pokok tu sebab takut ada benda, dan mata aku terhenti dekat pokok pisang tersebut. Pokok pisang daunnya walaupon kecil pasti akan layu sedikit dan macam bentuk u terbalik, tapi waktu tu aku nampak Gula Gula atau Poco*g tengah berdiri dekat atas pokok tu. Dia berdiri tegak dan kalau nak katakan itu daun, tak mungkin daun setegak tu. Tegak dia macam orang tengah berdiri atas pokok tu. Aku start gelabah jadi aku tarik adik aku cepat-cepat nak balik rumah, dan-dan pulak adik aku berhenti depan pokok tu ( ada pokok lain) jarak kami dalam semeter ke dua meter dari arah pokok pisang tu, dia petik daun dekat pokok yang kami berhenti tu. Aku pon tak tau kenapa dia tiba-tiba nak petik 🤣. Kakak kau dah gelabah ni dik.

Okaylah, setakat ni sahaja cerita aku. Aku akan sambung lagi nanti berkenaan rumah ni di lain hari. Terima kasih kerana sudi membaca 😊

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Cactus

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

2 thoughts on “Rumah Teres #2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.