Assalamualaikum
Namaku Jannah. Aku pembaca setia FS. Dengan hobi aku membaca kisah-kisah mistik dan seram membuatkan aku terpanggil untuk menulis beberapa peristiwa yang aku alami. Ini adalah kisah benar yang dialami tiada tokok tambah. Kalau tak memuaskan bagi korang maafkan aku ya.
Bayang-bayang
Sejak kecik aku tinggal bersama nenek aku dan mak aku. Rumah nenek aku di sebuah kampung yang agak terpencil. Masih segar diingatan sewaktu aku berumur 7tahun (darjah 1) dalam tahun 90an, rumah kami masih lagi menggunakan mentol lampu bulat yang berwarna oren. Bukan lampu putih yang panjang sekarang orang-org selalu guna tu.
Rumah nenek aku ni agak jauh dari rumah jiran-jiran lain. Rumah kami betul-betul dekat kuala. Sebelah ada sungai, belakang rumah pun ada sungai. Dua sungai bertemu di situ. Dan rumah kami tu hanya dikelilingi hutan tebal pada zaman tu.
Ceritanya begini, semasa aku kecil aku suka bermain bersendirian. Nenek dgn mak aku kerap melarang tapi aku tetap suka bermain dan bercakap sorang-sorang. Pada satu malam tu orang lain dah tidur nyenyak tapi aku masih lagi berjaga. Dalam pukul 12malam macam tu. Disebabkan aku terlalu bosan tak boleh tidur aku main bayang-bayang tangan aku sendiri yang terhasil dari cahaya lampu mentol oren yg nenek pasang di ceruk dapur.
Leka aku bermain bayang-bayang tu aku pun melambai-lambai ke arah dinding dan bercakap “mailah sini,mailah sini, mai lahh, maiii, mailahhh”(loghat kedah)
Hampir sejam aku bermain dan menyeru ke dinding arah bayang-bayang tangan aku sendiri korang cuba teka apa berlaku? Aku dah lenguh tangan turunkan tangan aku. Tiba-tiba apa yang aku nampak di dinding tu bayang tangan aku masih ada gais! Dan sedang melambai-lambai sama macam aku buat tadi. Part paling aku terkaku dia keluar suara perempuan dan panggil aku semula wehh…
“Mai lahh… mai lahhh… mai lahh… mai lahh…….nak ikut tak? Jom….”
Aku terkaku kat situ tak boleh cakap apa-apa. Aku nak mengadu kat mak aku tapi mak aku dah tidur, semua dah tidur. Aku tak bersuara langsung disebabkan terkejut. Aku bangun ke tandas dan bayang-bayang tangan dan suara tu mengekori aku sepanjang dinding tu.
Seram bagi aku yang baru darjah 1 waktu tu. Dia ajak aku ikut dia tapi aku tak ikut. Aku hanya pandang dia sampai la aku terlena.
Dan esok pagi aku bangun jam 6 pagi (kebiasaan nenek aku bangun seawal jam 6pagi) di mana cuaca masih gelap. Aku perhatikan bayang tu masih ada dan ikut aku ke bilik mandi. Sehingga terbit fajar matahari mula muncul dan bayang-bayang dengan suara tu hilang dengan sendiri dan tak pernah muncul lagi lepas tu. Aku pun dah trauma nak main bayang-bayang sampai aku dewasa aku takut dengan bayang-bayang. Aku tak tau apa gerangan bayang-bayang yang muncul waktu tu tapi aku bersyukur aku tak ikut ‘dia’. Salah aku sebab main macam tu seolah seru dia datang.
Bebola api
Ini kisah aku dalam darjah 6, masih tinggal di rumah yang sama. Kejadian ini di alami oleh mak aku. Abah aku kerja bawak van kilang ikut shift. Lepas selesai hantar pekerja kilang smua balik shift malam abah aku akan sampai di rumah lebih kurang pukul 3 pagi. Setiap malam mak aku akan bangun buka pintu untuk abah aku.
Satu malam tu mak aku dengar tapak kaki orang berjalan di luar, dalam pukul 3 pagi. Mak aku ingatkan abah aku dah balik kerja. Mak aku laju bangun buka pintu tapi tengok di luar rumah tak ada sesiapa pun! Mak aku tutup pintu dan sambung tidur, tapi sekali lagi dengar derap tapak kaki orang berjalan keliling rumah banyak kali tawaf. Mak aku dah pelik masa tu, mak aku buka pintu dan jalan keluar dan panggil abah aku “Abang!? Abang!?” Tapi tak di sahut. Mak aku tengok van abah aku belum sampai mak aku dah mula rasa takut masa tu. Mak aku berjalan nak masuk dalam rumah dan tiba2 ternampak satu bebola api sebesar pinggan di sebelah tingkap rumah kami. Bola api tu menyala macam nak bakar tingkap rumah. Mak aku pun lari masuk ke rumah dan tutup pintu sampai tertidur.
Keesokan pagi mak aku cerita kepada kami semua dan abah aku cakap abah aku balik pukul 5 pagi sebab van rosak masa tu. Kami tengok tingkap yang bebola api tu cuba bakar semalam tak ada kesan hangit atau hitam macam kena api pun. Itu lah kisah mak aku alami.
Suara tangisan
Ok kejadian ni waktu aku dah berkahwin dan masa tu aku mengandung 2bulan. Suami aku kena kerja di luar daerah dan aku pulang ke kampung rumah nenek aku. Masa ni mak dan abah aku dan berpindah duduk rumah sendiri jauh di bandar. Hanya tinggal nenek dan tokwan aku je berdua di rumah tu. Malam tu aku dah tidur tapi terjaga sebab nak ke tandas sangat-sangat dah. Maklumlah ada baby dalam perut asyik nak terkucil. Aku tidur sendirian dalam kelambu di rumah tamu di mana agak jauh dari bilik nenek aku. (Bilik nenek aku dekat dengan dapur, rumah agak luas kalau bercakap pun tak dengar.)
Aku masih ingat mata aku tengok jam dinding betul2 depan aku masa tu pukul 3 pagi. Belum sempat aku bangun tiba-tiba terdengar suara sebelah tingkap ruang tamu yg aku tidur tu.
“Huuuuuuuu…huuuuuuu….uuuuu….uhuk uhuk… uuuuuu”
Suara perempuan geng! Mana datang suara perempuan menangis luar rumah pukul 3pagi. Bunyi terlalu dekat sebelah aku je sebab aku tidur kat tengah2 ruang tamu. Tingkap jenis nako je. Bunyi suara tu makin lama makin kuat dan aku macam biasa terpaku kat situ. “Huuuuuuu…uuuuuuuu….”
Terus cancel nak bangun pergi tandas. Aku tak berani toleh kanan atau kiri. Memang aku keras je kat situ macam kayu. Aku takut-takut benda tu dah ada dalam rumah dan nampak aku kalau aku bergerak. Hahahah… Dalam hati berdoa supaya nenek dan tokwan aku dengar jugak apa yang aku dengar ni, sebab biasa kalau bunyi apa-apa di luar rumah tokwan aku akan bangun suluh pakai torchlight. Contoh macam kucing bergaduh ke, anjing bergaduh dengan kucing ke, bunyi musang ke, tokwan aku selalu telinga lintah dan memang akan keluar halau.
Tapi malam tu diorang tido m**i wey.. hanya aku sorang yang dengar benda tu menangis. Memang aku keras je kat situ, nak tarik selimut pun tak berani dah sampai la aku terlena sendiri.
Esok pagi aku tanya nenek dan tokwan aku sah diorang memang tak dengar apa-apa. Fuhhh… nasib la aku je yang kena ganggu.
Setakat ini dulu cerita aku maaf kalau korang rasa ia tak menarik. Insyaallah nanti aku nak ceritakan kisah lain pulak harap admin izinkan yer… terima kasih.
Jannah
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit