Rumah Tingkat Atas

“Sebenarnya rumah atas ni ada orang ke tak?”
“Adalah kot. Kenapa?”
“takdelah,aku perasan yang setiap kali lepas Maghrib mesti rumah atas ni busy betul.”

Perbualan yang selalu muncul antara aku dengan kakak aku. Tentang rumah tingkat atas ni. Tapi persoalan ni kitorang tak ambil serious pun. Takdelah sampai aku pergi naik atas ketuk pintu ke, takpun tunggu depan rumah diorang setiap hari ke. Takdelah sampai macam tu sekali gigihnya.

Hari-hari aku adalah macam biasa, macam orang lain. Tinggal di apartment di Kuala Lumpur, menyewa bilik dengan kakak aku dan beberapa orang penyewa yang lain. Kebiasaannya sebelum tidur aku dengan kakak aku akan bersembanglah sekejap. Sebab sama-sama tidur dekat ruang tamu, jadi kongsilah cerita tempat kerja ke, fasal family ke takpun main dengan kucing kitorang.

Aku tak berapa ingat bila yang kitorang betul-betul mula bercakap pasal rumah tingkat atas ni. Yang pastinya ada suatu hari tu aku pernah luahkan sikit rasa tak puas hati lah pada kakak aku masa aku nak solat Maghrib, lebih kurang pukul lapan malam.

“aku rasa bukan hari ni je aku dengar yang rumah atas ni masak waktu ni”
“aku pun perasan jugak”

Tapi, macam biasa persolan dan perbualan tu tiada kesinambungan. Kitorang hidup macam biasa, sebab benda tu bukan kepentingan kitorang. Cuma yang berubahnya lepas je aku mulakan tentang rumah atas ni, jadi secara tak langsung aku dengan kakak aku dah aware lah dengan segala macam bunyi yang terhasil dari rumah atas ni.

Selepas pada tu, bermula lah sesi kami bertukar-tukar cerita tentang segala apa yang kami dengar dan rumah atas ni menjadi salah satu topik kami sebelum tidur.

Untuk proses yang lebih jelas, dekat sini aku nak bagi tau yang kenapa aku cakap rumah atas ni ‘memasak’, adalah kerana bunyi yang aku dengar setiap kali lepas Maghrib adalah bunyi orang menumbuk menggunakan lesung batu.

Sebelum aku dengan kakak aku bercerita rumah atas ni dengan lebih serious, kebanyakkan hari kitorang akan bersangka baik dengan mewujudkan pelbagai teori yang mustahil untuk menyedapkan hati dan fikiran kitorang. Contohnya, mungkin rumah atas ni berniaga jual makanan pagi-pagi sebab tu kena sediakan dari seawal Maghrib. Ataupun rumah atas ni memang keluarga yang biasa makan malam lewat sebab yang tukang masak balik kerja lewat. Ataupun rumah atas ni selalu puasa jadi masak lewat lepas Maghrib.

Tapi, kakak aku tanya “kenapa rumah atas ni tak guna blender je?” dan aku jawab mungkin rumah atas ni lagi suka lesung. Iyelah, kalau nak masak rencah yang tumbuk guna lesung kan lagi kick dari yang guna blender. Jadi kitorang pun bersetujulah dengan teori-teori tu.

Sampailah suatu hari tu kakak bagi tau yang dia dah mula ada masalah tidur balik. Dia akan terjaga dalam pukul tiga pagi dan tak boleh tidur sampai lah ke Subuh. Kakak aku bagi tau yang sepanjang beberapa hari dia terjaga pagi tu dia pun ada terdengar bunyi-bunyi yang datang dari rumah atas.
Bunyi-bunyi yang biasa dia dengar adalah seperti bunyi guli, bunyi orang berlari dan bunyi perabot yang dialihkan.

Bunyi guli macam yang kita biasa dengar lah, sebiji guli terjatuh ke atas lantai marmar dalam suasana yang sunyi, sebab tiga pagi kan. Bunyi orang berlari pun rasanya kita semua tau macam mana berdetak bila tumit berlaga dengan lantai kan. Bunyi perabot tu pulak seolah-olah macam kita tolak almari atau meja makan yang berat kita nak alih dan susunkan ke tempat lain.

Disebabkan benda ni aku tak dengar sendiri jadi aku bagi tau kakak aku yang mungkin rumah atas ni mengemas rumah waktu pagi. Manalah tau kan diorang tak boleh tidur ke takpun siang hari busy so malam je yang diorang ada masa untuk kemas rumah. Dan kakak aku pun sebenarnya tak ambil serious fasal benda ni dan macam biasa kitorang biarkan je cerita tu berlalu macam tu.

Sebenarnya aku pun selalu dengar bunyi macam alih perabot berat tu dari rumah atas ni tapi bukan waktu tiga pagi lah. Aku dengar biasanya selepas Isyak ataupun selepas Maghrib. Dan sebab tu aku dengan yakin bagi tau kakak aku yang orang rumah atas ni mengemas rumah je.

Cerita tu tak habis dekat situ. Selang beberapa hari akak aku cakap lagi yang takkan setiap hari tiga pagi diorang mengemas alihkan barang. Sebab kakak aku dengar lagi bunyi yang lebih kurang sama untuk malam-malam berikutnya. Uniknya, aku tak dengar apa-apa sebab mungkin aku tidur kayu.

Mungkin dalam beberapa bulan lepas kakak cerita tu aku ada tidur lewat satu malam tu sebab marathon drama. Tengok-tengok jam dah pukul tiga lebih pagi tapi aku masih belum mengantuk dan terus sambung layan drama. Masa tu memang tak terfikir dan teringat apa-apa langsung sebab kucing aku pun lena je dekat sebelah. Masa tu lah tiba-tiba aku dengar bunyi guli dari rumah atas ni. Kali petama dengar aku biarkan sebab mungkin tersalah dengar. Tak lama, aku dengar lagi kali kedua dan aku berhentikan video sebab nak dengar lebih jelas lagi lah kononnya. Lepastu aku dengar lagi tapi aku terus terkedu tak tau nak buat apa. Rasa tak boleh nak fikir apa-apa masa tu. Aku jeling kucing aku, dia terjaga dan kepala dia terdongak ke atas sikit jadi aku ambil keputusan untuk terus tidur.

Lepastu masuk ke musim PKP, dan rumah atas masih ‘memasak’ selepas Maghrib dan masih mengemas rumah di waktu malam. Tapi waktu bulan puasa aku takde dengar pulak. Masuk PKPB, aku akan keluar setiap petang Rabu jalan-jalan dengan kucing aku naik sampai ke tingkat empat atau lima. Tapi yang aku sendiri pelik aku tak pernah jalan depan rumah atas ni dengan kucing aku dan kucing aku pun tak pernah nak lalu situ. Kenapa lah agaknya ya.

Dan akhirnya, dalam dua minggu lepas masa aku berlari turun dari tingkat tiga dengan kucing aku dia terus melulu ke tingkat dua. Aku pulak dah nak sampai tingkat satu tapi disebabkan kucing aku tak ikut sekali jadi aku patah balik lah nak panggil dia. Aku naik balik tangga nak ke tingkat dua dan masa tu aku tengok kucing aku ada depan rumah atas ni. Pintu rumah atas ni terbuka hanya pagar dibiarkan berkunci. Bukan apa, tak baik kita biarkan kucing kita masuk rumah orang tanpa izin. Aku nak panggil dan berlari ke arah kucing aku tapi kaki aku tak boleh bergerak dan badan aku seolah-olah kaku tiba-tiba. Bulu roma aku jadi meremang tiba-tiba dan belum pun sempat aku berfikir nak buat apa, kucing aku dah pun lari keluar dari rumah tu dan terus balik rumah kitorang kat tingkat satu. Macam biasa jugak, cerita tu habis dekat situ je.

Dalam lebih kurang minggu lepas, kakak aku cerita yang dia ada dengar bunyi lagi dari rumah atas masa dia terjaga pagi. Kali ini bunyi macam besi berat yang diseret sepanjang ruang tamu sehingga ke balkoni luar rumah. Aku yakinkan yang bunyi tu yang dia biasa dengar dan takkanlah sampai ke balkoni luar pulak. Dia bersungguh katakan yang bunyi kali ini berbeza dan memang betul-betul sampai ke balkoni kemudian bunyi tu hilang. Dia kata yang bunyi besi dengan kayu kena seret kan boleh beza, dan dia memang yakin yang kali ni dia dengar bunyi besi yang berat. Macam biasa, kami tetap tidak ambil serious malah aku bergurau lagi yang mungkin bunyi tu hilang sebab dah terjatuh dari balkoni.

Walaupun bunyi-bunyi yang kitorang dengar takde lah banyak dan dan tidak lah terlalu pelik tapi yang pentingnya kitorang akan dengar bunyi ni secara berulang-ulang kali pada waktu yang sama ataupun lebih kurang sama dengan waktu-waktu sebelumnya. Waktu aku mula menulis ni dan sehingga aku habis menulis ni pun aku berada di ruang tamu rumah yang berada betul-betul di bawah ruang tamu rumah atas. Walhal sekarang pun aku dah mula dengar rumah atas ni dah mula memasak dan mengemas rumah sebab sekarang ni dah jam 7.29 dan Azan Maghrib pun dah dilaungkan.

Rasanya cukup sampai disini saja dulu.. InsyaAllah jika adfa izin, akan ada sambungan …Sekian terima kasih..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]
Andha

12 thoughts on “Rumah Tingkat Atas”

  1. Besar benar keluarga dia ….
    mungkin diorang buat satu lagi perumahan dalam rumah diorang …
    aku pon pernah kena macam ni …dum dam pang pang pung ..bising betul rumah atas …flatkan kat KL nih …
    setelah setahun berlalu …cuba risik ..tu dia rumah kosong ..berabuk seolah sudah teramat lama ditinggalkan …tp aku pernah nampak india kat dalam tu ..siap lampu lg terbuka waktu aku dari arah tepi nak balik rumah waktu malam hari …
    sungguh sampai sekarang can not brain benda …
    bila pindah terus okay dah …

    Reply
  2. Dari tertanya2 sapa duk atas baik lah awak pergi tgk time makhluk atas tu masak2.. Percaya lah awak akn lihat rumah tu kosong x de org.. Aku pun duk flat.. Kisah mcm ni dah biasa dgr.. Jiran2 aku yg umah jiran mrk kosong bahagian atas dah lali dgr.. Sebelah umah aku pun kosong.. Jiran bwh rumah sebelah hari2 merungut asik dgr bunyi perabut seolah dialih2 tiap mlm

    Reply
  3. Lebih kurang cam situasi sy skang tp sy slalu pikir positif je haha 😅 ….ye lah umah flat kan..kekadang gema kt umah lain ke….bunyi guli…bunyi seret perabot..org menumbuk ( ni mula2 la..slalu sembang ngan kwn naper x lapik bila nk guna lesung erk ) …tp x slalu lah…kekadang sy bukak la bacaan ayat2 suci…kadang2 bc sendiri….mula2 duduk dulu mmg x pikir negatif pn n jenis sy lantak korang lah..maybe br pindah…..tp ada skali owner umah dtg naik atas sbb ada kebocoran air kt dinding…dia ckp la atas tu nurse duduk..dia keje shift so x slalu la ada kt umah …jeng jeng jeng …..panjang lak komen ….bye 😊

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.