Rumah Tokmak

Salam semua prminat fs dan cerita2 seram nih. Ok kalau nak aku cite detail memang esok tak habis, so dipendekkan cerita je ek. Amik part2 penting je huuhu.

Ok dulu masa aku kecik2 aku dijaga oleh kedua atuk aku kat kampung. Konon sebab aku ada masalah kesihatan. Tapi tak sangka sebab tu aku boleh tengok benda yg orang lain tak nampak. Aku banyak tau cerita smua dari atuk dan makcik pakcik aku sebab benda jadi masa aku kecik so banyak yang aku tak ingat tapi dorang yang ada kat tempat kejadian je ingat.

Kecik2 atuk aku salu cakap aku suka bercakap sorang. Macam ada kawan yang orang lain tak nampakla tapi atuk aku abaikan je sebab bagi dia mungkin aku sunyi main sorang. Tapi makin lama aku makin mnjadi2. Rumah atuk aku ni dapur bawah sparuh batu dan ruang depan rumah atas papan. Dapat bayangkan tak.alah macam rumah kampung biasa la kan. So stiap kali aku berlari dari depan ke dapur tu mesti atuk aku dengar macam aku berlari beramai2.

Bunyi cam 2 3org budak blari. Bila tengok aku sorg je.yelah dah atuk aku jaga aku sorg je. Ok atuk aku abaikan lagi.bila tidur malam tak sah aku tak meracau mengigau..sampai ke besar ok aku mengigau. Paling best masa duk uma sewa la. Member tekejut tengok aku tgh sedap tidur boleh berdiri berjalan nak buka pintu padahal mata pejam. Bila tegur tanya nak pegi mana. Elok je aku baring tidur balik hahahaha.

Start umur aku tadika kot aku sendiri da sedar da apa yang aku nampak orang lain tak nampak pun. Aku penah nampak pempuan cantik betenggek atas bumbung umah pakcik aku. Bila aku bagi tau aku nampak tu dorang buat tak paham je. Rupanya memang ada pendinding n penjaga kat rumah pakcik aku tu sebab makcik aku kerap kene rasuk.

So pempuan yang aku nampak tu jaga dia..konon. ada sekali tu aku nampak nenek kebayan belakang busut. Macam biasala bila bagi tau atuk aku kompem dia marah kata aku suka cakap mengarut. Last2 atuk aku rimas banyak sangat aku mengadu nampak macam. Dia bawak aku berubat. Ingat lagi masa tu kakak tu pakai baju serba kuning. Melayu. Bila naik syeh je terus cakap bahasa indon haha. Tapi ni pengalaman aku la ek jangan kata aku banyak tengok movie lak. Atuk aku pun tanya betul ke semua apa yang aku duk nampak selama ni.

Rilek je akak tu tanya aku ” adik nampak nenek belakang busut melambai2 adik ye?” Pastu dia tanya lagi macam2 pasal nenek tu and smua memang betul tekaan dia. Dia bukan teka ok dia leh nampak apa yang kacau aku. Barula pastu atuk aku percaya apa yang slama ni aku kata aku nampak..then dia tanya atuk aku nak biar aku terus nampak atau nak tutup mata aku. Nenek aku pilih nak tutup mata aku terus dari nampak benda tu smua. Sebab dia kata bila aku boleh nampak otomatik benda2 tu smua suka aku.

Mula lah aku hidup dengan pantang larang yang ditetapkan kakak tu. Tengah ari jangan kluar main kat luar. Kalau ada dengar orang panggil nama jangan ikut suara tu. Sampai 1 tahap tu aku leh nampak ada bunga cantik gila belakang semak rumah jiran aku. Tapi bila tunjuk atuk aku dia tak nampak pun. Tu cara benda tu nak tarik aku suh pegi petik bunga tu. Kalau petik memang tak balik rumah da la aku pastu kan. Tak habis situ je.

Aku mimpi pulak ada org buat rumah kat tempat yang aku nampak bunga tu. Pastu dia datang rumah bawak makanan n bagi kat aku. Bila banyak kali aku tolak dia boleh kata “alah amek jela. Kita kan jiran..bukan sapa pun sedara” ok part dia kata sedara tu muka dia habis sinis pandang aku huhu. Esok terus atuk sedara aku dari jb call atuk aku bgtau dia pun mimpi yang sama. Dia kata benda tu try lagi nak aku. Nasib aku tak trime makanan yang dia bawak tu.atuk sedara aku ni pandai mngubat orang so dia boleh tengok2 benda camni.

Mimpi kene kejar hantu dengan jatuh tempat tinggi tu da jadi mainan tidur aku masa kecik2 dlu. Yela dulu kecik mana paham pun yang tau mimpi sronok kene kejar. Semangat dapat lari n menyorok haha. Rumah atuk aku tu pun ada yang menumpang tapi jenis baikla. Sebab dia datang dlm mimpi atuk aku minta izin nak duk sama sebab ada anak kecik.

Itula agaknya aku main kejar2 dengan anak dia la. Yup aku ingat aku penah nampak dorg. 2 budak lelaki…Abang muka garang adik friendly sangat haha sebab suka senyum setiap kali aku ternampak dorg. Aku ternampak ok bukan memang nampak je dorang bekeliaran dalam rumah tu. Sampai aku n atuk lali da kene kacau kalau nak tidur kan orang dulu2 pakai pelita yang buh minyak tanah tu kan. Ha mula la dia main2 besarkan api.

Kena 3 4 kali atuk aku bangun kecikkan api menyirap la orang tua tu. Atuk aku sound jangan kacau kami nak tidur. Pastu tak de da la dia main lagi. Tiap malam dengar orang mandi kul 11mlm. Dengar orang simbah air kat badan tu kan. Bila aku tanya atuk sapa mandi. Rilek je atuk aku jawab ala dia pun nak mandi jgk macam kita. Atuk pempuan aku ni memang brani skit. Atuk lelaki aku biasa2 je tapi dia memang tak boleh tinggal sorang la sebab pernah kena skali dia mandi tiba2 jatuh macam ada orang tolak dari belakang. Sejak tu dia tak berani sorang kat rumah tu.

Makcik2 aku pun pernah cita masa dorang kecik dlu. Malam kul 3 4pg mesti nampak kelibat atuk aku bawak ubat nyamuk letak tepi kelambu dan kadang2 siap tolong betulkan selimut lagi. Tapi bila siang tanya atuk aku. Haha kompem dia kata time tu opkosla da tidur haha 3 4pg anta ubat nyamuk apa lagi. Terkedu la makcik2 aku haha. Atuk aku tak membela cuma benda yang tumpang dlm rumah aku ni je ada sifat tolong menolong haha.

Tolong tengok2kan anak cucu. Aku selalu kena la dulu kalau tengah sedap ni main baling selipar kat rumah jiran seblah ja. Style atuk aku mesti dia main jerit ja dari tingkap depan uma panggil aku balik..dengar weh suara atuk aku haha. Kuatkan. Salu dalam kul 5 mesti siren atuk aku kedengaran sampai member2 yang main sama pun tau sangat da. Tapi ada 1 aritu kul 4 da panggil. Ah aku apa lagi balik jugak la nak marah atuk aku la konon sebab kenapa panggil awal. Elok je atuk aku jawab bila masa aku panggil ko. Eh. Padahal bukan aku je dengar atuk aku panggil. Mmber2 aku pun dengar ok. Hmm tak pe la dia panggil balik je kan.

Macam2 aku nampak masa umur sekolah rendah dulu. Tengah sebok2 ikut atuk aku tutup tingkap sebab da maghrib. Boleh lak aku nampak kepala terbang lintas huhu. Aku kan budak. Laju ja aku tanya atuk aku apa tu.

Atuk aku pun apa lagi. Marah aku la sebab tegur. Rupanya penanggal sesat da. Esok heboh kampung sebelah sebab kepala tu terbang termasuk rumah orang hahaha. Tengah sunyi sepi dalam rumah tiba2 langsir terselak. Biasala tu dia terlanggar langsir. Bau orang masak pun normal da. Ada masa aku duduk main sorang tapi rasa macam ada yang join sama. Memang tak pernah rasa sorang dalam rumah tu. Haih banyak la benda jadi kalau aku nak cerita lagi. Tak seram kan. Tapi kalau orang lain datang tidur rumah memang kene kacau kaw2 la haha.

Aku sambung cita lagi nanti sebab ni pun da 800muka surat da aku rasa. Aku karang lagi kalau korang suka. Korang mesti nak tau kan sekarang aku nampak lagi ke tak. Ye dulu aku nampak. Aku tak rasa sorang rasa ada je peneman. Bila berfikir pun macam bersoal jawab dengan orang. Dalam diri aku macam ada lagi sorang. Hmm pelik tapi tu yang aku rasa. Okla setakat ni dulu k. Aku sambung lagi kalau korang minat. Kalau tak minat buat kejang jari aku je type haha. K jumpa lagi

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *