Hi and assalamualaikum! What’s up guys? It’s Yong again here. Thanks Fiksyen Shasha publish penulisan pertama Yong haritu, Misteri Kipas.
So kali ni aku nak story beberapa kisah dekat rumah aku. Aku rasa rumah aku ni creepy jugak sebenarnya sebab dikelilingi mcm hutan. Bukan la hutan tapi sebab lalang tinggi2 tebal kat tanah sebelah buat macam hutan. Aku percaya dalam semak tu memang ada keluarga ular punya sebab banyak kali dah anak ular masuk rumah. Okay let’s start!
Kisah 1
Ni masa aku kecik dulu tapi masih jelas dalam ingatan. Aku tido berdua dengan adik bawah aku masa tu which means kitorang satu bilik lah. Masa kecik ayah selalu akan masuk bilik, check kitorang dah tido ke belum. So pintu bilik memang tak berkunci lah. Masa ni, aku rasa aku dalam umur 5 tahun gitu. So satu malam ni, ayah tak pegi bilik pun macam selalu. Or mungkin ayah check lambat, masa aku ngan adik dah tido kot. Sebelum aku terlelap tu, aku dok baca buku bedtime story. Aku memang cepat pandai membaca. Tak tau lah mak ayah aku bagi makan apa kekecik dulu hahahaha. So aku memang dari kecik suka membaca di bawah lampu tido yang malap tu sebelum tido, jadi kesannya sekarang degree mata aku mmg tinggi lah. Jadi rabun and kitorang satu family memang rabun hahaha. Okay back to story. Masa tengah baca buku tu aku rasa macam ada orang perhati aku. Aku buat bodoh je sebab yakin takde orang lain pun. Adik aku pun dah tido sebelah aku. Tapi aku x puas hati kenapa masih rasa orang tengok yee. Mata aku pun melilau dalam bilik dan aku perasan pintu bilik aku rupanya tak tertutup rapat. Katil aku menghadap pintu. Dan aku tersentak kejap sebab aku nampak seolah2 mata orang yang bersinar di antara celah pintu yang tak tertutup rapat tu meninjau dalam bilik aku. Aku dah berdebar, siapa tu? Tapi lepas bende tu perasan aku ternampak dia, dia menghilangkan diri. Sejak tu setiap malam aku akan rasa aku diperhatikan walaupun pintu tertutup rapat. Aku tak pernah bagitau family aku pun semua yang aku alami.
Kisah 2
Ni masa aku kecik jugak. Biasalah kecik2 kan memang senang ternampak macam-macam. Rumah aku dua tingkat, so memang kena ada tangga lah kan. Aku selalu duduk dekat meja makan main mainan aku. Sebab aku selalu ikut pembantu rumah aku pegi memana je. So pembantu rumah aku masak kat dapur, aku duduk kat meja makan. Posisi meja makan tu memang bila kita turun tangga, terus nampak meja makan. Tengah leka main, aku rasa macam ada orang tengok lagi. Mata aku melilau lagi tengok sekeliling. Dan aku ternampak kaki budak macam sebaya usia aku masa tu pakai gaun putih, tengah duduk dekat tangga. Tapi nampak badan separuh je. Separuh ke atas tak nampak sebab terlindung oleh pemegang tangga. Lepas tu budak tu mungkin perasan aku ternampak dia, dia berlari naik atas. And sejak tu aku akan selalu ternampak sepintas lalu ada yang berlari naik atau turun tangga. Aku pun tak tau manusia jenis apa aku ni hahaha. Aku tak ingat aku takut ke aku ingat benda biasa semua tu. Satu bende pun aku tak pernah bukak mulut cerita dekat family aku hahaha.
Kisah 3
Kalau baca kisah 2, aku cakap aku selalu membontoti pembantu rumah aku kan? Sebab aku tersangat rapat dengan dia. Nama dia kita panggil Kak Seri lah ye. So aku memang selalu jugak tidur dengan Kak Seri. Bilik dia ada katil single je tapi muat la untuk kitorang berdua sebab aku pun masih kecik masa tu and Kak Seri pun memang kecik je orangnya. Ada satu malam tu, tengah2 tidur aku terjaga sebab ada orang buka pintu. Dalam terpisat2 mamai aku yakin tu adik aku yang no 4. Aku siap tanya lagi adik kenapa datang sini? Pergilah tidur dalam bilik. Tapi adik aku tu dia tunduk je pastu datang ke katil menyelit antara aku dengan Kak Seri. Aku dah marah2 sebab jadi sempit bila bertiga atas katil tu. Aku pun perasan Kak Seri bergerak sikit ke tepi, mesti sebab dia rasa sempit jugak tapi bergerak dalam mata masih pejam sebab kan tengah tido tu. Dalam marah2 tak lama lepas tu aku terlelap balik. Esok pagi aku marah2 adik aku tu. Kenapa menyemak nak tido dengan kitorang? Dah la sempit. Adik aku buat muka pelik. Dia bagitau dia takde pun datang ke bilik Kak Seri, dia tidur dengan mama. Jadi siapa yang tidur antara aku dengan Kak Seri tu?
Kisah 4
Okay yang ni pulak aku dengar dari siapa2 yang tidur dalam bilik aku. Contoh macam arwah nenek aku ke, makcik aku ke. Orang2 yang bukan menetap kat rumah aku. Ni kisah arwah nenek aku cerita dekat mak aku tapi aku curi2 dengar jugak masa kecik hahahaha. Aku memang suka dengar orang tua berborak. Kecik2 dah ada potensi macik bawang hahahaha. Sebaik dah besar ni tak macam tu. So dari cerita arwah nenek aku tu dia bagitau malam tu dia elok je tido tepi aku tapi rasa macam tak selesa jugak. Rasa macam ada yang memerhati. Kan macam aku bagitau aku selalu rasa orang tengok hahaha. Nenek aku rasa tak sedap hati tapi tak lama lepas tu dia pun terlelap jugak tidur sebelah aku. Yang peliknya pagi tu dia bangun, dia tengah baring atas lantai depan pintu bilik aku bukan atas katil sebelah aku. Apelah salah nenek aku sampai kena alih ke situ aiyooo. Nasib baik tak diletak kat luar rumah. Tapi sape yang mengalih kitorang pun tak tau. Makcik aku pulak, habis lebam2 satu badan lepas tidur dalam bilik aku. Siapa2 yang tumpang tidur dalam bilik aku, yang bukan duduk rumah aku, akan ade je pengalaman dia. Tapi tu dulu je. Alhamdulillah sekarang takde dah gitu. Tak paham aku kenapalah ade je yang kacau. Mungkin salam perkenalan sebab kali pertama je jadi gitu hahahaha. Kesian dorang.
Okayy setakat ni jela dulu story aku ye. Ada masa aku story lagi. Thank you bagi yang membaca!
#KisahYong
-TAMAT-
Perenggan sangat penting. Baru selesa mata membaca.