Assalamualaikum & salam sejahtera semua readers. Apa macam kene kuarantin? Haha. Nah! aku sajikan cerita pasal rumah aku untuk tatapan korang.
Aku tinggal dan bekerja di Bukit Jalil. Rumah yang aku tinggal sekarang ni adalah rumah sewa. Da 6 tahun aku menyewa kat sini. Area mana tak payah bagi tahu la yaaa.. Sat gi ada plak jiran yang baca, ketaq pala.. Takut. Haha.
Reka bentuk rumah aku sama je mcm appartment lain. Masuk pintu terus jumpa dapur di sebelah kiri. Bilik ketiga sebelah kanan. Tandas tetamu sebelah dapur yang juga bersebelahan dgn bilik kedua dan bertentangan dengan master bedroom. Yang selebihnya, ruang tamu la ye. Untuk makluman readers, hanya master bedroom ngan bilik kedua sahaja yang kitorang guna. Bilik ketiga tu, lebih kurang macam stor. Kitorang simpan bantal Ngan alas tidur. Iz slalu tidur dalam bilik ni.
Sejak aku mula duduk sini, da dpt rasa ada benda dalam rumah ni. Tapi, sebab depa tak kacau aku, aku wat lek wat peace je la. Sampai la satu hari, si Yaya mimpi sorang perempuan cakap, dia dah lama duduk dalam bilik ni. Tolong jangan halau dia keluar. Situasi tu terjadi dalam rumah aku. Lepas tu, Si Iz pulak masa tidur dalam bilik tu, ada makhluk berambut panjang tidur rapat gila dengan dia. Macam nak himpit. Mula-Mula, dia marah, tapi bila dia nak tolak, terpegang rambut panjang. Terus lari tidur kat ruang tamu.
Itu baru sesi suai kenal dengan yang dalam bilik ketiga. Kat dapur pulak, aku selalu ternampak susuk lelaki berkepala botak, maen “aucak” kat pintu nak menghala ke dapur tu. Angin jugak aku. Bila ditenung, tak de plak. Bila akau dok ngadap tv, ada je kelibat kepala dia kat situ. Yaya la mangsa keadaan. Slalu datang lepak rumah aaku, tinggal sorang. Sekali tu, dia mai belah belakang Yaya. Maka keras lah Yaya kat meja makan takut punya pasal.
Kita bergerak pulak ke bilik master ye. Dulu kami tidur kat bilik master. Lepas beberapa kejadian laki aku kene tindih terus dia ajak pindah bilik Kedua. Tapi yang aaku pelik, masa dia kene tindih, aku belum tidur. Aku dengar dia mengerang. Bila aaku panggil, dia jawab. Jadi aaku ingat dia mengigau. Bila da banyak kali jadi, aku tanya dia. Baru dia bagi tahu yang dia kene tindih. Bilik master ni ada tempat letak kipas air cond tau. Kat situ banyak merpati tidur. Kadang-kadang,waktu tgh mlm, akan rasa rempuhan kuat dari makhluk bersayap yang sangat besar. Sampai berterbangan merpati tu tekejut punya hal. Wei! Boleh rasa begegar bilik masa dia rempuh tu dan boleh dengar bunyi sayap dia berkepak. Sebab tu aku cakap dia besar. Aku tak tahu dia sekadar lalu atau memang dia diarahkan untuk berada di situ. Dia ada kat balkoni je tau.. Kalo tak kat balkoni besar, dia mai kat balkoni kecik ni. Masa awal-awal aku dengar, kecut perut jugak. Da lama-lama ni, tak kisah dah aih. Lantak hang la.
Lets move to next case. Kisah ni jadi masa last year, around September. Alkisahnya, aku nak MC hari tu, laki aku baru ja pergi keje. Aku pn sambung la tidur kononnya. Dok elok melayan mata yang nak lelap, denga bunyi pintu utama rumah ditutup dan bunyi kunci dihempas atas meja kaca. Sebiji macam laki aku punya cara. Elok ja lepas bunyi tu, kucing aku menggelabah lari naik atas katil. Ok. Aku da rasa pelik. Kucing aku ni, jakun sikit. Kalo orang dia tak kenal memang dia lari menyorok. Aku tunggu je kot-kot laki aku nak muncul. Xde wei! 10 minit aku tunggu. Aku terus whatsapp dia. Sekali dia balas, “baru je sampai site.” aku speechless kejap. Terus duduk senyap-senyap dalam bilik. Lama jugak. Dengan kucing-kucing aku sekali tak bergerak. Sama-sama dok keraih atas katil. Haha. Dalam setengah jam macam tu, aku cakap dengan kucing aku “Ayyan, Tom, ni rumah kita la. Bukan rumah dia. Kenapa nak takut?” dengan confident aku melangkah keluar sambil diiringi dua hulu balang kecik. Nasib baik takde pape wei. Kalo tak, mau pengsan aku dekat ruang tamu. Lepas tu terus tak jadi MC.
Kes last ni baru happened masa January hari tu. Masa ni kitorang join fun run. So budak-budak yang join ni, datang la rumah aku. Nak jadi cerita, laki aku kene pi site balik masa diorang sampai. Jadi, aku pi la kutip si Iz, Yaya dan Mot kat stesen LRT dan bawak balik rumah aku. Masa dalam kereta, aku da bagi tahu yang laki aku pi site kejap. Benda yang jadi ni aku tak perasan. Tapi budak tiga orang tu nampak perkara yang sama. Keluar je dari lift, jalan kat koridor rumah, boleh nampak kalau ada orang kat dapur. Ko boleh dengar bunyi air sinki kat dapur.
Pastu masa kitorang melepasi bahagian dapur rumah dari luar, Iz terus buka mulut sebelum aku capai lock pintu. “Kata Bambil pi site. Tu sapa kat dapoq tu?” Aku terus berhenti melangkah, istighfar jap. Pastu aku pn dengan tenang jawab “Mana ada sapa”. Si Yaya pulak cakap “Habis sapa yang basuh pinggan kat sinki tadi?” Aku jawab lagi “takde sapa la”. Budak-budak tu masih tak puas hati dengan jawapan aku.” Ada la Cik, orang basuh pinggan kat sinki tadi. Kitorang nampak”. Lima minit jugak la dok tegak kat luar rumah tu. Last-last, aku pn terus jalan ke pintu, capai lock. Dengan lafaz bismillah, aku buka dan bagi salam. Aku melangkah masuk sambil cakap “Dia tumpang basuh cawan je. Semalam minum tak sempat basuh sebab Bambil nampak dia”.Jawapan aku tu buat budak- budak tu blur kejap. Haha. Diorang terus masuk rumah. Malam sebelum hari kejadian, laki aku nampak kelibat dari bilik ketiga menghala ke dapur. Sebab tu aku jawab kat budak-budak tu cam tu.. Haha.. Bila laki aku balik aku cerita la kat dye.
Buat masa sekarang, takde lagi kejadian yang extreme dekat rumah ni. Sekarang dia suka menjelma jadi kucing aku yang hitam. Si Ayyan. Aku tahu mana yang asli, dan mana yang palsu. Sebenarnya aku sayang rumah ni. Korang rasa aku kene halau ke diorang ni? Kalau aku halau, diorang nak duduk mana nanti.
Untuk yang tak tahu, Aku Itsuke, Yaya adik aku, Iz tu anak buah aku. Mot tu pula anak angkat mak aku. Yaya ada deria ke enam sejak umur 12 tahun. Iz boleh nampak dan rasa lepas dirasuk Tok Rimau. Yang belum baca kisah Iz dirasuk, boleh la cari.
“TETAMU LEWAT MALAM” https://fiksyenshasha.com/tetamu-lewat-malam-1-1/
Sekian sampai disini dulu cerita bagi rumahku syurgaku…
Si confused
AmyItsukey
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
seronok syekali
Selagi dia x kacau biar je..kat umah aku ni pun ada jer.. kul 3 4 pagi bole dgr dia duk ngaji kt ruang tamu tu
Ini ada sangkut paut dengan tok rimau yg rasuk iz tu kot
Saya nasihatkan awak pergi cari orang alim dalam bidang ini.. jangan disimpan / dibiarkan.. halau mereka keluar dari tempat tinggal awak & tutup putus terus alam awak dengan mereka..
siapa2 makhluk yg tidak berjisim menjelmakan diri mereka hingga mengganggu kehidupan peribadi awak ia adalah berniat jahat..
jangan kesian, jangan difikirkan ke mana lagi mereka nak tinggal.. ini ujian dari Allah SWT.. bumi Allah ni sangat luas, jadi mereka punya banyak pilihan..
sekiranya mereka menetap ditempat awak, ini bermakna mereka dah ada tujuan & mangsa..
ingat jangan bersekutu / kesian tak bertempat dengan mereka..
saya bercakap bukan suka2 / menakutkan awak. Tapi saya dah ada sejarah hitam mengenai kasi peluang mereka menetap bersama dengan manusia.. mereka kalau dah suka, mereka tak main2 kalau nak manusia yg disukai.. kes ni sangat rumit.. saya disembunyikan, suami saya dirogol 40x tanpa kesedaran, bila makhluk betina bunting, mereka culik suami saya paksa kahwin dengan makhluk betina ni di alam mereka.. perjuangan ini memakan manusia selama 6 bulan lebih.. saya & suami di selamatkan dari perbuatan terkutuk ni oleh orang alim dalam bidang ni, 10 tahun lalu.. orang alim ni dah tiada meninggal 5 tahun lepas.. nasihatnya jangan dibuat main2 kalau ada makhluk ghaib menetap bersama manusia.. mereka ada tujuan kalau dah menjelma di alam manusia.. semoga bermanfaat
Ehhh..kuasam dia punya intro=}