Rupanya ada yang memerhati

Assalamualaikum semua. Tq admin sebab sudi approve kisah aku ni. Kisah ni pengalaman aku masa belajar kat Melaka dulu. Rasanya dalam tahun 2003 kot.

Ada satu masa tu aku dengan kengkawan memang tengah bosan. Entah dari mana datang idea nak ‘ghost hunting’. Aku ni bukan jenis pemberani sangat. Tapi kalau dah ramai2 nak cari hantu, aku on jerla. D***h muda la katakan.

Melaka tahun 2003 bukan macam sekarang. MITC cuma ada masjid dengan subaidah jer. Kitorang target kawasan2 yang gelap dan kampung jauh sikit dari bandar Melaka.

Rancangan adhoc tu bermula lebih kurang jam 9 malam dengan 2 biji kereta. Seingat aku la, 2 bijik suzuki vitara kitorang gerak ke arah Bemban kalau tak silap. Dalam 8-9 orang jugak dengan 2 kereta tu. Antara yang aku ingat pergi masa tu Amran driver kereta depan. Haziq driver kereta yang belakang. Lain2 yang jadi penumpang ialah aku, Rahim, Alif, Rizman dan dua orang lagi yang aku tak ingat siapa. Dah 13 tahun la katakan. Rasanya ada seorang abang senior housemate kitorang jugak ikut. Abang Mukhtar.

Aku duduk kereta Amran kat depan sebagai penumpang seat belakang. Yang aku ingat dalam kereta depan sekali dengan aku ialah Abang Mukhtar, Alif dan Rizman.

Kereta Haziq ada Rahim dan lagi 2 orang kawan aku. Diorang ada bawak video cam untuk rakam perjalanan malam tu.

Dalam perjalanan tu kitorang biasa la gelak2 macam orang gila dan mula masuk kawasan2 yang gelap. Asal takde lampu jer, kami masuk. Konon nak fefeeling ‘Seekers’.

Sampai la kat satu kawasan jirat cina ni, member kereta belakang call kata cermin pintu Haziq tiba2 jatuh sendiri. Power window tiba2 rosak tak boleh nak naikkan balik. Member tu bagitau Haziq dah tak sedap hati. Tapi kitorang nak jugak teruskan perjalanan tu. Diorang terpaksa ikut la.

Kemudian, tak jauh dari jirat cina tu ada satu lorong gelap. Bila gelap jer, kami masuk la nak cuba nasib. Masuk lorong tu, jalan tu sempit jer untuk satu kereta. Kereta kitorang pun menyusur la masuk sampai kat 2 cabang. Belah kiri ada rumah kayu gitu, ke kanan gelap macam ke dalam hutan. Kiri kanan masa tu ada banyak pokok pisang.

Kami berhenti kat tengah antara 2 cabang tu. Kitorang call kereta belakang tanya nak ikut kiri ke kanan. Tapi Haziq dah bising2 dia kata dia nak balik. Sebab tak sedap hati. Kitorang pun surrender la sebab Haziq nak sangat balik.

Malam tu, perjalanan kitorang habis situ jer. Lepak kat Subaidah dan rakaman video cam pun tak jumpa apa2. Tamaaaatttt.. Seram tak? Itu sahaja cerita aku. Rasa nak penendang tak? Hahahaha.

Rilekkkk. Tak habis situ lagi.

Malam esoknya kitorang plan nak pergi lagi ‘ghost hunting’ macam malam semalam. Tapi kali ni Haziq tak nak ikut. Fobia agaknya. Abang Mukhtar pun takde rumah. Jadinya kitorang pergi berlima dengan kereta Amran sebagai driver. Yang lain ialah Rahim jadi duduk seat depan, Alif, aku dan Rizman kat seat belakang. Aku duduk tengah.

Kawasan jelajahan kitorang sama dengan semalam. Amran kata nak pergi tempat semalam. Jadi, kitorang menuju la ke tempat semalam kitorang berhenti tu.

Sampai kat cabang tu, kitorang berhenti dalam 3-5 minit jugak. Tempat tu takde cahaya banyak. Cuma ada satu lampu jalan kat tengah cabang jalan tu.

Tak lama lepas tu Amran tanya Rahim, “Kenapa Im?” sebab nampak macam Rahim tersentak. Rahim balas, “Takde apa.”

Rahim diam jer. Tak cakap apa pun lepas tu. Aku pulak jenis tak pandang kiri kanan. Akhirnya kitorang decide nak ikut lorong kanan yang gelap macam menghala ke dalam hutan.

Masuk jer lorong tu, jalan dia memang sempit. Satu lampu jalan pun takde. Amran nyalakan headlight vitara dia. Kitorang sedar pokok2 dah semakin besar dan seram sangat masa tu. Jalan tu rasa macam jauh ke dalam dan makin lama, pokok2 makin besar. Kiri kanan macam semak samun. Nak reverse pun susah.

Kitorang berhenti.

Amran tanya kitorang sama ada nak patah balik ke. Rahim cakap “Terus jer..”

Jadi, kitorang pun terus jerla. Masing2 senyap sebab perasaan tu seram sangat dengan gelap dan sunyi.

Sampai la tiba2 kat depan kitorang nampak ada lampu motosikal lalu cross kat depan. Rupanya tu jalan besar. Fuhhhh. Legaaaa. Tembus jalan besar rupanya.

Keluar dari situ, Amran tanya nak pergi mana lagi tak. Rahim kata macam dah cukup la malam ni. Kitorang pun setuju jerla.

Kitorang terus ke rumah Rahim nak hantar dia balik. Masa kat rumah dia, Amran tanya “Ko ada nampak apa2 tak tadi kat cabang kita berhenti tu?”

Rahim jawab dia memang ada ternampak. Tapi tak pasti apa dia. Kata dia macam dia ternampak orang kat pokok pisang tu. Berpakaian putih, muka tertutup dengan rambut. Tu sebab dia macam terkejut.

Amran kata dia pun ada nampak. Tapi dia buat tak tahu jer kot salah tengok.

Cilakak tul. Nasib baik back seaters macam aku tak nampak benda tu.

Rahim kata, masa Amran tanya nak patah balik ke kat lorong gelap tu, dia mintak terus jer. Sebabnya dia takut kot benda alah tu muncul depan kereta pulak. Aku dengar tu terus meremang bulu ari2 ni. Haish.

Alhamdulillah malam tu takde pulak apa2 gangguan.

Bila fikir2 semula, malam sebelumnya masa kitorang berhenti kat cabang tu, mesti benda tu dah perasan kami. Tengoknya malam ni datang lagi. Tu dia nak bergurau halus sikit tu. Huhu.

Lepas dari tu, tobat memang kitorang tak nak acah2 jadi Seekers lagi. Syukurlah aku tak macam Rahim yang memang dah biasa nampak benda2 alam lain ni. Cukuplah kalau ada rezeki ternampak tu. Tapi kalau namanya sengaja nak mencari, memang tak laaaa.

Sekian sahaja kisah aku. Harap menghiburkan malam2 korang yang sunyi.

Kama

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2]

7 thoughts on “Rupanya ada yang memerhati”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.