Sahur

#seramramadhan #sahur #ciknanny

Assalammualaikum semua, terima kasih admin publish kan cerita aku ni buat kali pertama . Nama Aku nanny .

Okay, hari tu admin ade cakap nak dengar cerita seram pade bulan ramadhan kan. Okay okay , Aku cerita tapi tak tahu la seram atau tidak, cuma nak share pengalaman aku masa bulan ramadhan… dekat rumah aku .

Pukul 4.30 pagi, Mak aku ni memang jenis bangun kul 4.30 , Yelah sebab nak masak nasi ape semua kan, dia kejut kan aku untuk teman dia, sambil ayah aku dekat bilik solat biasa la rutin pagi dia untuk beribadah, adik adik aku pula semua tidur. Nak di jadi kan cerita, aku ni jenis memang suka mata melilau tengok kiri kanan atas bawah, kadang buka tingkap ( tingkap kaca ) untuk tengok suasana pagi, sambil sambil hirup udara pagi konon nye. Memang dalam fikiran tak fikir pun pasal hantu segala bagai, yela bulan puasa kan .

Ok sambung, aku pun terus kan la aktiviti melilau sambil hirup udara. Tiba tiba, aku terpandang satu sosok tubuh berpakaian jubah putih, serban serta tasbih di tangan sedang duduk di tengah tengah jalanraya sambil tertunduk seperti mengenangkan sesuatu, Oh ya, rumah aku memang dekat dengan jalanraya. Gulp ! aku terdiam , puas aku melilau ke arah tempat lain, cuba berfikiran positif ,kalau kalau tok imam tu datang dengan kawan yang lain mungkin tengah bertafakur ke apa , aku pun tak tahu, Aku perhati je gerak geri sosok tubuh tu, sangkaan aku salah, tubuhnye hanya kaku tertunduk. Aku pun tutup tingkap perlahan perlahan berharap agar bunyi tingkap tu tak mengganggu pakcik itu .

Lantas aku ke dapur dan panggil secara berbisik dekat mak aku yang sibuk sediakan makanan untuk sahur , “Mak ..mak sini jap..

Mak…. mak nampak tak pakcik tu ?” mak aku jenguk ke luar tingkap. Kami berdua terdiam bila tengok pakcik itu, cuba untuk perhatikan apa la yang di buatnya pagi pagi camtu, tiba tiba sosok tu pandang tepat ke arah kami. Ya Allah bagai nak gugur jantung ni. Kami langsung tak nampak wajah pakcik tu , wajah dia kabur, kami terus tutup tingkap. Berapa saat kemudian kami cuba untuk tengok balik, Hilang..

Pakcik tu hilang lenyap dari mata kasar kami. Kami pandang satu sama lain, mak terus tarik tangan aku dan pura pura lupa tentang perkara pelik tu. Dalam fikiran cuma 1, mana lah ada hantu bulan mulia macam ni. Ahh biarlah. Aku pun bersahur seperti biasa dengan keluarga ku, berharap sahur untuk hari esok tiada lagi benda benda pelik lagi. Sangkaan aku meleset….

Sahur esok hari, pukul 4.30 pagi seperti biasa, aku teruskan dengan aktiviti aku menghirup udara segar tanpa menyesali apa yang jadi semalam. Hahahaha. Sedang asyik aku hirup, tiba tiba…… aku terbau sesuatu yang harum, aku tak syak apa apa pun, tapi kali ni dari jauh aku nampak seorang perempuan tengah bawak stroller baby , Gulp.! aku lagi sekali tergamam dan terdiam, aku terus tutup perlahan tingkap, cuba mengintai sampai lah dia lalu betul betul depan rumah aku, dalam fikiran cuma fikir, mungkin ade orang pergi kedai kot, tapi kedai mana? Rumah aku jauh dari kedai. hmmm pelik

Kali ni dia dah lalu depan rumah aku, baru la aku nampak perempuan berselendang putih dengan jambul terkeluar, baju putih dan berkain batik, dalam stroller ada kain putih seperti batu nisan di selimutkan dan berjalan perlahan tidak pandang kiri dan kanan. Aku lagi sekali terdiam, cuba perhatikan gerak geri perempuan itu. Aku betul betul tak nampak wajah perempuan tu sebab selendang tu di kedepan kan. Yang pelik masa dia jalan di iringi dengan air yang jatuh ke jalanraya, aku perhatikan sehingga perempuan tu hilang dari pandangan …

Dalam kesunyian pagi tu, aku terus tutup rapat tingkap tu dan berfikir sejenak, jin dan syaitan kena ikat tapi apa yang aku nampak beberapa hari ni? Siapa pakcik tu dan siapa perempuan tu? Adakah aku bermimpi? tapi kenapa mak sekali nampak ? atau aku dengan mak bermimpi ? Ahhh pening fikir kan, jeng jeng jeng. Sampai sekarang masih misteri kisah pakcik jubah putih dan perempuan berselendang putih.

maaf kalau tak seram.. cuma share pengalaman je..

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

8 thoughts on “Sahur”

  1. “Sahur esok pagi, pukul 4.30 pagi seperti biasa, aku teruskan dengan aktiviti aku menghidup udara segar, tanpa menyesali apa yang terjadi semalam.”

    Akak suke dgn ayat ko ni dek. Mmg x insap ko ek ?

    Reply
  2. syaitan n iblis je kena ikat….makhluk Allah seperti jin tetap ada…bunian pn kemungkinan jugak..maybe tu laluan diorg ….tiada yg mustahil kalau diizinkan oleh Allah utk adik n mak nmpk diorg kan … ^_^

    Reply
  3. “Yang pelik masa dia jalan di iringi dengan air yang jatuh ke jalanraya”

    Aku penah alaminya… bunyi air menitik atas rumput.. jelas kedengaran walaupun aku x nmpak benda tu masa dia lalu kat sebelah rumah aku.

    Reply
  4. Yang dikatakan syaitan kena ikat tu bukannya dirantai sampai x boleh lepas. Tapo maksudnya Allah suruh kita sendiri rantai syaitan tu dengan cara hindar buat dosa dan rebut pahala.

    Syaitan tetap ada. Kalau x mustahil ada orang buat jahat di bulan Ramadhan

    Reply
    • Silap tu. Setan nafsu je yg kena ikat tu.jadi kalo kita masih jugak ikut hawa nafsu dibilang Ramadhan, bererti kita ni adalah suku sakat setan berupa manusia le.
      X gitu?

      Reply
  5. Aku pon pernah dengar orang kata bulan ramadhan ni “diaorang” ni ade je tapi x leh ganggu. Maybe ada penampakkan diaorang tapi xde la kacau. kacau means main cuit-cuit ke, ketuk2 pintu ke. Diaorang kena “ikat” means tak leh kacau kita. tu je la yang aku tau.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.