SAKA

Salam dan hai semua pembaca. Saya adik dan saya minat sangat baca blog ni sebab dari dulu lagi memang gemar denga kisah-kisah mistik ni. So, saya harap FS boleh post cerita saya ni. Ini merupakan KISAH BENAR ye. Tak tau la seram ke tak sebab saya dah tepu dah dengan semua gangguan. Dah tak dapat dilarang, makin tegur makin dia suka kan?

Dulu masa aku darjah 2, aku suka ikut arwah nenek ke sawah dia sebab nak tangkap anak katak kat parit tu. Sampai satu hari tu, aku tengah syok sangat main kat parit, tiba-tiba ternampak arwah nenek bercakap dengan seorang lelaki. Lelaki tu nampak biasa tapi tak pernah nampak dia kat kampung ni. So aku anggap dia orang sesat ke pelancong ke or student so saya sambung main. Masa tu aku terdengar arwah nenek cakap, “Kalau kau nak tolong boleh, tapi aku takde duit nak upah kau”, pastu aku tengok lelaki tu panggil seseorang, tiba-tiba je ade perempuan datang, dia cakap tu isteri dia. Aku diam je, budak-budak kan.

Pastu mereka buat la kerja-kerja kat sawah tu. Masa aku dah penat main kat parit, aku duduk kat rumah rehat kat tengah sawah tu, aku perasan isteri lelaki kuat gile, dia tarik padi macam tarik sehelai rambut je. Tapi aku tak heran sangat sebab penat. Lepas selesai semua, dah nak senja dah, arwah nenek panggil aku suruh balik sebab nak mandi dengan solat. Aku pun bangun pastu ikot dia balik. Tiba-tiba dia cakap, “adik, balik dulu ye, nenek ade kerja sikit nak buat”, saya pun angguk dan tak tanya pape pun.

Sampai je rumah, aku mandi, makan dan solat. Lepas je solat aku duduk kat tingkap tunggu arwah nenek balik. Dalam 30 minit camtu aku nampak nenek balik. Yang hairan nye, dia yang dalam keadaan kotor bertanah tadi tiba-tiba dan bersih wangi balik rumah. Aku pun tanya dia dari mana, dia cakap dari rumah uncle dengan aunty yang tolong tadi. Aku iyakan je pastu main kat depan rumah, tengok bintang-bintang (biasala dulu mane ade telepon). Masa tengah syok tengok kira bintang aku ternampak ade uncle dengan aunty tadi, berdiri dekat tempat letak tong sampah kami kat tepi jalan raya tu, diaorang lambai tangan, so aku pun lambai la balik.

Aku berlari kat diaorang nak ajak kira bintang skali. Aku berhenti bila arwah nenek panggil aku, dia tanya nak ke mana, aku jawab nak ajak uncle dengan aunty main. Bila pusing balik dah takde da orangnye. Haaaaa aku pun ape lagi, budak-budak kan, aku jalan menuju ke mana diaorang berdiri tadi. Aku nampak tapak kaki je, aku pun main-main ukur kaki aku dengan tapak kaki diaorang. Arwah nenek aku pun terus keluar dan dukung aku masuk rumah. Dia cakap kalau nampak sapa-sapa waktu malam jangan tegur. Dia pun tak bagi da aku main luar waktu malam kecuali lepas arwah datuk balik dari surau. Aku pun ikot je la.

Malam tu masa nak tido, aku pegi tandas nak kencing pastu lepas je kencing aku ke bilik air cuci tangan cuci kaki. Sejurus je aku keluar dari bilik air, aku tutup kedua dua suis lampu tiba-tiba ade bunyi macam paip kena ketuk dengan kuat kat dalam tandas, aku pun stay on spot tak gerak. Aku bukak balik lampu takde pape pun. Pastu aku hamparkan tilam tido dengan arwah nenek and datuk. FYI, aku dari kecik tido dengan diaorang sebab mereka jaga aku dari kecik sebab mak busy dengan kerja (dia akauntan), bapak engineer. Ok dah. Lepas tu mereka slalu tepuk-tepuk aku so aku boleh tido, nenek kat kanan datuk kat kiri. Aku tengah la haha.

Aku suka tido dengan mereka sebab selesa dengan suka sangat tepuk-tepuk tu. Alaaa yang macam tepuk-tepuk paha tu pastu tido. Pagi jam 2 macam tu, aku terbangun sebab nak kencing, tapi aku heran kenapa tepukan kat paha masih ada. Aku tengok datuk ngan nenek dua dua pandang belah lain. Macam mana tangan mereka bole sampai? Aku pun bangun je lah sebab dah berat sangat nak kencing. Aku tak hiraukan tepukan tu. Masa kencing tu ok je.

Masa nak baring kat tilam tu, aku rasa macam ada benda yang tak bagi aku baring so aku pun malas nak fikir pape just baring je la kat depan tv sambil-sambil tu tengok kartun. Pagi tu aku terdengar azan terus bangun ikot datuk di solat. Nenek pun tengah siap sedia nak ke sawah. Aku pun lepas solat terus tukar baju nak ikot nenek ke sawah. Masih sama uncle dengan aunty tu datang tolong.

Hampir 2 tahun uncle dengan aunty tu datang tolong nenek kat sawah. Aku pun dah darjah 4, aku slalu datang sawah nenek lepas kelas. Sejak mereka tolong nenek, sawah nenek sangat subur dan selalu dapat padi yang sangat high kualiti. Sedap pulak tu. Kami tak jual pun just untuk tanggung hidup kat rumah je. Masa ni aku heran, kenapa uncle dan aunty tak pernah kesah nak mintak upah.

Sampai suatu hari tu, aku tengah duduk kat rumah rehat tu, tengok uncle dan aunty berckap dengan nenek. Diaorang ajak nenek ke suatu tempat tapi bila aku nak ikot aunty cakap nanti baru boleh ikot. Aku pun balik sebab merajuk haha. Malam tu lepas isyak nenek balik rumah pun dalam keadaan yang bersih. Heran betol aku. Nak tanya takut kena marah nanti so aku assume yang dia mandi kat kolam ke tasik ke whatever la.

Masa aku darjah 6, aku dah tak ikot nenek ke sawah setiap hari dah sebab busy nak study. Plus aku sekolah sjk (c) so bahasa cina tu sangat mencabar bagi aku la. Masa aku tengah study malam tu, kucing aku mengiau macam dia marah ke arah aku. Mata kucing aku bulat besar tengok kat bawah meja study aku. Aku pun panggil dia tapi dia tak layan pun, aku pun heran, masa aku bangun nak ambil dia, tiba-tiba dia cakar dan gigit tangan aku. Aku pun marah la pastu kejar dia, ok hilang da, tak tau ke mana dia pegi. aku anggap je la dia putus cinta, malas aku nak fikir pape.

Malam tu aku tido jam 1 camtu sebab nak siapkan homework. Aku hampar tilam kat tengah nenek dan datuk dan baring ah. Aku baru nak terlelap tiba-tiba terdengar bunyi kucing gaduh kat depan rumah, aku pun bangun terus takut kucing aku kena gigit anjing. Aku buka pintu depan rumah, ya ampun terkejut gile aku ternampak uncle dengan aunty tu dekat atas jalan raya sembelih kucing aku. Aku pun jerit macam kena racau sebab kucing tu aku bela dari kecik lagi. Semua orang kat rumah bangun terdengar aku jerit. Aku dah ade kat atas jalan raya peluk kucing ku, menangis gile kat situ. Aku terdengar bunyi hon dan rasa badan aku kena baling, terus gelap gelita.

Tiba-tiba aku ternampak uncle dengan aunty tu kat tempat yang sangat cantik, semua orang kat kampung tu hensem dan cantik. Diaorang tarik aku ke rumah diaorang tapi aku tolak sebab aku marah sangat sebab kucing tu. Aku jerit Allah dan terus mataku terbuka. Mak aku datang dan peluk aku. Dia bagitau yang aku dah terbaring kat jalan raya masa diaorang datang. Takde siapa tahu siapa punya kerja tu, sampai sekarang tiada bukti. Kucing tu dah dikubur dah. Aku menangis lagi aku complain kat mak yang uncle dan aunty tu jahat la ape la. Tiba-tiba mak aku tanya siapa tu. Aku pun explain semua nya termasok mimpi aku tu. Tapi mak aku diam je.

Masa aku dah tingkatan 2, aku takde pape masalah just aku dah ade bilik sendiri. Sebab mak cakap tak baik anak dara tido luar. So aku dah ade bilik sendiri. Aku jenis yang suka dalam bilik. Aku study je sebab aku memang top student kat skolah SMJK (C) tu. Ok ok. Malam tu aku tengah layan tv tiba-tiba aku ternampak nenek lambai kat luar rumah, tapi siapa yang dia lambai? Aku pun ape lagi. Baca ayat kursi, dan tiba-tiba kena tampar dengan nenek. Dia cakap aku merapu. wow… Aku pun bagitau nenek dah nak maghrib ni. Dia terus diam dan masok rumah. Aku pun sambung tengok tv. Nenek pulak p****g pinang dia.

Tengah syok layan tv aku terdengar nenek ketok2 lantai sambil cakap “Jangan kacau aku!”,”pergi!”. Aku pun cuba perhatikan, lama-kelamaan aku nampak something solid depan nenek aku, alangkah terkejutnya aku bila aku nampak uncle dan aunty tu. Badan mereka seumpama bercantum dengan terok nya. Aku start jerit azan dan baca ayat-ayat pelindung. Masa tu suara menjerit yang sangat kuat dalam rumah ni, ibu aku yang tengah makan pun tersedak. Dia berlari dan dapati aku dah lemah terbaring kat lantai. Serius masa tu aku lemah sebab rasa macam ade something yang tolak aku dengan kuat dan jantung aku macam kena genggam. tapi datuk sempat datang dan bisik azan ditelinga ku.

Dalam 2 jam macam tu aku bangun dan dapati aku terbaring kat depan tv. Mak aku terus pelok aku dan menangis. Masa tu aku cari nenek tapi takde. Mak cakap yang nenek dibawa berubat. Kami tunggu la sambil baca al-quran. Tengah baca quran tu, tiba-tiba mak suruh aku berhenti so aku ikot je. Dia bisik kat aku yang masa aku mengaji tu, suara aku berubah jadi suara laki sedangkan aku dapat dengar dengan jelas suara aku sendiri.

Masa nenek aku balik tu, ade beberapa orang ustaz datang skali, aku pun tengok je. Ustaz tu cakap mesti berubat kat rumah sebab benda adalah SAKA turun-temurun keluarga kami. Dan dia dah minat dengan aku. Sebab aku rapat dengan nenek. Masa tu nenek nampak garang dan tak heran pun dengan aku. Ustaz panggil aku dan tutup mata aku, pastu dia buka balik. Alangkah terkejutnya aku bila ternampak beberapa benda pelik sekeliling nenek dan rumah itu. Mereka nampak sangat pelik dan unik, ade yang cantik ade yang macam anjing aku pun tutup balik mata aku tapi ustaz cakap cuma aku je boleh tengok kesemuanya sekarang.

Ustaz tu tengah berubat aku pun perhatikan semua benda tu, seekor demi seekor menghilang. Aku heran kenapa aku rasa ringan dan rumah tu lebih ceria. Akhirnya semua jin-jin tu hilang. Belum habis lagi, ustaz tu bawa satu bakul yang sangat lama, mak aku terkejut bila dia nampak bakul tu, dalamnya ade surat-surat bertulisan unik , mantera-mantera, azimat berwarna warni, gelang emas, dan sisa tulang budak kecik yang baru lahir! Aku sangat terkejut! Apa kah benda tu. Mak aku cakap yang bakul tu moyang kami selalu gantung kat atas rumah taktau la kenapa. Tapi sekarang bakul tu dah dibakar dan dibalik ke dasar laut.

Sejak kejadian itu, kami sekeluarga rasa selesa dan lebih ceria dari sebelumnya. Masa tu kami semua duduk kat ruang tamu borak borak. Tiba2 aku tanya nenek, kenapa dia selalu balik dengan keadaan yang bersih masa balik dari sawah. Dia cakap yang uncle dengan aunty tu bawa dia ke kampung diaorang. Dia cakap kampung tu sangat cantik, penduduknya sangat mesra dan umpama bidadari dan hensem. Aku pun ingat balik mimpi aku tu. Macam ade persamaan tapi aku diam je lah.

Mak aku cakap itu merupakan SAKA yang orang lain hantar kat nenek aku sebab dia tak puas hati dengan keluarga kiteorang. Sebab keluarga kiteorang semua educated dan dihormati di kampung tu. Anak orang yang hantar saka tu tak suka aku sebab result aku slalu gempak2 . Ya Allah…
Dan disebabkan itu, jin-jin lain pun tertarik termasuk SAKA yang moyang2 kami ganggu sekali.

Tapi sekarang syukur dah takde dah. Aku pun dah masuk universiti. Terima kasih sebab sudi membaca.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

11 thoughts on “SAKA”

  1. Kena faham, dia SJK(C). Maka, kadang-kadang mungkin dia fikir dalam Mandarin dan terjemahkan ke Melayu. Itu yang macam pusing daripada Johor ke Terengganu pastu singgah Melaka, patah semula ke Rompin masuk pulak Kuala Selangor. Takpe dek non, perbaiki susunan bahasa ya.

    Reply
  2. Riak takabbur sombong berlagak menunjuk.
    -mak bapak kerja gempak konon
    -top student kt sjkc
    -educated family
    -result gempak

    Gempak
    Gempak
    Gempak

    Pinjaman yg Tuhan bagi sekelip mata dia boleh tarik. Jangan takabbur. Cerita dah menarik, cara penceritaan dah okay ,tp please kurangkan riak tu. Kalau kita rasa kita ni dah gempak, ketahuilah, ada org lain yg lebih gempak lagi (bak kata penulis yg gempak)

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.