Saka

Dah bertahun-tahun jadi pembaca Fiksyen Shasha. Hari ini baru berpeluang untuk menulis kisah sendiri di page favourite, hehhehehe. Nama aku Ani (bukan nama sebenar). Aku nak cerita kisah aku zaman universiti dulu, sekarang aku dah dua tahun kerja. Cerita aku ni pasal kisah seram aku tinggal dengan rakan sebilik yang ada saka. Aku namakan dia Nina (bukan nama sebenar). Selepas SPM, aku diterima masuk di salah sebuah IPTA di Selangor.

Hari pertama aku daftarkan diri aku punyalah ‘eksaited’ sebab dapat masuk universiti yang aku idam-idamkan. Selepas daftar, setiap pelajar akan diberikan kunci bilik masing-masing. Aku ingat lagi aku dapat rumah yang mana blok dia ada di tengah-tengah dan berada di tingkat lima. Ak start masukkan barang ke dalam bilik aku dan start kemas-kemas barang sambil menunggu kawan sebilik aku yang baru masuk. Akhirnya, rakan sebilik aku sampai, aku kenalkan diri aku dan dia kenalkan diri dia pada aku.

Setelah beberapa lama aku tinggal dengan Nina, aku perasan yang Nina ni sedikit berkelakuan aneh berbanding dengan kawan-kawan serumah aku yang lain. Nina ni seorang yang pendiam dan tak banyak cakap. Dia ni jugak jenis tak bergaul dengan rakan-rakan serumah aku yang lain. Kalau kitorang tanya, dia akan jawab sepatah jer. Dia jenis suka terperap dalam bilik berbanding keluar lepak dengan kawan-kawan.

Ada suatu hari tu, aku pergi kelas seperti biasa, oleh kerana kelas aku dekat dengan blok asrama aku jadi takde masalah untuk aku berulang alik dari asrama dengan kelas. Dan nak dijadikan cerita, aku balik bilik haritu kerana terlalu penat dan ingin tidur sebentar sebelum kelas seterusnya iaitu waktu petang. ‘Gap’ waktu rehat aku masatu adalah dalam 2 jam. Aku kunci jam dan letakkan telefon di sebelah bantal agar aku tidak terbabas tidur. Kemudian aku terlelap.

Lepas sejam lebih, aku terbangun bila aku rasa ada orang goncang katil aku dengan begitu kuat seperti gempa bumi. Aku terkejut. Aku bangun macam biasa sebab mula-mula aku ingatkan mimpi dan tengok jam, rupanya jam betul-betul menunjukkan beberapa minit lagi untuk aku bersiap nak pergi kelas. Masatu aku tak fikir apa-apa sebab aku duk sorang-sorang dalam rumah. Semua ‘housemate’ aku tak balik lagi.

Bila aku balik semula dan baring atas katil baru ak ingat balik kejadian pelik yang berlaku petang tadi. Aku ceritakan hal benda yang jadi kat aku tu kat Nina, Nina hanya senyap dan aku hanya menganggap itu mimpi mungkin kerana aku kepenatan.

Hari berlalu dengan cepat, Nina mula start bercakap dengan aku. Dia juga mengajak kawan dia datang ke bilik kitorang, dan aku juga mula rapat dengan kawan dia tu. Kawan dia datang bilik kitorang malam tu dan cerita kisah seram kat kitorang yang ada pelajar di blok sebelah kena histeria. Sebabnya pelajar tu ada bawak balik sejenis batu dari tepi ‘court’ yang terletak betul-betul sebelah lombong. Blok kitorang memang betul-betul bersebelahan dengan lombong yg ditinggalkan. Sebelah lombong tersebut ada ‘construction’. Nina seperti biasa akan senyap bila kitorang cerita pasal kisah seram ni dan muka dia tidak terkejut pun malah seperti sudah tahu.

Malam tu terungkaplah segala-galanya apabila malam itu kejadian aneh dan seram telah berlaku kat dalam bilik kitorang. Jam dah menunjukkan hampir pukul 12 malam, aku masih tak mengantuk, aku main-main dengan telefon dalam gelap (sebab kitorang dah tutup lampu) sebelum mata aku rasa nak terlelap, tiba-tiba, aku dengar seperti orang mengilai tapi perlahan aku mamai masatu aku ingat mungkin Nina tengah gelak sambal whatsapp dengan kawan dia atau dia tidur berdengkur. Tapi lama-kelamaan, aku hayati bunyi ngilai makin pelik dan bunyi ngilai yang tengah marah. “HI HI HI” tapi dengan nada marah. Aku apa lagi terus capai tombol pintu, terus keluar bilik, jantung ak berdegup kencang masatu, aku ketuk pintu bilik ‘housemate’ aku yang sebelah, diorang tengok aku ketakutan, diaorang suruh aku masuk dan aku suruh diorang kunci pintu bilik.

Aku ceritakan apa yang tejadi kat aku dalam bilik kitorang, lepastu kitorang beranikan diri masuk balik bilik tu untuk tengok keadaan Nina, tapi yang peliknya Nina tengah nyenyak tidur. Aku ambil bantal aku dan terus pergi bilik sebelah. Aku tak berani nak tidur kat dalam bilik. Lepas kitorang dah masuk balik bilik sebelah, tetiba chat masuk kat telefon kawan aku tu, dia kata Nina chat mintak tolong azankan dalam bilik dia kat tingkap dan suruh tutup tingkap dia. Kitorang tak reply chat dia sebab kitorang takut sangat sebab tadi kitorang tengok dia tengah tidur.

Pagi esok tu, aku ceritakan apa yang berlaku malam tu. Akhirnya, Nina buka cerita yang sebenarnya, Saka penjaga dia tu marah dengan jin yang rasuk pelajar-pelajar yang histeria tu dan Saka tu minta tolong Nina buat sesuatu tapi Nina tak nk buat jadi dia marah dan hisap d***h tuan dia. Aku tengok d***h berciciran kat lantai dari katil Nina ke pintu bilik. Aku kesian dekat dia. Aku tolong dia cuci d***h tu. Aku dan housemate aku mintak maaf sebab tak reply chat dia malam tu sebab kitorang terlalu takut, dia kata dia faham.

Nina cerita yang Saka tu dari atuk/nenek dia. Dia mimpi atuk/nenek dia bagi benda kat dia. Masatu dia kecil lagi, tk faham apa, jadi dia terima jer. Lepastu, banyak benda jadi kat keluarga dia. Kakak-kakak dia kena rasuk lah, ada bunyi bising kat atap rumah lah dan bnyak lagi. Dia kata keluarga dia dah banyak pergi berubat tapi tak ada kesan apa-apa. Saka tu susah nak lepas. Dia cerita lagi, Saka tu duk ikut jer kemana dia pergi dan dia nampak jer Saka tu kat sebelah dia. Dia kata Saka tu ada jer sekarang dengan dia masa dia cerita kat kitorang.
Lepas kejadian tu, kitorang makin rapat dengan Nina, Nina sebenarnya seorang yang baik dan kelakar dan aku pula jenis suka dan ada rasa ingin tahu yang kuat pasal benda-benda mistik ni. Kalau aku bosan-bosan dan malas nak study aku sembang-sembang dengan Nina pasal saka dia tu. Apa bentuk Saka tu, kalau dia pergi kelas saka tu ikut tak, sekarang dia kat mana, hahhahaha, Nina gelak kat aku sambil jeling hujung katil dia , dia kata Saka tu ada jer dalam bilik ni sekarang, Saka tahu kitorang tengah cakap pasal dia. Aku boleh pulak tanya benda tu kat mana, Nina kata dah jangan cakap pasal dia, dia marah.

Sampai situ jelah cerita aku pasal Nina ni, ouhh lupa, pasal katil ak kena goncang tu aku tak tau sampai sekarang. Aku dah tanya Nina, dia kata dia pun tak tau, dia suruh ak pergi tnya Saka dia sndiri sambil dia gelakkan aku. Kau ingat kelakar ker Nina. HAIYSSHHH… Aku ada lagi cerita seram tapi tunggulah nanti aku rajin menaip.

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aisyah Humaira'

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 33 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.