Okay assalamualaikum , kisah ni berlaku pada keluarga aku pada 3 tahun yang lepas , dimana kami mendapat panggilan dari adik ibu aku ,bahawa nenek aku baru sahaja meninggal , dan memang wajib adik beradik ibu semua balik sehinggakan rumah arwah penuh, sampai keluarga aku tiada tempat untuk kami rehat. Dimana kami terpaksa mencari homestay berdekatan dengan rumah arwah dan disinilah semuanya berlaku .
Secara jujur aku memang tidak rapat dengan arwah , dan kami sampai di homestay tu sekitar jam 8 malam . Memang dah sampai homestay tu , memang keadaan keluarga yang sangat huruhara, yelah adik beradik ibu sedang menunggu ibu untuk kebumikan arwah , dan ye , semua keluarga pergi kecuali aku dan 2 lagi adik aku , farhan dan tasya .
Kedua-duanya masih berusia 8-10 tahun. Okay ibu cakap, taknak bawak adik , sebab takut jadi benda lain kat sana” memandangkan adik aku keduanya tengah tidur dalam kereta , dan ibu arahkan aku untuk pungah semua barang dalam kereta dan terus stay dalam homestay jangan keluar” . Dan ayah ada pesan , angkatkan bumper depan untuk sejukkan enjin “dan ayah ada tinggalkan kunci kereta kat aku , Dan malas buang masa , buat apa yang dipesan dan pungah la segala barang yang dibawa dan angkat kedua adik aku dan baringkan di ruang tamu.
Dan masa ni , aku tak tahu kenapa aku ni gatal sangat nak jenguk depan rumah , ya memang depan rumah tu ada satu pokok mangga dan aku ada terperasan ” bawah pokok mangga tu ada taburan garam dan lada hitam ” dan yaa masa ni bulu roma aku dah naik , malas nak layan perasaan , aku masuk rumah dan terus kunci pintu, dan macam biasa dah masuk homesty mesti nak jenguk bilik kan ..haa aku baru nak jengguk bilik , tiba-tiba bunyi baammm” kat depan rumah , haa cuaklah semua , yang tidur pun terjaga menangis apatah lagi aku tak jadi nak jenguk bilik , pergi kat depan sekali tengok ” bumper kereta ayah tertutup sendiri” kalau fikir logik , mana mungkin boleh jatuh, sebab tempat sangkut bumperkan kuat”macam mana boleh jatuh ” yang aku ni pun , bengap tak fikir apa ibu pesan , keluar dan bukak balik bumper kereta , dan masuk rumah , baru je tutup pintu , terus adik aku farhan cakap ” kakak ada nenek kat luar ” haa engkau .. Tercengang aku dibuatnya “.
Tapi nak sedapkan hati , aku bagitahu farhan ” adik jangan la merapu” dah malas nak fikir , terus ak jenguk bilik yang ada , letakkan barang semua . Aku nak bagitahu , bayangkan di homestay ni ada 3 bilik , dimana 2 bilik ada bilik air, dan satu lagi berdekatan dengan dapur . Dan ak memilih bilik ke 2, yang ada bilik air dan bilik utama untuk ibu ayah aku. Dan abang aku bilik di dapur . Okay aku arahkan adik aku untuk mandi dan masa ni lah , aku baru sahaja bukak pintu bilik air , sekilas pandang di cermin, kelibat seorang nenek di tepi katil bilik yang aku duduk ” . Terus aku pandang ke belakang , perasaan tu tak payah cakap la ,berdegup laju jantung aku . Terus adik aku farhan tanya aku ” kenapa kakak”? Haa aku tak nak takutkan adik aku , aku cakap , takde apalah sejuk angin kuat sangat” ..sesudah farhan siap mandi aku suruh adik aku tasya untuk mandi , dan si farhan ni dah bersiap terus pergi ruang tamu dan aku ,tengah siapkan tasya , tengah aku siapkan tasya , terus adik aku si farhan berlari kat aku terus cakap ” kakak ada orang bagi salam ” haa nak tak nak je kaki aku melangkah ke ruang tamu. \
Tapi aku gagahkan diri jenguk , dan ye .. Memang ada orang bagi salam , Ya Allah suaranya sangat halus dan yang peliknya , dia bagi salam tapi tak ketuk pintu ” ? Ya Allah masa ni takyah cakap la , semua surah aku lupa , elok nak baca alfatihah , doa makan aku tibai weh ,takut punya pasal , aku suruh kedua adik aku diam ” yang si tasya ni nak menangis dah . Jenuh pulak ak nak pujuk dia dengan keadaan macam ni . Lama la jugak suara bagi salam tu , dan tiba ia jadi senyap .
Dan masa ni aku baru terfikir nak call ibu , tapi bukan nasib menyebelahi aku , ak call ibu , tak angkat , call abang ” haram jadah lagi tak angkat .. Call ayah , mailbox je masuk . Aku dah tak kuat nak fikir , terus aku bukak tv kuat2, semua lampu aku bukak .. kedua adik aku dah hilang rasa takut . Tiba si farhan cakap”adik dahaga” ..umm nak perg ke dapur tu , fikir seribu kali , tapi kesian pulak kat adik aku ni , gagahkan la diri pergi dapur .. Haa sekali ternampak , dekat dengan pintu dapur tu , ada satu mangkuk dimana ada garam dan lada hitam . Yaaa .. Memang aku takut , tapi aku buat bodoh je , ingatkan kat pintu je ada .. Sekali dalam peti pun ada weh ” nasiblah ada air botol untuk adik aku minum .
Baru 2-3 langkah nak ke ruang tamu , sekali bunyi ada barang jatuh kat dapur . Haa aku takyah cakap la memang terkaku dah kat situ . Kedua adik aku menjerit terkejut . Ak menoleh tengok ke dapur ” takde apa pun yang jatuh “so apa yang aku dengar tadi ?? Kedua adik aku ,tak habis-habis cakap ” takut ada hantu ” .haa otak dah tak dapat fikir . Aku tarik kedua adik aku keluar dari rumah , masuk dalam kereta . Dan ye , aku keluar rumah tanpa tutup pintu . Tak fikir panjang , ak start kereta dan mestilah lampu kereta menyuluh ke depan kan .. Haa masa ni laa ak baru pandai mengucap ” apa yang aku nampak .. Seorang nenek dengan baju lusuh ,rambut panjang ” dalam bilik ibu ayah aku . Adik2 aku? Takyah cakap , dah menangis kat belakang .. Dan elok aku ni sepatah tak pandai bawak kereta ” wehh aku pandai reverse kereta weh ” Ya Allah aku bersyukur sangat dengan keadaan takut macam ni aku pandai bawak kereta .. Aku tak tahu nak gelak ke nak menangis . Perasaan aku bercampur baur , dengan adik aku yang menangisnya , dengan radio pasang kuatnya . Yee , ak reverse kereta .. Otak aku hang ” tak tahu tolak gear berapa kereta ayah bergerak ke depan . Allahu , nasib kereta auto , kalau manual ,melompat kereta ayah aku ..
Apa yang aku fikir masa tu , aku hanya bawak je kedepan .dan aku berhenti di simpang besar dimana kereta banyak lalu lalang . Mengucap panjang aku , betul ke ak buat ni “. Aku terus pujuk adik aku suruh diam , bukak mata suruh mngucap . Nasib la ada warung2 atok tua tengah melepak , dengan perasaan tak tahu malu , aku keluar dari kereta mintak telefon dari salah seorang kat situ . Dorang semua pelik tengok kiteorng , yelah mana tak peliknya “dengan selipar tak pakai , dengan rambut serabai , mata merah2 menangis .. ” aku cuba call ayah dan ibu aku , memang sepatah tak angkat , nasiblah abang aku angkat . Haa ak tk fikir panjang , aku surub dia balik ” jmpa kami kat simpang ” itu je aku dapat bagitahu . Yang abang aku ni pun bengap ” boleh pulak tanya aku “nak belanja makan ke kakak” aku baru otw dri kubur ni nak balik ” .. Ya Allah rasa nak maki je ” aku cakap la mana ibu ayah ” ak call tak angkat ” abang aku cakap ” otw balik naik dengan pak ngah” okay dan last ayat aku ” ak lari dari rumah ” terus tutt tutt . Telefon pakcik habis topap la pulak . Nak bagi balik serba salah , habiskan topap orang” jadi aku mampu mintak maaf je .
Aku terus masuk dalam kereta .. Adik2 aku semua duduk di depan .. Mungkin terlampau takut sampai kami berpelukan .. Dalam 10 minit macam tu , ibu ayah dan abang aku sampai kat warung , mana taknya mungkin dia nampak kereta dia tepi jalan “dah apa lagi berpelukan la sambung balik menangis .” cerita balik apa yang kami nampak .. ” Allahu , mengucap panjang ayah aku . Nak pergi balik rumah tu ” ayah aku sendiri pun nak taknak je pergi ” nasib lah ada pakcik kat sana tawar diri teman kami ke homesty ..
Sampai sna punggah semua barang . Dan kami decide nak cari hotel bajet . Nasib la pakcik tu tolong . Ibu aku sah diam lepas tengok aku . Aku syak ada benda nak story dengan aku . Dan lama jugak la ibu aku diam , sampai 2-3 hari ,baru ibu aku cakap segalanya dekat aku .. Yang apa kami nampak tu adalah saka arwah nenek . Dan abang aku pun menyelit .. Yang masa keluarga kami huruhara sebab adik beradik ibu dah tunggu tu , dari awal lagi abang ternampak kelibat nenek depan pokok mangga tu dan masa otw balik dari kubur , abang ternmpak saka nenek dalam kereta pakngah.
Ibu cakap , saka arwah berkeliaran cari pewaris . Jadi ibu takut aku jadi sasaran . Sebab aku cucu perempuan sulung . Okay ..maaf itu la serba sedikit cerita aku . Yang baik datang dari Allah .. Yang buruk datang dari aku . Maaflah andai cerita ni membosankan . Ini pengalaman pertama yang aku lalui . InsyaAllah aku kongsikan pengalaman seterusnya yang aku lalui terima kasih sudi membaca .
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Ha ha ha ok la seram sikit tapi tak yah la sambungan. Berterabur cerita.
Susah nak baca dan faham bila terlalu banyak short form atau perkataan yang ditulis pendek2 macam budak Wechat.
Haa alaahh aku okey je baca, ataupun kamu ni kelas belakang tak reti membaca. Jujur je
Kan… Sy pown xdew masalah…. Nak ngan xnak Jew skrg Ni…
Emm yang awak cakap bumper tu rupanya bonet depan kereta (hood).. termenung aku pikir macamana la ko angkat bumper nak sejukkan enjin
tapi kan mmg kat depan tu yg bumper sebenarnya.. cuba awak google
Hampir Sama mcm cita masalah keluarga aq
Story Ni ok la.cme ak xtau nk rse seram ke ketawa bab ko bwk kete,lps tu topup org tu abis.😂
Ketakutan nengajar bwk kete
Ko tulis pndek ke pnjang je,aq ttap dpat bca,sbb tu kita hidup ni kena bljar,faham