Saka keturunan

Assalam. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada pihak admin FS jika menyiarkan kisah saya ini. Saya tak berapa pandai nak mengarang tapi saya akan cuba yang terbaik agar semua oembaca setia FS dapat memahami kisah saya. Untuk pengetahuan semua pembaca setia FS kisah ini adalah kisah benar yang terjadi dekat keluarga saya.

Kisahnya bermula apabila anak saudara saya (anak kepada kakak kandung saya) sering terkena sawan. Boleh dikatakan hampir setiap hari dan yang peliknya dia akan terkena sawan ini hanya semasa dia tidur. Bila dia tidur tak sampai 5 minit mesti dia sawan. Sawan dia pun pelik. Dia akan tiba-tiba mata terbeliak dan melilau ke kiri dan kanan dan badan pun terketar-ketar seperti ada yang sedang mengganggu tidurnya.

Biasa nya sawan ni akan berlaku hanya dalam 1 ke 2 minit. Tetapi berlaku hampir 10 kali dalam 1 malam. Oh ya saya lupa nak beritahu, saya dengan suami tinggal di rumah mak saya dengan anak saudara saya. Kakak saya tinggal tempat lain sebab suami isteri bekerja. Memandangkan kami tinggal serumah jadi anak saudara ni memang rapat dengan saya.

Dipendekkan cerita, setelah berbincang dengan ahli keluarga kami mengambil keputusan untuk membawa anak saudara saya ke perubatan Islam disamping berubat hospital. Sebut pasal hospital, keluar masuk hospital sudah dianggap menjadi kebiasaan bagi anak saudara saya. Yang peliknya, bila dia makan ubat sawan. Sawan dia akan berhenti hanya untuk 2 atau 3hari kemudian datang balik. Dipendekkan cerita, saya dan suami pun bawalah anak saudara ni ke perubatan Islam. Alangkah terkejut nya kami bila ustaz tu kata ada saka yang sedang cuba masuk ke dalam badan anak saudara saya.

Ustaz tu kata saka tu sedang mencari pewaris dia mungkin sebab pemilik saka tu dah tak kuat dan sering sakit. Kebetulan, bapa saya masa tu memang selalu sakit. Kemudian, kami pun bawa ustaz tersebut ke rumah mak saya. Ustaz tu kata baru dekat tangga pun dia dah rasa seram sejuk. Katanya, rumah mak saya tu bukan saja saka keturunan yang ada tapi ada bermacam – macam jin lagi. Saya pun dah jadi seram sejuk bila ustaz tu cakap macam tu dan nak tahu masa tu saya tengah mengandung 4 bulan.

Jadi, kami pun setiap minggu bawa anak saudara saya tu ke perubatan Islam. Apa yang bakal saya ceritakan seterusnya ni mungkin korang tak percaya tapi ni betul-betul terjadi dengan saya.

Ada satu malam tu. Sawan dia datang, ustaz tu ada pesan kalau sawan dia datang cuba peraskan limau nipis ke dalam mulut dia. So malam tu saya buat macam tu. Tiba-tiba anak saudara saya tu terdiam dan menatap tajam mata saya. Dan terjadilah perbualan saya macam ni

Saya : apa tengok-tengok? Kau sangka saya takut?
Anak saudara : diam tak berkata apa
Saya : kau siapa? Apa kau mau? (Masa tu saya dah rasa tu bukan anak saudara saya)
Anak saudara : masih berdiam lagi
Saya : kalau kau tak cakap kau siapa dan kau dari mana saya panggil ustaz dan saya picit limau ni dalam mulut kau.

Tiba-tiba anak saudara saya menangis

Saya : Siapa hantar kau ke sini
Anak saudara : Nenek
Saya : Mana nenekmu? Suruh dia datang sini jangan asyik mau ganggu kehidupan orang
Tiba-tiba anak saudara saya menunjuk ke arah belakang saya. Maka dibelakang saya masa tu tak ada sesiapa pun.

Saya : Nenek kau asal mana?
Anak saudara : Sana (sambil tunjuk ke atas macam tempat tu jauh sangat)
Saya : Sana di mana? Hutan? Laut? Atau indonesia (spontan Indonesia tu terkeluar dari mulut saya)
Anak saudara : Indonesia
Saya : kau balik sekarang dengan nenekmu. Awas kalau kau datang lagi
Anak saudara saya terus macam tersedar dan tanya saya kenapa.

Terkejut saya, mak dan suami masa tu. Masa anak saudara buat rawatan Islam tu ada juga ustaz tu bercakap dengan saka tu. Tu pun dia kata dari Indonesia. Kemudian, kakak saya pun buat rawatan Islam pun sama saka tu kata dia dari Indonesia.

Sehingga kini anak saudara saya masih lagi berubat secara Islam disamping makan ubat yang diberikan oleh hospital. Alhamdulillah sawan dia dah tak datang dah hampir 2 tahun. Tapi kami masih bejaga-jaga.

Saya ceritakan sedikit tentang saka keturunan ni. Menurut ustaz tu, saka ni memang berasal dari Indonesia kemungkinan dari mak atau bapa saya. Saya bukan nak aibkan mak bapa saya tapi kita sedia maklum orangtua ni memang kadang masih ada yang mengamalkan kepercayaan mereka masa dulu. Terus terang saya katakan sangat susah nak yakinkan orangtua pasal benda ni. Sebab bagi mereka itu semua dari keturunan nenek moyang. Kita sebagai anak hanya mampu cuba elakkan untuk menjadi pewaris saka ni.

Bila difikarkan balik, kami adik beradik 7 orang sejak kecil dah pernah mengalami pengalaman pelik. Kadang bila berseorangan di rumah kita akan ada ternampak kelibat lembaga hitam lalu lalang di sekitar rumah. Kadang- kadang waktu tengah malam kami dengar ada orang tengah makan di dapur. Bila pergi tengok tak ada orang pun. Bila terjadi dekat anak saudara ni, baru pula adik beradik menceritakan pengalaman masing-masing. Saya sendiri, masa tu kan tengah mengandung entah berapa kali saya ketindisan dan sering tengok kelibat lembaga hitam tu. Sersm juga sebab takut jadi apa-apa dekat baby dalam perut.

Kalau kisah saya ni disiarkan, saya akan ceritakan lagi kisah-kisah sepanjang saka ni menggangu kami sekeluarga. Sebab sehingga kini saka tu masih lagi mencari pewaris nya di kalangan anak – anak kmi adik beradik. Dan saka ni sebenarnya dia cuma nak cucu lelaki sahaja. Anak saudara saya 5 orang lelaki seorang saja perempuan. Kalau masuk anak saya 2 orang saja perempuan.

Sekian, terima kasih meluangkan masa membaca kisah saya ni dan terima kasih juga dengan admin FS sebab menyiarkan kisah saya ini.

Assalam

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

10 thoughts on “Saka keturunan”

  1. Mase anak buah tu sllu diserang sawan tu umur die bape ekkk???
    Ke akk terlepas bace part umur tu…
    Kesiannye bebudak kena cmni…
    Lemah fizikal.mental die…

    Reply
  2. Best leh smbung lagi..pengalaman lebih seronok dibaca dari rekaan kan kan kan..kirenye ko mmg berani la leh soal dia cmtu..dah la mengandung..minta2 sihat walafiat la anak dalam kandungan tu ye..dan yg sawan tu alhamdulillah dh makin sihat
    aduhai papepon leh dijadikan iktibar dan pengajaran buat pembaca2 FS ni..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.