Saka Nenek dari Seberang

Assalamualaikum rakan rakan diluar sana, harap sihat sihat sahaja dan dalam keadaan yang baik.Saya tidak pernah menulis pada mana mana kisah seram lagi. Ini kali pertama, maaf jika penulisan saya banyak kekurangan atau bahasa bahasa yang tidak difahami para pembaca kerana ini merupakan kali pertama.

Jadi, kisahnya bermula disini pada beberapa bulan yang lalu adik saya yang dikenali sebagai “Jan” mendapati bahawa dirinya sering diganggu dan juga sering sakit sakit.Jan merupakan seorang pemuda yang baru mencecah usia 20an.

Pada beberapa bulan yang lalu Jan kerap ditimpa penyakit, kadang kadang pada waktu malam dia mendapati bahawa dirinya sukar untuk tidur malam sehingga ke subuh , adakalanya dia sesak nafas tanpa sebab. Kadang-kadang apabila melakukan perkerjaan dirinya sering muntah-muntah sakit kepala. Kami sekeluarga hanya menggangap itu penyakit angin atau anxiety dan bawak Jan pergi merata klinik-klinik yang bagus yang di recommend oleh kawan kawan. Medical checkup pun telah dibuat berulang kali tetapi doktor hanya mengesahkan bahawa Jan sihat. Tetapi apabila pulang kerumah Jan masih sama sering diserang sakit kepala,muntah,sesak nafas dan juga mengalami kesukaran untuk tidur waktu malam. Jan juga sering takut apabila mendengar berita bahawa orang sakit atau accident.Katanya dia takut dan merasakan seolah dirinya akan m**i jika mendengar berita seperti ini. Pelik kan…

Hari demi hari, Jan juga masih sama tiada seberang perubahan. Kami sekeluarga hanya menyuruhnya untuk makan ubat dan solat . Kami juga menyuruhnya jangan terlalu melayan sakit itu, yalah kan kerana kami tidak percaya perkara-perkara yang mistik ini apatah lagi Jan akan terkena gangguan saka ini. Untuk makluman Jan merupakan anak kedua dalam keluarga. Anak sulung merupakan perempuan iaitu aku yang sedang menulis ini (kakaknya).Kami merupakan anak yatim abah kami telah meninggal pada usia kami masih kecil dan mak telah berkahwin lain pada tahun 2012 jika tidak silap (al-fatihah). Untuk pengetahuan semua arwah abah kami ialah anak sulung dalam keluarganya. Jadi tak hairan dan pelik sangatlah jika SAKA itu mahu masuk ke dalam diri Jan kerana Jan merupakan anak sulung lelaki dalam keluarga kami cucu dari anak sulung dari keluarga abahku.

Part ini yang kami sekeluarga dapat tahu jan mengalami gangguan mistik dan saka ini bermula pada suatu hari aku memanggil perawat perubatan islam untuk datang kerumah tengok-tengokkan aku kerana aku juga sering sakit- sakit badan akibat pernah mengalami kemalangan pada waktu sekolah dahulu dan Perawat ini juga merupakan kenalan pakcik kami.

Apabila masuk sahaja perawat itu ke dalam rumah kami, dia batuk batuk, penat yang kuat sama seperti Jan. Kami sekeluarga jadi pelik . Alangkah terkejutnya, dia terus berkata begini (ada yang lebih teruk dan sakit disini tetapi bukan kakak iaitu aku) yelah aku yang memanggilnya untuk merawat aku bukan Jan tetapi dia menyatakan bahawa sakitku ini biasa sahaja ada yang disini yang lebih sakit. Mak pun apalagi terus menceritakan perkara yang dialami oleh adikku iaitu Jan.

Perawat pun mula membaca beberapa kalimat suci dan ruqyah .Perawat memberitahu kepada kami bahawa dia hanya mampu merawat aku sahaja malam ini dan tidak dapat merawat adikku iaitu Jan. Dia meminta untuk merawat adikku pada hari yang lain kerana tidak mampu merawat dua orang sekali.Akan kuceritakan part 2 kejadian ketika adikku dirawat oleh perawat.Terima kasih pada para pembaca yang membaca ceritaku ini. Maaf jika banyak kekurangan dalam penulisanku ini.Harap semua yang membaca ini sihat selalu dan bahagia disamping orang yang tersayang…

Akanku sambung part 2 jika cerita ini dapat masuk ke dalam fiksyen shasha.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 28 Average: 3.7]
Nur Mashitoh

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.