Salam. Ini kali pertama saya menulis cerita ini. Tidak pernah saya menulis atau menghantar cerita ini ke blog atau web seram yang lain. Saya mempunyai seorang nenek yang hampir berusia 90 tahun. Mak kepada ayah saya. Mempunyai daya pendengaran yang kuat, mata yang tajam tanpa memakai cermin mata dan gigi yang sangat elok tanpa perlu memakai gigi palsu. Sedangkan ayah saya (anak dia) sudah memakai cermin mata dan gigi palsu. Agak-agak logik tak untuk orang yang berumur seperti itu?
Setiap kali nenek saya ini tinggal di rumah saya ( anak-anak bergilir menjaga nenek ), anak saya akan menangis atau tidak tidur malam. Hendak dijadikan cerita, kami pergi berubat dengan seorang ustaz, dan dia cakap, dalam rumah saya ada saka milik seseorang. Gambaran yang diberikan ustaz ini, seorang tua yang sudah bongkok, muka buruk dan berambut panjang. Patut laa nenek saya ini bongkok dan tak nak p****g rambut.
Apabila siang, dia akan sakit dan suka meludah merata-rata. Apabila malam, sihat dan jalan tanpa perlu berpimpin. Makan dengan banyak. Kami memasang ayat-ayat Ruqyah, dia akan berkata panas sedangkan hari sejuk. Tujuan dia hendak duduk di rumah anak-anak adalah hendak mencari waris. Waris itu adalah perempuan. Sesiapa giliran menjaganya, dan menghantar ke rumah anak yang lain, keesokan harinya akan jatuh sakit.
Setiap hari akan nampak kelibat seperti orang dalam rumah. Pernah sekali, adik saya melihat seorang perempuan tua di belakang rumah memandang sambil dalam keadaan marah. Mungkin kerana adik saya rajin membaca Al-Quran. Bila memanggil mak, kelibat itu hilang. Apabila kami berbisik mengenainya, dia mendengar dan siap boleh ulang setiap perkataan walaupun dia duduk di luar rumah. Semasa dia mengulang perkataan itu, kami hanya memandang sesama sendiri. Seram..
Hendak dijadikan cerita, salah seorang abang kepada ayah saya membawa nenek saya berubat dengan seorang ustaz. Cuba korang bayangkan, sehari sebelum hendak pergi berubat dia menjerit panas. Malam tu juga, makcik dan pakcik saya ini nampak kelibat di dalam rumah. Si nenek ni, banyak kali bangun malam.
Semasa berubat, ustaz memulakan bacaan ayat-ayat al quran, nenek saya mula berteriak memanggil nama anak yang sudah meninggal ( seorang anak sudah meninggal) supaya menolongnya. Sambil berteriak, kakinya menendang ustaz dan mulutnya seperti ingin menggigit ustaz. Ustaz memujuk nenek supaya buang ‘benda’ tu, tapi dia tidak mahu. Alasannya benda tu dah lama tolong dia, dia sayang benda tu. Ustaz membekalkan daun buah bidara untuk mandikan nenek selama 10 hari untuk melemahkan saka itu. Selepas 10 hari, mereka berjumpa semula ustaz tersebut. Agenda yang sama juga berlaku.
Uztaz membekalkan garam untuk rendaman kaki dan air rendaman tersebut hendalah dibuang ke air yang mengalir seperti sungai. Tetapi pakcik saya hanya membuang air tersebut ke dalam longkang. Pada malam tersebut, pakcik saya meracau, meraung kesakitan yang amat. Nenek hanya memandang sambil tersenyum. Akhirnya, makcik dan anaknya membaca Yassin tanpa henti sampai ke pagi sebelum berjumpa dengan ustaz. Ustaz hanya mampu berkata selagi tuan badan tidak rela untuk berpisah, benda tersebut akan ada. Ustaz berpesan jika bermimpi sesiapa yang ingin memberi sesuatu, jangan ambil. Jika nenek ada ingin memberi ayat juga jangan diambil
Sampai sekarang nenek saya ada dan masih mencari waris untuk ‘benda’ tu. Kami hanya mampu berdoa, berzikir dan memohon kepada Allah supaya tidak memilih kami.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Ya Allah. Sya DOA supaya nenek awak tu rasa nk buang saka tu sbb fikir kematian je. Aamiin. Mcm mna sakaratul maut tu. AnakĀ² pujuklah mak tu. Kesian bila sakaratul maut dtg.
yes kene juga ikhtiar supaya saka tu boleh di buang,….
Klau buang tanpa pengetahuan nenek dpt x agaknya? Walau apapun ikhtiarkan buang..
kena cari org yg boleh buang saka tu secara paksa. tak guna pujuk nenek awak sbb saka tu dah sebati dgn nenek awak. kalau duduk di lembah kelang, saya boleh syorkan kawan saya.
kawan tu boleh buangkan ke?
Slm maaf bertanya, sy sdg mencari ikhtiar utk mengubati ayh sy, berkemungkinan besar saka, jika tidak keberatan blh sharekn cara utk menghubungi kwn tu, tq
pernah jumpa ustaz, dia ckp saka ni boleh dibuang dengan kerelaan hati tuan empunya badan. sedangkan yg rela buang pun susah..kami pernah paksa buang saka nie..akhirnya saka nie mengacau semula + menyerupa nenek dlm keadaan marah.
kami dah pujuk…alasan dia ckp kalo dia buang dia tak dpt mkn mcm sekarang. sama2 laa kita bdoa.
semoga Allah melembutkan hati nenek
This saka. Been reading it n I was wondering what will happen if the thing doesn’t have a new master. Will the body remain the same as in not rotten? Even though the person is look alive to us but actually a walking death.
harap ko baca ni komen
mula2 ko sanggup jadi waris
lepas
bila dah pindah milik harta nenek ko tu
ko cari lah ustat buang dia.
kalau tak nenek ko akan simpan sampai dia m**i.
masa tu lagi susah.