Umur 10 tahun. Umur itu pertama kali aku menghadapi gangguan one on one, yang memang dituju kepada aku, yang berada dalam sebuah rumah berpuaka yang dimiliki keluarga aku sendiri selama lebih 70 tahun. Selama sebelum itu aku memang tahu rumah itu berpuaka. Bagaimana? Aku dan adik beradik ku saban malam terdengar arwah ibu mengigau ketakutan cuba untuk mengucap atau membaca ayat quran kerana dia bermimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal semua datang mencarinya. Ya itu adalah petanda saka dan berpuakanya rumah ini kerana SAKA!
Balik pada kejadian menimpa ku. Aku bersama arwah nenek (mak kepada ibu) pulang ke kampung kerana menziarah kematian dua pupu pada nenek ku. Selepas selesai bacaan yassin dan majlis tahlil kami pulang ke rumah itu. Rumah itu besar, sebuah rumah Tradisional Melayu Terengganu yang letaknya tak jauh dari pantai, berdepan dengannya sebuah tanah perkuburan yang berusia lebih dari 200 tahun.
Aku tetap ada rasa cuak tapi ego seorang kanak-kanak, dalam hati ku berkata ” selagi nenek ada disampingku rasanya ok jer”. Kami hanya menggunakan sebuah bilik kecik yang mempunyai pintu terus keluar dari rumah. Tak perlu nak tempuh ruang depan rumah tersebut. Malam menginjak lalu, tanpa hiburan tv atau seumpamanya. Tidur ku dalam dakapan nenek dialun bacaan zikir hingga aku terlena.
Menurut cerita, rumah ini dulu dimiliki oleh seorang nakhoda kapal yang di segani dan digeruni di Kuala Terengganu terutamanya Seberang Takir, sebuah mukim berdepan dengan Bandar Kuala Terengganu dipisahkan oleh muara Sungai Terengganu pada tahun 1930 an. Dibina semuanya seorang diri. Tapi dia tidak mempunyai waris. Dan arwah moyang ku membeli rumah ini yang pada waktu itu telah kosong setelah dia meninggal lebih 10 tahun.
Tanpa disangka pembelian itu beserta hadiah “istimewa” yang keluarga moyang ku sangatlah mereka tidak mahu. Katanya dia diam di tiang seri yang bercat biru ditengah dewan rumah itu. Sewaktu moyang ku pindah masuk, menurut arwah ibu terdapat 12 biji tempayan besar dibawah rumah, sebuah kepala pintu gerbang berukir indah, sebuah meja rendah berukir kepala naga, dan yang paling menarik perhatian ku- 2 tingkat takat mata tangga di dapur yang jika ditarik akan menjadi “drawer”, ( tempat simpanan barang ) yang mana didalamnya tersimpan dua set peralatan pinggan mangkuk tembaga dan barangan tembikar dinasti Ming China. Menarik kan? Ini bukan rekaan. Ini kisah benar yer.
Tapi ralatnya, pada waktu saka ini sudah sangat menggila, ibu bapa beserta pakcik-pakcik dan ibu saudara ku terpaksa memanggil orang pandai untuk berbuat sesuatu. Sudahnya kesemua harta karun pusaka itu terpaksa dibuang ke laut kerana dipercayai kerana barang itu saja saka itu kekal dirumah ini. Aduh…..keberadaannya dan kedegilannya akibat inginnya ia bertuankan nenek ku yang pada ku dan pada siapa jua mengenalinya sangat lembut dan penyayang orangnya. Pada aku” the coolest person i’ve ever met”. Tapi bila arwah nenek mengabaikan malah kami, kami semuanya tidak mempedulikan kewujudan nya, dia mula menggangu dan menyakat, hingga ke tahap jiran dan orang yang lalu lintas nak ke surau turut disakatnya.
Menurut pak su ku yang pernah bertentang mata dengan makhluk ini pada suatu malam yang balik dari laut (dia seorang nelayan) waktu itu, dia menyerupai lembaga perempuan yang waktu itu tersenyum tapi bertaring panjang dengan mata putih tanpa anak mata, rambut panjang mengerbang hingga memenuhi seluruh permukaan lantai rumah dan tingginya hingga mencecah alang rumah. Nauzubilla himinzalikk!
Subuhnya, nenek mengejut ku dari tidur kerana dia nak ke surau. “Tidurlah dulu, tok pergi sekejap je”…..aku masih tak berapa menangkap kata nenek ku dan terpinga-pinga. Tapi menjadi jelas bila nampak nenek menjinjing beg yang memang dia selalu guna kan mengisi telekung solatnya. Aku tak sempat berkata apa sehinggalah aku dengar langkah nenek ku di luar rumah menghala ke pintu pagar kecil automatik ( engselnya dilengkapi getah basikal, jadi tertutup sendiri). Bunyi langkah nenek semakin menjauh dan menghilang.
Aku cuba tenangkan diri kembali baring cuba untuk menyambung kembali tidurku. Aku agak waktu tu 5.30 pagi. Masih gelap diluar. Sekali sekala mata tertancap pada tingkap bilik itu. Namun tiba-tiba bunyi seakan sesuatu jatuh menghentam bumbung rumah. Ibarat benda yg berat amat. YA seperti anda juga sangkaan aku buah nangka agaknya. Sebab memang ada sebatang pokoknya berhampiran tangga. Tetapi perlu dijelaskan, rumah ini bertiang tinggi. Lori kecil boleh masuk dan pokok nangka tidak setinggi itu. Ok mood telah di setkan dan aku mula jadi tak menentu. Bunyi jatuh dituruti benda bergolak dari perabung rumah jatuh ke bawah. Logik lagi. Tapi bagaimana bunyi bergolek memanjat ke atas?!! Aaarrrfgghhh sudah!!! Dituruti pula bunyi mencakar dinding dari hujung rumah semakin laju dan bunyi itu berhenti di dinding di hadapanku.
Aku baring mengiring waktu tu. Aku tak dapat bergerak, keras, kaki tapi dalam selimut dah macam sauna, berpeluh lencun. Aku tahu yang diluar dinding itu adalah DIA!!!! DATANG NAK MENYAPA CUCU NENEK KU. Tiada perkataan dapat aku gambar ketakutan aku ketika itu. Fikiran terhenti seakan m**i atau dimatikan. Cakaran itu semakin ganas dan seakan dicakar dengan dua belah tangan kerana bunyinya tak putus-putus. Memang aku agak dinding papan akan tembus dan maka akan bertentang mata lah kami dua makhluk dari alam yang berbeza.
Tiba tiba bahu ku digoyang dan nenek aku ada disamping aku. ” Kenapa ni?” Aku terus sembamkan muka ku diribanya, cuba menarik nafas ku kembali. Bila dapat bernafas baru mengalir Air mata dan hilang kata-kata untuk aku menjawab soalannya. Nenek memeluk dan terus membaca ayat kursi dan 3 Kul utk pulihkan semangat aku kembali. Ya Allah betapa aku bersyukur nenek aku muncul pada waktu itu. Dan dia tenangkan aku hingga terlelap kembali seiring matahari pagi memancar. Tidak berhenti dia berzikir dan membaca quran disamping ku untuk pastikan aku berasa selamat. Bunyi gangguan itu berakhir dengan bunyi sesuatu yang berat dan lembik jatuh ke tanah bersambung degann langkah seakan orang berlari kearah bahagian rumah Besar dan terus hilang…
Peristiwa itu terus kekal segar dalam ingatan. Kerana dalam seramnya pertembungan aku dan makhluk itu ia juga mengingatkan betapa Besar kasih sayang arwah nenek ku pada ku…..
Al fatihah utk tok ( Siah bte Tahir, 1927-2002)…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Rmh tu kawasan mne eh, nktahu sngt.