Saka Yang Diwarisi Tanpa Surat Perjanjian

Sebelum aku bermula dengan cerita, hendaklah aku memberi sedikit pengenalan tentang diri aku, nama aku Fakhrul, berasal dari Segamat,Johor dan sedang melanjutkan pelajaran di Politeknik. Maaf sekiranya cerita ini kurang menyeramkan.

Hari itu seperti biasa selepas habis kuliah aku terus pulang ke rumah sewaku, ketika ini yang berada di rumah cuma aku dan Lokman, kerana yang lain telah pulang ke kampung. Aku bukan tidak suka pulang ke kampung, cuma aku lebih suka lepak di rumah ini kerana mempunyai wifi sendiri. Bagi aku hanya dengan wifi aku mampu untuk hidup kerana aku suka bermain games online. Berbeza dengan Lokman kerana Lokman ini kaki perempuan orangnya. Jarang melihat Lokman berada dirumah. Walaupun begitu, sekiranya ada masalah akulah tempat dia mengadu.

Seperti biasa sesampai sahaja dirumah aku terus membuka laptopku. Selang beberapa minit aku perasan yang Lokman telah bersiap untuk keluar. Riak wajahnya menunjukkan yang dirinya sedang dilanda masalah. Aku berdiam tidak menanyakan apa masalah dia kerana aku tahu tidak semua benda boleh dikongsikan.

Masuk hari ini dah dua hari Lokman tidak pulang ke rumah. Perkara ini bukanlah perkara yang luar biasa, kerana pernah juga sampai lima hari dia tidak pulang kerumah sehinggakan kuliah pon dia tidak hadir. Aku tidak mengendahkan dan teruskan dengan dunia game aku.

Masuk malam yang ketiga, hari itu aku tidur awal kerana badan kurang sihat akibat terlebih bermain game. Lokman pulang kerumah dan aku tidak mengendahkan dia langsung. Aku rasakan seperti diperhatikan dan ketika aku membuka mata aku lihat Lokman berada diluar pintu bilik aku sedang memerhatikan aku. Agak lama juga dan mungkin dia tidak perasan yang aku sedang memerhatikan dia kerana bilik aku gelap. Sebelum beredar terdengar dia mengatakan yang dia meminta maaf dan dihalalkan segala makan dan minum. Sungguh pelik aku malam itu tapi kerana badan yang kurang sihat ini aku terus tertidur.

Esoknya ketika tersedar aku terus ke bilik Lokman. Pintu biliknya berkunci. Aku ketuk memanggil Lokman. Lima minit berlalu, masih tidak mendengar sebarang jawapan. Langkah terakhir aku berfikir hendak memecahkan pintu bilik tersebut. Tiba-tiba aku terdengar Lokman bersuara. Dia mengatakan yang dia tidak apa-apa dengan suara yang agak garau. Hilang sedikit kerisauan dalam hati ini. Selepas kejadian itu Lokman terus menerus berkurung dalam bilik itu. Ketika aku mengajaknya untuk keluar makan dia menolak dan untuk pengetahuan semua pintu bilik masih terus berkunci. Hanya komunikasi dua hala menerusi pintu bilik tersebut. Tiga hari berlalu, pintu masih berkunci. Firasat mengatakan ada benda yang telah berlaku dalam bilik tersebut kerana dari bilik tersebut mengeluarkan bau bangkai yang kuat. Pada mulanya sangkaan cuma mengatakan mungkin si Lokman telah terkencing atau berak dalam bilik itu, oleh kerana malu dia terus berkurung dalam bilik itu.

Malamnya, aku terdengar bunyi jeritan yang kuat daripada bilik itu. Aku terus berlari menuju ke bilik tersebut. Oleh kerana pintu masih berkunci aku terus memecahkan pintu bilik itu tanpa berlengah lagi. Dalam kegelapan bilik itu ternampak seperti kain putih terbang menuju ke tingkap bilik dan terus hilang. Perkara tersebut memang memeranjatkan tapi yang lebih memeranjatkan adalah sosok kaki tanpa jejak tanah didepanku. Cahaya yang samar-samar hanya menampakkan kaki tersebut. Kaku aku dibuatnya apabila lampu dibuka, rupanya yang didepanku adalah Lokman. Sosok tubuh tidak bernyawa didepanku sungguh mengerikan. Matanya yang terbuka menunjukkan kesakitan sebelum kematiannya, lidah yang terjelir dan kelihatan najis keluar dari kemaluannya bersepah dibawah mayat tersebut. Didepan mayat tersebut kelihatan telefon yang digunakan untuk merakam aksi terakhir dia.

Malam itu juga aku ditahan untuk diambil keterangan. Kelihatan keluarga Lokman datang untuk proses pengecaman. Kawan-kawan serumah juga turut hadir. Aku menceritakan segalanya yang aku tahu dari A hingga Z kepada mereka. Sedih bercampur seram ketika itu kerana itulah kali pertama melihat mayat secara depan. Hari itu juga aku pulang ke kampung ku. Imej mengerikan tersebut masih terpahat dalam fikiran aku dan menurut hasil bedah siasat, Lokman sebenarnya sudah tiga hari m**i dari hari penemuan mayatnya. Malam itu aku tidak boleh tidur. Tepat jam tiga pagi aku menyedari ada dua mesej baru melalui aplikasi whatsapp. Aku membuka dan ketika itu juga peluh terus keluar dari badanku, bulu roma terus menaik. Nama yang tertera adalah “HOUSEMATE LOKMAN”. Siapa yang menghantar mesej tersebut kerana telefon Lokman ada bersama polis untuk dijadikan bukti. Dalam mesej berkenaan, mesej pertama adalah video ketika dia m******h diri dan mesej kedua pula berbunyi “Fakhrur aku harap kau dapat memaafkan kesalahan aku dan halalkan makan minum aku, aku tiada sesiapa yang boleh diharapkan selain kau, jadi aku tinggalkan dia untuk kau”.

Sebulan berlalu selepas kejadian tersebut, walaupun bermacam telah berlaku dalam rumah sewa ini tapi kami tetap terus tinggal. Kebanyakan perkara aneh terjadi hanya pada bilik tersebut. Bilik tersebut dikosongkan. Pernah juga Firdaus antara yang paling berani dikalangan kami cuba untuk tidur didalam bilik itu tapi keesokan paginya ketika dia tersedar dia berada di bilik air. Menurut Daus, pada malamnya dia bermimpi arwah sedang menangis teresak-esak didalam bilik itu. Ketika dia masuk ke bilik dan mendekati arwah tiba-tiba pintu bilik tertutup. Puas dia mengetuk pintu dan memanggil kita semua tapi tiada siapa pon yang datang. Dan dalam ketakutan tersebut, bunyi tangisan bertukar kepada hilayan dan kelihatan dengan jelas sosok makhluk berkain putih yang kotor, rambut panjang menutupi mukanya dan berada ditingkap bilik itu. Daus terjerit ketakutan sehinggalah dia tersedar dari mimpinya dan berada di bilik air rumah.

Sejak itu bilik puaka itu telah dimangga dari luar. Tiada siapa boleh masuk, tiada siapa boleh keluar. Itu sangkaan kami kerana sejak bilik itu dimangga, rumah menjadi lebih tidak tenteram. Kaca tingkap hampir tiap hari pecah, blackout hampir setiap malam, ketukkan misteri setiap pukul dua pagi dari dalam bilik puaka itu. Paling teruk adalah ketika suatu pagi Firdaus yang tiba-tiba hilang dan kami menemuinya didalam bilik puaka tersebut. Bagaimana dia masuk itu kami tidak tahu. Gangguan semakin berterusan, tiada siapa lagi yang berani hendak ke tandas seorang diri kerana pernah suatu hari seorang dari kawan kami yang ketika membuang air di dalam tandas telah ditegur oleh satu suara perempuan.

Dia ditanya kenapa tidak tidur lagi, buat apa sorang diri tu dalam tempat ni tidak takut kena ganggu ke, kalau awak takut saya boleh temankan. Selepas itu suara yang disulami dengan hilaian tadi menjadi sayup-sayup dan menurut orang tua bila suara dia jauh maknanya dia dekat dan bila suara jauh atau sayup itu bermakna dia makin dekat. Lima minit selepas itu, keadaan menjadi sunyi, tiada lagi suara perempuan itu. Tiba-tiba sesuatu menutup muka kawan aku. Bila di periksa rupanya itu rambut. Keadaan menjadi lebih tegang apabila dia cuba memandang keatas. Bayangkan kamu semua di katil double deckers, kamu duduk dibawah dan seorang kawan sedang diatas menjulurkan kepala kebawah untuk berbual dengan kamu.

Begitulah keadaannya, betul-betul diatasnya adalah seorang perempuan yang sedang memandang tepat kemukanya dengan mata yang terbeliak dan muka yang bengis. Dia terjerit dan kemudian pengsan. Tiap-tiap malam ada sahaja jiran yang mengadu terserempak dengan pontianak terbang belegar-legar diatas bumbung rumah kami. Sebenarnya ada perkara yang aku rahsiakan daripada pengetahuan kawan serumah ku iaitu setiap malam aku akan bermimpi didatangi seorang perempuan yang cukup hodoh rupanya. Merayu untuk aku menerimanya dan akan memperingatkan bahawa selagi aku tidak menerimanya seluruh rumah akan diganggu olehnya.

Aku tahu siapa pemilik sebelumnya dan setiap kali diminta jawapan aku tetap sama iaitu tidak. Setiap kali menerima jawapan tidak makhluk itu akan mengilai terbang dan terus lenyap. Hari berganti hari, genap dua bulan arwah pergi. Malangnya gangguan tetap ada. Dan setiap hari gangguan semakin teruk. Pernah sekali kawan aku yang lain tersedar pada waktu malam dan ketika melihat keatas di terpandang kain putih yang berpusing-pusing mengikut kipas. Tiba-tiba kain tersebut tercampak betul-betul disebelahnya. Lebih menyeramkan lagi ketika diperhatikan lagi dengan lebih jelas, yang disangkan sehelai kain itu adalah makhluk tersebut. Mukanya memandang tepat kearah dia. Itu sahaja yang dia ingat kerana sejurus itu dia terus pengsan.

Rupanya dalam diam kawan-kawan sudah merancang untuk pindah dari rumah sewa ini dan malangnya mereka merahsiakannya daripada aku. Aku dapat tahu pun ketika mereka sedang bersiap untuk keluar dari rumah itu. Alasan mereka merahsiakan daripada aku adalah kerana mereka beranggapan bahawa makhluk yang mereka jumpa di dalam rumah adalah jelmaan Lokman yang rohnya tidak tenteram.

Dan dia ingin membalas dendam keatas diriku kerana gagal menyelamatkan dia. Aku cuba memujuk kawanku untuk turut bersama berpindah mengikut mereka tapi malangnya perasaan takut mereka melebihi hubungan bertahun yang telah terjalin. Lebih teruk lagi nama aku sudah buruk didalam Politeknik ini. Tiada seorang pun yang berani menyewakan, memberi tumpang dan tinggal bersamaku. Kini tinggallah aku seorang diri dirumah. Setiap hari aku tidar awal dan akan memakai earphones sambil mendengar lagu.

Tujuan adalah untuk tidak terserempak dengan makhluk itu. Makhluk ini tidak mengenal erti putus asa dan setiap malam dia cuba mengganggu aku. Contohnya aku ditindih dan apabila mata aku terbuka benda pertama yang aku nampak adalah seorang perempuan sedang tepat kemuka ku. Tingkap bilik yang sentiasa diketuk pada waktu malam, bilik tiba-tiba berbau wangi dan kemudian bertukar busuk.

Aku semakin tertekan dan aku membuat keputusan untuk pulang ke kampung. Di kampung gangguan tetap berterusan. Setiap malam tepat jam pukul 3 pagi, telefon aku akan berbunyi menandakan seseorang sedang cuba menelefon aku. Yang lebih menyeramkan adalah kerana no. arwah Lokman yang tertera. Ibu bapa aku nampak kelainan diri aku. Ibu bapa kemudian cuba menghubungi Ustaz dan menanyakan kepada beliau perihal diriku.

Ustaz Faiz menyuruh mereka supaya cepat-cepat membawaku untuk di Rukyah. Itu sahajalah cara untuk melihat sama ada aku dihuni atau pun tidak. Seperti yang dijangkakan aku memang dihuni oleh jin dan bermulalah proses untuk mengeluarkan jin tersebut. Aku tidak sedar apa yang berlaku sehinggalah proses selesai. Menurut cerita ustaz tersebut ada satu jin yang telah berdamping dengan aku tanpa disedari oleh aku. Tapi aku tahu dari mana jin itu datang cuma yang menjadi kesangsian aku kenapa mesti aku yang dipilih. Selepas kejadian itu, aku tetap meneruskan pengajian aku. Aku juga telah melebihkan masaku untuk beribadat dan mengurangkan masa untuk aktiviti duniawi yang melalaikan.

Ya selepas peristiwa itu aku sudah tidak menggunakan perkataan aku kau lagi. Sekarang aku membahasakan diri aku sebagai saya. Saya tahu peristiwa ini kurang menyeramkan dan ada juga yang mengatakan cerita ini mengarut.

Tapi ingatlah apabila kita lalai dan lupakan diri-Nya, semakin mudahlah jin atau syaitan datang mendampingi kita. Oleh itu, sentiasa beringatlah kita supaya sentiasa mengingati Dia walau dalam susah atau senang. Dan sentiasalah memohon perlindungan-Nya. Kepada ente yang setia membaca sehingga habis saya ingin mengucapkan Shukran. Assalamualaikum

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Zailani Jiman

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

11 thoughts on “Saka Yang Diwarisi Tanpa Surat Perjanjian”

  1. berani gila diaorang ni.. dah ada orang m**i b***h diri pun still sanggup stay kat rumah tu.. klau aku hari ni thu ada orang b***h diri kat rumah tu.. memang aku dah cabut dah esoknya..

    Reply
  2. Lokman b***h diri sbb putus cinta ke???
    Camne cara die b***h diri tu…???
    Kesiannye pengakhiran die camtu…
    Tp lg kesian si penulis yg tetbe jd waris jari hantu pastu kena pulaukan ngan satu poli, huhuhuhuuu…

    Reply
  3. Ada hikmah kat situ kan. Tapi so sad lokman m**i bergitu. Tapi kawan² ko tu boleh dah nmpk sahabat sejati ke x… Kawan baik pasti akn bersama kawan walaupun keadaan susah

    Reply
  4. Nak tanya;
    Apa kesan perbezaan penggunaan ‘Aku’ dan ‘Saya’ tu?

    Sebab bila berdoa pun kita guna perkataan ‘Aku / -ku’ sebab perasaan ‘dekat’ yg wujud didalam hati.
    Ke semata-mata aku yang lampu disini? Kira kau nak buat penutup ala-ala klakar sikit, tapi tak sampai pada aku nih? ??

    Reply
  5. Assalam ….kepada penulis cerita anda bagus dan seram ….
    jika boleh … Cuba terangkan perihal Ence Lokman apakah masalah dirinya dan bagaimana beliau boleh terjebak dalam Permainan makhluk Laknatullah bergelar Jin dan Syaitan ini …
    adakah angkara sihir,saka atau Menuntut Ilmu Hitam ….
    Harap penulis jelaskan lah …
    bukan apa,tergantung sikit cerita ni …Saudara …

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.