“Aku dah kata pergi servis motor tu, kau tak nak dengar. Ikut sangat cakap kepala kau,” tengking Yazid dihujung talian. Aku lepaskan keluhan halus. Mata meliar memandang kiri kanan, kawasan lot kedai semuanya tutup. Tambah pula gelap waktu malam, takut hantu tiba-tiba muncul.
“Woi, dengar tak?” Suara Yazid bertukar keras. Ini pun satu, aku cuma beritahu motorsikal aku rosak saja, bukan suruh dia ambil dekat sini. Tambahan pula motorsikal tiba-tiba rosak. Mujur depan kedai. Kalau masa tengah on the way lalu jalan kampung dia m**i? Aku yang tak keruan kejap lagi.
“Dengar, dengar. Kot ye pun, slow sikit suara kau. Sakit telinga aku.” Giliran aku marah pada Yazid. Tangan kiri masuk dalam kocek jaket warna kuning. Sejuknya bukan main lagi malam-malam.
“Kalau kau nak aku ambil, tunggu depan situ. Jangan pergi mana-mana. Aku tengah close counter ni.” Jari Yazid pantas menekan papan nombor pada skrin mesin wang. Aku iyakan saja dan biar bunyi resit keluar dan drawer ditutup.
“Kejap, kau nak ambil aku ke?” tanyaku semula. Bukan apa, aku dengar Yazid sendiri kata suruh aku tunggu ini.
“Yelah, aku nak ambil kau. Bahaya ni dah malam kan. Takut ada orang gila datang pow duit kau.” Bunyi shutter kedai diturunkan serentak dengan suara Yazid. Dia kemudian berjalan menuju ke motorsikal yang terletak sebelah bangunan kedai. Enjin dihidupkan dan telefon letak dalam raga. Dia terus buka speaker.
“Amal.”
“Ya?”
“Jangan off call. Aku on the way.” Serentak dengan itu, enjin motorsikalnya dihidupkan. Sepanjang Yazid on the way ke sini, tak ada satu kata pun yang keluar dari mulut kita orang. Hanya bunyi enjin saja
kedengaran.
KRAK…
KRAK…
“Zid.”
“Ha?”
“Kau dengar tak?”
“Dengar apa?”
“Bunyi dia krak krak gitu.”
“Ha?”
Bawa motor terus pekak ke mamat ni? Aku tengok skirn telefon. Yazid still on call dengan aku. Tak tahu dia dengar ke atau buat-buat tak dengar bunyi krak tadi.
BUM!
Aku tersentak. Pada masa yang sama aku dengar Yazid duk eh eh di hujung talian. Pasti motorsikalnya hilang kawalan.
“Zid, apahal tu?”
Nafas Yazid naik turun. Cepat-cepat dia parking motorsikal di bahu jalan. Ekor matanya perlahan memandang cermin sisi.
Tak ada apa-apa.
Dengan beraninya dia menoleh ke belakang.
Pun tak ada apa-apa. Cuma ada kereta Proton Saga merah buka tutup high beamnya berkali-kali. Perlahan kereta itu berhenti sebelah motorsikal Yazid. Cermin penumpang hadapan dibawa turun.
“Dik, alright tak?” tanyanya dengan nada kerisauan. Yazid acuh tak acuh mengangguk. Abang tadi sama mengangguk.
“Tak adalah, tiba-tiba je kawan kau lompat turun dari motor. Terkejut la juga.”
“Kawan?”
Abang itu mengangguk. “Ya kawan kau. Dia lelaki pakai jaket kuning kan? Tadi dia berdiri atas seat gerak-gerak kepala lepas tu lompat. Berani m**i kawan kau. Dia tak tau ke sebelah jalan ni sungai?”
Yazid angguk saja mendengar leteran abang kereta saga. Pada masa yang sama dia pandang sekeliling, mencari kelibat jaket kuning yang kononnya melompat turun dari motorsikalnya.
“Kau nak pergi mana sebenarnya ni?”
“Jemput kawan bang. Dekat Sri Puchong.”
“Nak abang follow dari belakang ke?” Yazid pandang motorsikalnya. Masih hidup dan tiada sebarang kerosakan. Dia menggeleng sambil senyum.
“Sure?”
“Ya bang.”
“Okey kalau macam tu.” Cermin penumpang dinaikkan. Yazid dari memandang kereta saga yang perlahan meninggalkannya. Dia naik semula motorsikal. Baru saja mahu masuk gear, motorsikalnya tiba-tiba m**i. Menggelabahlah Yazid seorang diri. Mujurlah kereta saga tadi tak jauh sangat darinya. Pantas dia nyalakan flash light dan melambai berkali-kali. Tak sampai beberapa saat, kereta saga tadi terus reverse dan berhenti sebelah Yazid. Cermin penumpang diturunkan. Wajah abang tadi senyum-senyum.
“Ya?”
“Sorry bang. Motorsikal saya m**i tiba-tiba. Boleh tak abang hantar saya sampai Sri Puchong?”
“Kedai eh?”
“Haah.”
Dia tekan butang lock dan menyuruh Yazid duduk di sebelah tempat pemandu. Yazid pantas masuk dalam perut kereta. Kereta saga tadi bergerak meninggalkan motorsikal Yazid yang tersadai.
“Abang tak tahu kedai mana. Nanti kau tunjuk arah tau.” Yazid hanya mengangguk. Mereka berdua biarkan lagu jiwang berkumandang dalam kereta.
Aku mula tak senang duduk. Jam pula hampir pukul 1 pagi. Entah kenapa Yazid ambil masa lama sangat. Biasanya dari kedai dia ke sini cuma makan masa 30 minit. Takkanlah lupa jalan. Hari-hari datang sini kot.
Pin! Pin!
Aku toleh. Ada satu kereta saga merah berhenti betul-betul depan aku. Aku seram sejuk. Dalam hati aku berdoa supaya cepat si Yazid sampai. Esok dahlah aku masuk kerja pagi.
Cermin tempat penumpang hadapan dibawa turun. Yazid senyum lebar, cumanya wajah pucat sedikit.
“Yazid? Kau order grab ke?” Aku pandang kereta saga berkali-kali. Tak ada pun logo grab dekat badan kereta atau pelekat dekat cermin hadapan.Yazid geleng.
“Naiklah. Dah lewat sangat ni.” Pada mulanya aku ragu-ragu, tapi aku beranikan diri. Takkanlah hantu menyamar jadi Yazid kan?
“Okay bang. Boleh gerak.” Pemandu itu diam dan terus menekan pedal minyak. Perlahan meninggalkan motorsikalku yang rosak di hadapan kedai.
Abang kereta saga berhentikan kereta betul-betul depan kedai yang diberitahu Yazid. Yazid meluru keluar dan pandang kiri kanan. Abang tadi pun keluar. Hanya ada motorsikal saja. Yazid garu-garu kepala.
“Mana kawan kau dik? Tak ada pun,” soal abang tadi. Yazid ketap bibir. Padahal dia dah warning jangan pergi mana-mana. Tak pun kawannya sudah balik order grab sebab rasa lama sangat tunggu dia.
“Hoi.” Yazid tersentak dan pantas dia menoleh. Abang tadi sudah mencekak pinggang, berdiri di belakangnya.
“Mana kawan kau?”
Yazid gagap-gagap. “Tak… tak tahu bang. Saya suruh dia tunggu sini tadi. Takkan kena culik pulak.”
“Telefon dulu kawan kau. Mana tahu dia pergi toilet ke? Dari kau menggelabah macam ni memang tak jadi apalah.” Yazid kelam-kabut bawa keluar telefon dan mula mendail telefon rakannya.
Aku tengok cermin luar kereta. Tak ada satu pun lampu jalan. Cuma gelap. Sama juga dekat jalan ni. Macam kereta kita orang saja atas jalan. Dan…
“Sejuk gila kereta ni, boleh slowkan sikit tak air cond?” tanyaku. Jari abang itu memusing anak panah power air cond dari dua turun ke satu. Aku gosok-gosok badan. Masih lagi sejuk. Mereka berdua ni kulit biawakkah?
“Yazid…”
“Hmmm?”
Yazid langsung tak menoleh. Aku telan kelat air liur. Entah kenapa aku rasa takut semacam.
“Aku ingat kau ambil aku naik motor.”
“Oh, motor aku rosak.” Sepatah Yazid menjawab. Masa itulah bulu tengkukku meremang. Aku cuba keluar dari kereta tapi malang ia berkunci. Aku tengok hadapan. Walaupun pasang high beam tapi jalan masih gelap gelita.
“Amal, telefon kau berbunyi.”
Aku terkejut. Memang ya telefon aku berbunyi tapi tak dengar pula ringtone. Pantas aku angkat tanpa tengok siapa pemanggil.
“Woi!” jerit Yazid hujung talian. Aku dah kecut perut. Aku sangka Yazid sengaja takutkan aku, rupanya tak. ‘Yazid’ di tempat duduk hadapan langsung tak buat apa-apa. Diam terkaku. Perlahan dua kelibat di hadapan memusingkan kepala. Mata putih mereka berdua memandang aku yang sudah berpeluh-peluh.
Sambil tersenyum, mereka pun berkata;
“Salah kereta ni nak…”
Aku dapat rasa pipi aku ditepuk kasar. Dalam kekaburan, aku nampak ada dua lelaki. Seorang tengah jerit-jerit depan aku, seorang lagi berdiri. Dua tiga kali aku kelip mata, pandangan aku jadi jelas semula. Yazid menarik nafas lega.
“Gila lah kau.”
Perlahan aku bangun. Sempat aku tengok sekeliling. Aku terbaring atas jalan tar rupanya.
“Aku kat mana?”
“Kawasan kubur lama.” Abang yang berdiri itu menjawab sambil dia suluh torchlight dekat muka aku.
“Kau bukan hantu kan?” tanyanya. Aku raba badan aku. Tak ada apa-apa yang pelik kecuali sejuk menggigit kulit.
“Apa ni bang. Kawan saya manusialah,” balas Yazid tak puas hati. Abang tu mengangkat bahu. Yazid hulurkan tangan dan tarik aku bangun. Untuk kali kedua, aku tengok sekeliling. Memang ya, kita orang bertiga dekat kawasan kubur lama. Yazid pukul kepala aku dengan telefon.
“Aduh, sakitlah.”
“Tu lah kau. Aku dah kata jangan pergi mana-mana. Degil.” Yazid membelakangi aku dan berjalan menuju kereta saga warna merah. Yazid duduk di hadapan manakala aku duduk di seat belakang. Abang tadi hidupkan kereta dan mula meninggalkan kawasan kubur lama. Aku sempat toleh belakang. Ada dua kelibat sedang senyum dan melambai tangan pada kereta kami bertiga. Aku terus pandang depan, takut.
“Yazid.”
“Hmmm?”
“Macam mana kau jumpa aku dekat jalan sana?” Yazid sempat pusing belakang dan angkat kening.
“Aku minta tolong.”
“Siapa?” Yazid menunjuk dua kelibat yang masih melambai.
“Tak lawaklah gila.” Yazid ketawa terkekek-kekek. Abang tadi geleng kepala.
“Kau percaya sangat cakap kawan kau.” Giliran abang tu pula ketawa. Mukaku merah padam. Tak guna betul.
“Aku guna find my phone. Ingat tak telefon kau pernah tercicir dekat jeti haritu?” Aku angguk. Yazid senyum.
“Hebat kan teknologi sekarang? Hahahaha.”
Aku mencebik. Kali ini jalan tak gelap macam kereta yang aku naik tadi. Jalan raya terang benderang disimbahi lampu jalan. Lagu Running Up That Hill nyanyian Kate Bush bergema di speaker. Aku lontarkan pandangan ke luar tingkap.
Satu soalan yang terlintas dekat kepala.
Macam mana aku end up dekat kubur lama? Ke aku pengsan lepas makhluk tu pandang aku and kereta terus lenyap. Buk, aku jatuh atas jalan.
Ah, tiada siapa tahu. Benda-benda mistik makin kita fikir makin sakit kepala.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
berterabur jalan cerita