Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca page ni. Nama aku Azim. Aku bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan(MA) ataupun dipanggil Dressar oleh orang2 lama. Aku nak berkongsi sedikit kisah seram ketika aku bertugas di sebuah klinik kesihatan di selatan daerah Tampin, Negeri Sembilan. Aku nak minta maaf kalau penulisan aku tak begitu baik😬

Aku bertugas di sana dari 2013-2016. Seperti kebiasaan, MA akan bertugas atas panggilan(oncall) selepas waktu bekerja atau pada hari minggu serta cuti umum. Hujung 2013, hari Jumaat, ketika itu aku masih lagi ‘tagging oncall’ bersama seorang senior aku. Aku mendapat panggilan daripada Pak Guard dalam jam 11.40pm mengatakan ada seorang kanak-kanak berumur 6 tahun demam panas. Aku terus call senior aku dan senior aku meminta supaya aku handle sendiri kes tu. Kecuali kalau ade ape-ape masalah, baru dia akan turun sekali. Aku selesai handle adik tu dan selepas berbincang dengan Pegawai Perubatan Atas Panggilan, aku membenarkan adik tu balik ke rumah dengan ubatan.

Jam menunjukkan hampir pukul 1.00am. Selesai menutup semua lampu dan aircond bilik kecemasan, aku berjalan pulang ke kuarters aku. Untuk pengetahuan, jarak antara kuarters aku dengan klinik dalam 50 meter dan jalan menuju ke kuarters aku tu macam mendaki bukit sikit. Jadi aku pun berjalan perlahan menuju kuarters. Keadaan jalan agak malap sebab ade 1 tiang lampu jalan je yang menyala.

Ada 1 pokok asam di simpang kuarters aku. Bawah pokok asam tu banyak tumbuh pokok keladi liar. Ketika jarak aku dengan simpang kuarters tu lebih kurang 10meter, dalam samar-samar, aku ternampak macam kelibat kepala budak keluar dari pokok asam tersebut. Badan dia terlindung dengan batang pokok asam tersebut. Kelihatan dia leka bermain pokok anak keladi liar di bawah pokok asam. Aku terhenti langkah, sambil memandang ke arah budak dalam lingkungan umur 6-7 tahun, sambil berfikir, ‘anak siape pulak ni main malam2 ni?’ Jam di tangan menunjukkan pukul 1.12am. Sumpah aku tak rasa seram lagi ketika ni, dan aku masih lagi terpacak berdiri memandang ke arah budak tu.

Untuk pengetahuan, baris rumah kuarters aku ada 4 buah rumah 2 tingkat untuk pegawai. Untuk Staff Nurse & Jururawat Masyarakat, kuarters mereka macam apartment dan berada di lokasi lain. So barisan kuarters aku memang ade 4 buah rumah sahaja. Lalu aku berfikir, sebelah kiri rumah aku, rumah senior aku(bujang lagi), sebelah kanan rumah aku, rumah Sister Sandy(anak dia sorang, dah besar panjang dah), rumah paling hujung pulak rumah staf pergigian(baru-baru kahwin, belum ade anak). Habis je fikir sampai rumah hujung, rasa seram tu terus datang tiba-tiba. Bulu roma aku dah meremang gila masa ni. Ahhh sudahhh.

Nak tau ape yang lagi seram lepas tu? Tak semena-mena budak tu toleh ke aku, terus senyum seakan-akan menyeringai nampakkan gigi, dengan muka agak putih, pucat-pucat(sampai ke harini, dah 12 tahun berkhidmat, aku ingat lagi rupa budak tu macam mane). Aku tak tunggu lagi dah ape, terus patah balik, berjalan laju gile terus ke bilik kecemasan aku dalam keadaan jantung laju gile berdegup. Langsung tak boleh berfikir ape. Last-last aku keputusan, aku buka bilik pejabat aku dalam bilik kecemasan tu, aku kunci pintu & aku tertidur sampai ke subuh. Sedar-sedar Pak Guard aku yang ketuk pintu kejut aku mengatakan dah masuk waktu Subuh.

*(keesokkan hari aku menceritakan kisah aku pada salah seorang staf aku. Dia salah seorang atendan kesihatan super senior daripada klinik lama lagi. Terus dia cakap, ‘kek pokok asam tu memang ado ‘anak’ dongan ‘mak’. Biasolah tu Cik Azim, dio boghi salam pongonalanlah tu kek staf baru. Tapi dieorang tak kacau orang pun. Yang Cik Azim tido kek bilik kocomasan buek apo? Kek situ lagi kaw-kaw gilo ngusik daripado ‘budak’ tu haa.’ Aku hanya mampu diam je telan air liur. Manelah aku tau🤣. Kalau aku tau, takdelah aku nak tidur situ dah. Hahaha. Okaylah geng, kalau ada masa, aku cerita pulak kisah di kecemasan klinik aku tu. Lagi gile, siang-siang hari ‘dia’ buat kerja😬🙈)

Sekian sahaja, terima kasih FS, terima kasih pembaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

AtoyOmarElhajj

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 36 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.