Sambungan Kisah Aku

Assalamualaikum..thanks admin sbb postkan 2 cerita aku,tajuk aku bole nampak dan kem plkn kulim.hehe..memang cerita aku sebelom ni tak dak la seram mana kalau dibaca tapi bagi yg mengalami mmg terasa seram jugak.jadi aku nak cerita kisah yang ketiga kisah pengalaman aku.
Bagi sesiapa yg pernag baca cerita aku boleh nampak kot tak silap admin bagi tajuk dia akan tau la aku nak cerita tentang rumah yg sama taman yang sama cerita yg berbeza macam tagline trivago pulak hahaha..

Aku ceritakan semula bentuk rumah aku dan kawasan rumah aku.oke macam ni,aku tinggal di perak.taman malas la nak sebut biarlah rahsia hehe.rumah aku dua tingkat dan kawasan rumah tu kebanyakan cina dan hanya dua rumah saja melayu termasuk aku la. Dalam rumah aku tu cuma ada aku,mak,abah. Kakak-kakak dan abang aku semua balik bila cuti saja. Ya lah aku ja ada dekat rumah tu aku kan anak bongsu. Dijadikan cerita rumah tu dua tingkat atas 3 bilik 1 master bedroom plus bilik air bapak besar,1 bilik kakak,1 stor. Bahagian bawah ada ruang tamu dapur siap boleh main badminton dan satu bilik plus bilik air.
Jadi bila abah aku pegi kerja aku pegi sekolah tinggal la mak aku sensorang dengan kucing. Rumah tu atas memang jarang naik sebab malas selalu lepak bawah ja bila kakak-kakak dan abg aku balik baru bercahaya atas tu.
Kisah pertama.
Mak aku pernah bercerita Masa tu dia sensorang dalam rumah tiba2 mood rajin nak kemas rumah bila dia naik atas dia dah siap mengemas 2 bilik atas, dan bila dia nak kemas dalam master bedroom tu dia bukak saja pintu dia terus nampak ada lembaga hitam tengah best bertengek dekat tingkap masa tu pulak waktu nak petang tau. Apa lagi mak aku tutup pintu kalot la turun duduk dekt ruang tamu tapi selamat la mak aku ni jenis tak kisah sangat sebab sebelum ni duduk di rumah sebelum ni lagi dasyat kena kacau tapi masa tu aku tak nampak dunia lagi ada dalam perot. Nanti kalau aku ada masa aku cerita apa yang famili kena dekat rumah lama.
Kisah 2
Masa tu aku sekolah rendah dalam darjah 5. oke dijadikan cerita kami sepatutnya berlapan nak main besbol alah kayu pakai kayu biasa saja sebab dah janji dekat sekolah tiba2 4 orang tak jadi nak main ada hal apa lagi marah la tak boleh nak main besbol mana syok main sikit orang lepastu tukar nak main nyorok2 pulak. M jadi tukang pencari kami dalam 3 orang masing2 menyorok la. Masa tu budak2 malas nak menyorok jauh2 dan asing-asing menyorok la sama-sama belakang van abah aku. Dalam dok syok menyorok tu, kami gelak lah sebab tengok M cari kami semua sampai ke padang mainan sana nun. Ya la sebab tak jauh dari rumah padang mainan tu. Gelak gelak kami berdiri dalam kedudukan melintang daripada kiri si S, tengah ni aku dan paling kanan ni si A, tiba2 S tegur “wei kita bertiga ja kan?” A cakap lah “ha la awat?” (kawasan sini walaupon perak tapi dia lebih kepada slang utara) aku just senyap ja kat tengah2. S cakap, “Habistu sebelah hang tu sapa A?” Aku dan A terus pandang kanan terkejut berok kami sebab nampak bayang2 sebelah A tinggi sama kami kepala dia botak tapi dalam bayang2 tu rasanya tak pakai baju! AKu masa tu dah cuak dah pegi tengok belah kanan tepi van mana la nak tau ada si M ka tengah berdiri dekat situ, tengok tak dak sapa! Apa lagi lari lintang pukang la terus masok dalam rumah cina mana entah naik terkejut cina tu.. tapi selamat la kenai dengan cina tu jadi kami semua senyum dalam muka cuak ja la.. sebenarnya aku main hanya didepan rumah aku saja

 

Kisah 3
Masa tu kakak-kakak aku dah balik masing2 kebetulan tersama cuti. Masa tu kakak no. 3 aku dia nak panggil kakaa no. 2 dan no.1 turun, suruh tolong mak buat bedak sejuk beras titis tu (tak tau nak terang mcm mana) diorang duduk dekat atas tengah sembang sebab jarang jumpa duduk asing-asing kann.. jadi kak no. 3 ni pun naik la atas nak panggil,tiba-tiba kak no. 3 tu dia terdengar bunyi orang tengah gelak! Bukan gelak biasa, tapi gelak yg macam mengejek tapi perlahan makin dia naik atas, makin kuat. Dia pun panggil nama kak no. 1 dan 2 tapi tak dak sapa menyaut sampai la aku sergah dia dari belakang. Menjerit dia. Aku pun tanya la dia “kenapa hang ni? Dok terjenguk-jenguk” dia cakap, “aku dengaq bunyi orang gelak la.. halus ja bunyi dia” aku tanya balik, “hang nak pi mana?” dia cakap, “Aku nak panggil Kak P (1)  dengan kak F (2), depa la kot yang dok gelak tadi” aku cakap, “Hang merapu apa ni..depa ada kat luaq la depan pokok pelam tu dok sembang ngan kak M”. Tiba2 aku dengan kak no. 3 pandang bertentang mata, bulu segala bulu semua meremang apa lagi cabot la turun bawah kalot ja. Bila mak aku tanya, kami kata saja exercise

 

Kisah 4
Mak aku masa tu duduk sensorang lagi dekat rumah dia tengah masak dekat dapur lepastu tiba dia dengar bunyi tapak kaki dekat tangga mcm orang nak turun. Tangga tu tangga marmar bila kita turun, bila kita pijak dia akan bunyi. Memang la tak kuat tapi sebab rumah tu sunyi jadi memang boleh dengar la. Mak aku pun pegi la jenguk dekat tangga tu, mak aku nampak dekat marmar,marmar tu kan warna putih dan berkilat jadi senang nak nampak bayang ada sorang perempuan pakai baju tudung putih muka tak nampak tengah berjalan nak keluar dari pintu depan, mak aku hanya mampu berdiri tegak sambil tengok ja dia berjalan keluar. Bygkan walaupon siang hari pon dia tunjukkan diri..ermmn..
Kalau belah malam dia jarang tunjuk dia hanya bunyi sahaja macam guli jatuh,ubah perabot,orang berjalan dekat atas rumah tiap tiap malam. Banyak lagi kisah tapi malas nak taip, jadi aku bagi 4 ja la kisah yg aku ingat sebab dah lama sekarang aku dah 20 tahun dah. Jadi kalau korang ada rumah lebih pada satu tingkar aku syorkan selalu la jelajah rumah korang tu sbb takot benda lain yg jelajah.hehehe.aku pun dah pindah dari rumah tu dan sekarang ada orang duduk tak tahu la apa nasib dia. Sekian.

 

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]
Admin2

3 thoughts on “Sambungan Kisah Aku”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.