SAMPAI M**I !

Assalamu’alaikum.aku ada satu cerita dimana perkara ni terjadi dekat ahli keluarga aku sendiri, lagi awal terjadi daripada cerita aku yang sebelum ni. Jadi jom kita flashback cerita yang dah berapa tahun berlalu ni.

Masa tu aku berumur 13 tahun. Baru je masuk sekolah menengah. Aku ada seorang sepupu yang sama umur dengan aku, anak mak ngah tapi sekolah lain-lain. Satu hari keluarga kami dapat berita yang mak ngah sakit. Sakit yang macam mana?

Aku dan family ada pergi melawat. Memang nampak muka mak ngah sedikit cengkung masa kami pergi melawat. Muka macam orang sakit lah kan. Masa tengah bersembang, entah apa yang mak sembang dengan mak ngah pasal penyakit dia, aku dah lupa, mak ngah ada sesekali turun ke bilik air dekat luar. Rumah dia rumah kayu je, bilik air dekat bawah. Aku terdengar macam bunyi dia muntah.

Mengikut kata mak ngah, dia tak makan apa pun muntah, kalau dia makan pun muntah. Mungkin muntah air saja atau pun makanan apa yang di makan, semua akan keluar balik.
Tak lama lepas tu dengar cerita mak ngah tak boleh berjalan pulak. Penyakit misteri dia tu berlarutan sampai beberapa bulan, sampai lah ke bulan Mei tahun tu, tiba-tiba rumah kami dapat panggilan telefon. Salah seorang sepupu aku telefon, dan bagitahu yang mak ngah nak datang tidur di rumah kami.

Masa tu arwah tok (nenek dalam bahasa utara) memang dah tinggal kat rumah aku lepas dia pernah pitam dua kali depan rumah kami. Rumah tok kat belakang rumah aku je. Jadi bila mak ngah datang kami bagi dia tidur sebilik dengan tok. Mak ngah tidur kat atas tilam di lantai. Tok tidur atas katil bujang.

Tiba hari kedua atau ketiga (aku tak berapa ingat) mak ngah tidur di rumah kami, masa tu aku tengah solat dekat ruang tamu dan bilik yang dia orang duduk tu berdepan je dengan tempat aku solat cuma di halang dinding ja. Waktu tu aku solat ‘isya kalau tak silap, masa aku bangun dari sujud dan tengah tahiyat akhir, mak long datang nak tengok mak ngah, rumah dia pun jalan kaki je sampai ke rumah aku. Bila mak long masuk ke bilik yang dia orang ada, tiba-tiba aku macam ternampak ada satu lembaga putih bentuk macam manusia tapi kaki aku tak nampak. Benda tu seolah-olah macam terbang keluar dari bilik tu lepas mak long masuk. Aku nak describe lebih pun tak boleh. Aku cuma ternampak dari tepi-tepi ekor mata je sebab mata aku kan tengok sejadah masa tu. Lepas dah bagi salam, aku panggil mak aku yang dekat dalam bilik tu.

“Mak”
“Ha, awat?”
“Adik tak tau la ni perasaan adik ka apa, tapi tadi masa Wa (mak long) masuk, adik tengah tahiyat akhir, adik nampak macam ada benda putih terbang keluaq”
“Rupa dia macam mana?”
“Macam orang tapi macam dia terbang, kaki tak nampak”
“Haa.. Benda tu kot dok tukuh (pegang) mak ngah hang” – dalam erti kata lain benda yang dok ganggu mak ngah.
“Dia takut dengan Wa hang kot” aku tak tau lah masa ni mak tengah serius ke atau dia buat lawak sebab aku tak nampak muka dia di sebalik dinding tu.

Lepas tu mak ngah mengaku, lepas mak long masuk ja, badan dia rasa ringan sikit. Jadi betul lah benda yang aku nampak tu bukan khayalan aku semata-mata. Esok lusa lepas tu, mak ngah cakap dia dah tak larat sangat. Dia nak pergi hospital, nak tambah air. Ayah aku dan anak-anak dia pun bawak dia pergi ke hospital. Bila masuk hospital, tambah air apa semua ingatkan nak bertambah baik rupanya tak. Dari mak ngah boleh bercakap sampai tak boleh bercakap. Nak buka mulut pun tak larat. Berbisik ja kadang-kadang boleh.

Sepupu aku, anak mak long yang selalu pergi melawat sebelum aku ada cerita, masa sepupu kami anak mak ngah tu tengah baca Yassin dekat mak ngah, tiba-tiba je mak ngah yang tak boleh bangun dan bercakap tu bangun duduk, mata terbuka, lepas tu dia baring balik. Sampai terjerit sepupu kami tu sebab terkejut. Mana tak terkejut, mak ngah nak bangun pun orang kena papah, mana datang kudrat tiba-tiba bangun duduk sendiri?

Aku ada la pergi melawat lepas tu, masa tu mak ngah dah mula sedar sikit. Aku pergi dekat dengan mak ngah, aku tanya.

“Mak ngah kenai dak ni siapa?”

Dia balas, dia sebut nama aku. Aku sampaikan salam sepupu aku, anak arwah pak su yang tak dapat datang jenguk dia. Selama tiga hari kalau tak silap mak ngah duduk di hospital, lepas tu sepupu aku telefon ke rumah kami, bagitahu yang mak ngah dah tak ada (meninggal).
Esoknya, jenazah di bawak balik ke rumah kami. Di mandi, di kafan di rumah kami dan di semadikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah wan (atok) dan arwah paksu. Masa orang tengah mandikan jenazah mak ngah, entah kenapa aku rasa macam aku nampak macam mak ngah tengah senyum ke arah jasad dia yang orang tengah mandikan tu. Mungkin cuma khayalan aku atau betul roh mak ngah ada di situ waktu tu. Wallahu a’lam.

Selesai semadikan jenazah, malam tu semua saudara mara, adik beradik berkumpul di rumah kami. Ayah dengan yang lain-lain ada kat dapur, aku dengan sepupu-sepupu yang kecik-kecik ni ada kat ruang tamu. Ayah ada kata,

“Bila mak ayah kita dah m**i (meninggal), dia tunggu kita di sana ibarat macam masa dia duduk di hospital, setiap masa dia tunggu orang datang melawat dia. Bila dah m**i? Tak boleh melawat, kirimkan doa, pahala solat dan ibadah kita kepada dia di sana”. Aku faham sangat maksud ayah tu.

Aku tak ingat bila aku dapat tahu pekara sebenar mengenai penyakit misteri mak ngah tu. Mungkin sebelum atau pun selepas mak ngah meninggal. Rupanya, mak ngah terkena santau. Santau jenis apa, aku tak tahu. Mungkin korang yang baca ni tahu jenis-jenis santau? Komen kat bawah.

Mak ngah ada terima kuih pemberian orang yang dia kenal. Memang kalau nak di ikutkan memang kita tak jangka orang tu akan bagi benda tak elok untuk dia makan. Mak ngah aku walaupun hidup tak senang, tak pernah lagi dia dengki dengan hidup orang lain yang lebih baik daripada dia. Antara adik beradik mak, dia yang paling baik. Jarang sangat nampak dia marah. Entah apa salah mak ngah dengan dia sampai orang tu sanggup hantar santau. Sama ada kuih tu memang untuk mak ngah atau pun mak ngah cuma mangsa keadaan, hanya Allah yang tahu. Beberapa tahun lepas tu, kami dapat tahu yang orang yang santau mak ngah tu dah meninggal dan dia sebenarnya ada membela. Macam mana cara dia m**i? Tak tahu lah, malas aku nak tahu. Tahu-tahu je lah kalau orang membela ni apa syarat sebelum dia m**i kan?

Jadi, korang rasa kenapa ya aku letak tajuk ‘SAMPAI M**I’ ?

Ingat, kita mungkin boleh berseronok di muka bumi ni. Kau tak suka orang tu, kau hantar jin, hantar santau. Di dunia mungkin kau terlepas tapi bila tiba masa pengadilan Allah, mana kau nak lari? Jangan pernah terlibat dengan benda-benda yang mensyirikkan Allah macam tu. Kalau korang dapat tahu ada sesuatu yang korang ‘warisi’ segeralah berubat kalau mampu.

Tujuan aku bawa cerita ni kepada korang bukan untuk membuka aib sesiapa, seandainya ada ahli keluarga aku yang terbaca cerita ni, biarlah hanya kita yang tahu. Aku nak semua yang baca cerita ni jadikan pengajaran. Walaupun kita tak pernah dengki dengan orang, tapi mana tahu ada orang yang tak suka dengan kebaikan kita. Amalkanlah apa-apa doa pendinding, agar korang tak ditimpa nasib yang sama. Bila dah kena, seksanya hanya Allah yang tahu.
Wallahu a’lam.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Muhibbatul Jannah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]

17 thoughts on “SAMPAI M**I !”

  1. Tu la owg kate rambut same itam tapi hati lain2.kita buat baik pun bkn semua orang suka.sabar itu indah…moga roh makngah awk berada didalam golongan org2 yg beriman .alfatihah

    Reply
  2. Kadang2 tak semestinya santau tu ditujukan untuk orang tu. Kadang2, santau tu hantar untuk orang lain, tp terbabas kena orang yg berhampiran. Dan yang lagi malang, orang yang amalkan santau ni, dia kena lepaskan santau dia sekali sekala kalau dia nak teruskan amalan dia. Kalau x makan diri sendiri. Jadi kalau awak ckp arwah mmg baik orangnya, mungkin dia terkena santau yg dilepaskan secara rawak tu or terkena santau yg terbabas… wallahualam… Al-Fatihah untuk Mak Ngah…

    Reply
  3. Kesian arwah makngah. Semoga tenang di sana. Org yg menganiaya tu tak akan terlepas dari terima balasan. Dunia sblm dia m**i dan di akhirat. Naya la,…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.