Santau 2 Arah (2)

Haluuu sihat ke tu? Terima kasih sudi baca episod pertama dan doakan kesembuhan mak aku. Kita ke episod seterusnya ye.

Baca yang pertama dulu sini.

Lepas mak aku sihat sikit dari santau tu, mak aku pun meneruskan misi pergi umrah dengan nenek dan ayah aku sekali. Diorang pergi sebulan hoi! Sepanjang bulan puasa dan sempat raya seminggu sana lagi. Tinggal lah aku sorang kat rumah. Aku pun import la kawan ofis aku yang kebetulan rumah dekat-dekat je dengan aku untuk duduk sekali sebab yela kan korang ingat aku berani sangat ke time tu.

Satu malam aku mimpi ada orang cuba masuk dalam rumah. Dalam mimpi tu aku dah stenbai sniper rifles. Kemain kau. Tapi dalam mimpi pun aku pengecut aku lari masuk bilik tapi orang tu cuba masuk jugak. Malam yang sama kawan aku mimpi ada lembaga besar dan hitam cuba masuk bilik kitorang jugak. Dia cuba tolak pintu dan panggil aku tapi dia tengok aku tidur tak sedar apa. Kitorang fikir oh kebetulan jela kot. Fikir positip jela sebab bulan puasa dekkk.

Malam yang lain pulak aku mimpi ada sorang budak kecik pakai baju sekolah. Kat baju dia ada tag nama tapi aku lupa nama dia apa. Dia lompat-lompat atas kaunter dapur dan suruh aku kendong dia. Tapi dia jatuh dan m**i. Padan muka. Pagi esoknya mak aku call dari Mekah, dia pun mimpi budak jugak.

So seperti biasa aku call la Uncle M. Uncle M tanya aku ingat tak nama kat nametag budak tu. Aku kata tak. Uncle M kata mungkin tukang sihir guna mayat budak tu la untuk hantar sihir. Ingat kan, dalam episod pertama, orang ofis mak aku tu hantar santau abu mayat?

So bila selesai umrah, kehidupan kitorang berjalan seperti biasa selama setahun. Ayah aku terpaksa beli kereta baru sebab baki santau ada dalam kereta lama. Kereta lama tu jual.

Dah setahun berlalu satu hari tetiba je ayah aku pulak mengadu sakit paha. Lama kelamaan dia jadi tak boleh jalan. Sampaikan nak makan, solat, semua kat ruang tamu. Dia takmo masuk bilik sebab rasa lemas. So masa tu aku ni tak reti-reti lagi bawak kereta ha masa tu la aku baru hegeh nak daftar sekolah memandu. Kahkah!

Eh sebulan dua jugak la ayah aku terlantar kat rumah. Bahagian pinggang ke bawah tak boleh gerak. Nak balikkan badan pun sakit. Bila check kat hospital, ramai doktor kata takde apa masalah. Ada la sorang yang cakap mungkin sebab otot bengkak. Uncle M pun ada datang rawat ayah aku. Dia pun kata ni semua angkara minah kat ofis ayah aku tu la. Eiii mengenangkan benda ni jadi teringin je aku santau minah tu balik.

Bila dah rawat, dah okey, setel. Ayah aku ni rajin mengaji tau, bermula dari mak aku sakit. So aku rasa takdelah teruk bebenor serangan kat dia.

Tahun ketiga pulak datang. Mak aku buang air keluar fresh blood lagi sehari sebelum raya. Masa tu kitorang kat kampung. Berkejar la weh pukul 6 lebih masa tu ke hospital padahal orang lain berkejar beli makanan berbuka. Proses dia lama sebab hospital tu kena check record dengan Hospital Selayang sebab kes yang sama kan. Aku la teman mak kat emergency. Ayah dengan adik aku tunggu kat area emergency lobby. Tak kuasa la aku nak tunggu kat situ tengok budak moto eksiden berdarah kena tolak masuk. Eeeii!

So check gitu gini, mak aku kena transfer ke wad biasa around 9 malam. Hospital lama dekkk memang angker rasanya. Aku pulak dengan tak bawak baju nak salin apa pun aku tumpang la baring kat katil kosong tepi tingkap. Tetiba dengar takbir raya. Masa tu baru la aku sedar OH ESOK RAYA YE?? First time aku ngan mak raya kat hospital huhuhu.

Tapi guys alhamdulillah mak aku hanya warded 2-3 hari je padahal macam kes dulu, dia buang air keluar d***h fresh. Balik rumah nenek, cuti sambung lagi seminggu. Aku pun syok la kan, malas aku hadap ofis awal-awal raya ni.

Kata Uncle M, minah ofis ayah aku tu hantar santau kat kereta tu. Mak aku ni tertenggek kat bonet kereta time lepak luar. Ha mendapat la kan. Dah satu keje nak kena tabur garam dalam dan luar kereta lahaiii. Takutlah kalau-kalau tak boleh hilang, ayah aku pun beli la sebuah MPV baru. Hahaha aku la untung sebab masa ni aku dah boleh bawak kereta. Turn out that santau kat kereta tu boleh buang.

Sebenarnya banyak lagi drama sakit-sakit ni jadi. Tapi takpelah aku cerita yang major je ye kang korang bosan.

Next ada lagi ke? OF COURSE ADA sebab di penghujung 2018 sekali lagi mak aku sakit dan aku terkena tempiasnya. Next aku cerita pasal tu ok? Dan lepas tu aku nak cerita jugak pasal kisah adik aku kat rumah sewa kat Jengka. Jeng jeng jengggg!

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Ammar Kay

18 thoughts on “Santau 2 Arah (2)”

  1. FS.. Napa menjadi2 org komen lucah ni.. Ni bukan Web porno.. So jgn menyebok ya kaki lucah semua.. Sila Hormat dan beradab.. Islam x ajar ckp mcm ni.. Penulis cerita sanggup luang kan masa taip berejam bukan nak tgk komen lucah..

    Reply
  2. Macam mana keadaan mak ng bapa ekau sekarang. Dah ok or x? Cuba la pergi berubat dengan orang lain jugak selain Uncle M. Sekarang zaman dah moden senang cari orang yang boleh berubat dan pergi. Nak yang datang ke rumah sendiri pon ada.

    Reply
  3. Putih.. macam itu juga. Tp mak saya nak berubat dgn uncle M jg. Aku pun heran. Setiap mlm uncle M dtg ke rmh jam 10 mcm tu lh. Dia masuk bilik mak sy dan habis bwrubat jam 9 pagi. 10 pagi jg lh dia balik. Tp x elok2 lg mak aku ni putih

    Reply
  4. Admin… please do something la pasal komen2 ngarut.. lucah… x beradap semua tuh… komen2 camtu buat fan FS ni down dan malas nak share cerita nanti… pada yg komen tu… rentikan la buat dosa.. azab nanti kalo orang terasa dan xnak maafkan korang… kalo korang je yg azab xpe la… takut keturunan korang terbabit sekali sbb ada mak bapa atuk nenek mulut celupar cam korang… bawak2 la berubah…

    Reply
  5. adab kat mana wahai bahenol bahenol kaki carut sekalian? baca n bagi komen positif tak boleh ke? admin mohon buat sesuatu plizz…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.