Sara (Part2)

Assalamualaikum ?
Disini ada Syana. Disana ada siapa ? (okay hambar. jangan marah) Maaf lambat hantar entry kali ni. Kerja boleh tahan banyak la jugak. Lagipun musim rayakan ? Selamat Hari Raya semua ? Terima kasih bagi yang follow cerita saya ni. Nah ❤❤. Ecehhh. Haha ni sambungannya. Maaf kalau panjang. Sbb nak bagi habis terus. Hehe..

Seperti yang saya ceritakan pada entry yang lepas, saya masih diganggu Sara walaupun saya dah cuba pelbagai cara untuk minta dia pergi.(meskipun tanpa pengetahuan ibubapa saya) Jadi bila habis je PMR keadaan saya masih macam dulu, saya dimasukkan ke sekolah tahfiz untuk berubat dan kuatkan bahagian dalaman saya. Dan berharap tiada lagi gangguan. Tapi saya silap. Bak kata ustaz, badan saya dah penuh lubang/pintu masuk makhluk tu. Senang saya nak kena histeria.

Pada awal saya belajar kat sana, mmg tiada siapa yang tahu saya sakit, kecuali pihak sekolah dan semua baik2 saja tapi lepas kejadian dengan Peah tu (rujuk cerita pengalamanku tentang ulekmayang), saya jadi sakit2 macam dulu. Tak tahu kenapa tapi tulah saya mule sakit dan susah untuk saya pergi ke kelas2 yg diadakan.

Saya ingat lagi, waktu mula2 saya masuk sekolah tu dan ayah saya terangkan keadaan saya. Pengetua boleh cakap saya ni berlakon je. (Takdelah cakap depan ayah saya, dia cakap dekat anak buah dia yang selalu uruskan saya bila saya terkena ni. Dia yang cerita dekat saya) Pengetua boleh cakap “Mana mungkin boleh kena seteruk tu.” Walaupun pernah jugak beberapa kali saya terkena depan dia, masih tak percayakan saya. Geram pun ada. ? Sampailah satu malam tu, dia sendiri yang kena ganggu dekat tempat yang saya kata ada penunggu. Baru dia percaya yang saya ni sakit betul dan bukan buat2. Sampai demam dia kena usik. Kesian pulak rasanya. ?

Macam yang saya cerita sebelum ni, bila hijab saya terbuka, saya boleh nampak mana pelajar yang ada benda. Ibubapa yang membela dekat mana dia bertenggek. Dapat pulak kawasan tahfiz ni biasanya kawasan pendalaman kan? Lagi banyak. Sepanjang saya sakit ni ada dua orang yang selalu akan berlawan dengan Sara ni. Kita panggil diorang ni, KakSiti dengan CikguBai. KakSiti ni cakap, dia memang ada saka. Saka dia kita panggil Nenek jelah, sebab dah tua. (tapi jujur, yang nenek ni saya tak pernah nampak. Ciri2 dia semua KakSiti yang cerita kat saya) Nenek ni dari KakSiti kecik dia yang jaga. Tapi bila saya tanya kan kenapa saya tak pernah nampak, dia akan jawab hanya orang yang tertentu sahaja boleh nampak nenek. Saya pun iyakan jelaa. Saya pun bukan dari kecik terbukak hijab. Bila sakit ni je tetiba terbuka.

Yang saya ingat, setiap kali sakit, si nenek ni akan rasuk KakSiti dan ubatkan saya. Pastu mesti minta tak payah panggil ustaz sbb dia boleh handle saya sendiri. Kadang ustazah panggil jugak, sebab tak elok kita minta pertolongan dari makhluk jugak. So kebiasaannya nenek tu akan marah. Saya pun tak tahu kenapa. Ustaz selalu pesan, kalau KakSiti cuba untuk tolong, kalau boleh elakkan. Walaupun dia menggunakan ayat-ayat suci al-quran waktu ubatkan saya. Tapi dia masih menggunakan perantara iaitu jin. Tak elok lah kiranya.

Kalau CikguBai pulak, dia memang tahu, ada benda dengan dia. Dan benda tu kafir. Yang ni saya pernah nampak. Rupa dia. Toksah cite la. ? Secomel2 awak je ? Kalau saya terkena mesti dia akan cuba buat Sara ni berdamai dengan dia. Orang cakap macam nak bergabung kekuatan lah. Entah saya sendiri pun tak pasti. Sebb kalau sakit bukannye tahu apa yang terjadi. CikguBai cakap bukan dia taknak buang, tapi dia takut sakit. Jadi dia biarkan jela. “Tak bagi makan pun”, tu ayat CikguBai yang saya ingat bila saya tanya taknak buang ke. Huhu time ni benda tu marah. Sebab saya masuk campur.

Pernah sekali tu, ada seorang ustaz ni. Dari indonesia. (bukan ustaz yang dekat Tahfiz Meru *rujuk part1) Ustaz ni datang sebab kenalan dengan Pengetua. Nak minta pagarkan sekali kawasan sekolah. Jadi waktu rawatan tu berjalan, saya dengan CikguBai dah meraung dah sebab sakit. KakSiti boleh rilek lagi. Macam tade pape. Yang best tu Nenek boleh muncul. Cakap kat ustaz “aku nak tolong bukan nak sesatkan”. Macam mana saya tahu. Sebab ayah saya rakam dari awal sampai saya sedar.(eh masuk bab lain pulak. maaf maaf)

Okay, sambung pasal Sara ni. Jadi bila saya dalam proses berubat dekat tahfiz ni, saya bawah pengawasan seorang ustaz ni. Dia akan pantau apa segala yang saya buat. Sebab pernah sekali, saya hilang waktu diorang tengah buat hafazan. Dua hari jugak lah saya hilang. Kena sorok ustaz tu cakap. Last2 jumpa kat semak betul2 belakang asrama perempuan. Sara ni masih nak dengan saya. Dah penuhkan diri dengan hafalan pun macam tiada apa-apa pun dekat Sara ni. Masih cuba kacau saya. Banyak kali jugakla saya histeria dalam asrama tu. Sampai budak pun takut dengan saya. Antara yang saya ingat, saya pernah merangkak macam orang patah badan tu. Haa berjalan dari bilik depan sampai ke ruang makan. (Asrama saya ni macam satu dewan tau. Ada dua bilik, untuk ustazah. Lepastu ada pembahagi untuk ke ruang tido kiteorg. Ruang tido kiteorg ni boleh muat dalam duapuluh katil. Belah belakang loker dengan almari dan belakang loker pulak ruang makan. Belah kiri ruang makan, toilet dengan bilik air, bilik wuduk la. Haa boleh bayangkan tak ruangnya besar mana.?)

Jadi waktu terkena tu, saya merangkak dah rupa macam apa dah. Diorang kata lincah sangat sampai susah tahan saya. Selain tu, saya terkena waktu dalam kelas akademik. Boleh pulak time dalam kelas berlawan cakap dengan ustaz. Nasib ustaz sabar. Kalau tak dah kena pelangkung rasanya time tu. Tulah yang saya rasa agak teruk la. Sebab dua kejadian tu memang kawkaw dia melawan. Sampai boleh demam sebab penat sangat. Berjam kot nak suruh dia keluar dari saya.

Tapi tulah, rezeki saya nak berubat sampai sihat tak sampai. Hanya 6 bulan je saya berkesempatan belajar dekat situ. Kemudian saya pindah ikut mak ayah sebab kerja. Dari Selangor ke Johor.

Bila dah pindah sini saya masuk Form5 dan Sara masih tak lepas kan saya. Dia masih nak saya berkawan dengan dia macam dulu. Bila saya masuk Form5, perangai saya mula berubah. Saya mula berkawan dengan ramai orang. Jadi peramah tak macam awal2, seorg yang pemalu, pendiam semua tu. Saya jadi yang bertentangan. Macam yang sebelum ni. Kawan kelas tade seorg pun tahu yang saya sakit, cuma pihak sekolah dengan ketua kelas je. Dan macam biasa, diorang pun tak percayakan saya. Sampailah saya mula terkena depan diorang dan diorang sendiri dah tahu betapa teruknya nak kawal saya. Barulah diorang percayakan saya. Lebih kurang dua bulan saya sekolah, keadaan saya masih teruk seperti dulu.

Tak boleh pergi kelas, tak boleh belajar. Kalau keluar rumah je mesti saya sakit, meracau gitu. Kalau cuti, duduk rumah tade apa hal pun. Jadi pelajaran saya terganggu. Risau jugaklah. Yelah, tahun akhir kan. Satu hari tu, ayah sembang2 dengan kawan dia. Lepastu kenalkan seorang ustaz darulsyiffa’ ni. Awal saya pun rasa benci jugaklah dengan ustaz ni. Entah la. Perasaan tu ada sendiri. Sebab dia rawat pesakit dalam masjid. Jadi salah satu sebab kot saya rasa benci, panas semacam je.

Ustaz tu pun rawat saya macam biasa. procedur dia sama macam perawat saya yang lain. Bacaan alquran semua tu. Tapi itulah. Cuma cara ustaz ni, dia tam terus buat kesimpulan. Saya ni sakit apa. Dia tanya macam mana boleh jadi teruk sampai macam ni. Bila bukak cerita, time ni lah baru saya jujur, yang selama ni Sara ada dengan saya. Haaa buat pertama kalinya mak ayah saya tahu hal ni. Kalau tak tah sampai bila saya akan sorok pasal Sara huhu. Jadi ustaz kata malam ni kita cuma bagi pendinding.

Kalau esok masih tak dapat ke sekolah, jumpa lagi. Kita setel direct dengan benda tu (Sara). Ayah pun setuju then balik gitu je. Dalam kerete ayah dengan mak soal dari awal sampai akhir dan tanya kenapa tak pernah bukak cita langsung pasal Sara ni. Saya pun tak tahu la. Kenapa selama saya skit saya langsung tak pernah cita pasal Sara kat sesiapa. Mungkin sbb saya takut kot ?

Nak dipendekkan cerita, esoknya tu pun saya tak boleh ke sekolah. Pengsan, meracau-racau. Terus bawak pergi jumpa ustaz nya. Bermula lah perbualan antara ustaz tu dengan Sara. Macam mana saya tahu, ayah saya rakam dari awal sampai akhir. Huhu. Ustaz tu tanya dengan Sara kenapa ganggu saya. Dia ckap yg dia tak ganggu tapi berkawan dengan saya atas rela dan kehendak saya sendiri. Malah saya yg ajak dia berkawan dengan saya. Itu sebabnya dia taknak lepaskan saya.

Dia cakap kiteorang dah berjanji nak berkawan sampai bila2. Dia pegang janji tu. Sebab tu dia tak bgi saya berkawan dengan orang lain. Tak bagi saya pergi ke mana2. Sebab tu saya susah nak pergi sekolah dulu. Malam tu lama juga lah ustaz berbincang dengan Sara. Untuk lepaskan saya semua tu. Tapi biasa lah. Jin kan? Degil dia nauzubillah ? Dia masih nak bawak saya pergi tempat dia. Siap nak buat pertukaran apa benda tu la. Nasib lah mak saya masih sayang anak. Walaupun saya ni pun tak kurang degil sama macam jin tu ? Hahaha. Okay mengata diri sendiri.

Tapi bila ‘pujuk2’ dia, dah kena paksa keluar. Malam tu pun dia pergi. Adalah nak dekat 3 jam malam tu saya kena. Memang penat lah kan. Ustaz bagi minum air penawar, pastu suruh balik mandi. Alhamdulillah sebulan tu dia takde. Tak muncul depan mata laa. Time ni dah fikir alhamdulillah.

Akhirnya lepas la dari semua ni. Tapi tidak ? Lepas je sebulan tu dia datang ganggu lagi. Cuma tak seteruk dulu. Boleh pergi sekolah, cuma kadang tu setengah hari. Dah boleh berkawan dengan orang lain. Histeria pulak dah tak sekerap dulu. Macam 2 bulan sekali ? Kalau dulu, tiap2 hari kena. ? Dipendekkan cerita sampailah waktu SPM. Time ni kena kuarintin. Huhu sbb dari seminggu awal sebelum exam tu dah sakit2. Risau ganggu pelajar lain jadi dikuarintin kan. Sepanjang exam tu duduk sorang je dengan pengawas. Dia punya lepu, pishang tu fefaham jelaa ? Alhamdulillah minggu awal tu semuanya okay je.

Minggu akhir exam tu, teruk jugak lah kena. Sampai rasa time jawab paper pun entah betul entah tidak, risau fail je time tu. Kira minggu akhir tu, teruk jugak lah terkena ni. Sepanjang mimggu tu mak tunggu macam budak tadika. Seminggu tu jugak lah mak tak pergi keje sebab saya ? Kesian mak. Jadi habis je exam tu saya terus berubat dekat sebulan lah. Nak bagi betul2 bersih. Sepanjang sebulan tu, ikhtiar nak tutup hijab jugak laa. Taknak dah ada pape masalah lepas ni. Tapi bila dah dalam badan ni ada tapak dia, susah nak buang, jadi saya decide untuk teruskan amalan yang ustaz bagi. Sebab ustaz kata kalau betul nak buang tapak dia dalam badan tu kena diri sendiri. Jadi saya pun balik dan teruskan amalan tu semua.

Alhamdulillah, walaupun gangguan tu tak henti tapi histeria dah takde. Makin lama makin banyak perubahan. Makin lama makin tertutup hijab ni. Tak sepenuhnya tapi tak seperti dulu. Kat mana2 ada. Sekarang ni sapa nak tunjukkan diri je nampak. Huhuhu. Tapi itulah. Macam mana makin sihat pun saya, Sara masih berdendam.

Habis je SPM haritu, saya ada apply sambung belajar. Tapi tak tahu kenapa saya jadi macam dulu. Dekat tempat belajar tu saya kena histeria macam dulu. Jadi saya hanya mampu sambung separuh jalan je. ? (geram tau tak.. haihh) Takpela, rezeki bukan kat tempat sambung belajar. Lepas berhenti tu saya kerja. Kerja pulak tak sampai sebulan boleh kena accident. Allahu. Time ni mmg dah down sangat2. Kaki dedua belah patah, kena operation masuk besi lagi. Duit banyak habis. Hmm, semua benda tak menjadi. Tapi Allah tahu yang terbaik untuk saya.

Alhamdulillah, walaupun saya accident teruk macam tu saya mampu berjalan, walaupun Sara masih mengganggu, lama2 bila kita pun abaikan dia, dia pergi dari saya. Bulan depan genap setahun saya accident dan genap 8 bulan Sara pergi tinggalkan saya selamanya. Dan sekarang saya boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat dan boleh bekerja semula macam sebelum ni.

Semestinya badan ‘secondhand’ ni tak sekuat dulu. Dapat pulak tang kaki, nak bergerak sana sini. Tapi kerja pun dengan bos lama. Alhamdulillah. Memahami. Alhamdulillah jugak. Segalanya telah selesai. Tahun akhir saya sebagai teen ni, minta2 lah takde apa lagi yang berlaku. Tahun depan dah masuk 2nd series. Banyak benda nak capai lagi ni. Huhu. Inshaa Allah.

Untuk Sara, pergilah ke tempat asal kau. Jangan pernah ganggu sesiapa lagi. Aku doakan kesejahteraan kau disana.

Untuk diri sendiri. Getwellsoon dearself. Lagi 4 tahun appointment keluar besi pulak. ?

Tamat lah sudah pasal Sara. Doakan yang baik2lah untuk dia huhu. Dan jugak untuk saya ?? Sepanjang 5tahun saya sakit ni banyak pengajaran yang saya dapat bila terlibat dengan benda mistik ni. Banyak jugak pengalaman ngeri ni. Nanti ada masa saya tulis lagi ye. Baiklah sampai ketemu lagi. Selamat malam. (sebab sekrang pukul 11.30 malam) Assalamualaikum ??

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

6 thoughts on “Sara (Part2)”

  1. Sejak baca kisah2 Fiksyen Shasha ni saya lihat mmg jin2 suka berkawan dengan orang yg suka sorang diri kan? takde kawan2….masa tu la jin2 ambik kesempatan nak berkawan….pengalaman dulu (tahun 2007) masa saya tinggal sorang diri (pindah dari rumah mak sebab nak duduk sendiri)…terus ada 2 ekor jin ikut mana saya pergi…ditambah buruk keadaan rumah yg saya duduk tu pulak ada sekeluarga jin….sebelum tu masa duduk dgn emak elok je takde pun jin2 nak kacau…tapi saya bernasib baik jin2 tu tak dapat merasuk dlm badan saya sebab saya mmg tak tinggal mengaji/solat2 sunat/puasa….jin2 tu dpt ikut dan berlegar2 aje…..

    bertahun2 juga la nak lepaskan dari jin2 tersebut…bila jumpa ustad….ustad ckp jin2 jantan 2 ekor tu minat kat saya…halang jodoh saya kalau ada sapa2 nak dekat….mcm pelalau la….huuuuu…biasanya orang yg ada jin yg ikut dia wajah akan nampak kelam/kusam….orang2 yg terbuka hijab akan nampak ada jin dekat saya….2012 baru jin2 tu pergi (selepas berubat dgn seseorang yg simpati)…dan barulah mudah jodoh saya…utk pembaca2 Fiksyen Shasha yang suka bersendirian/tak mo bergaul dgn orang…dekat2kan la diri dgn Allah…bykkan ibadah2 terutama mengaji/zikir2…bersahabat dgn orang yg positif/jaga agamanya….sebab mmg susah nak buang jin2 yang berdamping dgn anda tu…ubah la sikap sendiri…mencegah lebih baik dari merawat…utk pengetahuan kalian…lagu2 yg melalaikan/ketawa terbahak2/suka termenung adalah magnet menarik jin2 suka dekat dgn anda..

    Reply
  2. Huu kita sama umur lah. Thun dpn dh second series ?. Smoga diberi kkuatan spenuhnya utk hadapi smua ni ye. Kuat btol awk ni ?

    Reply
  3. Story akak sama dengan saya,kene histeria kat sch but cg cg semua tak percaya,dia cakap saja buat sbb nk ambik perhatian huhu and that time seminggu lagi nak ambik PT3 rasa down gila sbb cg ckp camtu and saya jadi histeria pun sbb ad org hntr sihir kat family btw story akak best

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.