Satu Coretan Seram di “G-TWO-O” Ground Floor

Assalammualaikum , first of all terima kasih admin FS sudi share pengalaman sebenar aku sepanjang menjadi penyewa di sebuah rumah apartment yang diberi nama Beverly Hills. Second, biarlah aku perkenalkan diri tidak secara detail kerana fokus hanya pada cerita berdasarkan pengalaman sebenar bukan rekaan atau imaginasi.

Aku seorang wanita islam lahir pada tahun 1990 setelah setahun menganggur selepas tamat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia di sebuah sekolah pedalaman (kerna aku berasal dari pedalaman sabah tapi alhamdulillah ada juga kemudahan yang bagi aku sudah cukup sebagai wanita desa 🙂 ) aku decide untuk sambung belajar di sebuah IPT swasta dalam negeri (kes tak dapat tawaran belajar di IPT awam). Setelah mendapat restu dari orang tua aku berhijrah ke Kota Kinabalu untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan.

Rumah sewa pertama aku bukan G – TWO – O sebab masa ni aku belum bertemu dengan senior aku yang merupakan jiran sekampung aku. Dalam seminggu aku menyewa di rumah sewa pertama. Genap seminggu aku tekad nak keluar cari rumah sewa baru atas alasan peribadi atau dalam istilah pendek aku tak selesa menyewa di rumah sewa pertama aku (bukan sebab rumah tu seram tapi sebab aku tak selesa.. aku pon tak tahu kenapa).

Aku pendekkan cerita ni. kini aku berada di rumah sewa kedua aku yang mana aku menyewa di sini bermula dari sebagai yang paling junior dalam rumah ni sehinggalah jadi seorang yang paling senior dalam rumah ni (korang bleh kira tempoh aku menyewa di situ 2011 – 2015). Mula-mula masuk rumah tu aku tak pernah fikir bab mistik yang ada dalam rumah tu memandangkan aku tak terima sebarang gangguan pon selama seminggu di rumah sewa pertama (untuk pengetahuan korang rumah sewa pertama & kedua ini berada dlm kawasan yang sama cuma blok yang berbeza, mulanya aku di blok B kemudian aku pindah ke blok G).

Kisah bermula………….
Aku terima gangguan pertama setiap pukul 1 ke 3 pagi. Biasalah, niat aku datang kat sini fokus aku cuma nak belajar and dapat result yang baik untuk ijazah aku, untuk semester pertama aku belum lagi bersosial mencari kawan rapat tapi alhamdulillah semua kawan-kawan rapat aku yang aku kenal dari semester dua sampai sekarang masih berhubung and yang uniknya kami macam adik-beradik jangan cakap bab gaduh gaduh tu memang aktiviti sampingan kami, lepas gaduh berbaik-baik.. (hihihi sweet aku rasa, sebab kami saling menerima kelemahan masing-masing ~ okay fokus pada cerita gangguan)..

Berbalik pada gangguan itu. Kenapa aku kena ganggu setiap pukul 1 – 3pagi? sebab aku lah yang paling tido lewat bila exam week tiba, biasalah xpuas-puas nak menelaah buku. Mulanya aku tak perasan itu ialah gangguan sebab aku tak pernah terima kisah mistik pasal G – TWO – O dari mana-mana housemate aku ni..

Apa gangguan tu? aku selalu nampak bayang-bayang lelaki tua (aku sangkakan itu lelaki tua since bayang tu terlalu clear utk aku nampak sehingga aku boleh kira bayang itu berambut pendek berbaju T-shirt dan sedikit bongkok ketika berjalan) yang lalu di luar rumah sewa, jalan terlalu perlahan tidak ada bunyi tapak kaki langsung.

Bayangkan dalam suasana sunyi sekitar 1 – 3pagi hanya aku seorang sahaja yang duduk di ruang tamu. Uniknya aku langsung tak terganggu dengan bayang tu, terganggu yang aku maksudkan takda rasa seram or else yang berkaitan dengan takut, yang bermain dalam fikiran aku tiba-tiba “siapalah yang berjalan dini hari ni or nak pergi mana plak pakcik ni” .. hehehe serius aku bukan nak tunjuk berani tapi itulah yang aku alami.

Since aku suka tido lewat sepanjang exam week kawan sebilik aku mula tegur, “beraninya ko tinggal sorang-sorang kat ruang tamu”. Aku just kasi respon kenapa? then mulalah room mate aku bagitahu pasal G – TWO – O ni. Penyewa yang sebelum aku pernah nampak perempuan berambut panjang bermata merah keluar dari tong sampah luar rumah berdepan dengan tingkap dekat singki dapur rumah tu.

Sebab penyewa sebelum aku yang nampak tu memang selalu kena ganggu dengan benda tu mulanya room mate lain tak percaya sangat since tak pernah kena kan, one night ni penyewa yang selalu kena gangguan tu berjaga sebab nak buktikan pada room mate yang lain yang dia tak bohong pon pasal “benda” bermata merah yang dia nampak dekat tong sampah, selepas dari hari tu gangguan “kecil-kecilan” dalam rumah dah mula. Meja makan bergegar seperti ada yang menggegarkan meja tu dengan kuat sedangkan ada room mate yang sedang study dekat meja makan tu.. lepas dengar cerita tu aku teringat bayang-bayang yang selalu aku nampak bila sedang study dekat ruang tamu sorang-sorang, aku ambil kisah pasal cerita room mate aku tapi tak fikir sangat and anggap normal dapat gangguan tu .. Tak seram kan cerita tu? hihihi itu gangguan semester pertama lah.. belum rare lagi.. ngeeeee..

Masa berlalu dengan pantas, sem by sem selamat ditempuhi kawan-kawan yang aku cerita kat atas tu ada yang ikut menyewa ngan aku sekali di G – TWO – O ada yang sometimes nak datang rumah tidur sama-sama makan sama-sama pergi kelas sama-sama (hihi… penyewa lain tak marah ke? alhamdulillah house mate semua memang baik-baik dan saling menerima).

Senior one by one berjaya habiskan pelajaran dan akan meninggalkan rumah sewa tugas kami yang masih lagi belum menghabiskan pelajaran mencari penyewa baru and off course dari kalangan student jugak, sampailah beberapa penyewa di dalam rumah merupakan batch yang sama dengan aku jurusan pendidikan, seronok sebab semua kawan-kawan yang memang biasa nampak muka dalam kelas.

Semester baru lagi ada pengambilan student baru nak masuk ramai, adalah dua tiga orang yang masuk jadi penyewa di G – TWO – O pun nice person also. Suatu hari sebab tak ada kerja nak buat kelas pon tak ada, tiba-tiba room mate buka cerita pasal gangguan yang diorang terima hanyay dalam bilik kami sahaja.

Bilik kami bukan master room bilik yang berdepan dengan toilet kedua dan dapur, pintu bilik betul-betul berhadapan dengan pintu toilet. Tak tahulah kenapa syok sangat haritu bercerita pasal gangguan yang diorang dapat dalam bilik tu sampai ke senja. Hati tak sedap pon tapi mulut tak boleh nak berhenti bercerita pasal “benda-benda” tu semua seolah-olah ada sesuatu yang mengarahkan kami supaya terus cerita jangan berhenti. Lepas solat maghrib and isyak dah dinner tiba-tiba sambung lagi cerita bab gangguan-gangguan ni semua sampailah nak tidur masih juga cerita sikit-sikit dan kat sinilah mulanya gangguan sedikit ekstrem.. sikit je tak banyak hihi..

Dekat nak tidur semua dah bentang tilam (kami tak tidur atas katil sebab owner tak provide katil baru since katil lama dah rosak hihihi.. bukan kami yang rosakkan ye, katil tu memang dah nak uzur pon, tak kisah pon janji ada tilam hihi) sorang room mate dah tertido dulu aku dengan 2 orang lagi room mate aku masih rancak bercerita walaupun dah mengantuk, then lama-lama tak tahan dah mata semua pon kata “okay jomlah tido”..

tiba room mate aku sorang yang dah tertido dulu tadi mengigau.. seolah-olah menjerit ketakutan tapi tak kuat seolah-olah tercungap-cungap berlari ketakutan, aku just dengar je tapi mata aku tutup sebab aku nak tido dah, and aku sangkakan dia cuma mengigau biasa sahaja tapi aku silap. Room mate aku yang tido sebelah yang mengigau ni kejutkan dia cepat-cepat (izinkan aku kasi nick name yang bukan nama sebenar pada 3 org room mate aku ni ~ yang mengigau tipah, yang tido sebelah room mate yang mengigau ayu, yang sorang lagi tido sebelah aku piah) ayu kejutkan tipah “tipah.. tipah.. tipah.. bangun.. ko kenapa?” ..”haaa.. haa.. aku mimpi” tipah cuba nak explain mimpi dia dekat ayu.

Sebelum tu piah ada pergi toilet nak buang air kecil, piah ni rambut dia panjang taw, sampai tutup p******g dia setaip malam nak tido memang dia akan lepas rambut dia habis tak ikat langsung, time dia pergi toilet aku buka mata tengok dia, dalam aku masa aku buka mata tengok dia sebab aku tak sedap hati taw, aku rasa takut macam ada sesuatu dekat belakang aku, tapi aku tak nak toleh belakang sebab hati aku berat sangat yang aku fikir ada “benda” dekat belakang aku. Piah dah keluar toilet dengan rambut dia yang panjang berurai tu aku tengok je and piah pon ngah tengok aku dalam on the way dia dari toilet nak masuk bilik.

Aku berusaha nak lawan perasaan aku yang semakin lama semakin tak sedap hati, ada jugak terdetik di hati aku kenapa piah tengok aku serius sangat time dia nak masuk bilik tapi aku tak tanya sebab aku masih lagi tak sedap hati. Then piah masuk tutup pintu and baring sebelah aku menghadap aku, piah ada ajak aku berborak sekejap sebelum aku decide nak lawan perasaan aku dengan paksa je mata aku tutup and cuba untuk tido.

Dalam waktu berborak-borak skjp dengan piah dalam gelap sebab lampu dah tutup aku tengok muka dia, aku pelik kenapa muka dia perlahan-lahan berubah dari pipi tembam dia berubah jadi kurus dan sedikit runcing aku tak pasti muka siapa yang aku pasti muka macam “benda” tu (korang faham ke siapa? yang P) mata piah putih dah tak de biji hitam tu, aku kelip-kelip mata aku sambil aku dekatkan muka dengan si piah sebab aku nak pastikan betul atau tidak apa yang aku nampak.

Alhamdulillah lama-lama apa yang aku nampak tu beransur hilang and aku pon lega sikit, sikit je sebab hati aku masih berat lagi, and piah pon sebenarnya heran tengok aku tapi dia tak nak cakap malam tu. Bila aku dah tutup mata, paksa tau aku paksa mata aku sebenarnya sebab aku masih tak sedap hati, like what aku explain dekat cerita kat atas tu.

Tipah tersedar dari mimpi and cerita satu-satu mimpi dia dekat ayu, aku dan piah dah berlagak tido walaupon sebenarnya telinga kami masih terbuka luas dengar cerita mimpi tipah.. Tipah bagitaw ayu, “kita berempat pergi panggung taw nak tengok wayang, lepas beli tiket apa semua kita masuk dalam panggung dalam waktu berbaris nak pergi tempat duduk aku nampak seorang perempuan tengah duduk dekat depan menghadap aku sambil tengok aku perempuan, tu rambut dia panjang muka dia putih mata dia merah dia tengah senyum sambil mata dia tengok tepat ke arah aku, senyuman dia menakutkan aku , aku nak lari tapi aku tak boleh sebab tu aku menjerit nak lari..

” itu yang tipah cerita dekat ayu.. and teka apa jadi kat aku? masa tipah cerita dekat ayu pasal mimpi dia,, apa yang tipah cerita automatically masuk dalam bayangan aku, and guess what? muka perempuan yang dia describe tu betul-betul aku nampak dalam bayangan aku,, aku nak lawan tapi aku tak tahan tengok senyuman perempuan tu.. scarry! menakutkan! itu je aku mampu cakap.. dalam keadaan aku nak lawan bayangan tu supaya hilang makin jelas pulak wajah perempuan tu dengan senyuman dia sambil tengok aku.. ahhhh! korang boleh bayangkan tak? kalu tak boleh takpe..

dalam keadaan berat hati, berat badan nak bangun, aku bangun dan terus hidupkan lampu then aku duduk bersila depan piah, tipah and ayu. Diaorang terkejut, “kenapa?” tanya dorang kat aku. Aku terus terang, aku tak boleh tido mimpi yang tipah cerita masuk dalam bayangan aku, aku tak tahan so aku bangun aku hidupkan lampu. Lepas tu teka apa kitaorg buat? keluar bilik buat air panas minum-minum tenangkan fikiran.

Dan masa tulah piah cerita kat aku masa dia keluar dari toilet and on the way masuk bilik, why dia tengok aku semacam rupanya… dia nampak rambut aku panjang menggerbang, bila dia nampak rambut aku semacam panjangnya dia tengok aku betul-betul sambil fikir sendiri “bukankah rambut aku paras bahu je”.. sebab dia dah faham dia buat don’t know je benda tu. And now korang faham kenapa aku tak sedap hati? kenapa aku rasa macam ada “benda” dekat belakang aku sampai aku tak nak toleh belakang walaupun aku nak sangat toleh belakang? bayangkan kalu aku toleh belakang, korang rasa aku nampak “benda” tu ke tak? malam tu sampai solat subuh tak tido sebab memang kitaorg kaw-kaw diganggu!

(*cerita yang room mate aku bagitahu sebelum aku masuk menyewa situ, diorang pernah dengar bunyi ada orang ~seakan suara bayi seakan suara perempuan sayu je~ menangis bunyi tu kedengaran senja-senja jugak, aku nak bagitahu habit kami sebilik memang tak tutup tingkap bila tido sampailah siang sebab panas.. heeee, jgn kecam or marah ye tapi bilik kami bila malam memang panas so nak jugak benarkan angin malam masuk bilik then kami sepakat buka je tingkap bila tido sampai ke siang. Ramai jugak yang tegur jangan buat mcm tu since kami semua perempuan kat rumah tu, tapi masuk telinga kiri keluar telinga kanan.. heeee)

Itu gangguan yang aku terima,, room mate bagitahu bila penyewa baru nak masuk memang “benda” akan tegur, tegur say hai ke? hello selamat berkenalan ke?.. hihihi tak tak bukan yang tu.. yang macam aku kena tulah.. since bayang-bayang tu tak buat aku seram sejuk so “benda” tu ambil port nak ganggu aku.. tercabar jugaklah semangat aku.. hehehe..

tapi tak stop sampai situ je.. gangguan demi gangguan berlaku sampailah ke junior-junior aku,, aku decide tak nak buat part2 untuk cerita aku ni, so aku harap korang bersabarlah baca kalu nak tahu cerita ni sampai habis k.. ;). Since “benda” dah mula ganggu maka setiap kali malam menyapa memang perasaan tak tenteram sampai satu tahap perkara ni seolah-olah sudah sebati dengan aku ngan house mate yang lain.

Tiap malam kalau bukan aku room mate or house mate aku yang kena, dengar bunyi dekat dapur macam orang tengah buat sesuatu, dengar sudu besi berlaga dengan mug kaca macam tengah buat air. Kadang-kadang heater air plug on sendiri and mendidihlah air dalam heater tu… first aku ngan house mate buat-buat sebati je ngan gangguan macam tu.

Tapi makin hari makin dahsyat “benda” tu buat, aku pon tak tahu sebab dia marah kitaorang ignore dia atau sebab kami yang langgar pantang ke apa.. (for you all information, kitaorang se house mate ni suka gelak-gelak happy go lucky je kekadang suara gelak kitaorang especially kalu ada movie Hindustan.. alaa kat Tv2 kan setiap hari rabu pukul 10malam ada je cerita Hindustan sebab tak ada astro layan jela.. haa bila dah lepak depan tv mulalah nak buka cerita lucu mostly usik pelakon and lakonan-lakonan dalam cerita tu, pakat gelak terbahak-bahak sampaikan jiran depan rumah buat report kat pak guard cakap penyewa G – TWO – O bising.. hihihihi.. jangan kecam,, tapi tak ada niat pon nak sakitkan hati jiran, cumanya bila benda lawak tak kan nak nangis kan.. ngeee.. tapi kami akui habit kami tu memang tak elok pon so, kadang-kadang beringat jugaklah).

Normal kan sebagai student ada kelas malam, aku ngan kawan-kawan balik kadang-kadang jalan kaki, perjalanan dalam setengah jam jugaklah depends on cara berjalan masing-masing, jalan laju or jalan lenggang kangkung, biasanya sampai rumah sewa dalam pukul 7 atau pukul 8 malam.

Selamat ke kawasan kitaorang, boleh katakan area tempat aku belajar ni memang blacklist gaklah, area ni memang majority adalah orang cina, nak jumpa bangsa lain jarang sangat apatah lagi nak jumpa masjid or surau.. area perumahan kami memang tak ada langsung. Habis tu macam mana kami nak solat, macam mana nak tahu waktu solat dah masuk ke belum? Guna software athan je, kalu dekat rumah nak dengar azan kena buka TV atau buka laptop set lokasi barulah masa auto-update by the software.

Kalau dekat kampus masuk surau je tengok waktu solat yang siap-siap kena tampal dekat ruangan info, lepas tu hafallah waktu tu supaya mudah untuk solat.. hihi, RARE kan? Memang selalu rindu laungan athan dari masjid or surau tapi apakan daya.. Ada suatu hari yang bertuah,, hihi bertuah lah sangat kan. Balik malam dari kelas waktu tu penat sampai je terus gotong – royong ngan kawan-kawan masak kat dapur, yang lain siap-siap mandi buat bergilir-gilir sebab aku ngan kawan-kawan aku ada 6 orang nak masuk enam-enam kat dapur skali tak muat so volunteer lah siapa nak masak siapa nak mandi dulu, macam tulah rutin kami.

After settlekan semua aku decide nak tido jap sebab penat, aku tak tahu time tu aku nak padam lampu nak tido, selalu kalu aku plan nak tido dulu nanti bangun balik buat segala assignment aku tak minta pon padam lampu, tapi sebab haritu hari bertuah kami satu rumah kot.. haha!

Malam tu sorang kawan aku ni ABC, dia teman aku masa tu dalam bilik kawan-kawan yang lain berkumpul kat ruang tamu, tengah nak tido dah tutup mata apa semua tapi telinga masih mampu menangkap bunyi sekitar aku termasuk apa yang kat ruang tamu since pintu bilik time tu tak ditutup pon.

Kawan aku yang ABC ni ngah syok main FB,IG and etc kat Note 2 dia dalam gelap so cahaya yang ada dalam bilik tu hanyalah bersumberkan Note 2 dia. Aku pulak barang melentang sambil peluk tubuh sebelah dia je aku baring, ngah syok-syok dia scroll phone tetiba mata dia tertumpu pada hujung kaki aku, guess what dia Nampak? Perempuan yang rambut panjang berurai sebelah muka dia tertutup oleh rambut ngah duduk betul-betul hujung kaki aku time tu menghadap aku.

Itu yang dia bagitahu, sebab keadaan agak suram sebab lampu di switch off kan so dia nak pastikan apa yang dia Nampak tu dengan menghalakn phone dia yang ada cahaya tu arah hujung kaki aku, sebab aku perasan time tu aku belum lena sangat aku buka mata and Tanya dia, kenapa?, dia jawab tak ada apa terus dia laju keluar bilik tinggal aku sorang-sorang kat bilik yang gelap tu… habis aku macam mana time tu?

Sebab aku rasa bad feeling gak time tu tapi boleh tahan lagi ditambah dengan mengantuk aku teruskan je tido since aku just agak kenapa kawan aku macam tu aku ignore and tido balik. Lebih kurang setengah jam macam tu aku tersedar nak masuk toilet, sunyi je aku rasa dalam bilik then aku bangun nak pergi toilet sempat menjeling ke ruang tamu sekali aku Nampak house mate ngan kawan-kawan aku berkumpul sembang pasal gangguan-gangguan, time tu aku fikir apsallah korang nak sembang time malam-malam plak ni ignore je cukup, aku dengan buat dek masuk toilet terus.

Esok pagi kawan aku share story benda yang dia Nampak dalam bilik time tu, terkejut jugak aku sebab hujung kaki aku.. haha! Banyak-banyak tempat hujung kaki aku jugak dia nak singgah.. then dia bagitahu malam tu dia ABC, so aku sangka patut aku boleh tahan bad feeling aku malam tu sebab “benda” tu actually bukan ganggu aku tapi may be ganggu kawan aku.. syukurlah kawan-kawan aku kuat semangat.

Dan for addition, malam sama kawan aku yang ABC tu Nampak kat hujung kaki aku house mate lain pon kena gak, tapi bukan Nampak just telinga dia kena sentuh sesuatu dengan kasar sampaikan dia rasa telinga dia panas, bila kawan aku Nampak “benda” tu pecut keluar bilik tu yang diorang buka cerita kat ruang tamu, aku plak tido sorang-sorang dalam bilik.. hermm…

Bila hal ni berlarutan makin lama makin menjadi plak, sampaikan siapa yang baru masuk rumah tu dengan bersahaja “benda” tu suka tunjukkan kehadiran dia. Ada sorang house mate aku pernah kena dekat toilet time ni dia mandi, kebetulan waktu tu baru sehari dia menyewa kat G – TWO – O ni. Sebab dia mandi menghadap tingkap kecil kat toilet tingkap tu tinggi taw, aku yang 164cm ni pon bila jalan luar balkoni dapur and sampai dekat tingkap toilet tu kepala aku je yang kelihatan, itupon hujung kepala sampai bahagian mata aku je.

Habis tu yang house mate aku Nampak time dia mandi pulak kelibat perempuan pakai baju putih lalu dekat balkoni belakang.. haaa sudah! Siapa plak yang tinggi sangat sampaikan kaler baju dia orang yang ada dalam toilet boleh Nampak??? Sebab house mate aku ni pon jenis yang ignore so tak adalah buka topik sampailah gangguan terus-menerus. After most of us dah tak tahan dengan gangguan tu semua then decide ajak datang kawan-kawan sekampus yang belajar perubatan islam untuk pagar rumah.

Dah prepare semua apa yang patut and dah dipagar insyaaALLAH dengan cara yang betul, Alhamdulillah dalam sebulan tu tenang sangat keadaan rumah, memalam tido pon walaupon lewat tak ada langsung dengar macam-macam bunyi dekat atas syiling rumah. Tapi itu untuk sebulan je, lepas sebulan datanglah “benda” tu balik.. hermmm.. sabar jaklah orang sabah bilang.

Gangguan makin dahsyat lebih dari kaw-kaw punya ekstrem after sorang junior masuk menyewa di G – TWO – O. Adik ni sebenarnya pernah dapat gangguan jugaklah, tapi bukan yang biasa-biasa dia pernah dapat rawatan dari ustaz sebab ada jugak “benda” yang “suka” kat dia. Baru jugak sembuh dari gangguan tu dia sambung belajar dekat kampus aku belajar ni and menyewalah dekat rumah aku sewa jugak.

Sebelum tu nak cerita pasal time kena gangguan tapi ini antara aku ngan kawan-kawan aku yang enam orang tu. Malam tu nak buat assignment subjek statistic, borak sambil buat assignment gelak-gelak tetiba telinga kiri aku kena tegur lagi.. bunyi apa?.. “shhhtttttt” haa sudah, aku syok buat assignment pasal kira-kira ni aku lupa topic apa terstop.. rupanya bukan aku je yang dengar bunyi tu kawan aku pon dengar. Ini lawak sikit lah, lepas terdengar tu semua automatically stop menulis saling berpandangan buat signal.

Aku Tanya kawan aku, “ko dengar ka?”.. kawan aku angguk kepala.. ntah macam mana boleh sekepala time tu, aku dengan empat orang kawan yang duduk dekat tingkap bilik melompat pergi himpit sorang kawan aku yang ngah meniarap.. haha! Bayangkan ye, aku badan aku taklah besar sangat tapi berat dalam 60kg jugak, ngan dua orang kawan aku pon lebih kurang saiz aku, sorang lagi ideal punya berat badanlah dalam 50kg, yang sorang paling ringan dalam 30 ke 40kg, and yang kena himpit ni 43 ke 47kg. hahaha! Himpit macam mana? Korang pernah tengok perlawanan ragbi, bila pemain berebut nak ambil bola ragbi, haa! Macam tula kawan aku kena himpit.. ngeee, lepas dengar kawan aku kesakitan berebut lari-lari anak sambil berbaris keluar bilik..haha lucu kan kann kann.

Gangguan ni paling last aku cerita, sebab aku rasa dah panjang sangat aku tulis. Gangguan ni kena dekat junior yang aku cerita atas tu. Sebab junior tu tido sebilik ngan aku and tiga orang kawan aku yang lain so secara langsungnya memang aku taw detaillah since junior ni pon biasa ngan aku. First night dia tido rumah sewa ni taw, kami tak expect dia sebelum ni pernah diganggu oleh “benda” tu kami pon tak expect dia lemah semangat (aku pon taklah kuat semangat sangat tapi bolehlah… untuk berdikari bila berjauhan dari family.. ngeee). Before tido aku pon tak tawlah mulut aku ngan kawan-kawan lain boleh cerita and bagitahu rumah sewa ni “special” sikit kat dia, kesian jugaklah bila dia kena ganggu pada malam yang sama kami cerita.. actually main aim kami nak share pasal rumah tu adalah supaya dia biasa dan kuatkan semangat and tak terkejut sangat. Tapi rupanya sebaliknya yang jadi, malam lepas kami share sikit kisah-kisah kami time tido adik ni nak tido dekat aku, aku pon iya kan saja. Semua dah baring tutup lampu apa semua aku pon tido lah. Tetiba tangan aku dipegang dengan kuat, makin lama makin kuat sampai aku tak selesa rupanya adik tu yang buat. Dia peluk lengan aku sambil mata dia tutup dekat bahu aku, haa dah kenapa budak ni kan.. aku ignore je, aku fikir lama-lama okaylah tu dia.. sebaliknya berlaku! Dia peluk lengan aku yang dipenuhi dengan lemak-lemak comel ,, adehh sakit pulak aku rasa tak lama lepas tu aku rasa baju aku belah bahu basah,, aikk dah kenapa budak ni, mulalah aku panic sikit aku kejutkan kawan aku yang sorang lagi ngah baring sebelah aku. Aku tepuk lengan dia kejutkan dia (aku gelar kawan aku yang tido sebelah aku ni lin, sorang pika dan sorang lagi meli *time tu aku ngan tiga orang kawan je kann)..”lin bangun.. ko hidupkan lampu jap”.. lin bangun terkial-kial “kenapa?”.. aku jawab bangun jela hidupkan lampu sebab aku dah tak selesa adik ni duk peluk tangan aku kuat-kuat baju aku pon dah basah bahagian bahu sebab peluh dia.

Lin pon bangun hidupkan lampu.. lampu dah hidup lin Nampak adik ni tutup muka dia kat bahu aku sambil tangan dia peluk tangan aku kuat-kuat. Lin signal kat aku je tak cakap apa-apa, aku just respon lin then aku panggil adik ni. “kenapa buka lah mata lampu dah on”.. then budak tu bangun duduk aku pon sama. Meli ngan pika baring tak bangun. Aku Tanya dia kenapa buat macam tu? Dia Tanya aku balik siapa yang duduk hujung tilam tu kak? Haaa? Respon aku.. siapa? Aku pon mula lah kejutkan meli ngan pika, lin dah duduk bersila menghadap aku ndan adik ni. Aku Tanya pika ngan meli,, kebetulan sangat pika ngan meli rambut panjang lurus plak tu, meli rambut dia halus panjang paras pinggang tapi tak hitam sangat pika punya rambut tebal hitam dan panjang pulak.. huhu aku pon Tanya pika, “ko ke yang duduk hujung tilam tadi?” aku dah bad feeling lagi, memanglah bukan aku yang kena kan but aku risau je something kat budak tu tak pasal-pasal aku ngan kawan-kawan lain kena tanggungjawab kan. Pika ni jenis yang iyakan je bila dia dapat rasa bad feeling gak sebab tak nak benda-benda lain lagi jadi. Pika cakap “yaa.. akulah tu tadi bangun sekejap nak baca mesej”.. actually aku taw pika buat cerita untuk sedapkan hati. Then adik ni jawab lagi.. “lama kan duduk hujung tilam menghadap dinding?” .. pika jawab.. “yaa.. saja nak duduk dulu sebelum baring”.. lepas tu adik ni jawab lagi.. “habis kak meli ada bangun duduk tak? Kak lin ada bangun duduk tak?”.. meli jawab jgk “ada skjp je charge phone lepas tu baring balik”.. then lin pon iyakan je padahal rambut dia bukannya panjang pon mcm yang adik ni Nampak. Demi sedapkan hati adik ni iya kan jela.. tapi tetap tak puas hati Tanya lagi.. betul ke tak kalu ada bangun duduk tepi tilam kan. Aku pon tanyalah, kenapa ko Nampak apa? Adik tu bagitahu.. dia Nampak perempuan rambut panjang jugakk (asyik panjang je takde yang pendek.. haha! Ngee gurau je) duduk hujung tilam tu, mula-mula dia jauh lepas tu makin lama makin dekat. Dalam posisi yang sama duduk menghadap dinding tapi makin lama makin dekat, sebab tu dia Tanya satu-satu kalu ada bangun duduk hujung tilam. And sebab “benda” yang dia Nampak tu makin lama makin dekat, makin kuat jugak dia peluk tangan aku tutup muka dekat bahu aku sampai berpeluh-peluh. Sudahnya malam tu tido dalam cahaya lampu kalimantang kami tu..

After kisah yang jadi kat adik tu dia pergi share dekat ustaz and ustazah yang pernah rawat dia sewaktu kena gangguan dulu. Then ustazah ni try nak “check” rumah secara jarak jauh, well rasanya semua pon harap maklum kan ilmu perubatan islam ni ada istilah jarak jauh dan dekatnya, mereka yang dalam bidang ini tahulah kan. Satu hari ni lepas solat maghrib kitaorang baca yassin berjemaah dalam bilik time tu ustazah tu call, bercakaplah adik ini dengan ustazah itu. Tapi sampai satu part adik ni pass phone dia kat aku, dia nak aku yang bercakap ngan ustazah tu sebab dia tak tahan dia rasa takut semacam.. hermm aku jawab call and bercakap ngan ustazah tu. Ustazah Tanya aku soalan ni pertama aku tak terfikir langsung sebenarnya ustazah tu cakap pasal “benda” tu. Ustazah Tanya simple je.. “siapa yang dalam bilik sekarang rambut panjang, kurus, tinggi dan putih?”.. haha rupanya aku lambat pick up! Aku dengan slumber fikir yang ustazah tu Tanya manusia, aku pon bagitawlah satu-satu ciri-ciri house mate aku yang lain.. rupanya yang dimaksudkan itu ialah “benda yang bermula dengan huruf P”.. bila dah 10 minit macam tu baru aku faham apa maksud ustazah tu.. korang bayangkan ye time tu aku ngan kawan-kawan yang lain pakai telekung sambil baca yassin, adik ni plak start lagi nak berkepit ngan aku sebab rasa semacam and masa ustazah tu Tanya soalan dia aku rasa ada sesuatu lagi kat belakang aku time tu. Sama macam piah Nampak rambut aku panjang menggerbang dulu, tapi kali ni bad feeling aku lagi dahsyat, aku tak tahulah apa “benda” tu buat kat belakang aku yang aku fikir masa tu “benda” ni memang sangat dekat dengan aku. Jangan Tanya bulu roma tak naik ke? Aku rasa bulu roma aku time tu berdiri tegak sampai aku rasa badan aku nak terangkat. Aku terfikir “come on.. aku ngah pegang yassin kot ngah baca yassin kenapa nak layan takut ni, ustazah pon nasihat jangan takut sangat sebenarnya “benda” tu dah lama tinggal dalam bilik ni just jaga solat and selalu laungkan azan dalam rumah, then lama-lama dapat kawal perasaan semula.

Walaupon yang sebenarnya gangguan masih berlaku dalam rumah tu, kami cuba biasakan diri. Bila suatu malam aku ngan pika ngah duduk berbual dalam bilik dekat pukul 11 malam sebab sebelum tu house mate yang lain mengadu diorang pernah dengar budak-budak main tingkat atas, suara seronok bermain tu tapi bila diorang naik tingkat satu sunyi je, and sebenarnya jiran di tingkat atas tak ada budak-budak pon and tingkat dua tak ada penyewa.

Aku mula cakap kat pika,, aku tak pernah kena ganggu bab budak-budak tu. And guess what? Tak sampai 10 minit aku dengar sekumpulan budak-budak berlari seolah-olah sedang bermain kejar-kejar, berlari naik tangga ke tingkat satu sambil ketawa seolah-olah mereka rasa seronok sangat (bilik kami sebelah luarnya tangga untuk ke tingkat atas, so bunyi tapak kaki turun naik kat tangga tu memang kami selalu dan mudah nak dengar dari dalam bilik).

Once again bulu roma aku tiba-tiba berdiri tegak sambil pandang pika, pika pon pandang aku, aku Tanya dia.. “ko dengar tak?”.. pika jawab “dengar”.. lepastu kami buat tak tahu.. hadam jela kan dah tahu “benda” tu tinggal kat G – TWO – O dah lama nak buat macam mana lagi, owner pon orang cina. Dah tenang sikit tak ada suara budak-budak tu tetiba pulak toilet ada bunyi macam orang berus lantai.. dalam 5 minit macam tu baru berhenti.

Macam tu jela keadaan G – TWO – O sampailah aku dah semester akhir buat latihan mengajar di daerah jauh sikit dari rumah sewa aku ni, so kena keluar cari rumah sewa yang berhampiran dengan sekolah rendah tempat aku latihan mengajar. Awal bulan februari 2015 aku ngan kawan-kawan yang sama-sama buat latihan mengajar jauh dari situ keluar dari G – TWO – O, yang tinggal junior-junior sahaja. Alhamdulillah junior-junior pon hati kental hadam dalam diam walaupun pahit nak telan, yang penting tak mengganggu focus pada pelajaran.

Sebelum aku akhiri perkongsian aku hari ini, aku nak tambah satu lagi pengalaman aku dalam rumah yang sama jugak,, aku tak dapat taip kat atas sebab aku lupa tadi baru ingat. Pernah satu malam balik dari kelas malam juga, aku ngan kawan-kawan nak rehat kejap since kami tak masak-masak sebab dah makan kat luar sebelum sampai rumah.

Aku kata kat lin aku nak mandi dulu, lepas tu lin bagitahu dia nak mandi dulu so aku pon okay je. Dalam rumah ada sebuah cermin panjang dan besar boleh Nampak satu badan, tengah nak tunggu lin masuk toilet mandi aku singgah cermin tu nak “spot check” muka lah katakan hihi, sebab cermin ni menghadap arah tingkap yang bersebelahan dengan bilik kami so cermin akan pantulkan apa yang ada kat belakang kita kan.

Dalam aku syok spot check muka aku mata aku teralih pada kelibat lin keluar bilik menuju ke arah tandas, peliknya aku tak dengar bunyi pintu toilet dibuka and ditutup, sedangkan pintu toilet tu ada mengeluarkan bunyi-bunyi khas bila dibuka dan ditutup yang membolehkan orang-rang yang ada di ruang tamu boleh dengar bunyi itu. Tapi aku tak fikir sangat time tu aku just duduk dekat kerusi yang di letak sebelah cermin.

Lepas beberapa minit aku pergi bilik. What a surprise!!! Aku Nampak lin masih duduk menyandar kat dinding sambil berborak gelak-gelak ngan pika.. aku pon cakap kat lin..”aii tak mandi lagi.. tadi masuk toilet buat apa?” sambil aku bertenggek dekat pintu bilik, lin pandang aku dia jawab slumber.. “bila masa aku masuk toilet dari tadi aku borak ngan pika”.. pika pon iya kan pengakuan lin.. aku pon tetap nak pertahankan apa yang aku Nampak tapi lin pon tetap kata tak pernah keluar bilik sejak sampai rumah tadi.. aku pon hadam jela,, dalam hati aku.. patut tak ada bunyi pintu toilet dibuka and ditutup tadi.. sudahnya, itulah kisah aku sepanjang menjadi penyewa G – TWO – O di ground floor..
Terima kasih pada yang sudi baca hingga habis.. pengalaman biasa-biasa aku.. hihihi..

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Satu Coretan Seram di “G-TWO-O” Ground Floor”

  1. cerita you sama lah dengan cerita member saya masa dia sewa rumah kat kk. seriously, sama sangat. she is student of unitar, course pendidikan awal kanak kanak. maybe you ex housemate dia.

    Reply
  2. cerita you sama lah dengan cerita member saya masa dia sewa rumah kat kk. seriously, sama sangat. she is a student of unitar, course pendidikan awal kanak kanak. maybe you ex housemate dia.

    Reply
  3. serius, mmg susah nak paham citer ni,tp boleh tahan seram nya.. yang akk musykil kan skrg,sebenarnya baper ramai yang duk dalam rumah tu

    Reply
  4. ssh nk cari org jiwa kental mcm kamu urang…
    tiap2 ari kena kacau pun buleh lg ddk umh tu bah… huhuh
    klu aku lama suda kluar dr umh tu
    paling best siap pakat2 lg ks tenang sama itu adik…
    bravo…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.