Satu Coretan,Ketika Ditindih

Assalamualaikum aku seorang gadis berumur 25 tahun.Aku tak tahu nak mula macam mana, ianya berkaitan dengan tidur aku.cerita ni tak lah seram mana.Tapi aku nak kongsi apa aku rasa.

Ok aku mulakan cerita maaf kalau tak paham sebab aku pun kadang2 tak paham dengan apa yang aku alami,dan maaf juga kalau cita ni panjang sangat. Aku ada masalah dengan tidur boleh dikatakan kerap sangat bila aku tidur aku seperti ditindih sesuatu atau dgn kata lain jin, badan aku kaki, mulut aku berat sangat2, nak baca ayat2 suci pun tak dapat. Hanya mampu baca dalam hati.

Benda ni akan terjadi antara aku dalam alam realiti dan alam mimpi. Dalam masa aku mimpi tiba2 aku boleh keluar, masuk alam realiti.Antara dua situasi ni alam realiti dengan alam mimpi benda tu tindih aku, aku pasti dan yakin aku tak bermimpi dan aku akan terasa dihempap ketika itu

Kdg2 bnd tu mcm bagi hint yang aku akan kena, contoh dalam mimpi aku, kawan aku cakap “alah percaya lh kau tak kena lagi malam ni”. Tpi x semena mena aku akan terkeluar dari alam mimpi dan akan kena hempap. kadang2 dalam mimpi aku terpikir atau terasa aku akan kena hempap malam ni. Maka aku akan kena malam tu. Apa yg aku pikir apa yang aku rasa dlm mimpi tu memang aku tak dapat kawal,ini semua lintasan hati aku ketika dalam mimpi.

Yang aku tau kadang2 kalau bukan melalui mimpi permulaanya, mesti masa aku nak terlelap, tiba2 badan akan rasa berpusing mcm org yang pusingkan ataupun feel dia macam kau pusingkan badan kau laju2,then mesti kau rasa badan kau berpusing macam tu lah lbih kurang. Aku rasa sekeliling aku sangat laju. Aku rasa terawang-awang. Masa tu aku hnya mmpu diam. Aku cuba untuk melawan,baca ayat2 suci.

Kadang2 aku trpikir keturunan aku ada bela saka ke?. Tapi aku selidik2 dari mak ayah aku tak da yang bela saka. Sebenarnya aku dah alami benda alah ni sejak aku kecil lgi, aku tak ingt bila. Dulu abang aku selalu kena benda yang lbih kurang sama. Selalu jugak aku nampak bapak aku siram air yassin dan sebagainya.Tpi sekarang abang aku dah bebas dari semua tu. Ok blik pada cerita aku tadi.

Aku bukn kena time nak tidur malam je. Bila aku terlelap tgok tv, tertidur dalam kereta, dimana mana pon boleh kena. Nak2 time aku period mesti kena. kadang2 aku jadi takut nak tidur.Bila aku balik jalan jauh, malam2 lalu highway yg gelap2 hutan kiri kanan balik tak mandi pulak tu, sebab penat sangat, tu biasanya akan kena. Aku jelous degan kawan2 aku, family aku yg dapat tidur lena,dapat kenikmatan tidur. Orang lain pun pernah kena tindih tapi tak lah sekerap aku.

Pengalaman aku yg banyk kali kena hempap, aku memang tak pernah tengok wajahnya, kadang2 aku ternmpak tangan, kadang2 ternampak rambut, kadang2 terdengar suara dia. Ada satu ketika dulu masa tu aku sekolah rendah klu x silap, aku baru nak terlelap, tiba2 aku rasa ada orang tarik kaki aku smpai hujung katil then aku terjatuh, masa tu baru aku dpt bukak mata dan memang aku jatuh katil betul2. Dulu aku tidur mesti bukak lampu. Sekarang je baru berani2 tutup lampu.

Situasi bila aku kena tindih aku punya struggle nak bukak mata Ya Allah tuhan je tahu. Aku cuba berlawan dengan dia untuk pertahankan diri, aku kena bangun, aku kena lawsn benda alah ni. Seksa sgt2. Kdg2 aku dpt lepas, kadang2 aku menang, kadag aku tewas.

Aku pernah dengar jin boleh ikut kita baca ayat kerusi tapi ada satu ayat dia x boleh ikut, ada ketika itu aku kena tindih aku baca ayat ayat kerusi tapi masa tu memang mulut aku berat, tapi aku lawan jugak dan baca, sampai satu ayat bacaan ayat kerusi tu, terus aku dapat bangun.Setiap kali bila aku dapat bangun badan aku memang letih ialah aku seolh-olh mngunakan tenaga sedaya upaya untuk melawan benda alah ni. Orang tidur untuk berehat tapi aku perlu berlawan prtahankn diri setiap kali kena tindih.Ini yang aku rasa yg org tak akan nampak, tapi bila aku cerita balik aku tak taulah orang paham ke tak apa yang aku alami dan rasa

kdg2 bile aku struggle nak bukak mulut nak baca Allahu Akbar tapi tak boleh.Tapi dengan kuasa Allah, tiba2 aku dapat sebut Allahu Akbar dan terjaga, aku boleh dengar suara aku baca. kalau ditindih waktu siang pulak, kadang2 tu nampak orang dalam umah buat apa,diorang cakap apa. Tapi seorang pon tak perasan yang aku sedang berusaha melepaskn diri seorang pon tak nampak betapa siksanya aku.

Lgi satu cabaran aku, kadang2 situasi bila aku dah dapat bukak mata, tpi mata aku berat sangat2, aku kena tahan diri dari terlelap dan aku akan kena tindih semula. Dia punya feel macam baru lepas makan ubat tidur, atau bila dapat bukak mata akan ada satu feel dalam diri aku malas nak bangun dari tempat tidur tu. Cuba pikir kalau kau di tempat aku, kau dah struggle nak lepaskan diri, dah dapat bukak mata tak kan nak stay lagi kan. situasi yg ni pon kena kuat lawan perasaan malas tu. Dulu aku selalu tewas dengan situasi ni. Disebabkn aku dah bnyak sangat terkena situasi macamni aku dapat rasakan ini adalah satu taktik benda alah tu.

benda ni aku kena sejak kecil, aku pon tak ingat. Sebab tu macam2 situasi dah aku alami dan macam mcm2 cara jugak lah dah aku buat untuk atasi masalah ini, siram air yassin, jumpa ustaz,tepuk2 tempat tidur sambil selawat sebelum tidur, aku cukupkan sembahyang 5 waktu pun kena,cuma kurang sikit lah,minum air penawar macam2 lagi usaha aku.semua tu memang mendatangkn kesan, aku tak kena ganggu dah tapi lama2 masalah aku ni datang balik.sampai aku malas dah nak pergi berubat.

Setiap kali kena, aku akan cek peha aku memang ada lebam2 kadang2 takde lebam. Aku pernah jugak beberapa kali mimpi bayi tpi aku tak dapat pastikan adakah itu petanda yg tak baik atau sebab aku selalu sangat memikirkan benda ni. Sampai terbawa dalam mimpi, Sbb aku selalu buat research tanda2 ada saka. Tanda badan ada jin. Boleh jdi sbb aku pikir sangat sebab tu aku mimpi. Ak jugak selalu mimpi ular ,ulat dalam mimpi tu aku takut sangat memang alam realiti aku takut sgt degan binatang ni walaupon tengok gambar.

Pengalaman aku jumpa ustaz takpernah pon diaorang cakap aku ada pendamping atau aku ada saka.

Aku juga ada maslah hidup dulu aku hmpir2 nak brtunang tapi ada masalah dan batal.Sejak tu ad jugak beberapa lelaki yang hadir dlm hidup aku tapi ada sahaja masalah atau tetiba senyap. Aku terpikir adakah benda alah ni terjdi ada kena mengena dengan ganguan jin

Selain tu tujuan aku kongsi cerita ini ada tak diantara korang atau kenalan alami macam aku.Pembaca2 sekalian aku dah cuba dan usaha sehabis baik untuk selesaikan masalah ni. Doakan aku bebas dari semua ni.sesungguhnya hanya pada Allah aku berserah.lagi satu jangan lupa doakan aku bertemu jodoh hehehe sempat lagi.terima kasih.Maaf kalau penulisan berterabur.

Zara

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

18 thoughts on “Satu Coretan,Ketika Ditindih”

  1. Pon ade mslh tdo…
    Ssh nak lelap pastu tdo asyiiiiikkkk sgt terjage jer…
    Kekdg sedih tgk org lain sedaaaapp tdo…
    Huhuhuhuuu…

    Reply
  2. sis try tidur secara mengiring…dulu saya pon kena macam tu jugak…tapi jarang-jarang…kalau tidur secara terlentang cuba sis letakkan bantal atas badan…

    Reply
  3. Dulu sy selalu kena mcm awk ni. Kena tindih. Pernah sekali tu sy nmpk sipi2 apa yg tindih sy.. sy nmpk separuh mukanya yg sedang sembunyi belakang pintu bilik sy. Nasihat sy, awk sebelum tidur, ambil wudhuk, baca Al Fatehah, 3 Kul dan ayat kursi lepas tu hembus satu badan. In Shaa Allah lama2 hilang. Sy amalkan itu smpai gangguan hilang sendiri.

    Reply
  4. Amalkan sebelum tdo baca ayat Kursi. Ayat yg last ulang 3x. Kemudian hembus disekeliling badan umpama kita membuat pagar pendinding. Niat dlm ht moga Allah lindungi dirir kita dari kejahatan manusia dan syaitan. Inshaa Allah..dgn izinNya..mohon pada Allah..

    Reply
  5. Sama. Dulu selalu kena macam tu. Baru nk tidor rasa kena pusing. Alhamdulillah sekarang dah ok. Last kena masa tu tgh berangan sebelum tido.. Sambil tutup mata tu fikir benda best2 tetiba nampak satu kawasan lapang mcm padang pasir & ada 1 pokok tu. Tgh dok pandang pokok tu, ada benda terbang dr atas.. Igt lagi ayat dia “kau carik aku ke?”.. Lps tu terjaga terus badan keras tak boleh gerak. Siap dengar dengusan kuat lagi. Huii.. Nasib baik tak nampak. Haha.

    Reply
  6. Saya selalu juga kena, tapi sejak amalkan adab tidur, xada la kena sgt, sebelum tidur ambik wudhuk, masa nak baring atas katil, kebas katil tu 3x baca lahaulawala ku wata ila billahilali yul azim, sama juga dengan bantal, tepuk 3 x lpas tu baca ayat td, sebelum tido baca ayatul kursi 3x, baca surah 3 qul dan hembus ke tapak tngan dan sapukan dr kepala sehingga kaki, baca doa tidur, tidur mengiring ke arah kiblat (rujuk cara tidur Nabi SAW) , jika bermimpi buruk, buat isyarat ludah ke kiri 3x istighfar, jika mimpi baik, ucaplah alhamdulillah, yg paling penting percayalah Allah lebih berkuasa dan makhluk tiada kuasa..InsyaAllah….

    Reply
  7. Peh sebijik macam aku kena. Memang seksa la. Lagi lagi lepas dah terjaga dari tidur, then nk tidur balik kena lagi. Perit wehh. Tapi Alhamdulillah lepas aku berhijrah dari rumah ke asrama dah takde benda benda dah nk tindih aku. Aku harap kau pun akan dapat tidur lena lepas ni.

    Reply
  8. Saya bukan pakar. Tapi berdasarkan apa yg sya baca, penulis ni ada jin minat kot. Lebam2 tu mungkin dirogol jin. Mimpi bayi tu pun mcm ada kena mengena juga. Saya rasalah.

    Reply
  9. Kesian korang kena tindih..tambah pula pompuan lg aku kesian.. Gini nak bg petua..sblum masuk bilik korang bgi la salam.. Assalaamualaina wa ala ibadillahissolihin… Atau salamun ala sulaiman fil a”laminn.. Pastu kalau nk tdo adik2 comel semua kibas2 tilam dulu sambil baca auzubillah.. Dan bismillah… Pastu baru bole baring dan tdo..macam abg penah juga kena tindih dulu2 laa..tp semenjak dah hafal ayat ruqyah ni sekor jin xbrani dah tindih..hehe..tp satu lagi petua kalau jin tu menjelma..jgn takot..bagi je penumbok sebijik..gerenti lebam muka hantu tu..sebab jin kalau menjelma..tu maksudnya dia lemah dan cari pasal je.. Dia klau da masuk alam deminsi kita dia memang xkuat dan lemah..betul.. Buktinya hantu ni berani muncul beberapa saat je..xlama kan… 😉

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.