Assalamualaikum Selamat Malam (Masa aku tulis ni malam). Firstly, aku nak ucapkan terima kasih kepada Fiksyen Shasha kalau mereka memaparkan cerita aku ni. Cerita ini merupakan pengalaman sebenar aku dan mungkin di dalam cerita ini ada beberapa penambahan bagi melancarkan proses penceritaan. Okay cukup untuk introduction ringkas. Aku akan mulakan cerita ini sekarang. Get ready.
Benda ni terjadi masa umur aku masih belasan tahun (sekarang 20-an dah). Biasalah, d***h muda yang suka keluar malam malam buta melepak sini sana. Masa perkara ni terjadi, aku baru je selesai makan malam dengan kawan aku di sebuah kedai berdekatan dengan Tasik Shah Alam. Tasik yang pada hari minggunya penuh dengan manusia-manusia. Jam masih awal lagi, lebih kurang 8.00 malam macam tu. Sebab kami makan waktu maghrib (orang lain solat tapi kami pergi makan melepak. Teruknya). Aku berdua je dengan kawan aku masa tu naik motor. Masa tu kami park kat area-area tasik tu jugak tak jauh dari kedai makan tu.
Masa kami sampai tu hari tak gelap lagi, so macam tak kisah la parking jauh. Tak fikir panjang sebab otak fikir nak penuhkan perut je masa tu. Selesai je makan, aku and kawan aku baru terfikir yang kitorang park motor agak jauh, so kena jalan lebih kurang separuh dari laluan tasik Shah Alam tu. Aku and kawan aku pun fikir, “Alaaa awal lagi baru pukul lapan. Tak ada apa kot kalau jalan mesti ada orang lepak2 ke apa”. Jadi, kami teruskan perjalanan, kami pun lalu lah bawah jambatan yg kat tasik tu menuju ke galeri yang ada kat tasik tu. Kat area tu kan macam ada dataran mini and kitorang tengok tempat tu kosong je.
Aku pun cakap la dengan kawan aku, “Eh kosong je awal lagi kot, takkan takde orang lepak2”. Aku perasan yang jalan lepas galeri tu gelap tak ada lampu and aku berfikir2 nak lalu. Aku bukan apa, aku tak terfikir pun pasal makhluk-makhluk halus semua ni tapi aku takutkan manusia-manusia yang lebih teruk dari syaitan. Contohnya, penyamun, perompak semua tu. Masa aku tengah berfikir-fikir tu, aku baru perasan member aku senyap je. Masa tu kami tengah berdiri je kat situ sebab aku ambil masa nak fikir sama ada nak lalu ke tak. Lepas tu secara spontan mata aku melilau lah ke arah pokok besar yang ada kat situ and automatik aku tergamam, aku tak percaya dengan mata aku sendiri. Aku tengok elok je dua ekor benda yang aku tak berapa gemar nak tengok. Sekor kat atas pokok and sekor lagi kat bawah elok berdiri rapi.
Yang berdiri tu si gula-gula hacks and sekor lagi aku tak tau nak describe apa benda sebab macam tak familiar sangat. Rupa dia pelik sikit, ada tangan and kaki tapi muka dia, aku tak boleh nak describe. Yang aku ingat kulit badan dia macam kedut-kedut dan kendur tak berbaju. Bukan macam manusia, itu yg pasti. Kalau korang ada rezeki untuk tengok, korang share lah nanti macam mana ya. Mirip-mirip macam aku jumpa ke. Who knows. Okay sambung. On the spot mata aku terpaku kat dua ekor tu, taktahu nak takut ke nak apa ke. Sumpah aku rasa macam kosong tiba-tiba, aku tenung je dia and dia pun tenung aku. Dalam otak aku tak terfikir pun surah apa nak kena baca, jampi apa nak kena sembur. Aku senyap terpana.
Yang si bungkus tu tak berupa, maksudnya kat bahagian muka dia tu hitam je takde mata hidung apa semua. Yang si berkulit kendur tu ada berupa bahagian mukanya. Mungkin dia pun terkejut tengok aku yang masuk kawasan jajahan dia masa tu. Tiba-tiba kawan aku bersuara, “Nampak apa yang aku nampak?”. Aku pandang la dia, eh dia ni mata pandang kelain takkan la dia nampak apa yang aku nampak. Nak kata juling elok je mata kawan aku selama ni. Aku tengok dia pandang ke arah tangga galeri tu and masa tu baru aku faham soalan dia. Aku nampak satu susuk tubuh berbaju putih berambut panjang kat situ. Ah sudah, akak pont pun ada situ juga. Aku kira dalam hati, “Satu…. Dua…. Tiga… Tiga ekor…”. Tak kelakar. Sangat tak kelakar.
Aku tanya member aku, “Nak teruskan dan buat bodoh or kita patah balik?”. Kawan aku still terpaku kat situ, aku decide kitorang patah balik je sebab nak mampus apa lalu situ. Tak pasal kaum kerabat dia yang lain ada, dah la jalan lepas tu tak ada lampu langsung. And masa tu kitorang pusing and terus berlari-lari anak patah balik. Cari jalan tembus jalan besar yang busy tu. Sampai kat jalan tu baru kami menapak macam orang ada akal. Lepas kejadian tu, aku try tanya kawan aku, “Kenapa masa kita nampak benda-benda tu, dorang tak kacau kita pun setakat berdiri and pandang sesama kita? Bukan selalu dalam filem dorang takut-takut kan ke?”. Kawan aku jawab, “Taktahu la, pelik jugak”.
Aku berfikir sejenak, tak semua makhluk tuhan atas bumi ni sejahat-jahatnya. Aku positif and aku terfikir mungkin jika aku and member aku teruskan perjalanan tu, ada sesuatu yang buruk sedang menunggu. Penyamun ke pembunuh apa semua tu. Faham-faham la area Klang and Shah Alam ni. Bahaya sikit. Aku tak tahu macam mana aku boleh jadi se-positif macam tu tapi itu lah firasat hati aku. Sampai sekarang aku masih terkenang peristiwa tu.
Aku pernah menceritakan pengalaman aku dengan seorang makcik keluarga angkat aku tentang benda ni and dengan slumber badak dia boleh cakap, “Kalau kau dah pernah nampak yang berbungkus tu sekali, mungkin kau akan nampak lagi”. Guess what? Yes aku memang berjumpa lagi dengan benda tu buat kali kedua tapi bukan pada lokasi yang sama…
Sekian.
Maaf kalau ada terkurang apa apa terkasar bahasa kerana aku bukanlah si pencerita namun seorang wanita yang biasa-biasa dengan pengalaman yang luarbiasa.
-R-
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
erk…. pengalaman no..best..kalu ada crita lg boh la sini
Betullah yang makcik tu cakap,kalau kau dah jumpa sekali,kau akan terjumpa dua kali,kalau kau dah jumpa dua kali….kau rasa…??
Rasenye sbb ade jodoh kooottt…
Heheheheee…
Haha…terjodoh…sekali pun tak sanggup,inikan berkali kali..haru.
X betul tu. Kalo ko x de rasa takut pd benda tu dia tentu x kan munculkan diri depan ko lg.
Mungkin jugak deme bertiga tu lepak situ sebab nk elakkan hantu2 belangkas yg selalu gigih dating kat tempat gelap gelap tu…
Haha.. aku ingatkn penulis ni lelaki… tp xpe.. sempoi citer ni..
Kalu aku mmg da lama aku lari kott.. lg2 en.gula2 hacks tu… aku xpernh jmpa and harap forever pn xpayah la tersermpak dgnnya… aku btul seram dgn beliau…
dia pompuan ke
Dia mls nk kacau hangpa sbb hangpa pon spesis ‘dorg’ kot…?
cos i cant go on