Satu Malam Yang Pelik dan Cik Ponti Main Cilucak!

Satu Malam Yang Pelik

Ketika aku bersama sahabatku fatihah dan salsabila sedang dalam perjalanan pulang kerumah dari tempat kerjaku tiba2 enjin keretaku tersengguk2 ingin mati. Lalu aku pun berhenti ke bahu jalan. Ketika itu waktu malam agak sunyi, laluan ke rumah sewa kami agak sunyi dan banyak semak sepanjang jalan. Aku pun keluar dari kereta untuk memeriksa enjin(bukan tahu sangat pun). Tengok macam takde ape2 pun. Aku pun kembali masuk kedalam kereta. Aku lihat fatihah di sebelahku sedang tidur lena. Yang aku pelik sebelum aku keluar dari kereta tadi dia orang yg paling cemas. Aku pun menoleh ke belakang, aku lihat salsabila tiada!!! ¬†Aku pun kejut fatihah yg sedang tidur lena. Aku tanya dia mana salsabila. Dia cakap aku sedang merepek dan salsabila ada dirumah tidak kerja hari ni(kami kerja disebuah pasaraya). Aku pun pelik sebab tadi salsabila ada. Aku rasa tidak puas hati, lalu aku mengambil handphone dan keluar dari kereta untuk call salsabila. Lalu panggilan diangkat dan suara yang aku dengar amat memeranjatkan aku. Suara fatihah!! Lalu siapa didalam keretaku itu. Aku membelakangi kereta langsung tidak menoleh. “kau kat mana nad? tak balik lagi ke dah malam ni? bahaya balik lambat2!” Aku pun tanya dia mana salsabila, dia kata Salsabila ada tengah makan nasi depan tv. Tanganku secara automatik menggigil sangat2. Terasa hangat seluruh badanku. Terasa dingin di bahagian tengkukku.

 

Aku pun secara perlahan menoleh kebelakang. Kosong! Mana kereta aku?! Ya Allah dugaan apa yg kau berikan kepada aku ini. Aku pun melihat sekelilingku. Gelap! kelihatan samar2 cahaya lampun jalan beberapa meter dihadapan sana. Kalau jalan2 kaki balik rumah makan masa setengah jam. Aku menangis ketakutan. Takut pada hantu juga takut pada manusia berperangai syaitan. Aku pun call semula fatihah. Tapi kredit ku sudah habis. Apa yg perlu aku buat? Aku sangat takut. Badanku menggeletar dan berpeluh. Aku pun dengan laju jalan untuk pulang kerumahku. Aku hanya tawakal. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan aku terus berjalan. Saat itu aku sangat keliru dengan apa yg sedang berlaku terhadap diri aku. Aku bingung!

Tiba2 ada cahaya dari belakangku, aku pun menoleh ke belakang, aku lihat ada sebuah kereta datang kearahku. Ehh! Tu kereta aku. Dalam hati aku mungkin fatihah yg datang mengambil aku. Tapi yg amat mengejutkan aku kereta itu tiada pemandu datang berhenti dihadapanku. Betul lah kereta aku! Apa yg jadi ni sebenarnya? Aku keliru. Mcm mana kereta ni boleh bergerak tanpa pemandu dan sekarang berhenti dihadapanku tanpa dimatikan enjin. Seluruh badanku menggeletar seperti mahu pengsan tapi aku kuatkan semangat dan membaca apa2 surah yg terlintas di fikiranku. Aku pun melangkah masuk ke keretaku dan memandu kereta ku pulang kerumah. Sewaktu itu hanya Allah yg tahu perasaanku. Tapi aku kuatkan semangat untuk pulang kerumah.Sampai dirumah aku melihat fatihah dan salsabila sedang menunggu ku di muka pintu. Aku pun keluar dari kereta dgn kaki yg lemah longlai. Selepas itu aku tidak sedarkan diri. hanya aku dengar suara fatihah dan salsabila menjerit memanggil namaku.

 

Cik Ponti Main Cilucak!

Hye dan selamat sejahtera. Ini adalah pengalaman aku. Bagi aku cerita ini agak seram dan memberi pengajaran kepada aku bahawa bukan kita sahaja mendiami dunia ini tapi ada lagi makluk Allah yang lain.

Ceritanya bermula begini. Aku bersekolah di salah satu sekolah yang terkemuka di pulau pinang. Jarak antara sekolah dan asrama agak jauh. Jadi kami pelajar asrama terpaksa menaiki bas untuk ke sekolah. Tak perlu rasanya mention nama sekolah. Hehehe. Satu malam semasa nak turun prep, Aku, Mina(bukan nama sebenar) dan Jiji(bukan nama sebenar) nak isi air dekat water cooler. Blok kami duduk tu ada dua tangga sebelah hujung di blok.

 

Kami ikut tangga belakang kerana nak check sama ada kami ada tertinggal barang atau tak di bilik membasuh di tingkat bawah. Sebab petang tu kami bertiga basuh baju kat bilik tu. Aku dan Mina masuk ke dalam untuk check sementara Jiji isi air water cooler berdekatan kami. Belakang bilik basuh adalah ampaian. Kiranya kalau masuk bilik basuh tu akan terus nampak ampaian sebab tingkap hostel kami tu pecah. Sudah habis settle urusan kat bilik basuh, kami tunggu Jiji habis isi air sebab filter air tu  selalu keluar lambat je. Tiba2 aku dan Mina bersembang depan pintu bilik basuh tu. Tak semena-mena kami nampak kelibat cik ponti main cilut chak. Aku dan Mina terkejut terus lari tinggal Jiji kat situ sambil menjerit masuk dewan makan untuk prep. Jiji pown lari ikut sama menjerit. Aku dan Mina bertanya kenapa dia menjerit. Lepas tu Jiji tanya pasal apa aku dan Mina lari. Aku jawablah nampak cik ponti. Start dari hari tu kami memang tak lalu dah kat situ waktu malam. Seram nampak cik ponti dekat ampaian di bilik basuh. Lain kali aku senang aku cerita lagi kisah yang aku alami time sekolah, plkn dan sebagainya yer.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

4 comments

  1. Cerita nad trgantung n sy mmg x faham kejadian yg trjadi kt nad tu betul2 atau sekadar mimpi, klau nk bercerita tu biarla ade penamat yg jelas sekurang2 nya kita taw ape yg trjadi kt dia sbnrnya realiti ke mimpi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *