Saya Bangladesh Mari, Abang.

Saya Bangladesh Mari, Abang.

Aku bukan nak cerita pasal lambakan pekerja-pekerja asing kat dalam negara. Tapi aku nak cerita pengalaman mistik salah seorang rakan sekerja aku yang pernah terkena sakat dengan hantu bangladesh. Aku namakan rakan aku ini sebagai Husin lah ya. Kami sama-sama bekerja dalam sektor pembinaan. Yang mana terdapat ramai pekerja-pekerja yang diimport dari bangladesh.

Sewaktu aktiviti di tapak pembinaan sedang rancak dijalankan terjadi satu insiden yang mana-mana syarikat pun tak nak benda ini terjadi. Salah seorang pekerja bangladesh kami terjatuh dari aras tinggi. Safety harnest yang dipakai tak dikunci dengan betul. M**i serta merta di tempat kejadian akibat pendarahan dalHassan yang teruk. Ramailah rakan-rakan seangkatannya sedih dengan kematian Syahul yang menyayat hati itu. Proses pengurusan jenazah diuruskan oleh pihak syarikat. Syahul ini beragama islam.

Lepas beberapa hari Syahul tinggalkan kami, kecoh di tapak pembinaan berita tentang kelibat Syahul berkeliaran di sana. Ada rakan-rakan Syahul yang nampak dia berdiri dekat tempat kali terakhir dia bekerja sebelum jatuh. Ada yang nampak Syahul berjalan menonong ke arah gelap dan kemudian lesap. Dekat tandas. Dekat pondok generator. Semua kejadian kemunculan kelibat Syahul ini berlaku pada waktu malam. Syarikat aku bekerja ni memang galak bekerja sampai malam. Paling lewat pun dihadkan sehingga pukul 10 malam.

Husin rakan aku ini bekerja sebagai supervisor keselamatan tapak. Jadi kes Syahul dia lah yang kena sediakan laporan dan yang berkaitan dengannya. Bila adanya berlaku kemalangan sebegini pihak kontraktor dan klien selalunya ambil inisatif untuk ketatkan undang-undang keselamatan. Selagi ada pekerja kat tapak selagi itulah Husin kena buat rondaan. Sampaikan aku pun jarang nampak muka Husin di office dan hostel.

Satu hari Husin sms aku. Dia bagitahu dia demam dan minta dibawakan ke klinik. Selepas sesi rawatan, kami singgah ke KFC untuk tapau makanan. Tekak tak selera kata Husin tapi aku tengok habis licin set KFC dia, burger dan ayam. Dia mula cerita dengan aku, dia demam sebab terkejut nampak kelibat Syahul kat tapak. Bukan sekali tapi banyak kali dalam pelbagai keadaan. Dia nampak Syahul dalam keadaan kepala berdarah meleleh-leleh ke muka. Dalam keadaan kaki dan tangan tergeliat. Paling extrem kelibat Syahul ini menyerupai pocong muncul di depan pintu tandas.

Last sekali sebelum demam, Syahul tepuk bahu dia dari belakang. Kalau aku sendiri pun boleh pengsan. Aku mula-mula rasa mungkin Husin terlalu obses membaca cerita-cerita dalam fiksyen shasha ni tapi bila dia tanya aku “Apa benda tu?”. Maknanya aku silap. Aku rasa Husin tak juga berhalusinasi sebab lepas kebah dari demam, Husin kerap mengigau benda bukan-bukan. Rakan sebilik Husin pun cerita pernah nampak mata Husin terbeliak pandang ke atas. Tapi bila ditegur Husin pejam mata semula tanpa menghiraukan rakan sebiliknya.

Keesokannya Husin cakap dia tak sedar apa-apa dan bayang-bayang hitam kerap muncul sewaktu dia sedang tidur. Sejak dari itu, rakan sebilik Husin iaitu Hassan mula menyisihkan Husin sebab kelakuan Husin menyeramkan. Pernah berlaku ketika Hassan sedang tidur, Husin ni pergi tenung depan Hassan. Bila Hassan sedar, Husin buat senyum senget dan menonong masuk tidur semula. Jawapan yang diberikan Husin sama, tak sedar.

Keadaan fizikal dan mental Husin semakin merosot, prestasi kerja Husin teruk. Atas nasihat pihak atasan, Husin ambil cuti untuk menyelesaikan masalah dia. Lepas seminggu bercuti, dia kembali pulih beserta semangat baru. Kata perawat Husin, dia terkena badi dan dalam masa yang sama ada makhluk lain yang berkeliaran kat tapak pembinaan itu nak menyakat. Dalam ramai-ramai pekerja bangladesh, Husin yang berdarah melayu antara yang terpilih. Makhluk itu juga ambil kesempatan diatas kematian Syahul. Sebab itulah muncul jelmaan Syahul. Sebenarnya banyak trajedi mistik di tapak pembinaan, hostel dan office tempat kami bekerja ini. Paling IN Penampakkan pocong dan pokok misteri. Cuma kisah Syahul ini menarik minat aku untuk dituliskan. Tamat.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]
Scasper

13 thoughts on “Saya Bangladesh Mari, Abang.”

  1. Pandai tulis. Straight to the point. Kalau ada lagi pengalaman sendiri atau orang lain, kongsi lah ya.
    Nama Hasan dan Husin ni benar-benar ke atau rekaan semata. Bukan apa, saya ada anak-anak nama Hasan dan Husin. Tapi Hasan dah meninggal lama dulu. Baca ni teringat pulak…hehe
    Anyway, thank you, scasper, for sharing.

    Reply
  2. okay just nk ckp cerita ni power! hahah srius talk best sbb yeah situasi tempat n yep memang betul slalu nya makhluk ghaib yg akan suka menyakat dan menyerupai wajah2 arwah tuk ambil kesempatan supaya kita lupa pada siapa yg perlu kita tkutkan..berpegang lah pada ajaran inshaAllah kuat iman dpt kita lawan permainan syaitan ni..kalau ada lagi pengalaman hope dikongsikan lagi!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.