SAYA TETAP NAK KAHWIN DENGAN AWAK JUGAK!

#LocketJade

SAYA TETAP NAK KAHWIN DENGAN AWAK JUGAK!

Assalammualaikum dan hi pembaca FS yang setia.

Nama aku Jade. Jade ni nama panggilan aku. Izinkan aku menggunakan `akuΒ΄ dalam kisah aku yang pertama ini. Aku berasal dari Borneo. Tapi, kisah aku aku ni terjadi di Semenanjung Malaysia, iaitu di Shah Alam. Apa yang aku nak ceritakan kat sini lebih berunsurkan pengajaran dan teguran. Aku bukanlah pandai sangat nak mengatur ayat. So, harap-harap korang tak bosan πŸ™‚

Ok. Aku nak cite sikit mengenai diri aku.

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

AKU

Aku berusia dalam lingkungan 30 an. Aku berambut lurus sedang-sedang panjang. Berwarna coklat. Tak tinggi. Tak rendah. Tinggi perempuan Asia. Sebelah ayah aku mempunyai kacukan Arab-Portugis. Sebelah ibu pula Melayu. Aku mempunyai satu kelebihan. Mungkin bukan kelebihan tapi bagi aku sesuatu yang aku tak pernah inginkan dalam hidup aku. Disebabkan ‘kelebihan’ ini, di usia remaja aku selalu di dalam ketakutan waimah siang hari. Kisah yang aku nak ceritakan ni, ketika aku melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Shah Alam. Ini kisah teman seuniversiti aku. Tapi, tempiasnya dekat aku. Maksud tempias tu nanti-nanti lah aku akan cerita kat korang.

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

UNIVERSITI, SHAH ALAM

Di dalam dewan kuliah. Aku tercari-cari seorang gadis bernama Amalina atau lebih senang aku panggil Kak Lina. Kak Lina ni 3 tahun lebih tua dari aku. Kami sama-sama menuntut dalam jurusan Diploma yang sama. Tapi, hari ni dah 4 hari aku tak nampak kelibat Kak Lina. Sakitkah? Balik kampung kah?

Aku: Rita (rakan sekelas)!! Nampak Kak Lina tak?
Rita: Setahu aku Kak Lina tak berapa sihat. Aku ada jumpa dia semalam. Dia baru balik dari Darul Syifa’.
Aku: Iyeke?? Kenapa dengan Kak Lina?? Kak Lina ada cerita pape tak dekat ko?
Rita: Kak Lina ada cari ko. Ada2.. Dia ada cerita kat aku. Aku tanya jugak. Pe yang dia buat kat Darul Syifa’ tu.

Cerita dari Rita>>>>

Hujan lebat. Aku berlari-lari anak sambil menjinjit beg kuliahku. Agak berat. Maklumlah, ada beberapa buku teks yang perlu aku bawa mengikut jadual kuliahku. Setelah sampai di perhentian bas untuk berteduh, sebuah bas berhenti perlahan di depanku. Aku nampak susuk badan yang sangat aku kenali keluar menuruni tangga bas. Kak Lina?? Aku kenal sangat wajah ini. Rakan sekuliah ku.

Aku: Kak Lina!!
(Kak Lina menoleh ke arahku. Mencari suara yang memanggil namanya).
Aku: Kak Lina!! Sini!!
Kak Lina: Eh Rita! Assalammualaikum. Rita nak ke mana?
Aku: Waa’laikumsalam. Tak ke mana pun. Hujan lebat ni ha. Rita tak bawak payung pulak hari ni.
Kak Lina: Laaa. Jom la dengan akak sekali. Payung akak ni pun muat2 untuk kita berdua ni ha. Hihi.
Aku: Haaa… ok jugak tu akak. Nak tunggu hujan ni berhenti, memang tak la.

TOK! TOK! TOK!

Aku: Kak Lina!! Rita ni..
(Bilik aku terletak di bersebelahan blok bilik Kak Lina. Seusai menukar pakaian aku yang basah dek terkena hujan, aku terus mencapai beberapa helai kertas di atas katil aku dan menuju ke blok bilik Kak Lina. Aku nak bagi nota kuliah yang aku catat pagi tadi).
Kak Lina: Masuklah… Bilik tak kunci.
Rita: Akak.. Ni nota pagi tadi. Nape akak tak datang kuliah? 2 hari dah akak ponteng ni. Seronok ek. Hihi..
(Kak Lina senyap. Tunduk. Nampak resah. Alamak! Celupar sangat mulut aku ni. Seronok je cakap orang tu ponteng. Entah-entah ada masalah besar)
Rita: Sory Kak Lina. Kak Lina ada masalah ke?
Kak Lina: Akak kena buatan orang. Akak tengah cuba berubat sekarang ni.
Rita: What??? Sape yang buat akak? Akak tau ke?
Kak Lina: Nantilah akak cerita. Bagitau Jade yang akak nak jumpa dia. Nanti akak cerita kat korang berdua. Mungkin esok, akak pergi bilik korang k.
Rita: Ok akak. Akak datang tau. Nanti Rita bagitau Jade.

β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”β€”

Aku menaip laju. Tak sabar rasa hati ingin tahu tentang Kak Lina. ‘Assalammualaikum, akak. Akak buat ape tu? Meh la datang bilik Jade. Rita de bagitau yang akak nak cite something kat kitaorang. Kitaorang tunggu tau. Take care, akak.’ Aku terus menekan butang SEND.

TING!TING! Message dari Kak Lina. `Waa’laikumsalam. Akak on the way ke bilik korang ni.Β΄

Aku dan Rita sabar menunggu.

Aku: Kak Lina apa kabar? Kami risau dengan akak.
Kak Lina: Akak kene buatan orang. Sebelum ni, akak berubat dengan seorang ustaz. Ada seseorang yang tak puas hati dan berdendam dengan akak.
(Tunduk. Sayu) Orang yang santau akak tu lelaki. Akak kenal.
Rita: Akak ade cuba tanya laki tu tak??
Kak Lina: Ada. Akak rasa marah dan sakit hati sangat kat dia. Dia takkan berputus asa.
Aku: Lelaki tu nak apa dari akak? Kawan rapat akak ke?

Cerita dari Kak Lina>>>>

Sesak. Bising. Ramai sangat orang hari ni. Mahu tak mahu, akak terpaksa redah sambil menarik luggage yang agak besar. Akak terus ke kaunter tiket. Selesai. Satu tiket bas ke Terengganu akak selitkan dalam wallet. Mata akak melilau. Mencari bangku kosong. Penat. Perjalanan dari Shah Alam ke Pudu Sentral seakan jauh berjam-jam lamanya. Mengeluh. Tempat duduk penuh. Akak berjalan perlahan ke arah tiang berdekatan di tempat akak berdiri. Akak rapatkan luggage di sisi. Risau. Nanti tak pasal2 kena rompak.

Sedang akak berdiri, tiba-tiba seorang lelaki berjalan ke arah akak. Badan agak kurus dan tidak berapa tinggi. Berkulit sawo matang. Nampak kemas. Mungkin berusia 40an.

Lelaki: Hi. Awak sorang ke?
Aku: Saya kenal awak ke?
(Sejujurnya hati akak berbunga-bunga. Iyelah, kali pertama ada jejaka tampan datang menyapa. Maklumlah, akak ni bukan lah seorang gadis yang cantik. Badan saiz XL. Tudung dan pakaian pulak tak up to date langsung. Macam makcik-makcik)
Lelaki: Tak kenal pun. Saya baru hantar adik naik bas. Kebetulan tengok awak berdiri kat sini sorang2. Tu saja nak tegur. Saya Haziq.
Aku: Oh yeke. Saya Amalina. Panggil Lina je.
(Tersenyum malu)
Lelaki: Awak ada masa tak? Jangan risau. Saya berniat baik. Cuma nak berkenalan.
Aku: Maaflah. Bas saya gerak dalam 2 jam lagi.
Lelaki: Alaaa… awak balik esok laa.. Kita pegi tengok wayang ke. Awak tidolah kat KL dulu malam ni.
(Senyum)
Aku: Eh saya tak kenal awak. Maaflah. Saya tak berminat dengan ajakan awak ni.
Lelaki: Mmmhh takpe la. Kalau macam tu, boleh tak saya nak no phone awak? Kita boleh jumpa lagi lain hari.
Aku: Ok. Ni no saya. 019-*** ****.
(Laju akak bersetuju. Sebabnya, akak berminat jugak nak kenal mamat ni)

Selepas 4 bulan kami kenal, kami berjumpa.. akak dapat tahu yang dia suami orang!! Sedih! Marah!

Aku: Sampai hati awak buat saya macam ni.
(Tanpa dapat menahan rasa sedih dan amarah, akak menangis sepuas-puasnya)
Lelaki: Saya tetap nak kawen dengan awak jugak. Saya dah tak sayang isteri saya lagi. Hanya awak je cinta hati saya.
Aku: Tak! Saya taknak! Saya taknak jumpa awak lagi.

2 minggu berlalu. Akak cuba untuk lupakan Haziq. Jantan tak guna! Akak bersyukur. Allah tunjukkan kebenaran pada akak sebelum akak setuju bernikah.

Kolej. Macam biasa, seusai menyiapkan assignment yang diberikan pensyarah, akak terus bersiap untuk tidur. Tapi, malam ni akak rasa lain sangat. Sejuk bukan seperti malam-malam biasa. Bulu roma merinding. Akak toleh kat katil sebelah, teman sebilik akak sudah nyenyak tidur. Bismillah, akak cuba pejamkan mata. Rapat. Tiba-tiba akak dengar bunyi dengusan. Kuat. Bacaan ayat al Quran berterusan membasahi bibir. Bunyi dengusan itu hilang. Tapi, pe yang terjadi ni tidak terhenti di situ. Setiap malam akak diganggu oleh lembaga menyerupai seorang lelaki botak. Hitam pekat. Dan semakin hari, kemaluan akak berasa sakit dan ngilu. Tiada siapa yang tau apa yang akak alami.

Akak terus berjumpa beberapa ustaz dan yang terakhir akak ke Darul Syifa’. Ada seorang ustaz ni bagitau akak. Ustaz ni akak jumpa sebelum akak pergi ke Darul Syifa’. Ustaz Hadi berasal dari Shah Alam. Akak pernah tanya kenapa lelaki ni buat macam ni kat akak. Dan siapa lembaga hitam yang selalu ada dengan akak setiap malam akak tidur. Ustaz Hadi cakap, yang buat akak ni berdendam sangat dengan akak. Sakit hati sebab akak tolak lamaran dia. Dia pun menghantar `sesuatuΒ΄ yang tak baik kat akak. Lembaga hitam ni dihantar tuannya untuk tidur dan merogol akak setiap malam. Disebabkan itu la akak selalu rasa sakit-sakit di bahagian bawah. Lepas akak dengar apa yang ustaz tu cakap, Allahuakbar. Akak menangis semahu-mahunya. Salah akak jugak berkenalan dengan mamat yang akak tak tau asal usul. Setelah 2 bulan berlalu, dan hari ni tiba2 akak rasa terpanggil nak cerita kat korang.

KAMI TERGAMAM.. Aku seakan tak percaya apa yang Kak Lina ceritakan sebentar tadi. Kami tergamam seketika. Mau taknye, satu lembaga lelaki datang tidur setiap malam. Bukan sahaja tidur, tapi melakukan benda terkutuk. Aku tak dapat bayangkan kalau aku di tempat Kak Lina. Nauzubillah..

Aku: Akak, akak kene kuat. So, apa akak nak buat sekarang ni?
Rita: Akak bagitau lah kat family akak ataupun explain elok2 kat jantan jahat tu.
Kak Lina: Akak tak boleh bagitau family. Mak akak sakit sekarang ni. Akak tak tau nak buat pe sekarang ni. Dan setiap kali akak call si jantan keparat tu, dia cuma gelak dan katanya dia takkan berputus asa.

Aku&Rita: Allahhh..

Kesian Kak Lina. Dah berbulan hadap benda ni sorang-sorang.

Kak Lina: Boleh tak Kak Lina tumpang tidur bilik korang?
Aku&Lina: Errr…
(Kami pandang satu sama lain. Actually, kami rasa seram nak bagi Kak Lina tumpang tidur bilik kitaorang. Bilik aku dengan Rita bersebelahan je)

Aku akan sambung episod seterusnya. Episod lepas ni berkaitan tempias yang aku cakapkan di awal-awal entry aku. Terima Kasih sebab sudi baca πŸ™‚
Selamat Malam.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Jade

6 thoughts on “SAYA TETAP NAK KAHWIN DENGAN AWAK JUGAK!”

  1. knp cerita ni x de sambungan seterusnya n lasted update adalah pada July 10, 2017, ni dh 2019, ape kesudahan cerita ni? klu cerita sambung2ni kan , pada pendapat sy lar kan baik jgn publish admin sbb selalunya x habis n cerita tergantung membuat kami ternanti2 n end of d day kami sebagai pembaca rasa kecewa tanpa mengetahui aper kesudahan cerita2 cam ni….
    *Jade cerita awak ni best, hope awak sambung balik cerita ni, kami nak tahu aper kesudahan K.Lina awak dan apakah tempias yang awak terkena disebabkan oleh kejadian yg menimpa K.Lina awak?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.