Sebelum Subuh.

Kisah ini berlaku 30 tahun yang lalu Di Taman Jurong Singapura.Ketika itu aku berusia 10 tahun.Mungkin sejarah hidup aku ni agak jarang berlaku pada pelajar sekolah yang lain lebih-lebih lagi di zaman ini.

Cerita dia macam ni. Aku menetap di Taman Jurong Singapura dan bersekolah di Sekolah Ayer Molek johor bahru dan aku berulang-alik setiap hari.Di waktu itu memang ramai pelajar berulang alik lebih- lebih lagi ada keretapi Tarah melayu (KTM) Navy malaysia. kebanyakkan anak-anak mereka bersekolah dijohor bahru dan menetap diquaters yang disediakan oleh kerajaan Malaysia.

Kes aku pula sebab Abah warganegara diSingapura dan Emak Malaysia dan menetap di Singapura.ketika itu aku guna permit jangka panjang sebab aku dilahirkan di Malaysia. Perjalanan ke Sekolah memakan masa yang lama jadi kami harus keluar awal pagi untuk elakkn kesesakkan di woodlands check point. Seawal 4.30 pagi kami akan bangun dan arwah abah akan tunggu dibawah dengan bas.Arwah abah ketika itu berkerja sebagai pemandu bas kilang jadi Abah akan hantar ke bus stop berdekatan jadi kami akan sambung naik bas 170 ke johor bahru.

Disebabkan perjalanan agak jauh jadi emak akan hantar kami 2 beradik setiap hari.Aku anak yang sulong dan adik perempuan yg ketika itu 2 tahun muda dari ku.
Kejadian ini berlaku di waktu pagi sebelum subuh….

Aku seperti biasa bersiap-siap ke sekolah.Lumrah harian aku ni selalunya lambat bangun kerana kepenatan berulang alik dan kadang-kadang pukul 8malan baru sampai rumah kerana seharian di sekolah. Sekolah Agama dan bersekolah kebangsaan pula. Tapi pagi tu semuanya berjalan lancar. Aku dan cepat siap tudung sekolah pun cantik awningnya. Aku pun keluar sambil menjenguk Abah dibawah kalau bas dia dah sampai. Kami tinggal ditingkat 8 .

Sedang aku asyik tggu Abah diluar sambil tunggu emak dan adik bersiap aku ternampak seorang perempuan sedang menyapu dihujung tangga. Berbaju merah jambu lembut paras bawah dari lutut berambut megerbang tak panjang sangat lebih dari paras bahu dan menunduk memegang penyapu bawah matanya hitam

.Lama juga aku perhatikan dia.Setiap gerak geri. ketika itu aku masih budak jadi aku tak fikir Benda yang bukan-bukan. Aku perhatikan perempuan itu jadi aku bersedia untuk beralih tempat sekiranya dia nak sapu pula didepan rumah ku. Tapi bila aku perhatikan perempuan yang memakai baju merah jambu lembut itu penyapu nya langsung tidak Bergerak. Seolah olah dia berdiri sahaja disitu. Membuatkan bulu Roma ku meremang dan tiba tiba aku rasa seram sampai ke tengkuk aku rasa sejuk!Dalam hati ku berkata manusia ke ni?

Aku perlahan lahan masuk kedalam rumah dan menutup pintu dgn perlahan konon takut didengari oleh perempuan itu.Dalam rumah aku panggil emak ku dengan tercungap- cungap.”Emak ada perempuan rambut kembang tengah Sapu Kat hujung tangga tu!”Emak terperanjat dan takut untuk keluar tengok dan disebabkan peristiwa itu emak aku tak naik bas dengan Abah. Kami keluar lewat selepas subuh kerana takut ternampak perempuan rambut kembang itu. Bila Tanya Abah. Abah cakap memang tidak ada perempuan yang aku cakap itu berkerja disitu dan kalau ada mesti Abah akan nampak dulu kerana Abah yang dulu keluar ambil bas di tempat parking.

Aku ingot cerita ini hingga kesaat ini kerana iannya jadi Satu pengalaman yang seram buat aku syukur perempuan itu tidak mengilai atau buat perkara yang menakutkan.Dalam fikiran aku waktu itu hantu mesti baju putih rambut panjang sampai lantai tapi ternyata tidak.Dia boleh menyamar dengan berbagai rupa.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 21 Average: 4.8]
Hazz

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.