Selamat sejahtera admin dan para pembaca. Sebelum nak mula cerita aku ialah seorang pelajar yang sedang menuntut di salah satu institut pendidikan di Bangi, Selangor. Nak di jadikan cerita aku dan beberapa rakan yang lain dalam usaha cari rumah sewa untuk sem hadapan. Pada awalnya kami dah dapat satu rumah tapi di sebabkan beberapa perkara kami terpaksa cari rumah yang lain.
Dan akhirnya kawan aku dia jumpa satu kawasan perumahan yang jauh dari tempat belajar kami. Di sebabkan harga agak berpatutan dan tuan rumah tu agak baik kami terima dan seterusnya kami menyewa di rumah tersebut.
Minggu pertama tak ada apa yang terjadi. Masuk minggu ke dua, tengahari lepas aku habis kelas aku balik terus ke rumah. Waktu tu aku sorang diri. Di sebabkan penat belum sempat solat zuhur semua aku terlelap. Dan aku bermimpi. Aku mimpi seorang gadis yang terlelap sama di sebelah aku. Aku terjaga perhati keadaan sekeliling. Tak ada sesiapa. Lepastu aku pun biarkan lah sebab orang kata kalau mimpi siang hari ni mengarut je.
Malam tu pula aku tidur sorang. Sebab yang lain ada study group dekat luar and few lagi dah tidur. Yang keluar tu roommate aku. Sekali lagi aku terlelap dan bermimpi. Kali ni aku mimpi perempuan tadi baring sebelah aku tapi membelakangkan aku. Aku terus terjaga. Waktu terjaga aku nampak kelibat orang baru keluar dari bilik. Aku baran lah. Sebab aku ni jenis tak boleh pintu tak bertutup. Aku bangun then keluar nak cari siapa yang keluar then tak tutup.
Aku tngk ruang tamu kosong. Aku pergi master bedroom. “Tadi siapa masuk pintu tak tutup pula tu?” Soal aku sebaik sahaja memulas tombol pintu bilik tersebut. Yup bilik tu kosong. Dan bilik lagi satu pun sama. Waktu tu aku dah cuak. Tengok jam baru pukul 11 tak silap aku. Aku pun nak masuk ke bilik dan ambik fon. Tapi pintu aku tetiba bunyi macam ada orang tutup dan kunci dari dalam. Dari situ aku dah tak sedap hati. Aku nak keluar kunci rumah dalam bilik. Aku pula tak berbaju. Last2 aku ambik baju kawan aku dan terus keluar.
Waktu nak keluar tu nasib baik pula kawan aku 3 orang baru balik. Diorang pun tanya nak keluar ke. Aku jawab tak. Cuma nak ambik angin. Aku tak jadi nak cerita sebab ada kawan aku sorang tu dia benda macam ni takut sikit. Jadi aku batalkan niat dan berdiam diri. Esoknya pula aku tidur dalam kelas sebab kelas cancel.
Geram betul aku waktu tu kelas cancel semua diam. Terpaksa aku tanya lecturer. Jadi di sebabkan lepastu ada kelas jadi aku stay dalam satu kelas ni dan tidur. Lagi sekali aku mimpi gadis sama. Tapi kali ni dalam mimpi aku dia berdiri dekat depan aku. Tersentap terus aku. Padahal kelas tu ada air con tapi aku berpeluh. Terperanjat punya pasal.
Balik tu aku telefon mak aku. Mak aku cakap mimpi siang hari ni jangan layan sangat. Lepastu aku cakap juga pasal malam hari pun aku mimpi. Mak aku pun suruh aku dgn housemate satu rumah solat berjamaah dan baca doa ramai ramai. Sebab baru masukkan. Sebenarnya kita orang dah buat benda ni waktu hari pertama masuk. Jadi aku iyakan je lah cadangan mak aku.
Malam tu pula kita orang satu rumah pergi tengok wayang. Waktu dalam kereta ni aku cuba bukak kisah seram aku nak pancing sama ada kawan aku ada mimpi apa yang aku mimpi tak. Lepas sedap cerita semua. Aku sajalah cakap “rumah sewa kita ni nasib okay, setakat ni tak ada apa lagi.” Waktu habis je aku cakap tu kawan aku yang drive ni mcm terperanjat dan dia tertekan brek sikit. Terkejut beruk semua dalam tu. Dari situ aku dah syak tapi aku diamkan. Aku tunggu masa yang sesuai nak sembang berdua dengan dia.
Dalam sebulan duduk situ setiap minggu tu setiap malam mesti aku mimpi benda yang sama. Ye gadis yang aku tak pernah nampak muka dia. Sampai sekali tu. Aku terpaksa duduk sorang dekat rumah sebab study week aku dah plan dengan classmate aku. Housemate aku semua dah balik. Lepas habis study group malam tu aku balik terus. Mulanya cuak juga aku yerlah keluar petang balik malam. Rumah gelap duduk sorang je. Jiran kawasan situ sunyi je. Masuk je aku terus buka semua lampu dan tv.
Tengah sedap aku tengok cerita dekat tv2. Aku dengar bunyi orang buka pintu bilik aku. Aku dah takut masa tu. Tapi aku tenang. Aku kuatkan suara tv. Lepastu pintu lagi satu pula terbuka. Pintu tu pula selari dengan posisi sofa yang aku duduk. Hujung mata aku perhati je pintu tu terbukak perlahan lahan. Aku dah beristigfar panjang. Urut dada then pandang telefon. Aku bukak youtube dan bukak video recommend. Tv aku masih biar buka. Tapi kali ni bunyi orang ketuk pintu rumah pula. Kuat sampai bergegar aku nampak pintu rumah aku. Aku sambil takut tu aku cakap awak salah rumah. Bukan rumah ni. Prang! Bunyi pintu bilik kena tutup.
Waktu tu aku terus rasa macam seminit tu bersamaan dengan sejam. Dan aku terlelap. Lagi sekali aku mimpi perempuan tadi. Ye kali ni aku mimpi perempuan tu tengah tendang pintu rumah aku. Aku tersentap dan terjaga dengar azan subuh terus lega. Aku ambik beg duit kunci motor telefon dengan baju semua pergi sembahyang dekat masjid berdekatan situ. Solat then aku mandi dekat situ. Waktu tu ada kuliah subuh aku ikut serta. Aku dengar imam tu cerita pasal kematian. Meremang bola roma aku. Lepas habis kuliah tu aku jenguk imam tu.
Dia pun tanya student sini ke. Aku angguk lah. Lepastu aku tanya dia pasal mimpi. Boleh percaya ke tak mimpi ni sebenarnya. Dan apa mimpi dalam pandangan islam. Lepastu dia cerita dekat aku tentang mimpi dalam ayat alQuran dalam hadith. Lepas imam tu terang dia cakap dengan aku. “Mimpi ni ada yang baik ada yang buruk.” Saya ni pun bukan reti nak tafsir mimpi ni semua. Kalau awak rasa mimpi awak tu baik. Bersyukur lah. Kalau rasa mimpi buruk sentiasa, berdoalah. Insha Allah ada penyelesaiannya.” Lepas dengar imam tu nasihat aku terus cakap terima kasih. Dan terus balik rumah. Aku kemas rumah sambil pasang alunan ayat alQuran.
Tapi kami duduk situ satu sem je. Di sebabkan kawan aku yang sorang ni katanya rumah ni jauh dia ajak kitaorg cari rumah dekat. Senang sikit nak ulang alik waktu gap kelas lama. Dekat sikit katanya. Lepas dah berbincang kita orang setuju. Aku pun selama beberapa bulan duduk situ. Aku tetap mimpi benda tersebut. Sampai sekarang aku tak tahu apa sebabnya. Jadi aku biarkan misteri menyelubungi diri aku. Terima kasih semua sebab membaca!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
seram sangat . hahahahahahahah
seram sangat . hahahahahahahah. nanti kalau aq ade cite seram aqpon nk sebarkanlah. hahahhahahaahhahaha
Kata nk tanya member tu? X de citer pn??…
Nk gak tau 🙂
Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri better cari tau cepat² apa mksud d sblik mimpi kau tuh yelaa asik mimpi benda yg sama kan msti ada something jeng jeng jeng
misteri gak ni..camne leyh mimpi pompuan tu je yer