Assalamualaikum w.b.t semua.
Nama saya Czar (bukan nama sebenar). Terima kasih buat admin yang sudi menyiarkan cerita saya. Kisah yang akan saya ceritakan sebentar lagi merupakan sebahagian daripada pengalaman saya sendiri. Segala-galanya bermula ketika saya berumur 16 tahun. Waktu tu cuti pertengahan semester pertama baru bermula. Memandangkan keadaan kesihatan datuk saya yang kurang baik, kami sekeluarga dijadualkan akan menghabiskan cuti seminggu di kampung.
Rutin seharian yang akan saya lakukan bersama dengan adik-beradik saya setiap kali balik ke kampung ialah menemani nenek pergi ke kebun. Sementelah ibu dan ayah pula akan bergerak ke tempat kerja yang terletak lebih kurang sejam setengah perjalanan dari kampung. Walaupun agak jauh untuk berulang-alik, tetapi ibu dan ayah gagahkan juga kerana takut sesuatu yang buruk menimpa atok.
Pagi yang damai itu, seperti biasa kami 5 beradik menemani nenek pergi ke kebun. Dalam perjalanan ke kebun, kami dipagut rasa hairan apabila melihat kereta ibu dan ayah dipandu menuju ke rumah nenek. Abang saya yang turut perasan akan kehadiran kereta ayah turut memanggil nenek yang sudah agak jauh ke depan. Kami pun berpatah balik ke rumah apabila melihat ibu menggamit pulang.
Sebaik sahaja sampai, ibu menyuakan kerusi lalu mengajak nenek duduk. Saya diarahkan mengambil segelas air untuk nenek bagi melepaskan haus dan lelah. Ibu kelihatan mengusap-usap belakang nenek. Nenek yang perasan akan kelakuan ibu bertanya apakah sebenarnya yang telah berlaku. Dengan penuh berhati-hati, ibu menyampaikan khabar duka buat nenek dan kami semua. Ya, atok telah pergi buat selama-lamanya. Kami semua terkedu. Saya mencuri pandang ke arah nenek dan kelihatan nenek sedang menyeka air mata yang bertakung di tubir matanya.
Upacara pengebumian arwah atok telah 3 hari berlalu. Nenek masih kelihatan tidak bermaya dan sering termenung. Malam itu saya membuat keputusan untuk menemankan nenek tidur. Sebelum memejamkan mata, saya melayan nenek bercerita tentang arwah atok. Saya tidak pasti bagaimana saya boleh terlelap, tetapi malam itu saya bermimpi tentang arwah atok. Berlatar belakangkan rangka rumah lama, atok memberitahu hajatnya untuk memberikan hadiah kepada saya. Tetapi saya harus mengambil sendiri hadiah tersebut yang telah diletakkan di atas sepohon limau kasturi di hujung rangka rumah tersebut. Saya mengangguk setuju lalu memulakan perjalanan ke arah pohon limau kasturi.
Hairan! Itulah perkataan yang bermain di benak saya ketika itu. Manakan tidak, rumah yang saya perlu lalui itu hanya tinggal rangka tetapi saya perlu memanjat dan menjelajah setiap rangka dan tiang rumah tersebut yang cukup tinggi dan saya hampir terjatuh kerana kayu alang tempat berpaut itu tiba-tiba patah. Namun saya berjaya juga sampai dan berdiri di bawah pokok itu. Sekali lagi saya diterpa rasa hairan, pokok limau kasturi ini sebenarnya hidup dalam realiti tetapi menunggu masa untuk m**i sahaja kerana usianya yang sudah terlalu tua. Menurut pakcik saya, pokok limau kasturi itu antara pokok yang tertua dan masih hidup yang telah ditanam oleh atok. Tetapi di hadapan ini saya melihat sebatang pohon yang gah berdiri subur dengan daun yang merimbun. Duri pohon tersebut yang kelihatan cukup tajam menggoyahkan sedikit niat saya untuk menaklukinya. Walau bagaimanapun, saya berjaya juga sampai ke puncak pokok tersebut dan mengambil satu bungkusan putih yang dikatakan sebagai hadiah oleh arwah atok. Sebaik sahaja bungkusan putih itu berada di tangan, saya terjaga dari mimpi.
Selama dua hari saya memendam rasa dari menceritakan mimpi itu kepada nenek. Sehinggalah hari ketujuh kepergian atok, ketika kami mengemaskan almari barang kepunyaan atok, saya terjumpa sebuah buku nota lama.
Saya sempat membelek buku tersebut dan terlihat beberapa nota dalam tulisan jawi dan gambarajah telapak tangan dan mata. Belum sempat saya membacanya, buku itu telah diambil oleh pakcik saya. Pakcik bertanyakan bagaimana dan dimana saya jumpa buku tersebut dan saya menunjukkan tempat di mana buku itu saya ambil. Menurut pakcik, dia telah mencari buku itu dari hari pertama kepergian atok tetapi tidak terjumpa dan saya dituduh menyembunyikan buku tersebut. Nenek yang terdengar pakcik memarahi saya datang menyelamatkan keadaan. Nenek meminta pakcik agar menyerahkan buku itu kepada saya kerana saya yang telah menemuinya. Tetapi pakcik enggan dan berlalu pergi. Dan pada hari itu saya telah menceritakan mimpi saya kepada nenek.
Berdasarkan mimpi tersebut, nenek telah memberitahu bahawa arwah atok telah mewariskan kepandaiannya kepada saya. Ketika itu saya baru berusia 16 tahun dan tidak arif tentang ilmu yang dikatakan telah diwariskan kepada saya. Saya tidak tahu bahawa dengan mewarisi ilmu tersebut, hijab saya akan terbuka, gerak hati saya lebih tajam, mimpi saya membawa makna tertentu dan kebolehan mengurut yang menjamin kesembuhan kepada pesakit. Dan yang lebih malang lagi, saya tidak tahu bahawa ilmu yang telah saya warisi itu sebenarnya adalah SAKA!
Ia datang menuntut janji untuk diwarisi secara turun temurun dari generasi ke generasi yang lain. Ia datang untuk memberikan khidmatnya kepada penyerunya. Ia akan berseteru dengan semua yang berseteru dengan tuannya. Diwarisi tanpa diminta dan dipuja. Ia datang lewat tabir mimpi dengan segala tipu dayanya. Membuangnya bererti d***h taruhannya! Ya Allah, aku berlindung kepadamu daripada tipu daya syaitan dan sekutunya. Hanya kepada-Mu tempatku berserah, dan hanya Engkaulah sebaik-baik penolong. Bantulah hambamu yang lemah ini dari tipudaya syaitan dan sekutunya. Aamin.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hmm macam nama dj. apa rasa hijab trbuka?
rasa serba salah..
hmm aku pun rasa nak starlet dahi kau tok. ahahaha
kau sebat je bont dy tu armyy… hahahah
oi. nabi tak ngaku umat wehhhh
aku suruh sebat tu maksudnye libas la.. aku tak suruh kau buat benda ngarut.. hahahhaa otak kuning memanjang kau ni
hmmm sorry la. aku rasa aku kena sampuk jin kuning la.
hahaha patutlah aku tengok kau pun dah lebih kurang jin je
dik oo dik hahaha abg baca ni..
adehhh tak boleh edit pulak dah.. hahaha buat2 tak nampak je la
ehh wahh abg x nmpk la.. haha
haaa gud boy.. jom maira belanje abag mekciken dilaks.. haha
abg nak mekdilaks ciken kurang mahal k.. nak 2 set
mekdilaks ciken tak jual lg.. hahahaha
Haha…sian..serba salah secara tiba2
awak x blend dgn joke kampung bunian kami.. haha
tulah kita pun tak blend dengan diaorang juga ni hahahah
hmm sampai hati ko kak. aku ni peminat cerita ko tau. ada la sikit tersinggung
Hahahaha saja je nak tarik perhatian ko armyy hahaahha jgn majok2 baru je aku nak belanja kepci mcdilak
aku nak johnny rocket kak, mahal sikit
Jgn memilihh…. bege ramlee pon boleh. Hahahaha utamakan makann malaysia
CN blend da… cuma x masuk kampung lg la haha
hai nia, rasa macam kita pernah jumpa lah
Jgn menggatal myyy
aduhhh perasan lak dia
Akk ko ni peratiii je ke mana ko pg
Jawapan ayah memang win..
ayah always win anakku.. haha
Tumpang..hehe
Anak keberapa kepada singkong tu. Besar dabak mcm ni dh anak dia
RC anak sulung..biasa lah tu cik CN..ayah kawin muda..
Second! Hari ni seharian aku boleh baca fa tanpa gangguan keje
amboii kak nas…. berjimba ye
aku hari ni buat keje melepak hahahah ko buat apa tu
maira macam biasalah kak.. buat kerja sambil bergosip dgn budak2 ni.. sambil menyelit komen2 dekat sini.. hahahaha
untuk boleh bergosip aku forever alone.. sedih.. laki jauh di sabah hahahah
hahahha meh join kitorang kak.. fb??
Haaaa fb ada nnti ko add aku ke ataupon ko ada fb group add aku cepat
meh fb kak nas.. maira add
Ko satu tmpat keje ngn medicak. Yulie. Bambam semua tu ke
tak tak takkk. haha
Eh taklah kak nas.. kami berlainan tanah jajahan
Tahniahhh..dapat tempat ke-2..
ko mesti cemburukan hahahah
Ish³..x baik cik CN buat andaian begitu..haha
**Adalah..tapi sikit je..haha
Tahniah la dapat ke-2~~ Nanti banyak-banyak share cite lagi yer….
Hahahahah boleh aje aku tgah buat cite sedih cmpor penbunuhan cmpor kekejaman cmpor kekeluargaan ni
sampai situ je ke Czar? best cerita ni. After kau dah tahu itu SAKA, ape jadi? cerita ni ade sambungan ke tak?
Mcm2 jadi dek non… 😂😂😂
7/10
ada sambungan tak?
meh adik tolong sambung… hahaha
sinopsis plishhhhh
bermulanya di sini mnceritakan tentang seorang cucu yg di pilih sebagai pewaris ilmu oleh saka itu melalui mimpi..
Sekian
hekk eleh… setakat sekentut ayam gitu.. macam takde je sinopsis nye. hahahaha
paling ringkas la tu .. yg lain setori pasal dia balik kmpung masuk kebun.. nak g kebun x jadi..tido ngan nenek..nenek setori pasal arwah atok.. dapat mimpi.. kemas almari atok.. jumpa buku..pacik ambik buku tu.. cerita mimpi dkt nenek.. nenek ckp dia waris ilmu.. dapat tau ilmu tu adalah saka..
lebih kurang la ni..
hahaha lurus jugak abg aku ni ea?? hahaha tQ
sebagai pemimpin keluarga abg kena d jalan yg lurus.. haha
acehhh hahaha yg ni maira kena pertimbangkan dulu
la kenapa pula.. haha
kena abg… sebab utk akak bunga.. kahkahkah
hahaha.. abang setuju je la
sebut je akak bunga terus setuju ea?? akak bunga baca FS x?
budak kecik tu penakut.. abg cerita pintu blkng rumah abg terbuka sndiri pun dia da bising.. haha
budak kecik la sangat.. hahaha dy tu akak maira tau. kah!
padanlah muka pasni
amboi.. trus beralih team nampak..
errr… maira team mana ea sebenarnya??? amnesia jap
patut team abng.. jgn brubah dik haha
hahaha dengan syarat!!
syarat apa?
ermm jap fikir jap
Mungkin ada cara untuk membuangnya.
Semoga Allah melindungi anda sekeluarga.
Pernah try berubat nk buang tp syarat x pernah lengkap…
aik dh hbs??xde sambungan kerr??
meremang baca.. bahasa yang sangat best. sambung lagi cepat.
Betul saya setuju. Sedap bahasanya dan cerita pun best.
Nice..bercakap tentang hijab terbuka nie..nenek aku memiliki keistimewaan tersebut.. tapi teda siapa yang mewarisi nya sampai cucu nya sendiri termasuk aku..huhu
Best.. ada sambungan lagi tak?
Sila teruskan… #Menarik?
This is terrible…. may the Lord protect us all from evil…
kesiannya awak. tak apa laa, manfaat kan kebaikan yang ada ye.
tapi tulisan best, kemas. macam penulisan sastera 🙂
best ,,tak pepasal je jadi insan terpilih yekk….
just nice
Tinggi bahasa awak. Sedap je rasa bila baca. Mesti BM dulu A1 kan ??
“Rutin seharian yang akan saya lakukan bersama dengan adik-beradik saya setiap kali balik ke kampung ialah menemani nenek pergi ke kebun. Sementelah ibu dan ayah pula akan…”
Pandai awak guna perkataan ‘sementelah’. Jarang geng sajat nampak perkataan ni diguna terutama dlm FS ni.
‘Sementelah’ ni kata penyambung, lebih kurang macam perkataan ‘tetapi’ ‘manakala’ & etc… so kalau boleh elakkan guna perkataan2 macam ni sebagai permulaan kepada baris ayat baru.
“Ia datang menuntut janji untuk diwarisi secara turun temurun dari generasi ke generasi yang lain. Ia datang untuk memberikan khidmatnya kepada penyerunya. Ia akan berseteru dengan semua yang berseteru dengan tuannya. Diwarisi tanpa diminta dan dipuja. Ia datang lewat tabir mimpi dengan segala tipu dayanya. Membuangnya bererti d***h taruhannya!
Masih ramai lagi yang keliru beza antara ‘dari’ dan ‘daripada’
Dari: Tempat/ jarak
Daripada: perbuatan
Tapi walau macam manapun geng sajat suka ayat atas tu..
Bila baca balik ayat tu kan, geng sajat tefikir; awak ni writer ehh?
One more…
memang sedap perenggan last u tu (yg geng sajat copy/paste) tapi u kena buang banyak ‘nya’
sebab kerap sgt u guna, bila baca bosan kena sebut yg sama je dan lagi jadi something wrong keseluruhan ayat tu.
thank you
Saya kagum ngn sajat. Boleh belajr bahasa melayu sekali. Tq sajat!!
Thanks komen… Akan d murnikan jika terdaya nk menulis LG.
?
Huhuu….xtaw nk ckp ap..??
Bagi je kat pak cik yang cari tu xboleh ke? Transfer hakmilik haaahhahaaha
hm. memang betul lah tu. Segalanya bermula di sini ~ Hehehehehehehehe
Penggunaan kata yang menarik!?
P.S:Saya ada soalan,Saka tu dah dibuang ke belum??
👍
nenek pun… tak tahu ke laki ade saka. tak kesian kat cucu tak psl2 hidup susah akibat saka?