“SEJUK TAK? NAK PELUK??”

Salam FS readers,

Dah lama MakLang tak menulis di FS. Agak ke-bz-an dengan kerja. Anyway, harini MakLang free as a bird. So, MakLang nak share satu lagi kisah seram sejuk. As usual, MakLang tokok tambah sikit untuk tambahkan perisa seram yang sedia ada. So, lets!

“Abang.., semua hotel kat Kemaman da fully booked. Tak leh ke kita mintak tangguh pergi sana next week je? This week masih cuti sekolah sebab tu susah nak cari hotel. Even yang 2 star pun takde ni.”

“Tak leh syg., kerja ni urgent. Takpe la, syg tak yah follow. Abg g dengan Haqim n Wan je. Kalau takde tempat tido, kitorang bole tido dalam kete je. Takpun, singgah mana-mana masjid ke.”

“Mana bole abg, syg kena gak follow, nanti sape plak nak buat reporting keje? Takpela, kita redah je dulu. Biasa ada je hotel yang tak advertise online. Mesti ada yang kosong tu. InshaAllah.” Balas ku yakin. Suami hanya mendiamkan diri. Aku tahu dia tak berapa setuju. Tapi aku nak follow gak. Sebab aku nak berjalan. Reporting tu alasan je tu. huhuhu..

Maka bertolaklah kami suami isteri dan 2org pekerja ke Kemaman. Kami sampai kira-kira pukul 5pagi. Seperti yang kami jangka, semua hotel di Kemaman fully booked. Setelah puas round di sekitar pekan Kemaman mencari bilik, kami stop sekejap di suatu gerai tepi jalan untuk sarapan.

“Anak kalau nak cari bilik kosong, boleh cuba kat depan bustand lama tu. Situ bangunan lama jadi orang tak tahu sangat ada hotel kat situ. Tapi hotel takde bintang la.” Beritahu seorang pakcik pada suamiku.

Selepas sarapan, kami segera mencari hotel tanpa bintang itu. Hotel ini terletak di deret rumah kedai dan ianya memang bangunan lama yang agak uzur. Nasib kami baik, masih ada bilik kosong dan harga pun sangat murah. Tak sampai RM50 semalam untuk satu bilik. Kami ambil dua bilik iaitu bilik no 1 dan no 4. Selang 2 bilik. Namun pekerja hotel memberitahu bilik 2 dan 3 tiada penghuni kerana aircond rosak.

Sampai di depan bilik, aku pulas tombol pintu and tolak pintu kedalam untuk buka. At the same time, aku dapat rasa pintu aku ditolak dengan kuat dari dalam sehingga pintu yang baru separuh terbuka ditutup kembali. Hampi-hampir kena hidungku yang tak berapa nak mancung ni.

“Angin kuat agaknya tu, jenis pintu berat camni, memang senang la tertutup balik kalau kena tiup angin,” kata suamiku. Aku tahu, dia cube sedapkan hati sendiri. Aku hanya diam. Cuba husnuzon, maybe betul kata suamiku. Masuk saja dibilik, aku pandang sekeliling, tiada satu tingkap pun dalam bilik ini. Pintu toilet pun tertutup. Lantas, dari mana datangnya angin?

“takde apelah, hotel lama, pintu rosak la tu..” kata suamiku lagi. Maybe dia dapat membaca riak wajah isterinya yang nampak risau. Aku diamkan diri, hati ini mula rasa tak best, tapi aku tak nak luahkan. Jam sudah pukul 7pagi, suamiku dari malam tadi drive jadi aku tahu dia sangat letih dan mahu lelapkan mata seketika. Pukul 10 kami perlu ke site dan mulakan kerja. Jadi, tak sampai hatiku untuk meluahkan rasa tak best ini padanya. Aku sendiri rasa letih duduk lama dalam kereta dan kurang tidur. Jadi, aku terus baring sebelah suami and lelapkan mata.

Pukul 9pagi, aku terjaga. Suamiku masih berdengkur. Aku bangun dari katil and ambil barang mandian dalam beg untuk dibawa ke tandas. Sekali lagi aku pelik, toilet aku seperti baru lepas digunakan. Lantai basah especially kawasan shower. Cermin dalam tandas pun a bit kelabu sebab macam berkabus (taukan kalau lepas mandi air panas ke, mesti cermin macam berkabus kan?). Aku keluar semula melihat suamiku yang sedang nyenyak, tak nampak pula macam suamiku baru lepas mandi. Sekali lagi kuabaikan rasa tak best ini. Aku teruskan bersiap dan kejutkan suami.

“abang bangun.., Abg da mandi belum?” aku pura-pura bertanya.

“Belum lah.., tadi sampai kan abg terus tido. Mana towel abg?” suamiku terus bangun dari pembaringan and bersiap. Aku? Masih menahan diri untuk becerita kisah tandas basah pada suamiku.

Perbincangan dengan client berjalan lancar. Kami diberi satu hari untuk siapkan kerja. Selepas lunch, suami menghantar aku pulang ke hotel. Beliau, Haqim and Wan akan pergi ke site untuk siapkan kerja.

Aku hanya memandang kereta suami berlalu pergi. Asalnya aku nak berjalan-jalan di Pekan Kemaman namun hujan mula turun agak lebat membatalkan hasratku. Aku Tarik nafas panjang, aku tau ada penghuni lain dalam bilik hotel aku tapi apa lagi pilihan yang aku ada sekarang?

Untuk ke bilik aku, aku perlu menaiki tangga dan melalui bilik no 1, 2, 3 dan 4. Sebelah bilik aku adalah stor barang dan selepas itu bilik no 5 hingga 8. Aku kurang pasti samada bilik tersebut kosong atau berpenghuni. Dari tangga, aku dengar suara jeritan budak-budak sedang berkejaran. Aku menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya, aku tahu bukan aku sorang penghuni di level itu.

Aku tunduk sambil berjalan perlahan ke bilik no 4, iaitu bilik aku. Suara kanak-kanak bergurau semakin dekat n bingit. Aku tersenyum mendegar suara kanak-kanak itu menyanyi/menjerit. Namun, senyum ku mati bila aku tiba depan bilik no.4 iaitu bilikku. Kenapa? Kerana suara kanak-kanak yang aku dengar itu datangnya dari dalam bilikku. Dan aku semakin yakin keadaan itu sebab, aku boleh dengar salah seorang dari mereka menjerit “DIA DAH DATANG BALIK!!” dan.. tiba-tiba suasana jadi sunyi sesunyi sunyinyaaa… sampai aku boleh dngar degupan jantung aku sendiri.

Tak jadi aku masuk ke bilik. Laju aku turun tangga dan terus ke kaunter. Entah kenapa mulut aku jadi terlalu berat untuk mengadu pada pekerja kaunter. Lantas, aku pusing balik dan terus ke bilik aku semula. Gilakan? Ok, aku bagitahu kenapa aku tak jadi nak ngadu.

1st, kalau aku ngadu, maybe dia akan bg tukar bilik. Tapi still aras yang sama kan? At least, bilik aku sekarang dekat dengan tangga. Papehal aku leh lari.

2nd, aku malas nak jadi insan yang kuat ngadu, Dah la bilik murah. Banyak songeh plak. (ye, itu yang aku pikir)

3rd, buatnya dia ckp takyah stay sinila kalau banyak songeh, mana aku nk cari bilik? Suamiku kat site, takkan nak suh die balik semata2 aku dengar suara budak-budak dalam bilik?

4th, betul ke apa yang aku dengar tadi? Ke sebab penat so aku berhalusinasi??

Jadi dengan 20% keberanian, aku masuk balik ke bilik. Kalini dah tak dengar suara budak-budak. Walapun rasa tak best itu masih ada, tapi keadaan dah normal. Aku beri salam sebelum masuk ke bilik. And sempat plak aku cakap aku nak menumpang rehat je kat sini. Aku tak ganggu kau, please.., jangan ganggu aku.

Baikkan aku mintak izin?

Korang rasa hantu-hantu dalam bilik ni mesti tacing dengan kesopanan dan kesusilaan aku kan?

Silap! Hantu ni bagi aku sejam je rest dalam bilik tu. Pastu dia kembali menjadi hantu dengan menghantui aku! Apa dia buat??

Ok, lepas aku dengan sopannya mintak izin untuk rehat, aku pun membuka laptop dan bukak cite Running Man. Kelakar kan citer tu? So, aku pun gelak-gelak la tengok part-part yang lawak. Masalahya, yang hantu ni, dorang sambung gelak aku. Pastu dorang gelak part yang tak lawak plak tu. Terus aku off laptop and main hp plak. Camne ntah dalam takot-takot tu, aku bole lagi terlelap.

Tak lama pun aku lelap. Sebab tiba-tiba aku dengar sayup je bisikan suara garau bertanya “SEJUKTAK? NAK PELUK??” and terasa ada tangan tengah memeluk aku dengan kuat sampai aku sukar bernafas.

Masa ni, aku baca ayat Kursi, mula-mula tunggang langgang sebab aku panic. Lepas tu aku azan, pun tunggang langgang. Pastu aku baca balik Kursi dan kalini aku dapat baca dgn betul walaupun tersekat-sekat. Dan slow je aku rasa benda tu blah dari peluk aku. Aku da dapat bernafas dengan teratur semula.

Aku bangun, capai laptop dan terus keluar dari bilik. Aku stay kat lobby sampai laki aku balik petang tu. Aku nekad da, camne penat pun laki aku, aku nak check-out harini gak. Siang-siang hari pun hantu tu bole kacau aku dengan hebatnya. Kalau malam, silap haribulan di cekiknya aku hidup-hidup.

Namun, sebagai isteri misali, memandang suami yg baru pulang dari kerja site buat aku kunci kembali mulutku. Tak sampai hati aku tengok wajah keletihan sang suami dan staff2ku. Takpelah abg, demimu sanggupku menahan gangguan-gangguan ini semalam lagi.

Kami berempat keluar dalm pukul 9 untuk makan malam. Waktu makan, kedua staff aku mencadangkan untuk balik malam itu jugak. Kata mereka, biar penat sekali. Esok Ahad, so boleh rehat panjang. Aku hanya senyum. Aku tahu apa yang bermain di pikiran mereka. Pasti bilik mereka pun ada tetamu tidak diundang seperti bilik yang aku huni.

Namun suamiku kurang setuju, dia terlalu letih untuk drive katanya (suamiku sejenis yang tak percayakan org lain bawak kereta) Setelah berbincang, suami cakap bagi dia lelap dulu untuk 3-4 jam. Masing-masing setuju walaupun dalam hati berhuhuhu…

Pukul 11 kami masuk bilik masing-masing untuk tidur. Lampu ditutp, aircond dibuka dan kami laki bini tidur dengan aman tenteram…

owh aku lupa, hantu dalam bilik ini bukanla hantu yang belajar sivik. Mana mungkin mereka membiarkan kami tidur selena-lenanya. Jadi malam itu, kami berperang lagi. Sehingga hampir pukul 2 pagi, aku dan suami da give-up. Kami terus kemas beg baju and turun ke bawah. Konon-konon nak tunggu pekerja kami kat bawah je. Tak nak la ganggu dorang tido. Elok je kami sampai kat bawah, Haqim dengan Wan dah siap isap rokok sambil beg baju memasing berlambak tepi kaunter. Masing-masing senyum buat muka paham. Aku check-out malam tu jugak. Yang bestnya, orang kaunter ni cakap ‘terima kasih, datang lagi..” Maafla, memang aku tak kan jejak lagi kat hotel tu.

Dalam kereta, masing-masing diam. Sampaila masuk haiway, tiba-tiba suami aku bersuara.

“suka betul dorang kita keluar. Siap bagi tepukan gemuruh lagi..” aku tergelak. Aku sangka aku sorang je yang dengar ‘tepukan gemuruh’ masa kitorang berlari turun tangga tadi. Infact, aku siap dengar suara budak-budak jerit byee-byee beramai-ramai. Suka la tu.. dapat halau kitorang.

Akhirnya, masing-masing bukak citer gangguan-gangguan yang kami terima. Paling banyak opcoz la aku. Tapi aku tambah sikit, gangguan yang aku dapat lepas makan malam tadi.

Aku: before tidur, aku memang akan cuci muka dahulu. Tengah cuci muka, paip sinki stop kuarkan air. Bayangkan muka ko yang tengah penuh buih tu tak bercuci. Teraba-raba aku mencari kepala paip. Dok meraba-raba tu, terasa tanganku disambut kuku panjang. Terus aku menjerit panggil suami. (sebab suami ada ngengadala panggil suami. Sedangkan siang td kena kacau lagi extreme elok je aku hadap). Suami masuk bilik tengok takde pape pun. Ketuk2 sikit kepala paip tu, terus air keluar macam biasa. So aku teruskan basuh muka dan amik wudhuk.

Suami: sementara bini tengah guna tandas, aku duduk atas katil sambil tengok gambar-gambar kerja yang aku ambil siang tadi guna kamera digital. Sedang leka tengok, tiba-tiba depan aku muncul sorang budak mencangkung sambil tangan dia kat mulut suruh aku diam. Namun, budak tu takde hidung. Cuma mata and mulut sahaja. Terjenguk-jenguk memandang kearah pintu masuk bilik. Aku ikut pandang, tiba-tiba muncul lagi 2 org budak berlari-lari anak dari arah pintu masuk ke tandas. Tubuh mereka nampak nyata, tapi mereka bisa tembus kedinding macam asap. Aku tercengang, sampai jeritan isteri dalam tandas menyetak lamunanku. Waktu aku masuk tandas tengok wajah isteri penuh sabun. Sebelahnya pulak makhluk berbulu memandang tajam kearahku. Aku cuba untuk tidak panic, aku suruh isteri amik wudhuk dan berkemas-kemas. Nampak gayanya tak jadi kami bermalam disini.

Haqim: Dari sampai tadi aku da tak sedap hati dengan bilik ni. Dah la katil queensize. Tak minat aku tido sekatil dengan si Wan. Kang terpeluk jadi gay kapel plak. So, aku pun angkat comforter dengan bantal sebijik untuk tido kat bawah je. Elok aku angkat bantal, ada plak rambut segumpal panjang celah selimut. Aduyai! Ni da tanda tak best! Tak jadi aku amik bantal. Aku bantal lengan pun takpe. Baru nak lelap, rasa geli je kat telinga, aku bukak mata sikit, tengak helaian rambut panjang dekat kepala aku. Aku ni botak babe. Terus aku bangun azan kuat2! Si wan pandang aku sambil sengeh! “ko pun kena ke?” Tanya Wan.

Wan: Aku baru nak blah dari bilik tetiba aku tengok Haqim berdiri sambil azan. Lega aku rasa, sebab apa lega? Sebab aku ada geng nak rasa takut. Siang tadi aku da nampak benda bertenggek dekat aircond bilik. Aku da baca-baca apa yang patut, benda tu hilang. Pastu dia muncul lagi dalam toilet. Aku buat-buat tak nampak. Elok aku bukak almari nak amik baju, dia muncul plak belakang pintu. Pastu dengar plak si Haqim azan. Aku pandang dia, dia pandang aku. Memasing macam paham je angkut baju dengan beg keluar terus tak pandang lagi kat belakang.

Sebenarnya Haqim dan Wan ni lagi banyak gangguan yang dorang kena sejak dari siang. Sebab tu dorang cadang balik awal masa time makan malam tu. Tapi sebab dorang berebut-rebut nak bercerita, maka aku jadi kompius plak cita yang sebenar. So, untuk bagi korang pun tak kompius, aku skip je la kisah tu. Cukupla setakat ni. Jangan Tanya nama hotel sebab aku lupa. Resit pun hilang, maybe sebab kelam kabut nak lari dari hotel tu sampai tercicir. Yang aku ingat, depan tu ada bus stand.

Owh ye, kisah ni berlaku hujung tahun 2016 masa aku a.k.a MakLang and team ke Kemaman. Kalau tak seram, maaf la yea. By the way, yang nak baca cerita-cerita maklang before this kat FS, boleh taip #MakLang. Byebyeee..

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

MakLang

44 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *