Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca FS. Jadi disebabkan tak nak terlalu formal sangat aku cuma gunakan perkataan “ aku ‘’ jelah, maaf. Jadi aku ada dua buah cerita pendek yang tak terlalu seram tetapi juga ada unsur misteri, yang mana dua cerita ini berlaku pada tahun yang sama, iaitu 2013 dan benda ini berlaku dalam area rumah aku je, tak jauh pun.
CERITA PERTAMA.
Benda ni berlaku waktu petang yang mana waktu tu aku tengah makan. Sebelum tu nak bagitau yang rumah aku ada 3 buah pintu, iaitu pintu hadapan, pintu tengah dan pintu belakang. Pintu hadapan iaitu main door, pintu tengah di kawasan ruang tamu dan pintu belakang menghala ke dapur, yang mana pintu belakang ni kami dah tak guna pun. Dalam ketiga-tiga pintu ini cuma pintu tengah je yang guna kunci selak manakala yang lain bertombol. Aku makan di kawasan dapur berhampiran pintu belakang.
Back to the story, sambil makan tu aku sempat menonton TV yang terpasang di ruang tamu, tidak jauh dari pintu tengah yang ketika itu sedikit terbuka. Jarak aku dengan TV cuma dalam 5-6 langkah je. Jadi, dalam keasyikan aku melakukan dua pekerjaan tu, aku terperasan ada pergerakan di pintu tengah.
Pintu tu bergerak dengan perlahan-lahan seperti ada benda yang cuba menutup pintu tu dari dalam rumah. Mata aku yang tadinya tertancap di kaca TV, terus beralih kearah pintu yang tiba-tiba bergerak tu. Mulanya aku expect angin yang tiup pintu tu, so bila pintu itu betul-betul dalam keadaan tertutup rapat, aku menunggu samada pintu itu akan terbuka kembali ataupun tidak, sebab pintu yang menggunakan kunci selak akan terbuka sendiri bila dibuka selaknya. Namun yang menghairankan bilamana pintu tu tak terbuka kembali, sepertimana situasi jika pintu tu ditiup angin kuat. Aku yang kehairanan lantas membasuh tangan di singki belakang aku dan bangun menuju kearah pintu tu.
Aku amati di bahagian selak pintu tersebut dan aku dapati yang kuncinya sudah sedikit terselak kedalam, namun sudah cukup untuk mengunci pintu tu. Haa sudah macam mana pulak kunci pintu ni boleh terselak? Aku sendiri nampak yang takda sapa pun yang menutup pintu tu, macam mana pulak kuncinya boleh terselak sendiri? Takkan angin kot yang selak?
Perkara ni lantas aku beritahu kat mak aku selepas dia selesai solat Asar. Respon dia? Dia kata aku berhalusinasi. Aduh apa-apa jela. So korang rasa sapa agaknya yang kunci pintu tu? Sampai sekarang aku tak tahu.
CERITA KEDUA
Benda ni berlaku dalam anggaran pukul 7 petang macam tu. Antara tugas aku di rumah adalah membuang sampah ke dalam parit yang terletak di belakang rumah aku (Maaf sebab aku tahu tindakan aku ni mencemarkan alam sekitar). Jadi pada hari itu,
Mak : Ibay (nama samaran), pergi buang sampah ke belakang tu.
Aku : Dah nak maghrib la mak, buang esok jela.
Mak : Mana boleh, sampah tu dah banyak dah, nanti datang kucing pergi makan sampah tu nanti berteraburla balik sampah tu. (Lebih kurang macam ni alasannya)
Aku : Okla okla jap biar ibay buang.
Jadi dengan malasnya aku pun pergilah ambil sampah yang dah diletakkan di luar rumah, menuju kea rah parit melalui satu jalan kecil di tepi rumah. Sesampainya di tepi parit aku pun mencampakkan sampah-sampah tersebut kedalam parit tu, tapi waktu tu aku tak terus balik, aku berdiri sekejap di tepi parit tu sambal menikmati keadaan hutan di seberang parit tu di kala waktu maghrib.
Di saat aku leka memandang kearah hutan tu tiba-tiba kaki aku digesel oleh sesuatu benda yang berbulu ,aku pandang kebawah dan rupanya kucing jiran aku tengah gesel kaki aku. Taktaulah kot dia nak makan ikan ke atau nak makan penerajang aku ni Hahah tapi aku yakin dia follow aku since aku on the way ke belakang ni la. Jadi aku pun membongkokkan badan aku untuk bermain dengan dia. Dia pun layan jelah (dah arwah kucing ni)
Namun tak semena-mena kedengaran bunyi kicauan seekor burung yang agak kuat datang dari arah belakang aku. Terkejut dengan bunyi tu aku pun dengan perlahan-lahan mengalihkan pandangan aku kearah bunyi tu. Dikala aku nak pandang tu dari ekor mata aku dapat menangkap satu kelibat putih sedang berdiri dibelakang namun tak jelas apa bendanya tu.
Nah kalau dah macam tu apa lagi yang aku tunggu terus je aku buka langkah seribu menuju balik ke rumah aku. Di saat aku berlari tu aku ternampak satu kelibat putih pendek telah memintas larian aku , sekali rupanya kucing jiran aku tu pun turut lari sekali, ternyata dia lari lagi laju dari aku mungkin dia pun takut sekali. Sampai rumah aku terus tutup pintu sambil tenangkan diri yang macam dah nak tercabut jantung ni. Dahla nampak hantu, penat berlari lagi , mau gugur jantung wey.
Benda ni aku bagitau kat adik aku dan dia pun terkejut sekali dengan apa yang aku nampak sebelumnya. Agaknya benda tu cik Pon kot?
Jadi itu sahajalah perkongsian aku yang pendek ni. Maaf sebab tak seram tetapi itulah apa yang pernah berlaku 7 tahun lepas dan kedua-dua peristiwa ini berlaku hujung tahun. Terima kasih
Hantar kisah anda ; fiksyenshasha.com/submit
Tu maybe tok cong sbb dia xkejar balik maybe yea sebab xpasti
cerita pertama kau tu, aku pernah alami sendiri, aku terkunci kat luar bilik dari pagi sampai petang, petang tu warden datang tolong kopak kan pintu nya, pelik kan boleh terselak sendiri sebab ketat kot nak masuk kan dalam lubang tu!
Senja2 memang hantu akan mula berkeliaran. Memang Nabi dlm hadis dah pesan waktu senja maka kunci lah pintu dan tingkap serta bacalah basmalah. AKu sendiri pernah alami senja pergi kedai beli minyak tanah, kena kejar hantu tepi jalan.
lain kali buang sampah di tempat pembuangan sampah ye nak
tetiba rasa nak marah.. hilang mood membaca.. tolong buang sampah di tempat yg sepatutnya!!! menyusahkan org, mencemarkan alam.. make sure sekarang u tak buat dh.. advise sikit mak u tu & tolong nasihat anak2 u juga jangan ikut perangai u..
Hahah kat kampung aku memang dah zaman berzaman kitaorang buang sampah dalam sungai. Adoi