Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca fiksyen shasha. Terima kasih admin kerana sudi approve cerita saya. Kisah seram yang aku nak kongsikan ini terjadi masa aku di zaman sekolah menengah dulu.
Sekolah menengah aku ini terletak di sebuah kawasan sedang membangun di Cheras. Ceritanya bermula dgn sekolah aku ni agak famous la jugak dengan kisah2 seramnya. Ada satu blok ni merupakan kawasan larangan dekat sekolah ni, sebab banyak citer seram dan misteri yang jadi dekat blok tu dan blok tu pon agak sunyi sebab terletak dekat belah hujung sekolah ni.
Pakcik aku pon ada cerita yang bila dia datang je ke sekolah aku ni dia kata dekat sekolah aku ni ada macam2 jenis setan, kak ponti duduk lepak dekat tangga hujung la, hantu raya ada dekat pokok dekat2 dengan kantin la. Pakcik aku ni ada belajar ilmu2 sikit dan dia boleh nampak la setan2 ni. So masa aku form 2, terjadi la kes histeria besar-besaran dekat sekolah aku ni. Tapi yang peliknya yang menjadi mangsa histeria ni selalunya pengawas perempuan. Kesian sungguh dan pelikkan???
Kawan sekelas aku ni namanya Cik Kin merupakan ketua pengawas sekolah pada masa tu. Dia ni boleh kata hijab mata dia tu dah terbuka la jugak. Dia selalu menjadi antara salah sorang mangsa yang selalu kena histeria tu. Keadaan Cik Kin masa kena histeria tu sangat la dahsyat sbb dia akan menjerit2 teriak dan menangis la bagai. Kuat pulak tu dia menjerit sampai satu sekolah boleh dengar, dengan matanya warna merah pulak tu. Setan/jin apakah yang masuk dalam badan dia itu??
Bukan sekali je dia kena rasuk kerap kali la jugak dalam seminggu tu. Bila Cik Kin kena rasuk je memang lain macam. Siap bila budak lelaki lain yang tolong nak pegang dia pon (sebab tak nak bagi dia lari) boleh sampai terpelanting jatuh ke lantai sebab kena tendangan maut dia..hahaha. Bukan sorang je tau yang pegang dia tu, ada la dalam 4-6 orang pelajar lelaki. Aku hanya mampu tengok dari jauh je sebab aku ni penakut sikit. Huhu.. Teruk keadaan Cik Kin masa tu. Bila keadaan dia dah pulih lepas ustaz dah halau setan tu keluar dari badan dia, dia mesti akan rasa lemau dan letih sangat. Dan keadaan akan reda sikit bila ada budak lelaki yang laungkan azan guna mic. Sekolah dan student yang lain diarahkn untuk baca yaasin.
Cik Kin pernah cerita dekat aku dan kawan2 yang lain (sebab kami ni rapat) yang dia pernah nampak banyak lembaga hitam yang besar, kecik, panjang semua ada (satu family setan tu kot) berdiri keliling penuh dekat atas bumbung satu sekolah ini dok tenung tajam dengan mata merah pekat dekat si Cik Kin. Mak aiii boleh tercirit bila aku dengar cerita dia tu hoi… Dia siap boleh kata lagi setan tu pon selalu je ada join sekali waktu p&p dalam kelas kami (setan berilmu la ni) siap duduk sebelah kawan aku ni lagi…huhu..giler seram…tapi bila waktu kelas agama je setan tu confirm akan cabut lari…(hahaha…takut letuwwww nanti terbakar).
Dan lepas kejadian huru-hara tu berlalu, Cik Kin pon pergi la berubat cara kampung dan ustaz2 dari luar dah tolong pagarkan kawasan sekolah aku ni. Sejak kejadian tu setiap hari jumaat sebelum kelas bermula akan diadakan bacaan Yaasin dekat dewan sekolah. Kawan aku si Cik Kin tu kata dia ada nampak lagi si setan2 tu dok berlegar2 tunggu dekat luar kawasan sekolah sebab dia dah tak boleh masuk ke dalam kawasan sekolah dah (padan la muke kau setan, berambus la kau..fuhh..huhu..)
Tapi takut la pulak bila aku balik nanti si setan tu follow aku sampai ke rumah pulak sebab dia tengah tunggu dekat luar kot..gulp~~ Tapi takde ape2 dah kejadian seram lepas tu. Terima kasih kerana sudi baca cerita ini.
~Mr. F
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Nice story
sekolah mana tu…kat Cheras tak silap ada 3 sekolah berasrama…
2/5
sekolah dan kisah2 misteri berpisah tiada..
.seram dn lawak pn ada..nice.tak boring