Sekolah Menengah Dang Anum

Ada masa terluang sedikit. Jom aku buka cerita kisah mak aku sewaktu menetap di asrama sekolah menengah dulu. Aku akan ceritakan kisah ini sebagai mak aku iaitu Mama. Jadi pencerita akan bertukar kepada Mama. Selamat membaca!

Mama dulu diterima masuk ke sebuah sekolah berasrama penuh di Melaka yang dulu dikenali Sekolah Menengah Dang Anum. Mama rasa sangat teruja sebab akhirnya dapat ‘lari’ dari rumah kecil yang memuatkan lapan orang ahli keluarga. Rumah kecil dan bilik cuma ada dua. Bukan tak bersyukur tapi mungkin ada hikmah berjauhan dengan keluarga. Kalau engkau orang pun mesti tak selesa. Mungkin Allah SWT nak suruh mama berdirikari. Lagipun mama anak sulung penat jaga adik-adik yang tak berhenti menyusul satu persatu. (Mama ketawa kecil).

Mama tak pasti hantu jin suka pada mama atau pun memang sekolah itu yang berhantu. Sebab ada macam-macam kisah seram yang terjadi sewaktu mama bersekolah di situ. Tak apa biar mama ceritakan kisah pertama dulu. Setelah 3 ke 4 bulan mama bersekolah di situ, alhamdulillah. Mama dah ada geng. Kami satu kumpulan berlima memang popular di sekolah dulu. Semua budak lelaki yang kaki buli tak berani nak sentuh kami. Mama ketua dia. Jangan main-main (mama ketawa lagi).
Kisah 1 : Siapa tengok TV?

Peraturan di asrama dahulu, kami dibenarkan menonton tv di satu ruangan bilik pada waktu malam selepas solat maghrib hingga pukul 10 malam sahaja. Kami berlima dah sepakat malam ini kami nak buat ‘dajal’, hendak curi curi masuk ke bilik tv sebab tak puas tengok tv. Ada satu cerita tu tayangannya cuma pada jam 11 – 12 malam.

Malam yang dinanti muncul juga. Selesai menonton tv jam 10 malam, warden datang mengetuk pintu ruang tv “waktu tengok tv dah habis, balik tidur!” seru warden. Warden kami garang, semua takut. Semua pelajar bersurai ke bilik masing-masing. Lampu semua dipadamkan menandakan warden dah bersedia untuk masuk tidur. Mata kami masih segar menunggu rancangan malam ini.

Jam di dinding dalam keadaan samar kegelapan malam itu menunjukkan waktu 10.45 malam. “Ok cantik!” Mama bangun buka selimut. Kawan-kawan yang 4 orang tadi pun lantas bangun. Tunggu ketua rupanya. Bukan main lagi. Masing-masing kaki macam tak jejak tanah jalan supaya tak ada bunyi langsung. Perlahan keluar dari bilik asrama menuju ke tangga untuk turun ke bilik tv yang terletak tidak jauh di tingkat bawah. Semakin dekat kami ke ruang tv itu, semakin terang pula cahaya samar-samar entah datang dari mana.

Langkah kaki kami sangat kemas dan teliti menyusuri ruang tangga yang sangat gelap cuma ditemani lampu jalan dari dalam sekolah yang agak jauh sedikit dari bahagian asrama. Hanya cukup terang untuk melihat kemana langkah kaki dan tempat yang dituju. Tapi siapa orang belakang atau depan kita memang tak nampak. SubhanaAllah hebat kan ciptaan Allah swt bernama manusia? Dalam gelap pun mata kita masih tajam. Tiada satu bunyi pun yang kedengaran cuma cengkerik dan katak yang menyanyi. Kalau budak-budak sekarang memang tak berani nak buat kerja macam ini malam-malam. Budak-budak zaman 70-an dulu lain macam sedikit beraninya (mama ketawa lagi).

Berbalik pada cerita tadi, cahaya samar-samar tadi semakin terang kami lihat dari luar tingkap bilik tv terus menembus ke ruangan bawah pintu bilik tv. “Eh warden lupa tutup tv ke?” mama cakap pada kawan-kawan. bila kami dah sampai di depan bilik tv, memang sah cahaya tadi dari tv. “eh sue, pintu tak kunci la” Leha cakap pada mama. Cuma diselak sahaja. Mama cakap “lagi cantik!!”. Mama pun perlahan tarik selak pintu. Macam biasalah ketua di depan. Mama yang kena buat semua. Mungkin sebab mana yang paling berani.

Perlahan mama tarik selak kemudian terus tolak pintu sambil meminimakan segala bunyi yang ada. Nanti kantoi, susah. Buka sahaja pintu, mata mama dan kawan-kawan terus bulat ternampak satu susuk tubuh perempuan berambut panjang paras pinggang berbaju putih. Jangan tanya baju jenis apa, memang tak fikir dah. Dia sedang duduk mengadap tv yang terletak jauh ke dalam ruang bilik dan tidak bersiaran. Hanya skrin ‘white noise’ tanpa bunyi. Ala macam mana nak terangkan skrin ‘white noise’. Yang berbintik-bintik kecil hitam dan putih bila tv tak wujud siaran. Masuk sahaja ke dalam bilik tv, skrin tv berdepan ke arah kami. Memang jelas skrin tv tiada siaran. “siapa tu sue?”, salah seorang kawan mama berbisik ketakutan.

Kami semua dah pasang langkah nak cabut lari. “Ini padahnya nak buat jahat” kata mama dalam hati. Perempuan tu langsung tak bergerak dari posisinya duduk menghadap tv tidak bersiaran. Rambut panjang mengurai. “dah macam rupa ponti..” “ish! Mulut kau ni leha!” mama p****g cakap kawan mama tadi. Yang lain semua memang bisu tak bersuara. Cuma tahu mengikut sahaja. Kami semua berpeluh-peluh dan meremang bulu roma.

Berpeluh tapi sejuk. Kami saling berpandangan satu sama lain. Siapa pula yang curi keluar malam-malam ini. Kami memang pasti waktu kami keluar dari bilik tadi, cuma katil kami berlima sahaja yang kosong. Lain semua dah dibuai mimpi dengan putera raja. Semua pelajar perempuan memang ditempatkan dalam ruangan tempat tidur yang sangat besar seperti sebuah dewan. “kak sabariah ke tu?” mama menegur. Dari belakang macam rupa kakak senior tingkatan 4 kenalan mama. Tetapi tiada jawapan. Masih kaku merenung skrin tv.

Semuanya menolak mama ke depan suruh tengok siapa orangnya. Mustahil seorang pelajar perempuan berani turun ke bilik tv waktu-waktu macam itu seorang diri. Memang tak masuk akal. Baru selangkah mama nak menuju ke arah perempuan tersebut, dia mula memalingkan kepalanya.

“Lari sue!” kawan-kawan mama teriak tapi masih perlahan. Seolah berbisik dengan nada yang kuat. Semua dah lari dulu. Mama pun apa lagi. Terus berlari ikut sama. Cuma tertinggal satu dua langkah sahaja dengan kawan-kawan. Masing-masing terus lompat ke katil berselubung dengan selimut. Esok paginya baru kami buka cerita dan masih kebingungan. Siapa yang tengok tv malam tu? Seram!

Kisah 2 : Tentera Berkawad
Kali ini kisah yang terjadi sewaktu mama di tingkatan 4. Satu malam mama mengulang kaji di meja belajar yang berhadapan dengan tingkap. Bilik asrama kami terletak di tingkat 3. Kami diberi sebuah meja belajar di sebelah katil dua tingkat masing-masing. Hanya sebelah barisan katil sahaja yang berdepan dengan tingkap menghadap padang sekolah dan gelanggang bola jaring yang terletaknya lebih kurang 500 meter dari bangunan asrama. Kawan-kawan yang lain semuanya dah lena diulit mimpi.

Ada yang berdengkur, meniarap, tidur kaki bersilang. Eh macam-macam rupa ada cara tidur masing-masing. Sambil-sambil tengok buku tu, sesekali ralit juga perhati gelagat kawan-kawan. Mama memang suka ulang kaji tengah malam. Untuk peperiksaan hari esok. Kawan Mama Rabiah tadi ada juga meneman tetapi tak sampai 1 jam, dah minta diri untuk tidur dulu. Mengantuk sangat katanya. Mama dah tidur petang. Mungkin sebab itu mata masih segar.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki beramai-ramai dari arah kejauhan. “Ini bunyi orang berkawad, siapa pula yang berkawad tengah-tengah malam ni?” Mama cuba mencari-cari arah mana bunyi tersebut. Sah bunyi dari arah tingkap. Mungkin dari padang atau gelanggang. Mama rabun jauh. Mama capai cermin mata yang ditanggal terletak di atas meja. Lalu dipakai. Seolah skrin yang tadi kabur kini kembali jelas. Mama nampak sekumpulan tentera lengkap berpakaian seragam Jepun sedang berkawad di tengah-tengah gelanggang bola jaring. “Ya Allah! Astaghfirullahalazim” Mama beristighfar. Sungguh terkejut. Mereka tiada kepala! D***h meleleh mengalir di sekeliling leher mereka yang kosong tanpa kepala. Mama dah tak keruan terus kejut kawan mama, “Biah! Bangun biah..tengok tu! Cepat!”. Mama nak dapatkan kepastian supaya apa yang mama nampak bukan igauan atau khayalan sebab mata yang mengantuk.

Biah gosok-gosok mata sebab mamai dari tidur. “Eh sue! Aku takut!”. Bukan khayalan mama. Sebab kawan mama juga nampak apa yang mama nampak. Mama dan kawannya Biah tidur dalam air mata ketakutan. Masing-masing melompat terus ke katil berselubung dengan selimut. Mama tak berani lagi berjaga malam untuk ulang kaji pelajaran selepas dari peristiwa itu. Mungkin ada sebab warden arahkan pelajar untuk terus tidur pada waktu yang telah ditetapkan.

Sebenarnya ada banyak lagi kisah yang menghantui mama sewaktu berada di sekolah tersebut. Tapi tak apa, aku akan ceritakan lagi pada masa yang lain. Waktu aku menulis ini pun pada jam 1:30 pagi aku rasakan seolah diperhati dari sudut bilik yang berdekatan dengan pintu kaca. Aku keseorangan dalam bilik. Meremang bulu roma. Seram. Aku tidur dulu.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Magik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Sekolah Menengah Dang Anum”

  1. Salam… mama mmg terer la… thumbs up!! tapi saya ada kemusykilan sikit… maaf ye penulis.. bukan pasal cerita penulis.. tapi pasal antu jepon tu… ikut sejarah… jepun yg pancung askar melayu/omputih @ askar berikat… tapi apsal pas jadi antu jepon pulak yg xde kepala?? Memana tempat antu jepon pun camtu… apesal ye? Ke sejarah salah fakta?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.