Sekolah Rendah

Selamat sejahtera kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya ketika di sekolah rendah. Sekolah ini berada di Kedah. Maafkan saya kalau cerita saya ini membosankan.

Pengalaman 1:

Kalau tak silap saya, waktu tu saya baru darjah tiga. Waktu tu saya siap-siap nak pergi ke sekolah dan apabila sampai di hadapan pintu pagar, saya berjumpa dengan kawan saya iaitu Nadhirah dan Intan. Selepas itu, kami bertiga pun meneruskan perjalanan kami ke bangunan kenanga.

Bangunan kenanga ialah dimana terletaknya kelas kami. Kelas kami berada di tingkat tiga bahagian paling hujung berdekatan dengan tangga. Untuk pergi ke kelas kami, kami perlu melalui bilik guru dan pejabat. Actually, kami sepatutnya menggunakan tangga yang lagi satu tapi kami tak berani sebab waktu tu awal pagi so kawasan tangga yang kami perlu lalui tu gelap gelita. Jadi disebabkan itulah kami menggunakan tangga yang perlu melalui bilik guru dan pejabat kerana kawasan itu berdekatan dengan kantin sekolah so dengan bercahayakan lampu itu kami dapat memberanikan diri.

Biasalah waktu tu masih kecik tu yang jadi takut. Walaupun jalan kami diterangi cahaya yang datang dari kantin kami masih takut so bila jalan asyik berkepit saja. Aku duk bahagian tengah manakala Nadhirah dan Intan duk di antara kanan dan kiri aku. Sebab aku duduk kat bahagian tengah ialah disebabkan yang paling berani. Well, aku ni takdaklah berani sangat tapi kalau berteman ni memang beranilah katakan. Bila kami sampai di hadapan kelas, kawasan koridor memang gelap tiada satu pun cahaya lalu Nadhirah pun cepat-cepat masuk dalam kelas nak nyalakan lampu.

Aku dan Intan dok relaks saja dekat depan kelas. Sambil-sambil tu aku cuba nak tengok sekeliling kot-kotlah ada pelajar yang lain datang. Waktu aku nak kalih tengok tu aku ternampak kelibat baju putih, semuanya putih. So, aku pon apalagi kaku la sat. Tengah-tengah dok pikir yang benda tu mungkin manusia and seorang pelajar. Tiba-tiba aku ternampak lagi satu kelibat yang nampak sama dengan apa yang aku nampak tu. Hati rasalah sedikit gelisah but aku buat taktau saja. Benda yang aku nampak tu separuh badan saja sebab terlindung dengan dinding koridor. Taktau sangat macam mana nak terangkan paham-pahamlah sendiri. Aku tak bagitau pun kat Nadhirah ngan Intan takut depa pengsan dengar apa yang aku katakan.

Pengalaman cerita aku yang ni takdaklah takut sangat but… well, I don’t know how to explain but it was a situation or a phenomena that I couldn’t believe it myself, if you guys want to believe it then believe, if you don’t want tu then don’t. Maafkan saya, saya terbawa-bawa sedikit.

Waktu tu waktu pagi juga.Waktu tu aku darjah enam. Apabila sampai di hadapan pintu pagar aku terus menggunakan jalan melalui tempat kereta guru. Actually, aku tak menggunakan pintu pagar yang lagi satu yang aku lalui seperti di cerita yang pertama. Aku menggunakan pintu pagar belakang punya. Berbalik kepada cerita yang tadi, tengah-tengah jalan tu aku melihat ke atas langit. Sambil jalan sambil melihat ke atas. Tiba-tiba aku ternampak kelibat seekor kuda terbang bersayap berwarna putih yang besar tapi takdaklah besar sangat dan ada “benda” yang sedang menunggangnya. Keseluruhannya termasuklah kuda terbang tersebut semuanya putih. “Benda” yang aku nampak tu kelihatan seperti manusia. Kuda terbang bersayap itu bergerak perlahan tapi pada masa yang sama lajulah jugak. Aku pun tanpa melihat ke hadapan terus melihat ke arah kuda terbang dan “benda” tersebut. Apabila kuda tersebut melintasi bangunan kenanga. Kelibat kedua-dua itu terus hilang daripada pandangan. Pada masa yang sama kuada terbang dan “benda” itu hilang, aku hampir-hampir nak terlanggar pokok yang sudah berada di depanku. Tanpa berlengah dengan rasa terkejut dan tidak percaya, aku berlari dan cuba untuk melihat kelibat tersebut yang melintasi atap bangunan kenanga. Apabila sampai di hadapan bangunan kenanga dan mendongak ke atas, apa yang aku lihat hanyalah kosong berlatarbelakangkan pemandangan langit. Aku kaku berdiri di situ…

Nana

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]
Nur Nabihah

23 thoughts on “Sekolah Rendah”

  1. Okey first thing yang aku nak ckp, cerita kau ni bagus dan ada jalan cerita. Sebenarnya sya baru dpt rasa seram cerita kau ni masa sya komen dan masa sya ingat balik cerita kau. (Tapi…hanya sedikit)

    Namun dari segi penceritaan kau, masih banyak yang perlu kau baiki. Cuba bawa para pembaca masuk dalam situasi kau, apa yang kau rasa sejuk atau tidak, macam mana kau berdiri kau ada letak tangan kat atas penghadang koridor tu atau tak, semua tu masukkan buat dorang rasa yang dorang dlm cerita tu dan apa saja cerita kau lepas tu pasti seram. Cerita ni kurang seram sebab penceritaan kau yang lemah. Sya tidak ckp sya tahu semua tapi sya bagi info yang sya tahu saja.

    Good luck dan share saja cerita kau dlm block ni.

    Reply
  2. Kakak ak pnh dtg awl pg skolh..dlm 6.45 pagi gtu…time tu org xrmai lg dtg..die dgn brani nye nai ke klas die yg berada di tingkat 2..dlm glap2 die g buka lmpu..tgh duk relax2 die dgr klas sblah mcm ade org like kipas terbuka dgn laju..die g intai klas sblas die nmpak cik gula2 kat meja dpn kat mejat ckgu…ape lgi..lngkah seribu lah berdecit die lri trun tgga g kntin…nsib kntin rmai org dh time tu

    Reply
  3. I’m really sorry about this and that…actually I don’t really know how to explain many things based on my experiences….I’m really sorry about that and I would like to thank all the readers who read my story.Thank you

    Reply
    • sorry dah lah dik non ui,,dok this that thus thes pelik naw bunyinya..elakkan mix bahasa..nak pt3 ni amalkan la penggunaan bahasa dan tatabahasa yang betul..jangan la dok campoq2 bahasa ni..if you want to show u can write well in english,just write it completely and please dont mix it,its sound weird though. hoho

      Reply
  4. boleh la dek, buat gelak gelak, tu kuda tu mgkin sbnrnya unicorn kot, hahahahahahahahhahahahahaha. Maklumlah, masa tu masi budak budak, hahahahahahahahahah mgkin awak mimpi je kot, tp kenapa pegi sekolah sblm azan subuh dek? Curious bro dek,

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.