Sekolah: Separuh Badan (ep 2)

“Bro jom kantin, lepak sini apa barang? Bukan boleh kenyang” sapa Cikgu Fizy.

Orangnya sederhana, berbadan agak gempal juga. Favourite di kalangan murid. Mungkin sebab dia amat bersahaja bila berkata- kata. Suka ambil berat dan peramah.

“Terima kasih bro, aku tak berapa lapar, lagipun ada kerja sikit nak settle” ujar aku.

Tiada apa pun sebenarnya yang hendak dibuat. Aku hanya memilih untuk bersendiri. Hari ini sudah seminggu aku kembali ke sekolah yang pernah menyimpan seribu satu kenangan. Kalau nak ikutkan aku bersekolah hanya setahun di sini. Almaklumlah aku 5 tahun, 5 sekolah. Kalau nak diikutkan mana sempat hendak membuat kenangan dalam masa yang singkat. Tapi di sini lain. Sini istimewa. Pipi ku masih terasa panas dek bahang hadiah “double cheese burger” dari ustaz Has.

Ironinya, aku bukan sahaja
kembali ke sini sebagai seorang guru, malah aku ditempatkan di bilik ‘jenayah kecil’ tempat aku ponteng qiam dengan Ramly dan Sapek satu ketika dahulu.

Memang nostalgia habis!!

Masa mula kena duduk bilik bawah surau ni, adalah juga rasa berdebar. Tapi keadaan dah banyak berubah. Bilik bawah ni bukan lagi bilik disiplin dan kaunseling. Dah dijadikan sebagai bilik koko. Hanya ada 3 orang guru selain aku. Fizy, Del, Acap dan tikus.. ya tikus aku nampak semalam. Yang lain hanya benda mati seperti alatan sukan, alatan pendidikan jasmani, pingat dan fail-fail.

Saja aku bersembang dengan geng koko, aku cuba korek, kalau-kalau ada kejadian sekali dua di dalam bilik ni. Ternyata jangkaan aku meleset. Masing-masing geleng kepala. Tiada apa berlaku. Mungkin kerana siang sahaja mereka di sini, tekaan ku.

Setelah hampir setahun bersama tanpa berlaku apa-apa peristiwa. Namun, pada ketika itu bagai ada waktu yang istimewa. Bulan yang sama, bulan Oktober. Hampir sahaja musim peperiksaan bermula.

Petang itu aku pilih untuk siapkan kerja. Mahu pulang lewat dari biasa. Ialah hujung tahun, kerja menimbun. Tak siap nanti dikejar pula. Jam menunjukkan tepat pukul 6: 00 petang. Aku kira hanya tinggal aku seorang di sekolah ditemani pakcik guard yang setia. Aku baru lepas solat asar. Selesai solat, aku terus berkemas untuk pulang. Aku angkat beg dan ingin beredar, elok sahaja aku pusing untuk menghala ke pintu….

Dup.. dup… Dup… Jantungku berdegup laju.

Bagai Deja vu.

Entah kenapa, sekilas pandang aku rasa aku nampak kelibat yang sama di hadapan bilik yang sama seperti malam itu!!! Ada budak perempuan berdiri di belakang ku, di hadapan bilik, tak jauh dari aku!!! Dan entah kenapa aku rasa dia sedang senyum padaku!!!

Aku toleh!!!
Dia ada!!!

Dia beredar masuk ke bilik itu!! Cuma nya setahu aku bilik itu tiada empunya. Hanya milik kayu hoki, bola dan skittle!!

Apa dibuatnya di dalam tu?

Jantung ku semakin laju… Maaf, jika dalam filem seram pasti wataknya akan pura-pura tanya

“Siapa tu!!”.

Aku bukan watak filem. Aku keluar tanpa kunci pintu terus ke kereta dan memandu pulang. Sempat aku pesan pada abang guard tolong kuncikan pintu. Abang guard buat muka, mungkin bengang disuruh kunci pintu. Aku beri alasan terlupa.

Sepanjang perjalanan pulang, jantungku berdegup kencang, rasa nak tercabut. Nasib hari masih siang…

***

Malam tersebut aku call Ramly dan Sapek. Ajak jumpa. Aku nak cari orang untuk cerita. Aku rasa hanya mereka sahaja yang akan faham apa yang aku rasa.

Si Ramly sekarang sudah jadi boss sendiri. Jual ayam di pasar. Pakai Hilux, berkat si pemalas yang hormat gurunya. Ya dia nakal, tapi hormatnya sentiasa dijaga.

Sapek pula, kerja guru seperti aku. Bezanya dia guru KAFA. Mengajar fardhu ain di sekolah agama. Pak ustaz gituh..

Malam tu kami minum bersama. Selalu juga kami keluar bersama, tetapi tiada pula buka cerita seram lama. Cerita awek lama tu biasalah. Maka malam tu pecah tradisi. Aku cerita apa yang terjadi petang tadi. Ramly dan Sapek mendengar..

“Hurm.. tempat tu memang keras beb..” Sapek mula berbicara.
Nampak dia sedikit tunduk macam berat hendak berkongsi cerita.

“Okaylah, aku sebenarnya tak nak ingat, kalau boleh memang aku tak mahu buka cerita, sebab sampai hari ni, kalau diingat! Sakitnya masih terasa” Dia menarik nafas panjang.

” Korang untunglah, kena dengan Ustaz Has je. Aku dengan si Jason pun kena juga” Sapek menambah.
Sapek dahulu pengawas, Jason adalah panggilan bagi seorang guru disiplin. Cikgu perempuan. Nama itu diberi oleh senior kami sejak dulu. Kenapa digelar begitu? kami pun tak tahu. Cikgu Nor, orangnya tinggi dan gempal. Memang terkenal ‘cengih’ dan ‘rigid’ dalam peraturan.

“Sampai habis SPM, tak habis-habis dia perli aku. Tertekan beb”
Aku tak tahu sama ada hendak kesian atau hendak ketawa. Bila difikirkan nasib kami selepas peristiwa tersebut…

“Malam tu aku tunggu depan toilet. Tengah tunggu tu, tiba-tiba aku nampak mamat ni dekat lorong menghala bangunan belakang” Sapek tuding ke arah Ramly. Ramly buat muka hairan..

“Waktu itu aku tak fikir apa-apa, aku nampak si Ramly, dia tunjuk ke arah water cooler. Aku buat isyarat nanti, tunggu Ahmad, dia tengah melabur. Tapi si Ramly lambai aku dan jalan terus ke water cooler. Jadi aku ikutlah dia…”

Seram sejuk… Tegak bulu roma aku..

“Elok aku follow dia sampai water cooler, aku cakaplah, Wei li, tak menyabar la. Si Ahmad sorang dalam bilik air. Buatnya ada hantu keluar dari lubang jamban dia, mampus!!” beria Sapek menggayakan keadaan waktu itu.

“Aku tengok Ramly diam je. tak layan aku. Lepas tu Ramly jalan ke depan sikit, dia toleh dan suruh aku isi air dalam botol. Dia jalan terus ke belakang. Aku tak perasan mana dia pergi. Aku isi lah!. Baru separuh aku isi..”

Sesuatu muncul di belakang aku!!.

“Ramly ada dekat belakang aku!! Dia pandang tepat ke arah aku. Kemudian, aku nampak belakang Ramly ada aku!!! Belakang dia lagi ada Ramly!!! Belakang Ramly tu ada aku lagi!!!

Aku tergamam kejap!!.

Waktu tu semua bulu naik. Elok aku sedar dari tergamam baru aku pusing nak cabut,

tup tup…

Ada NENEK SEPARUH BADAN depan aku!!!! Apa lagi, aku jerit lah!!

AAAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaa!!!!!!

Aku lari tak cukup tanah!!! Aku rasa aku lari ke arah khemah tengah tu. Tapi aku lari dan lari macam tak sampai-sampai.

Tiba-tiba…

Ada benda terbang dan langgar aku. Aku tersungkur… Lepas tu aku tak sedarkan diri..

Bila aku sedar, muka aku telah disapu air oleh Ustaz Has” Sapek menutup cerita.

Ugh!!..

Rasa senak perut bila dengar apa yang berlaku sebenarnya…

“Kau pula li? Apa jadi?” Aku beranikan diri bertanya.
Kalau boleh biar kasi habis malam ini juga.

“Aku?” Ujar Ramly.

” Hurm… aku tunggu korang ambil air. Mula geram gak aku sebab lambat sangat. Aku memang haus. Dah la panas dalam bilik tu.” Ramly menyambung..

“Tengah aku tunggu korang… tiba-tiba…” Ramly berkerut, aku dan Sapek menanti penuh suspend.

“Aku terlelap sampailah aku dengar suara Ahmad terjerit cikguuuu!!!!. Waktu tu, aku bangun dan rasa cuak lah, aku keluar nak tengok apa yang berlaku. Lepas tu, Aku nampak kau tengah terduduk depan Ustaz Has. Kebetulan, Ustaz Malik lalu depan bilik kaunseling, dia nampak aku, apalagi! ditengkingnya aku! Singgah sedas jugalah penumbuk sulung dia dekat rusuk aku. Tu yang aku cuti 2 hari tu. Pulihkan diri, perit oo”

Aku dan Sapek terkebil-kebil. Aku tak tahu, dia gurau atau serius. Dari dulu Ramly memang hati kering. Kalau dia cerita yang tu, ceritanya tak akan berubah. Kalau dia simpan cerita sebenar pun, sampai ke kubur dibawanya bersama. Dia memang begitu..

Pulang dari pertemuan tersebut, buat aku terfikir untuk korek rahsia dari guru unit Koko. Fizy, Acap dan Del, mustahil tak ada apa-apa berlaku dalam 5 tahun sudah.. Aku nekad nak tahu.

Cuma nya, caranya masih belum tahu… Apa sekalipun, esok adalah permulaannya..

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

3 Comments on "Sekolah: Separuh Badan (ep 2)"

avatar
cikde

memang kental..seram juga yek

Kak Yulie

Ngeri wooo ape yg Sapek alami tu…
Double trouble jelmaan yg dtg tuuu…
Cepat cikgu…sambung lagi…!!!

EA

best2…. :O

wpDiscuz