Hi FEKSYEN SHASHA saya ingin juga berkongsi kisah seram kawan saya masa nak pulangkan balik benda tu kt tempat asal. Senang cerita benda tu ikut sampai tahap mangsa tu meracau..
Dekat SEKSYEN 13 SHAH ALAM KUATERS LAMA JKR. Orang shah alam mesti tahu tempat ni..
Sedikit intro saya berkawan dengan si peracau(mekYi) ni dari sekolah menengah maaf jika ade terkasar bahasa atau tatacara penulisan saya. Harap semua enjoy. #jangan kecam sis sado.
Kawan mengadu, ada sorang yang ikut group diorang tu, tak bersih(datang bulan) tapi naik atas tu. Konon nak rasa feel camne seram benda2 ni. Dah lah tipu kata bersih. So diorang masuk..
Kawan ni pun datang jumpa kami. Minta pendapat. Nak kata pandai bab ni, xberapa tapi kami cuba semampu yang boleh. Bincang punya bincang, memandangkan saya dengan kawan saya sorang ni free malam je, so malam tu naik laa sekali dengan yang terkena tu..
Masa dekat kuarters tu, diorang tunjuk rumah yang diorang masuk tu. Kami pun mulakanlah dengan ﷽ dan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ..
Sejadah pun dibentangkan, pesakit pun baring. Sambil dibantu rakan2 diorang, 5 orang pegang dia, sorang tempat letak kepala. Dua orang pegang tangan kiri kanan dan dua orang pegang lutut kiri kanan.
Saya pulak mulakan bacaan ayat kursi, pendinding, semntara kawan lagi sorang azan.
Masa mula2 dia azan okayh je. Pesakit pulak, biasalah dah ade benda. Mula laa bersilat kami semua ingat lagi. Masa kawan tengah azan, tempat yang kami baringkan pesakit betul2 di ruang tamu menghadap pintu dapur, kawan tu tiba2 hilang suara nak sambung azan. Dia cuba cuba tapi suara xkeluar. Seolah bisu. Masa tu saya pulak ternampak seakan wanita tua menghadap pintu dapur pandang kami sambil buat simbol tangan jangan. Mungkin bermaksud jangan cari masalah kut..
Saya bagi isyarat n tunjuk pada kawan yg azan tu, dia pun terkejut. Pesakit pulak dah mengilai2 gelaknya. Sampai terkeluar ayat “kenapa? terkejut tengok ke? dah tahu tempat ni keras, kenapa ganggu kami?”. Masa tu allah je yang tahu. Memang meremang bulu roma.
Yelah, sepanjang merawat ni, ni baru 1st time tengok depan mata dalam keadaan macam ni. Kawan2 yang lain jerit pada kami.. “sambung je sambung”..
Saya pun teruskan bacaan. Kawan yang azan tadi azan dari awal balik. Keadaan masa tu memang haru biru. Dengan perempuan kat dapur tu tengok sambil jegilkan mata. Mana pesakit pulak dah mengilai2. Masa tu memang kami buntu. Nak dijadikan cerita. Kebetulan teringat pesan atuk saya. Kalau kena macam ni, baca alfatihah, 4qul, ayat qursi, niat dan tepuk pada tempat yang kita nampak or terkena gangguan tu. Sy pun cubalah…
اَلْحَمْدُلِللَّه
Dengan izin-Nya wanita tadi hilang dari pandangan kami. Pesakit masih lagi mengilai. Kawan yang azan tadi dari kuat azannya sampai suaranya jadi sebak sebab dah tak tahan dengan situasi masa tu. Saya pulak lagi lah takut tapi sebab niat kita nak pulangkan dia balik, nak tak nak kena kuatkanlah semangat tu. Dua2 ibu jari kaki dikepit dengan lada hitam. Saya pun tanya.
“Siapa nama kamu?”
“Alia”
“Kenapa kamu kacau dia?”
“Sebab dia usik rumah aku, dia cabar aku, dia kata dia tak takut makhluk macam aku dan dia kotor”
Saya pun cakap lagi..” Macam ni lah, kamu keluar dari dia,saya takkan bagi mereka semua ni kacau lagi tempat kamu.”
Dia jawab “boleh, dengan satu syarat. Pulangkan balik syiling aku yang dia dah ambil dekat dapur. Kalau dia tak pulangkan hak aku, aku akan kacau dia sampai bila-bila”.
Saya pun jawab “baiklah tapi kalau kamu tipu, nahas”.
Bila benda tu keluar je, semua yang ada kat situ nampak “Alia”.
Memang cantik jelmaan dia. Berbaju kurung songket, putih orangnya, tapi mukanya pandang ke bawah dan rambutnya menutup muka..
Saya pun tanya mana syiling yang kamu ambil semalam tu. Dia kata ada dalam purse. Bila saya tengok balik syiling tu, bukan syiling biasa. Berwarna perak. Tiada sebarang gambar ataupun nilai. Saya pun ambil syiling tu dan letakkan semula di dapur..
Elok letak je, jelmaan “alia” td pun hilang..اَلْحَمْدُلِللَّه ..kami pun beransur pulang..
Sedikit nasihat :
1.kalau pergi mana2,tangan jangan gatal usik or ambil pape..barang yg kita jumpa pastinya ada pemiliknya..
2.jangan gatal kononnya nk jadi paranormal atau seekers tp hakikatnya kosong tentang dunia mistik..
3.cukup sekadar yakin dengan allah bahawa bukan kita sahaja yg ada di bumi allah ni.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Ni sama hobi dgn geng2 yg masuk Villa Nabila . Kan dh mendapat… x pyh la nk cari kaum kerabat ni. Byk lg benda lain yg lbh berfaedah nk buat.
Xpelah…
Kot sok lusa dh tua xde harta nk bg anak cucu, at least tok nenek ade citer antu yg boleh dijajakan…
Boleh buat seram cucu cicit nk bgn mlm g toilet…
Hehehehehehe…
kak yulie mmg lawak eh orgnya , hahah . dah lama ushar komen . ada je memana .. hahaha
Kan…hat tuhan x suruh buat tu la depa dok pulun buat….
Senang citer, ini semua poyooooo
Kalo aku lah..bdk2 yg poyo mcm ni..aku biarkan … Rasa kan sendiri …sendiri cari nahas…da tau diri tu x bersih…nk join…da tau diri tu x berapa nk ada ilmu sgt …sibuk cari pasal…ni muda2 da perangai mcm ni…da tua2 mesti jadi kak nam…suka menyibuk…acah2 bagus..
akak setuju. 5 ha utk komen ni.
tp kak nam tu apa?
Pegi masjid la cr ilmu..tu nmanya cr nahas…
Oh begitu ceritanya..
Done baca..
Kalau aku kenal budak2 tu kan, memang aku sekolahkan habis2an budak2 tu. Cari pasal… Mengade2!!!