Selamat tinggal Abah

Abah

3 Jun 2020
0023hrs
Ting!
Ting!
Selepas 10 minit.
Ting!
Ting!

Memang sifat aku suka abaikan notifikasi whatsapp group. Aku masih teruskan peperangan aku dekat ML. Elok je dapat victory, ada panggilan masuk dari Yaya. Dengan sekali dering, aku terus jawab.

Aku : Hello, kenapa?
Yaya: Mi. Abah da tak de.
Aq : Ha?

Yaya terus nangis sebelum ulang ayat yang paling tak terlintas dalam kepala aku untuk jadi waktu PKP ni. Setelah 3 bulan. Berita ni yang aku dapat.

Yaya : Abah da tak de. Abah sesak nafas tadi. Lepas tu kak N balik amik ubat kat rumah dia. Yaya pegi amik baju abah. Nak bawa abah pergi klinik. Bila datang balik, abah da tak bermaya. Abah da sandar sambil pejam mata perlahan – lahan. Abah dah tak de Mi.

Aku diam. Takde apa lagi yang boleh aku cakap. Bila da dapat kekuatan, baru aku tanya Yaya.

Aku : Dah call hospital?
Yaya : Dah.
Aku : Tak pe. Tunggu ambulans sampai. Bawak abah pergi hospital untuk pengesahan.

Perbualan sedih kitorang tamat dekat situ. Aku macam takde perasaan. Takde setitik pun air mata tumpah. Aku berharap, pihak hospital cakap abah pengsan.

Bil yang dari tadi pandang aku dan dengar perbualan aku dengan Yaya, dah siap nak ke balai untuk dapatkan keizinan untuk balik kampung. Aku biarkan tanpa banyak cakap.

Ting! Kali ni, aku terus buka whatsapp untuk baca. Whatsapp dari Yaya.

“Doktor sahkan abah dah tak de.”

Adik beradik kat kampung mula uruskan apa yang patut supaya kami yang kat KL ni dapat balik.

Permohonan kitorang lulus, terus pecut balik. Takda sebarang halangan urusan kami lancar. Selamat sampai dalam 0345.

Rumah da terang. Suasana hiba dengan bacaan surah Yassin dari abang aku. Ma nampak sangat cool. Tak nangis. Aku masuk cuci tangan dan kaki, aku salam Ma. Takde lagi abah yang selalu bukakan pintu untuk aku. Tak de lagi abah yang tunggu aku balik pagi-pagi buta. Kali ni aku balik untuk tunggu abah ‘balik’.
Jenazah abah tak dibenarkan dibawa balik lagi sebab kene jalankan test COVID.

Yaya datang duduk sebelah aku. Dengan muka cuak.

Yaya : Mi, dia ada dalam rumah.
Aku : Aku tau.
Yaya : Tadi masa abah naik ambulans, dia ada tepi tu. Iz kejar. Dia pergi belakang. Pastu Iz cari da tak de. Sekarang dia ada dalam rumah.
Aku : Tak pe. Buat relax je. Dia datang tengok abah je.

Hari makin cerah. Orang dah mula datang. Ada yang sediakan makanan untuk kami. Ada yang datang untuk tengok jenazah. Malangnya jenazah tak dapat bawa balik selagi keputusan COVID tak keluar.

Liang lahad siap digali. Van jenazah sedia menunggu. Tempat mandi sedia menanti. Tempat solat jenazah pun dah tersedia. Yang tinggal hanya menunggu kepulangan jenazah abah.

Pagi bertukar petang, masih tak de khabar dari hospital. Orang ramai dah beransur pulang. Tinggal kami adik beradik, cucu cucu dengan ma.

1900 hrs. Telefon ma berdering. Panggilan dari hospital. Jenazah tak dapat dilepaskan harini. Pihak hospital nak buat pengesahan lanjut. Beberapa soalan ditanya tentang rekod rawatan abah.

Penantian hari ni belum berakhir. Lahad terpaksa di tutup dengan khemah. Van jenazah balik. Tempat solat jenazah ditutup. Perkakas mandian abah dikemas.

Hari pertama tahlil, jenazah masih di hospital. Kesian abah tunggu lama-lama. Alunan Surah Yassin tak berhenti dalam rumah. Tak ada sorang pun yang tidur.

4 Jun 0700hrs

Telefon mama berdering. Panggilan dari hospital. Jenazah dah boleh dibawa balik. Alhamdulillah. Pagi ni aku jalankan rutin pagi abah. Aku siram semua pokok abah. Aku tukar air kura-kura abah. Yang lain uruskan permit pengebumian. Beli keperluan mandi abah. Sebab yang semalam tu sukarelawan. Harini anak-anak dan cucu yang akan mandikan abah.

0800 hrs
AJK Taman perumahan datang jumpa ma. Diorang tak benarkan jenazah abah dibawa pulang ke rumah. Semua urusan perlu di buat di hospital. Sedih! Tilam yang sejak semalam disediakan untuk abah, kami simpan.

1028 hrs
Adik beradik lelaki, cucu dan menantu lelaki dah dapat kebenaran untuk mandikan jenazah di hospital. Solat jenazah juga dilakukan di hospital. Keluarga dibenarkan ziarah jenazah di hospital.

Bil kata, jenazah abah macam orang tidur. Bulu roma abah masih meremang walaupun jenazah dah masuk hari kedua. Kulit abah lembut sangat. Tak ada sikit pn najis yang keluar waktu abah di mandikan.

Waktu solat jenazah, semua kakitangan hospital turut serta. Sangat ramai. Alhamdulillah.

1200hrs
Urusan jenazah di hospital selesai. Van jenazah yang dah lama tunggu jenazah, dah bersedia bawa abah ke tanah perkuburan.

Kami semua terus bergerak ke kubur dengan ma untuk jumpa abah buat kali terakhir.

Sukarelawan yang uruskan abah di kubur buka kain kafan abah untuk kitorang cium dan tengok wajah abah untuk kali terakhir.

Aku senyum. Muka abah sangat bersih. Abah senyum. Macam orang tidur. Sangat tenang. Aku orang terakhir yang cium abah. Waktu ni, air mata aku jatuh tak boleh di tahan-tahan. Nasib aku pakai cermin mata.. Maka, bertakung la air mata kat cermin mata aku.

Masih banyak permintaan abah yang belum aku tunaikan. Aku belum minta maaf dengan abah. Ubat abah yang aku pos masih belum sampai. Aku ralat.

Hujan mula turun renyai-renyai waktu talkin dibaca. Aku juga orang terakhir yang siram kubur abah. Tu pun lepas dipaksa dan di papah. Aku rasa nak pengsan. Tapi aku kuatkan diri untuk ma.

1325hrs
Azan zohor berkumandang. Hujan makin lebat. Polis pun dah suruh kami bersurai. Dengan berat hati dan kaki kami tinggalkan abah di rumah barunya.

Sampai di rumah mama, semua tunggu giliran mandi. Yang lelaki aku suruh mandi luar je.

Selesai semua bersihkan diri dan solat, kami berkumpul untuk makan tengah hari. Takde sorang pn yang tidur walaupn dah hari ke dua. Hari berlalu tanpa sebarang aktiviti selain alunan surah Yassin siang dan malam.

Sejak abah pergi, Setiap hari kitorang buat tahlil untuk abah. Hujung minggu, tahlil beramai-ramai di rumah ma. Hari biasa, tahlil di rumah masing-masing.

Hari berganti minggu. Ma jadi seorang yang sangat penakut. Putaran siang dan malam ma pun dah bertukar. Siang tidur malam berjaga.

Masuk minggu ketiga abah pergi, ada sesuatu yang mengganggu aku. Aku mula sedar bila tekak terasa perit saat mengalunkan bait-bait surah Yassin di rumah ma. Tapi aku diamkan.

Balik KL, bila baca Yassin, aku jadi sangat mengantuk. Aku suarakan pada Bil. Hari ketiga, aku ketawa saat baca Yassin.

Aku cerita la kat dalam whatsapp group adik beradik. Yaya dengan Iz mintak gambar aku dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Tadaaaa! Ada yang mengikut aku. Iz nampak. Tapi tak jelas. Badan Iz sakit gila malam tu. Malam yang sama juga, cerita tu sampai kat abang aku. Terus Bil dapat whatsapp..

Esoknya, tahlil dan bacaan Yassin masih kami jalankan. Masih lagi aku ketawa masa baca Yassin. Keadaan ni berterusan sampai lah hari seterusnya. Entah apa yang lawak, aku pun tak tahu. Gelak la waktu lain.. Saja nak kacau focus.. Se*an betul.

Hari Khamis, aku dan Bil balik rumah mama. Macam biasa, lepas Isya’ kitorang buat tahlil. Kali ni lagi meriah. Bukan aku je yang gelak masa baca Yassin. Sapa-sapa yang pandang aku, akan sama-sama gelak juga. Sampai abang aku yang mengetuai bacaan turut sama terganggu dek usikkan makhluk ni. Hebatkan permainan dia. Boleh dia main ba-cak pulak depan muka abang aku.

Bil pun dapat bahagian dia malam tu. Lepas tahlil, dia kentut-kentut macam da takde waktu lain dah.

Abang : Bil. Orang kata, kalau kita kentut-kentut lepas majlis keagamaan cam ni kan, maknanya, ada benda tak elok tau.
Bil : Angin la bang.. Minum teh tarik banyak

Bil duduk bersila belakang Iz dan mula berzikir. Abang turut berzikir dan mulakan bacaan dalam keadaan berdiri menghadap Iz dan Bil. Lama. Takde tindak balas dari sapa-sapa pun.

Tiba-tiba! Iz angkat tangan seolah-olah nak mula menari. Tapi, belum sempat Iz buka langkah, Bil yang tadinya senyap, tiba-tiba buat back flip, pasang kekuda dan buka bunga silat. Tumbukkan dihayun pada udara menghala ke lantai. Kalau kene ni confirm besepai gigi kengkawan oi.

Badan Bil mula bergoyang kekiri dan kanan seolah-olah menari mengikut alunan muzik. Nampak gaya mcm tarian kuda kepang. Kejap je la. Tak sempat naik ‘syekh’ pun. Sebelum Abang tepuk belakang Bil. Dah kene tepuk, tak berhenti Bil beristighfar. Iz bangun macam takde apa yang jadi. Settle hal Bil. Esoknya, mandi limau la pulak untuk bersihkan saki-baki yang tinggal.

Ahad datang menjelma. Dah jadi rutin aku hari ahad aku akan pergi kutip bunga dari pokok-pokok yang abah tanam. Bunga ni untuk aku bawa ke kubur abah. Selesai semua, kami pun menuju ke kubur.

Sampai je kat kubur abah, kami bentang tikar dan mulakan tahlil ringkas. Sebelum aku melangkah masuk pagar tanah perkuburan tu, aku dah pasang niat dalam hati, “apa je yang ikut aku balik sebelum ni, andai datangnya dari sini, maka aku pulangkan pada hari ini”.

Bil mengetuai tahil ringkas seperti biasa. Aku, Yaya & kakak mengikut setiap bacaan. Sampai je bacaan surah Al-baqarah, ayat ketiga. Aku menangis semahu-mahunya. Tapi aku tetap teruskan bacaan. Bukan aku je, Yaya dengan Kakak pun sama. Serentak. Pada ayat yang sama. Selesai tahlil, siram kubur abah dengan air yang bercampur air mawar dan bunga, kami pun pulang.
Masa ni aku belum berjaya lagi ziarah abah tanpa menitiskan air mata.

Tahlil di malam hari berjalan lancar tanpa gangguan. Alhamdulillah.

Masa berlalu terlalu pantas. Dah masuk minggu keempat pemergian abah. Kali ni kami diuji dengan perasaan takut yang mama alami. Mama menangis-nangis ketakutan setiap hari.

Katanya dia diperhatikan. Memang sejak hari pertama abah meninggal, mama da bagi tau aku perkara ni. Tapi akuu abaikan. Aku pesan dekat mama, mungkin abah yang datang. Mungkin jin datang mengusik. Atau, mungkin perasaan ma je.

Kali ni, ma memang bersungguh-sungguh menyatakan ketakutan dia. Dengan takdir Allah, saat tahlil dijalankan malam tu, macam ada guruh dari rumah sebelah. Bunyi berdentum dentum. Seolah-olah orang tengah mengamuk. Sedangkan budak rumah sebelah baru je keluar. Jadi, semua tu diabaikan sehinggalah tamat majlis malam tu.

Settle je tahlil, Iz dan abang pun persiapkan diri untuk tinjau sapa yang mengamuk tadi. Ada makhluk yang sangat besar dan hitam berada dekat rumah sebelah tu. Menurut abang dan Iz, makhluk tu da lama menetap kat situ. Bermakna, sejak Iz tinggal kat rumah tu dulu, memang makhluk tu dah ada la.

Keputusan dibuat, diorang tak nak kacau benda tu. Jadi, rumah ma dipagar. Malam tu mama lena. Hari berlalu tanpa ada lagi ma mengomel kata dia takut.

Disebalik semua peristiwa yang aku nukilkan kat sini, ada kisah yang tersembunyi.

Apa makhluk yang datang malam abah meninggal tu? Makhluk tu ialah makhluk yang dekat rumah sebelah tu. Mungkin selama ni dia senyap sebab abah ada.

Abah bukan calang-calang orang. Abah dimasa mudanya ialah seorang pelajar sekolah agama tinggi yang tak kesampaian cita-citanya untuk ke Al-azhar disebabkan kesusahan hidup. Tawaran ke sana abah tolak untuk berbakti kepada keluarga. Lepas pencen, abah meniaga macam-macam. Aku lah yang selalu jadi ekor.

Abah ni sejak dia sembuh stroke, hari-hari kerjanya baca segala kitab yang ada dalam simpanan. Kitorang memang suka belikan dia buku dan kitab. Supaya dia tak pergi melilau sana sini bekerja.

Hari-hari tua abah berlalu atas tikar sejadah dan menulis balik kitab-kitab yang dia dah baca. Pernah aku tanya.
“Kenapa abah tulis balik sume tu?” jawapan abah mudah je. “supaya kita tak lupa apa yang ada dalam kitab tu. Katalah satu hari nanti abah dah takde, kitab yang abah tulis ni boleh la korang baca untuk tolong abah.”

Abah tak pernah lupa untuk berpuasa dibulan Rejab dan Sya’ban setiap tahun. Banyak amalan lain yang abah amalkan.

Kalo korang nak tau, hari abah meninggal tu, abah tengah puasa enam. Hari yang ke lima. Masa buka puasa tu, abah dah bagi tau apa dia nak makan untuk puasa terakhir esoknya.

Jadi selama abah ada, dia lah pelindung yang sebetulnya untuk seisi rumah. Dengan setiap amalan abah, Allah jaga segala-galanya.

Okay habis cerita abah dan makhluk hitam yang datang mengganggu.

Next, sapa yang buat aku ketawa masa baca Yassin?
Makhluk ni datang dari kubur. Malam masa Iz minta gambar tu, dia terus inform abang. Masa abang baca je whatsapp Iz, tiba-tiba dia terus ada kat kubur abah. Nampak kami kat sana dengan dua orang budak thafiz dan makhluk tu ikut aku. Memang ada dua kubur budak berdekatan kubur abah. Untuk makluman korang, abang gifted dengan kemampuan untuk tengok masa silam. Untuk kes yang dirujuk kat dia je la. Bukan suka-suka nak tengok masa silam orang. Jadi, tau lah mana datangnya makhluk tu.

Bila dah terungkai, baru la masing-masing buka cerita. Malam pertama diekori, makhluk berkenaan dah masuk dalam radar Iz dan Yaya. Iz nampak sesuatu dalam bilik Yaya yang aku tidur. Tapi, aku cakap benda tu lalu je tu. Positif kan aku ni. Walaupun Masa aku solat, aku tak khusyuk. Seolah-olah ada yang mengintai di balik langsir. Tapi, aku anggap mata aku yang jahat.. Positif sangat kan kengkawan.

Malam yang sama juga, abang nampak dua budak kecil datang ikut tahlil kat rumah ma. Habis tahlil budak tu dijemput oleh seorang lelaki tua. Malam tu jugak, aq balik KL bersama makhluk tu.

Tujuan makhluk tu asalnya, nak kawan dengan aku. Katanya aku sedih. Aku kosong. Tapi dia tak boleh masuk dalam badan aku. Sebab tu dia ganggu.

Masa pergi kubur minggu berikutnya tu, Bil dah berurusan dengan dia. Menurut Bil, aku menangis waktu makhluk tu tinggalkan aku. Korang igatkan, aku bagi tau yang aku nangis waktu baca surah Al-Baqarah tu. Sama waktunya. Dekat mata aku, saat aku baca ayat tu, aku angkat kepala pandang Bil. Aku nampak abah tengah duduk sebelah Bil. Abah pandang aku, kakak ngan Yaya dengan muka yang sangat tenang. Sebab tu aku nangis. Disitu lah aku dipisahkan dengan makhluk tu.

Abang kata, aku tak pernah kosong. Mungkin sebab aku terlalu sedih masa tu. Sebab tu benda tu ikut. Aku mengaku. Aku rasa kosong lepas abah takde. Aku down. Aku sedih. Satu, satu permintaan abah menjelma dalam otak aku. Macam kene hempap dengan konkrit besar rasanya.

Salah satu permintaan abah, nak aku uruskan duit khairat kematian dia. Waktu dia pesan, duit tu belum dikeluarkan dan itu kali terakhir aku balik sebelum PKP. Dari tarikh tu, sampai tarikh abah meninggal ngam 100 hari. Abah macam dah tau dia akan pergi.

Cukup lah sampai sini.. Panjang lagi nak tulis kalau diikutkan. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk abah.

BAHARUDIN BIN ABDUL AZIZ
1946-2020

Sesungguhnya sebarang kekhilafan tu datang dari aku. Yang baik itu datang dari Allah.

~ITSUK3Y ~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
Itsukey

14 thoughts on “Selamat tinggal Abah”

  1. takziah utk family awk..atuk sy juga meninggal waktu MCO, 1 april 2020..dan kami 1 family x dpt kebenaran dri polis utk ziarah arwah atuk utk terakhir kalinya..atuk berada di pahang dan kami di terengganu..semoga arwah atuk sy & abah awak ditempatkan dikalangan org2 yg Allah kasihi..kematian arwah abah awak sgt cantik dan dicemburi rmai..kematian yg indah..

    Reply
  2. AL-FATIHAH (dibaca) , coretan yg indah .. best ny kalau ad yg sudi ajar saya lebih mendalam dalm ilmu agama ni , semoga dipermudahkan urusan kalian sekeluarga selalu , aamiin ..

    Reply
  3. Semoga arwah abah awk tenang dan ditempatkan bersama org2 yg soleh dan disyurga Allah.. amin. Banyak2kan bersabar yer. Suka baca tulisan awk, straight to the point. Digarap dgn tenang dan senang utk dibaca dan difahami.

    P/s : jemput join group telegram @Netflixoriginalmurah

    011-1099 5829

    Support bisness sy, jual netflix. Thanks.

    Reply
  4. Assalamualaikum semua. Terima kasih korang sudi baca luahan hati aq y x seberapa ni.

    Terima kasih juga pada ucapan dan komen kalian.

    Takziah untuk korang y kehilangan orang tersayang masa PKP..

    Reply
  5. “abah” sudah bahagia di sana dik….insyaAllah semoga adik sekeluarga akan bersama sama abah di tempat yang telah di janjikan..amin

    Reply
  6. Takziah.. Saye dah la tengah belajar online. Mengantuk punye pasal, bace fiksyen shasha. Segar mate koi. Menangis sedu2 dah nie . Semoga arwah encik ditempatkan di kalangan orang2 beriman.

    Reply
  7. Kepada penulis, saya minta maaf buat andaian arwah ayah awak ada saka sebab pasal gangguan tu semua. Bila baca sampai habis baru tahu. Maaf ye. Salam takziah dari saya

    Reply
  8. antara banyak banyak cerita, saya mengalirkan air mata baca kisah ni. salam takziah daripada saya. semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.