Selepas Abah Buat Renovation Rumah

Assalamualaikum. Nama aku, Syieda. Aku nak cerita pengalaman aku selepas abah renovated rumah. 100% renovation pada tahun 2001.

Aku anak perempuan tunggal daripada 4 orang adik beradik. So memang akan tidur sorang. Selepas abah renovate rumah, aku lak duduk kat asrama. Balik cuma sebulan sekali.

Suatu malam, masa tengah tidur, aku dengar bunyi orang nak hidup kan lighter kat telinga aku. Mula-mula aku ingatkan mimpi. Tapi makin lama makin kuat lak bunyi dia. Aku bukak mata, tak nampak apa-apa tapi bunyi tu still ada. Aku bukak pintu & terus lari gi bilik parents aku. Cuak beb. Kalau terbakar telinga aku, tak ke haru. Abah lak tak tanya banyak, terus suruh aku tidur atas katil dengan ibu. Abah tidur kat carpet. Huhu..

Sebenarnya sebelum abah renovate rumah, ibu kerap kena ganggu. Kalau dia tidur kat luar bilik je, mesti dia mimpi pontianak kejar dia. Tak kira tidur siang or malam, tidur sekejap or lama. Mimpi yang sama lak tu.

Pintu utama rumah ni lak (sebelum renovate), setiap hari dalam pukul 9am sharp, akan ada bunyi macam orang patah-patahkan jari. Bukan kitorg je, sesiapa yang datang time tu, memang akan dengar bunyi tu. Kitorang siap buat gurau benda tu “dia baru bangun tidur kot. Tengah exercise” hahaha..

Kalau abah outstation, aku la yang akan tidur dengan ibu. Tiap kali tu, mesti aku akan dengar bunyi tapak kaki orang berjalan kat tepi tingkap bilik. Sekali dengan bunyi macam tapak kaki anjing. Tapi aku anggap memang ada orang je la. Tak nak fikir yang pelik-pelik. Walaupun masa tu dah pukul 2 pagi. Ni sebelum abah renovate rumah.

Berbalik pada pengalaman aku, selepas dah kena tu, aku tukar bilik. Aku tidur kat bilik sebelah lak yang asalnya dibuat untuk bilik bacaan. Masa nak tidur, aku dengar suara orang berbual kat tingkap bilik. Aku lak boleh beranikan diri gi intai. Sebelah rumah aku ni, kedai makan. Tapi masa tu, kedai tu dah tutup. Memang gelap dah la kat luar tu.

Bila intai, takde sesiapa pun. Tapi bila aku baring semula, aku dengar nama aku kena panggil. Mendayu-dayu daripada tingkap tempat aku ngintai tadi”syidaaa…. syidaaa…” Deng..!! Lari bilik abah lagi.

Kali ke 3, masa nak solat subuh. Bilik air kat rumah ada 2. 1 kat dapur, 1 lagi kat dalam bilik abah. Kami selalu solat berjemaah. Kali ni, aku dah pindah bilik lagi.

Bilik aku yang ni, mengadap bilik abah. Antara bilik kami, ada ruang untuk tengok TV. Kira macam ruang santai la. Abah tunggu kami untuk berjemaah kat ruang tamu kat bahagian depan rumah. Sebelah ruang santai ni je.

Masa aku nak gi bilik air kat dapur, aku nampak adik aku dah pergi dulu (Dapur ni kat bahagian paling belakang. Rumah aku ni memanjang. Ko bayangkan je la eh). Aku jadi pelik. Sebab adik aku ni memang penakut sangat. Ni boleh pulak dia gi toilet gelap-gelap tu. Aku pun tunggu je giliran aku kat ruang santai tu. Kalau adik aku dah sudah, dia mesti akan lalu kat depan aku untuk ke ruang tamu kat depan.

Tengah tunggu tu, tiba-tiba abah marah sebab dia nampak aku tak ready lagi. Bila aku bagitahu aku tunggu turn selepas adik, abah kata aku buat alasan. Sebab semua orang dah siap, termasuk adik. Tinggal tunggu aku je. Aku beriya bagitahu aku nampak adik menghala ke bilik air dapur. Semua orang tak percaya kat aku. Sebab adik memang tak kan pergi kalau tempat tu gelap.

Cerita tu berakhir macam tu je kat situ. Sedih aku tau. By the way, aku tak nampak muka dia. Aku tahu itu ‘adik’ sebab tinggi dia, rambut dia, cara dia jalan, baju & seluar yang dia pakai, sebijik macam yang adik pakai.

Masa ibu aku meninggal lak, aku macam tertekan sikit. Ibu aku accident and meninggal kat tempat kejadian. Masa tu aku kat Kedah. Baru seminggu daftar kat U. Family lak kat Johor. Malam selepas ibu dikebumikan, aku tak nak tidur dengan sesiapa pun. Nenek aku (emak kepada ibu aku) nak tidur dengan aku, tapi aku boleh lari pindah bilik (rumah aku ada 5 bilik). Pastu aku tak boleh nak berenggang dengan bantal yang digunakan selepas ibu aku dikafankan. Aku suka bau kapur barus kat bantal tu. Kau dah kenapa, syida?

Malam tu, dalam pukul 2 lebih, tiba-tiba aku dengar bunyi pinggan mangkuk kat dapur dikemas. Bilik aku ni sebelah dapur. Katil aku lak sebelah dinding. So boleh dengar dengan jelas. Ibu aku ni masa dia hidup, dia memang tak boleh tengok rumah bersepah. Laju je tangan dia mengemas.

Time tu, nak call/sms abah, kredit aku lak tinggal 1sen. Masa ni tahun 2005. Aku pakai phone 3310 lagi masa tu. WhatsApp pun tak wujud lagi. Nak keluar bilik, aku takut kalau terserempak lak dengan benda tu. End up, aku duduk diam je dalam bilik. Tapi benda tu tak brenti lagi. Still mengemas. Dalam pada takut tu, aku cakap “kalau tu ibu, berhentilah. Akak takut ni”. Terus senyap sunyi. Tapi aku tak rasa tu roh ibu aku. Ni semua kerja syaitan nak buat aku sesat. Hurmm.. Aku pun tak tahu kenapa ayat tu yang keluar kat mulut aku. Wahaha..

Esok nye, aku cerita kat abah. Rupanya, malam tu, selepas kenduri, makcik aku (adik kepada abah), nampak arwah ibu berdiri kat tiang dapur (luar rumah) sambil tengok dia basuh pinggan kat sinki dapur. Dia tengok je. Tak buat pape pun.

Kakak ipar aku pulak cerita (masa ni belum jadi kakak ipar lagi. Hehe), masa mula-mula dia tidur kat bilik yang aku tidur tu, katil dia kena gegar. Bergoyang-goyang katil tu. Terus dia tidur dengan nenek aku. Arwah ibu aku sebenarnye tak berapa kenan sangat dengan akak ipar aku ni. Hakhak.. tapi dah jodoh diorang, kahwin gak la dia dengan Along aku. Sekarang dah 10 tahun dah usia perkahwinan diorang.

Cerita lain lak. Selepas 2 tahun ibu aku meninggal, abah aku kahwin lagi. Seminggu selepas kenduri, abah aku gi honeymoon. Tinggal la aku adik beradik kat rumah. Masa ni, Along aku dah kahwin dah.

Malam kejadian, cuma ada aku, adik aku yang bongsu (masa tu dia dah 7tahun), Along & kakak ipar aku. Adik aku yang bawah aku yang penakut gelap tu, dia kerja shift malam masa tu.

Masa tengah tengok TV kat ruang santai dengan adik kecik aku, tiba-tiba kereta control adik aku berbunyi. Macam orang tengah main. Kereta tu kat meja belajar, sebelah meja TV. Kedudukan kereta tu mengadap ke dinding meja belajar. Bila kereta tu hidup, dia tak leh nak bergerak ke depan sebab dah langgar dinding meja. Yang bergerak cuma tayar je. Sampai berasap tayar tu.

Aku toleh tengok adik aku, ingatkan dia yang main. Tapi kat tangan dia takde lak dia pegang remote. Tapi aku perasan muka dia dah pucat & dah start himpit aku. Bila aku tanya pasal remote, mata dia dah start berair sambil tunjuk remote kat tepi dinding. Hurmm.. Pelik jap tengok adik aku ni.

Aku pun bangun amik remote kereta tu nak off kan. Adik aku pun ikut bangun sambil peluk pinggang aku. Aku marah suruh dia duduk diam je tapi dia tetap peluk aku. Bila aku ambil remote tu, aku confuse jap. Sebab remote tu off. Tapi macam mana kereta tu boleh hidup? By the way, sepanjang aku cerita ni, tayar kereta tu still pusing & berasap.

Masa aku nak gerak ke kereta, adik aku tarik aku. Then dia tunjuk kat plug. Aku nampak bateri kereta tu tengah elok dicas..!! Maknanye takde bateri dalam kereta tu..!! Demmit..!

Aku tarik adik aku ke bilik Along. Ketuk pintu macam nak roboh. Along aku rupanya tengah siap nak keluar dengan wife dia. Bila aku bagitahu dia pasal kereta tu, dia boleh gelak je. Tapi dia amik gak remote and try hidupkan. Oh, masa ni, tayar kereta tu dah tak gerak. Along tunjuk kat aku, bateri takde, macam mana nak on. Dia cakap aku berangan. Then, dia terus keluar tinggalkan aku & adik kat rumah. Hampeh punya abang.

Bila Along tutup je pintu rumah, tayar tu bergerak lagi..! Lahabau betul..! Berlari aku sambil heret adik aku gi rumah nenek aku kat belakang rumah. Tidur situ terus. Esok pagi baru balik rumah. Bila check meja belajar tu, takde lak kesan macam tayar dihidupkan. Padahal sampai berasap-asap tayar tu malam tadi. Adik aku terus simpan kereta tu. Tak nak main dah.

Tu je la dulu pengalaman aku kat rumah abah aku. insyaAllah lain kali aku story lagi. See ya..!

Syieda

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.9]

28 thoughts on “Selepas Abah Buat Renovation Rumah”

  1. “MENCARI KONTRAKTOR UBAHSUAI RUMAH ANDA DENGAN HARGA BERPATUTAN DAN BOLEH DIPERCAYAI DI AREA SERI KEMBANGAN ATAU SEKITARNYA?”
    NAK SIAP CEPAT TAPI NAK BEST FINISHING QUALITY? NAK HARGA BERPATUTAN DAN TAK MAHAL? NAK SERVIS TERBAIK?
    Kami menyediakan servis perunding dan kontraktor yang kompeten berpatutan dengan harga yang murah dan kompetatif.
    Perkhidamatan kami antaranya:
    # Pembinaan Rumah baharu
    # Ubahsuai (renovate) Rumah/pejabat/kedai Sediada
    # Wiring dalaman/luaran
    # Khidmat kontraktor telco
    # Khidmat kontraktor M&E
    # Khidmat kontraktor civil
    “KONTRAKTOR PAKAR ANDA”
    ===================
    KEISTIMEWAAN KAMI
    ===================
    + Khidmat perunding/nasihat
    + Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri ini.
    + Kualilti adalah yang terbaik, terjamin dan dijaga.
    + Disiapkan dalam jangka masa ditetapkan.
    ☎ Untuk pertanyaan, SMS/WHATSAPP 014-5011232 (mohammad)
    ATAU
    βœ‰ Kunjungi pejabat urusan kami di:
    C-13-3, Jalan Atmosphere 6,
    Pusat Perniagaan The Atmosphere,
    43300 Seri Kembangan,
    Selangor Darul Ehsan.
    ps: bantu kami share dan tag rakan atau saudara mara yang lain. Tqvm.

    Reply
  2. Jom baca quran kat rumah masing2. Kurang2 baca mathurat. Permulaan mathurat ni ada ayat2 dr surah baqarah. Ayat pendinding dr gangguan jin, syaitan& sihir. Sekarang byk apps mathurat ni. Yg tak tau baca boleh dengar n ikut baca. Jgn jadikan rumah kita sunyi dr bacaan quran tp bingit dgn lagu2.

    Reply
    • Dah lama, baru kami tahu. Sebenarnye Along pun takut tapi sebab nak cover, dia tinggalkan je kami. Kata Along, dia tahu saya lagi berani daripada dia. Hahaha.. tapi sampai sekarang kami ngungkit perangai along. Cuma beza nye sekarang, walau apa pun berlaku, kami dah jadi priority along. Hasil dia rasa bersalah sebab tinggalkan kami.

      Reply
    • Yup. Rumah pusaka. Rumah moyang abah (abah generasi ke 4). Atok bagi abah rumah ni. Atok lak buat rumah kat dalam dusun dia. Atok ada banyak tanah. Hehe..

      Reply
    • Alhamdulillah abah jenis yang suka mengaji kat rumah. Dan kami memang amalkan solat berjemaah. Lepas maghrib, memang kami akan mengaji bersama-sama sampai la ke isyak. Tapi gangguan tetap sama. Takpe la. Sekarang kami dah lali 😎

      Reply
    • Wow! Terima kasih sudi beri komen. FYI, kami yang minta abah kawen lain. Sebab, kat rumah cuma tinggal abah dan adik kecil yang masa tu berumur 5 tahun. Kalau sebelum ni abah kahwin sebab nafsu, mungkin aku ada 3 orang ibu tiri sebelum arwah ibu aku meninggal. Well.. Alhamdulillah.. even abah kawen lain, family kami bahagia. Jangan jeles ye 😘

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.