Selisih

Assalamualaikum Semua,
Thank you FS sudi up story ni dan yg sudi membaca. Kejadian yg membuatkan sy takut tgk Po****

Sy just nk share cerita/ kejadian yg pernah berlaku pd tahun 2012, masa tu umur sy dlm 22 tahun. Cuti semester agak nya dan masih ingat kejadian tu terjadi pd 14 feb 2012. So kita ni single xdala nk couple2 ni. Hari tu nk keluar lepak ngn member perempuan ni yg masing2 mmg single xda la bf/ pasangan yg jenis wat lex wat peace je la.

So jarak dr rumah ke bandar dlm 10-15 minit je tapi disebabkn rumah mummy ni kat area2 kg dan hutan disebelah kiri dan kanan kadang2 tu ada rumah sebuah2 ala2 kg mcm tu. Dan nk ke bandar ni kena lalui 3 tanah perkuburan lengkap melayu, cina dan india. Tapi dah biasa x kesah lah ulang alik kan.

Nak dijadikan cerita, pernah tak dengar orng cina ckp ‘ kalu terjumpa hantu ada 2 maksud je pertama ada ‘ong’ (luck) kedua xda ong. Sbb awal bulan 3 tu nk pergi main satu tournament di moscow rusia. Tapi pertengahan bulan feb tu x beli tiket flight dan ape sume pun x ready lagi.

Kembali kpd cerita, nak pergi jumpa kawan perempuan tu lepak makan kedai kek and ala2 minum petang tu. Dah nk balik tu mmg kena balik awal, sbb mummy pesan balik mesti before 7 la. Sbb senja2 mmg x berani jgk nk balik time2 mcm tu. So dlm 6 lebih dah hbs lepak tu hntr kawan balik rumah dia dan nk balik rumah lah.

Macam biasa kalu drive sorang2 area2 tu biasa la 80-90km/ jam tu. Jalan pun jaln kg selekoh selekoh kan. Dah lalu 3 tanah perkuburan tu, dah lepas kira ok la kan sbb kalu rasa lain mcm mesti rasa kat tempat 3 tu je la. Berhati2 lebih sikit kat situ. Nak dijadikan cerita , rumah mummy ni atas bukit mmg xnampak, jalan besar then ke kiri naik bukit atas tu. Area rumah mummy tu ada 3 rumah je, seberang jalan, sebelum nak ke rumah mummy ada 1 lgi rumah jiran tu je 3 buah rumah je.

Sy time nk belok ke kiri tu sy pun terpandang la rumah jiran seberang jalan rumah mummy ni. Tetiba je mata nak pandang rumah tu, and at the same time ada 1 kereta Vios warna hijau lumut berselisihan dgn kereta sy, waktu tu waktu berjalan mcm perlahan sgt slow motion mcm dlm action movie tu seriously tak tipu. Tau x, waktu tu sy nampak ape kat sebelah pemandu kereta vios tu sy nampak satu kelibat putih yang ada ikatan bunjut di atas kepala tu POCONG 😱.
Muka dia sangat mengerikan , kalu korang pernah tgk cerita POCONG ni dr seberang Indonesia, hah macam tu la real punya muke dia, cun je dia duk tegak sebelah sit pemandu tu then muka dia warna coklat berlumuran kesan tanah dan mata dia bulat terus pandang mata sy. Oh my god 😱

Waktu tu mmg slow motion gila, sy siap boleh tgk jam kat dlm kereta sy menunjuk kn pukul 7.07 pm waktu tu. Dalm hati kecik sy berbisik ‘eh baru kul 7 xkan dah ada’. Waktu tu tuhan sahaja tau mcm ne perasaan takut menyelubungi sy. Dgn kepala lutut dah lembik nak tekan pedal minyak pun terketar2 ketakutan. Mmg seram muka dia. Nasib baik tiada kereta belakang kereta sy sbb time2 mcm tu jarang orng kg nk lalu melainkn orng luar yg lalu kawasan tu.

Smpai kat rumah , rumah ada tempat parking kereta dalam ketakutan tu sempat lagi la reverse parking sbb senang org lain nk kluar tapi nasib baik la x terlanggar tiang2 parking tu. Time nak matikan enjin kereta and nak ambil phone kalut2 nk masuk rumah boleh plak phone terjatuh bwh seat kereta tu. Ya allah time tu dlm hati ckp aduuii mcm movie seram plak. Phone tu nk jatuh time2 mcm ni. Mmg terpaksa ambil jgk tapi sikit pun x pndng seat belakang tu dan x pndng bawah pun takut2 dia muncul kat belakang seat plk lagi la terkejut beruk 🐵

Kluar je kereta terus ketuk pintu rumah, pintu rumah plak sume kaca. Ketuk sekuat yg boleh. Nasib mummy buka pintu dah kalut2 terus masuk rumah, mummy pun tanye ‘ dah kenapa ni ?’ mcm rushing2 nk masuk umah, ‘ ada polis kejar ke?’ X sempat nak jawab terus masuk bilik mandi2 n solat. Bila dah reda sikit baru cerita kat mummy n kakak. Mummy ckp padan la muka balik time2 senja. Dan lepas tu seminggu dua jugak la x kluar rumah. Klu nk pun mesti balik before 7pm or lepas 8pm dgn syarat kawan hantar sampai rumah.

Kejadian tu mmg ong la sbb, Awal bulan 3 tu jadi pergi tournament kat Moscow, Rusia tu. Rezeki mungkin, tapi mmg xboleh lupa kejadian pocong ni. Scary giler muka dia. Serious!
Tapi klu bukan dia , if manusia / perempuan yg pakai tudung putih lilit3 tu, nk ckp kat dia, Syabas! Kau berjaya menakutkan aku dgn lilitan tudung tu
Hah!

Sekian
Arzachel
6/9/2016
0018am

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 1]
Arzachel

26 thoughts on “Selisih”

  1. Nice story.. cuma di permulaan cerita banyak menyimpang, pasal bf la pasal single la.. adoi ingt ko sorang je ke single anatt??

    lagi satu, jangan pakai shorform kalo nak menulis cerita..

    Reply
  2. Yg komen acah2 good ni, korg ada post cter ke dlm ni?? Please la jgn acah sgt ye .. Kang bg ayat melayu baku, Nt ckp Mcm tulis karangan skolah .. Bila short, mrh pulak .. Apa kau nk sbnrnya hanat??? And satu lg, dia cina punya Org lorhhh .. Baca nama dia dlu hanat sblm nk komen

    Reply
    • Sepatutnya memang perlu digunakan Bahasa Melayu baku. Memudahkan segenap lapisan masyarakat membaca dan memahaminya. Karangan sekolah adalah salah satu contoh karangan yang baik kerana sentiasa dipantau tatabahasa, kerangka ayat, dan nahu. Bahasa melambangkan bangsa dan juga mentaliti seseorang.

      Reply
  3. Jangan la kecam-kecam, guys. Dia baru first time menulis, maybe. Aku first time menulis pun kena kecam tapi bukan sebab penulisan la. Sebab intro panjang! Hahaa.. Nasib cerita aku yang seterusnya tu takde kecaman. Dari segi penulisan pun aku dah dapat rasa yang dia ni orang cina. Dan dia jugak ada sebut pasal ong. Orang Melayu mesti takkan percaya ong bagai ni. Lagipun kebanyakan orang cina panggil mak dorang mummy. Aku ada family cina, so aku memang selalu dengar dorang panggil dekat mak dorang mummy. So, lek lek dah arr… Kita dekat sini nak kongsi dan nak baca pengalaman orang, kan?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.