Assalamualaikum kepada semua pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih kepada admin sekiranya kisah pendekku tersiar. Kalau tak tersiar pun, aku bersyukur juga sebab dah lama nak menghantar kisah ke FS.
Alkisahnya, kejadian ni berlaku masa aku masih menuntut di sebuah institut pendidikan. Aku adalah seorang yang jenis berani, peminat cerita seram dan harapan utama setiap masa ialah supaya hijabku terbuka untuk melihat makhluk dari alam sana atau dengan kata lainnya makhluk ghaib/hantu dll.
Sewaktu umurku 22, secara tiba-tiba aku mula mengalami gangguan ditindih. Orang kata, sleep paralysis atau cramp disebabkan keletihan melampau. Tapi bagi aku yang sendiri mengalaminya, memang unsur alam ghaib terlibat sama. Kejadian berlaku hampir sahaja aku menutup mata.
Kejadian ditindih yang pertama adalah pada malam aku tertidur selepas penat pulang daripada perbincangan assignment bersama rakan. Usai tidur yang sekejap sahaja, terus aku rasakan badan ku seperti dicengkam kuat dan tidak boleh bergerak hatta jari tangan sekalipun sehingga membuatku panik.
Memang betul, apa yang dikatakan orang. Cubaan membaca ayat-ayat suci memang ke laut kerana minda dan fizikal kau memang dalam keadaan yang terpisah. Beberapa saat bergelut, aku terlepas.
Kusangkakan panas hingga ke petang. Rupanya, hujan ditengahari. Beberapa malam selepas itu, aku sudah melupakan kejadian ditindih. Namun, malam itu, sekali lagi aku bergelut. Yang paling menyeramkan pada kali kedua ini, aku dapat lihat seorang wanita tanpa muka berada di atas perutku. Berpakaian merah dan berambut pendek. Aku cuba bergelut dengan membaca ayat suci dan seperti biasa selepas beberapa minit aku pun dibebaskan.
Selepas kejadian kedua ini, sedikit sebanyak aku merasa takut untuk tidur. Takut kerana sekiranya, aku takkan bangun lagi untuk selama-lamanya. Bayangkan, aku menutup mata tidak sampai 5 minit pun sudah ditindih. Sehingga memaksa aku memasang surah Yasin dari laptop. Namun, gangguan tetap tidak berkesudahan sehingga aku tanpa rasa malu meminta untuk menumpang bilik rakanku.
Kejadian ditindih berulang, namun tidaklah seberat yang sebelumnya. Pada kali ini, aku diganggu pada waktu subuh. Namun, yang menghairankan aku, makhluk tersebut memang tiada niat buruk padaku. Masihku ingat bisikan meremang bulu roma saat mataku ingin pejam kembali selepas ditindih kerana merasakan subuh masih awal, “Sembahyang subuh dulu…” Dengan bisikan itu, terus aku ke tandas untuk mengambil wuduk. Dari situ kurasakan mungkin makhluk ghaib tidak seburuk yang dikatakan selama ini.
Selepas itu aku tidak lagi diganggu. Sekarang umurku sudah 27 tahun. Namun, peristiwa ini masih jelas dalam ingatanku. Aku tidak takut dengan mahluk ghaib kerana tidak semuanya berniat jahat ke atas manusia. Namun, keinginan untuk melihat mereka secara terbuka aku padamkan terus dari ‘wishlist’ aku.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
hahahahh memula nak sgt kan hijab mata terbuka. sekali hanya di tindih saje dah padam niat tersebut dari wishlist. takut ke takut? btw di tindih ni perkara biasa bagi aku dulu (sbb fikir penat) smpi lah satu tahap aku kena tindih n masa tu separa sedar aku ternampak perempuan rambut panjang dengan budak rambut kerinting sebelah dia jenguk aku dari toilet (bilik masterbedroom toilet bersebelahan katil) masa aku sesak nafas kena tindih. sekali tu je then dah tak de. masa tu aku tak rasa seram pun ntah le kenapa.
Erm….
kenapa la nk tgk sgt benda2 mcm ni
haihhh. cuba kau mnta bnda yg brfaedah. cth mnta kesihatan yg baik ke. aduhh